Jumaat, 29 Mei 2015

PANAS ~ Dapatkan Segera..!


Datuk Seri Hasan Malek melancarkan buku ‘Hasan Malek: Legasi Pemimpin Berjiwa Rakyat’ di ibu pejabat Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Kuala Lumpur hari ini. Buku berkenaan menekankan pentingnya sikap bertanggungjawab dan jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. 

Datuk Seri Hasan Malek berkata buku "coffee table" yang dilancarkan mengenai dirinya hari ini bukanlah bertujuan untuk bersifat bongkak tetapi ia perlu dijadikan rujukan kepada anak-anak bangsa dalam mengejar cita-cita.
Menurut menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan itu, buku bertajuk "Hasan Malek: Legasi Pemimpin Berjiwa Rakyat" menekankan pentingnya sikap bertanggungjawab dan jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
"Niat saya untuk mengabadikan pengalaman saya sebagai seorang guru dahulu dan hari ini menjadi seorang menteri.
"Sesungguhnya satu penghormatan yang sangat tinggi dan perlu diabadikan sebagai rujukan kepada anak-anak bangsa kita, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan," katanya kepada pemberita di majlis pelancaran buku di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau turut berterima kasih kepada Utusan Malaysia terutamanya kepada pengarangnya Datuk Hassan Mohd Noor kerana merealisasikan hasratnya untuk menghasilkan buku tersebut supaya dicontohi generasi muda di negara ini.
Buku tersebut mengandungi catatan-catatan ringkas kehidupan dan pengalaman Hasan yang bermula sejak zaman kanak-kanak sehingga hari ini.
Pasti sarat ilmu yang terkandung didalam buku tersebut..!
Rakyat mesti bersegera mendapatkan buku ni..! Kalau boleh Kementerian Pelajaran perlu membekalkan buku berguna tersebut ke sekolah sekolah dan universiti..!
Pastikan setiap perpustakaan mempunyai buku ini untuk dibaca dan dipinjam oleh rakyat..!
Pihak U mesti berlumba menjadi Universiti pertama yang mewujudkan 'kerusi Hasan Malek'. Pasti kajian mengenainya akan memberikan dunia satu impak besar terhadap ketamadunan dunia..!
Buku ni juga pasti akan menjadi rujukan utama untuk mengenang Hasan Malek..! ehh...! kenapa tiba tiba nak kenang..! takkan Hasan dah nak berenti dari dunia politik..!
Tiba tiba rasa rindu kepada Mad Maslan..! Mungkin Mad pun sedang sebok bergelut dengan masa menyiapkan buku nya juga..!
Siapa tahu..!
Kenapa pulak tersenyum lebar si printer dan publisher..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Lain macam jer bunyi ulasan tuh bang. He He He. Tak sedar diri nampaknya orang tua nih. Dah buang tebiat agaknya tuh. Agak2 ada tak dia sebutkan kalau harga ayam naik jangan makan ayam?

    Betul jugak tuh. Nak tunggu pulak buku Menteri GST. Berapalah agaknya harga buku itu yer? Dorang nih yang sebetulnya takut kalau2 jasa (?) dorang tak diambil tau.

    BalasPadam
  2. Kah kah....menteri cap ayam malu kan orang pilah yooo....

    BalasPadam
  3. Kena gst tak?

    Tapi i bet confirm tak laku..hihi

    BalasPadam
  4. Jum tengok berapa keping buku dia yang bakal terjual

    BalasPadam
  5. Tak kenal pong...

    BalasPadam