Jumaat, 22 Julai 2016

1MDB ~ Fuad Mengata Najib..???


Boleh jadi kena buang juga sebagai KP..!

DAP mahu mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang kerana takut Ketua Menteri Lim Guan Eng dibicarakan di mahkamah, kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau yang juga ahli majlis tertinggi (MT) Umno, DAP hanya mahu membuktikan Lim tidak bersalah dan tindakan mereka hanya bermotifkan kepentingan politik semata-mata.
“Lim sebenarnya takut dibicarakan oleh mahkamah dan mahu mengheret rakyat membantu membersihkan namanya dan menyelamatkan kerajaan DAP Pulau Pinang yang semakin goyang.
“Dengan kata lain, pilihan raya mengejut jika diadakan di Pulau Pinang hanyalah satu pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat seperti yang berlaku pada Langkah Kajang,” katanya, memetik laporan portal BNBBC.
Hakikatnya dunia melihat kini najib yang cukup takut kedepan untuk mempertahankan dirinya..! hati hati puad tu...karang kena pucat pulak..!
Macam mana dunia melihat? 
Layan...

Rasmi – wang 1MDB telah dicuri

ULASAN Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Loretta Lynch telah menjadikannya rasmi semalam.

Kata-katanya jelas. Sekurang-kurangnya AS$3.5 bilion milik rakyat Malaysia telah dicuri.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Jabatan Keadilan AS (DOJ), dan Perkhidmatan Hasil Dalaman (agensi hasil cukai AS) telah mengetuai siasatan sangat teliti selama setahun.

Mereka membuat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia telah dirompak. Wang rakyat dialihkan – dicuri – daripada dana kerajaan 1MDB melalui penipuan dan pengubahan wang haram.

Apa sebenarnya yang berlaku dalam 1MDB selama ini? Siapa curi wang itu? Ke mana ia pergi? Siapa bertanggungjawab benarkan perkara ini berlaku?

Inilah persoalan-persoalan yang disiasat oleh Jabatan Keadilan AS.

Kita semua tahu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membentuk dan mengetuai 1MDB, dan taikun ranggi Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, bekerja di belakang tabir.
Laporan Jabatan Keadilan AS menyenaraikan tiga lagi pegawai-pegawai 1MDB yang terlibat dalam penipuan ini.

Sementara nama mereka tidak disebut, jawatan mereka (CEO, dan lain-lain) dan terma-terma perkhidmatan disenaraikan.

Jadi, mudah untuk mengetahui siapa lagi pegawai-pegawai itu.
Dalam sidang media Lynch, beliau menggunakan istilan “dicuri” berkali-kali.

Lynch juga menyebut “pegawai-pegawai Malaysia yang korup dan sekutu-sekutu mereka” terlibat dalam pengubahan wang haram, sebuah jenayah antarabangsa.

Beliau juga menyebut nama “Aziz” beberapa kali. “Aziz” dikatakan antara yang terlibat dalam kecurian daripada rakyat Malaysia dan pengalihan wang daripada 1MDB.

Diperincikan juga bagaimana “Aziz” menggunakan wang yang diperoleh melalui pengubahan wang haram untuk tujuan peribadi – membeli harta tanah di New York, London dan Los Angeles – malah membikin filem Hollywood.

Berdasarkan pemfailan Jabatan Keadilan dengan mahkamah, kita dengan jelas maklum bahawa “Aziz” ialah anak tiri Najib. Mereka menyebut Aziz dengan nama penuhnya Riza Aziz.

Pemfailan jabatan itu juga merujuk Riza Aziz sebagai mempunyai hubungan keluarga dengan ‘Malaysian Official 1’, yang juga dikaitkan dengan skandal ini.

Peranan Malaysian Official 1 ini telah digariskan dalam pemfailkan Jabtan Keadilan.

Jabatan Keadilan juga berkata Malaysian Official 1, yang tidak dinamakan dalam dokumen-dokumennya, memainkan peranan penting dalam mengarahkan aktiviti 1MDB, yang kemudian membawa kepada kehilangan sekurang-kurangnya AS$3.5 bilion.

Terdapat 32 rujukan kepada Malaysian Official 1 dalam laporan Jabatan Keadilan.

Kesimpulan mudah dapat dibuat berhubung siapakah Malaysian Official 1. Berdasarkan keterangan, Jabatan Kehakiman AS sebenarnya bercakap tentang Najib.

Ke mana pula wang itu pergi?
Wang yang dicuri daripada 1MDB – atau seperti kata Lynch, daripada rakyat Malaysia – digunakan untuk membeli rumah peribadi di New York, London dan Beverly Hills.
Ketiga-tiganya didiami oleh Riza.

Menurut Jabatan Keadilan AS, sebahagian wang yang dicuri itu digunakan untuk membayar hutang judi di Las Vegas, di samping menganjurkan parti mewah. (Mereka tidak nyatakan hutang kepada siapa.)
Ia juga membiayai filem Hollywood dan membeli pegangan dalam EMI Music Publishing. Ia juga membayar AS$35 juta jet pesawat Bombardier dan lukisan Claude Monet.

Pemfailan Jabatan Keadilan juga menyebut, banyak wang mengalir kepada Malaysian Official 1, yang menerima ratusan juta dolar daripada 1MDB ke dalam akaun peribadinya.

Kerajaan AS telah menjejak aliran wang-wang itu. Ia melalui banyak “cut-outs” kepada putera Arab Saudi, yang kemudiannya menghantar wang itu kepada Najib.
Mungkin ini akan menjelaskan dakwaan kerajaan Malaysia bahawa wang itu datang dari seorang putera Arab Saudi. Akhirnya, ya, ini betul.

Dia seorang putera, satu daripada ribuan putera di Arab Saudi.

Tetapi menurut Jabatan Keadilan AS, wang itu – wang curi yang Malaysian Official 1 terima dalam akaun peribadinya daripada putera itu – sebenarnya berpunca daripada 1MDB.

Ini yang kerajaan AS – Jabatan Keadilan, FBI dan Perkhidmatan Hasil Dalaman – simpulkan. Dan ini apa yang membuatkan mereka berani bersuara keapda awam, tidak kira apa kesannya terhadap hubungan AS-Malaysia.

Ini bukanlah pengakhiran. Kerajaan AS meneruskan siasatan jenayah terhadap pengubahan wang haram, penipuan 'wire' dan halangan pada proses keadilan.
Saya pasti sudah tentu akan ada pendakwaan jenayah di masa depan terhadap individu-individu secara khusus, bermula dengan “Aziz” dan “Jho Low”.
Buat masa ini, “Malaysian Official 1” akan dinamakan sebagai “dalang bersama konspirasi yang dituduh” pada masa depan.

Tetapi ketika beliau melangkah keluar daripada tampuk kuasa, beliau mungkin dituduh di mahkamah AS.

Kerajaan-kerajaan asing lain di seluruh dunia yang menyiasat rasuah 1MDB sekarang akan menjadi lebih “cerdas” dan mempercepatkan siasatan mereka. Lebih banyak pendakwaan, di banyak negara, akan tiba.

Bagi Najib, beliau akan berdepan dengan seluruh kekuatan FBI dan Jabatan Keadilan AS.

Mereka tidak dapat diganggu. Mereka tidak dapat ditangkap. Mereka tidak dapat dituduh menghasut. Mereka tidak dapat dibuli.

Apa yang Najib akan buat?

Macam biasa ler nampaknya..! buat bodo ajer..!

Singapura dilaporkan juga...

Singapura rampas S$120 juta milik Jho Low dan keluarga

Pihak berkuasa Singapura merampas sebanyak S$240 juta dalam akaun bank dan hartanah, dengan S$120 juta daripada jumlah itu dimiliki oleh ahli perniagaan Jho Low dan keluarga terdekatnya semasa siasatan 1MDB mereka.
Ini didedahkan dalam satu kenyataan bersama oleh Pejabat Negara, Singapura, Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura yang dikeluarkan hari ini.
"Dalam proses siasatan, akaun bank yang dimiliki oleh pelbagai individu telah disita dan urusan hartanah yang dimiliki oleh beberapa individu-individu ini telah disekat.
"Aset itu berjumlah S$240 juta. Daripada jumlah akaun bank dan hartanah, kira-kira S$120 juta adalah milik Low dan keluarga terdekatnya," kata mereka.
Singapura telah memohon untuk mendapatkan maklumat daripada negara-negara di mana dana itu berasal dan kemudiannya dihantar, kata mereka sambil menambah bahawa beberapa permintaan masih sedang diproses.
Beberapa negara lain juga meminta bantuan Singapura melakukan perkara yang sama, iaitu maklumat mengenai aliran dana yang dipersoalkan disyaki berasal daripada 1MDB.
Kata mereka, permintaan tersebut segera dipersetujui bagi mematuhi obligasi antarabangsa.
Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang Singapura, menurut mereka dengan menyatakan bahawa setakat ini, dua individu telah didakwa atas pelbagai kesalahan berkaitan siasatan, manakala beberapa yang lain masih disiasat.
Itu bezanya AG Asli berbanding AG polident..!
Siapa AG polident???
Lu FIkir La Sendiri!!!

44 ulasan:

  1. Yang kena saman hanya 4 nama, bukan satu Malaysia.

    4 nama berkenaan tak akan masuk penjara

    Jauh beza dengan kes LGE, jadi rakan sebelah Anwar mungkin satu realiti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelik Tapi Benar.

      Riza Aziz lebih kenal dihargai oleh pemilik aabar pjs ltd bvi sehingga terima hadiah USD 94 juta.(laporan cukai 2012 oleh riza aziz di US)

      Arul Kanda atau mana2 BOD 1mdb ada dapat hadiah sebanyak tu tak dari abbar pjs ltd bvi ?

      Apa special sangat riza ni? Jambu sgt ka smpi dpt 94 juta dollar sebagai hadiah ?

      Apa sumbangan Riza Aziz sehingga dapat bnyk mcm tu ?

      Adik Beradik Pun Kadang2 Nk Pinjam 1000-2000 pun jenuh nk dpt.

      Untungnya Jadi Ahli Keluarga Najib & Rapat Dgn Najib.. Senang2 Dapat Derma & Hadiah.

      Rosmah dulu pun dapat hadiah kononnya atas kejujurannya pulanglan cincin...

      Lpsni semua pegawai kerajaan boleh gunakan alasan hadiah jika ditanya SPRM. Kerana jelas dlm Kerajaan Malaysia Tiada Kesalahan. Semua Ahli UMNO & BN menganggap tak salah. Betul tak?

      LGE pun boleh guna alasan dapat beli rumah bawah harga pasaran kerana Hadiah Penghargaan sebagai rakan karib isteri sebagai tanda best friend forever atau tanda menghargai sumbangan LGE memimpin kerajaan PP. Ataupun sebagai hadiah hari jadi LGE. SBB tu dpt harga Rumah bawah harga pasaran.

      Otak Pro Dedak besar biji kelentit ayam...




      Padam
  2. Tugas Doj mendakwa tapi kenyataan demi kenyataan yang Doj keluarkan nampak macam mereka naj jadi hakim pun ada nak jadi aktor hollywood pun ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doj ko nmpk pandir ko xnmpk plk?

      Padam
  3. projibo asyik dengan lge. kita suka sangat kalu lge tu bersalah kerana kesalahannya sama ajer dengan khir toyo. ada ramai lagi ahli umno yang tidak di dakwa atas kesalahan yang sama. ada anak menteri main juta2 ringgit macam kita main puluh hinggit, tapi bapak hanya menteri sahaja.
    projibo akan pusing dan pusing dan pusing kerana fakta dari luar telah menampakkan tangan yang mengambil duit. mereka pusing kata 1mdb tak hilang duit. tak ada rekod kata duit hilang. tapi 1mdb tak dapat nak bawa balik duit yang pi melancong ke luar negara walaupun dah diarahkan 9 kali oleh bod. mana ada orang mengaku berak tengah jalan walaupun masa tu hanya dia ajer ada kat jalan tu. pencuri pun tak ngaku dia mencuri, kalu bukti boleh guna air liur.
    sekarang kita akan baca dan dengar projibo pusing cerita. dalam berita utama tak keluar kisah kenyataan doj amerika. tapi yang ada hanya membela jibo ajer. iaitu dengar sebelah pihak ajer.

    BalasPadam
  4. Hadamkan skit pencacai...."rasmi wang 1mdb DICURI!!!!"

    Siapa yg mencurinya?

    1Mesia dah tau dah....

    BalasPadam
  5. Semoga kebenaran akan terbongkar jua. Hari ini hari kita. Esok lusa x tahu lagi. Doa berjuta rakyat Malaysia tdk akan dipandang sepi olh Allah al Aziem.

    BalasPadam
  6. Kenapa rosmah boikot perkahwinan anaknya bernama azrene soraya? Ada info?

    Woww citer 1mdb semakin menarik!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah buat cerita drama Korean dekat sini, rosma tak ada Anak bernama azrene soraya, sebelum dia kahwin dengan najib rosmah seorang janda ADA Anak lelaki bernama reza je

      Padam
    2. hahahaha jing jibo membela kak mah juga....itu pun termasuk dlm terma dedak ke...alahai banyknya personal yg nak dibela...kahkahkah

      Padam
  7. MO1 tu sebenarnya plet nombor kereta kat melaka....kereta kuda!
    Bangang betul la budak2 bijan ni....apa boleh buat kan....dedak punya pasal layan la....

    BalasPadam
  8. Dalam kes Jo Low, AG/Doj mulut murai

    Dalam kes LGExit AG/M cool dan senyum

    Penambilan mana lebih profesional?

    BalasPadam
  9. DOJ kata wang 1MDB dicuri. 1MDB kata takde wang yang hilang. Semua Audit dan siasatan pun dah sahkan takde wang hilang. DOJ pun tak tanya 1MDB ada wang hilang ke tak? DOJ pun tak saman jenayah. DOJ pun cuma tahan harta. Pastu siasat. Makin pelik dia org neh. Takut jadi alasan jer nak gugat Malaysia sbb buat kat Turki gagal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serupa macam kes si A seleweng wang BBMB Hongkong sebanyak 3 bilion dan beri pada si B. Si B beli harta.

      Si A dan B dicekup tetapi BBMB tidak dihubungi untuk mengesahkan apa-apa.

      Kesimpulan: sama ada tak tahu buat kerja atau ada konspirasi atau di selubungi superioriti kompleks

      Padam
    2. Duit 1MDB tak hilang?

      Yang Laporan PAC pelaburan 1MDB MYR 28 Billion Tak Jelas Kemana Wang Tu Pergi Kenapa?

      Masuk Acc Good Star LTD pelaburan utk apa?

      Masuk Acc Abbar PJS LTD BVI USD 3.5 Billion.(company yg bagi Riza Aziz Hadiah USD94 juta). Duit 1MDB kononnya kata bayar pada IPIC @ Abbar PJS dan separuh transaction tanpa persetujuan BOD 1MDB.

      Sekarang IPIC & Abbar PJS nafikan terima pembayaran. Tutut dkt Majlis Timbang Tara USD 6.5 Billion. Siapa nk Bayar Duit Tu ?

      Jelas Terang Nampak Sangat Abbar PJS LTD BVI company utk curi duit 1MDB.

      Lagi Nak Ckp Yang Duit 1MDB Tak Hilang. Bodoh Bertingkek Tingkek Puak Dedak Hancing Ni.

      Padam
    3. siasatan pac kata us7bilion tak dapat dikesan atau hilang
      janganlah membenarkan sesuatu yg mungkar... kalau onemdb suci xde lah spi mof ambik alih dan tanggung hutang 52bilion..duit yg dihutang tu pegi mana...

      Padam
  10. Beza profesional malaysia(melayu) dengan amerika(bukan melayu),siasatan lengkap dengan separuh masak, apa nak jadi negara maju dengan mentaliti kuno.

    BalasPadam
  11. AG/DOJ bermuka muka surat sediakan wirit saman. Siap bagi detail lagi.

    AG/M beberapa patah ja. Ckp tiada kesalahan. Ada AG/M explain kenapa tiada kesalahan tentang 1MDB?

    Jadi Siapa Yang Lebih Professional & Buat Kerja Dengan Telus Utk Cari Kebenaran ?

    Kita nak fair trial bukannya diputuskan tidak bersalah tanpa sebarang hujah.

    Memalukan Sistem Perundangan Malaysia.

    * Singapore pun ada buat pendakwaan. Kenapa Malaysia Tiada ? Cuba jawab?
    Padahal puncanya dari Negara Kira.
    Syarikat Yang Bermodalkan 1juta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doj Tuduh orang sana sini bila wartawan Tanya ADA bukti ke 'Sedang dalam siasatan, nampak doj ITU ADA pelakon Hollywood.
      He.he.he
      Macam ini ke doj siasatan tak ADA class

      Padam
    2. Itu ok lg. Dr AG pandir lantikan najis siasatan xde confirm sudah najis xbersalah.

      Cai ko dh tau beza lum shell company dgn shell oil company?

      Lu bodoh. Tp sokong najis. Nmpk sgt org bodoh je sokong najis. Bodoh sbb tu senang kena tipu.

      Padam
    3. Dulu pembangkang cakap siapa sokong Marder adalah bodoh termasuklah kamu kot. Lar nih pembangkang yang kata sedemikian tu pulak sokong Marder tapi tak mahu dipanggil bodoh. Tak ker memperbodohkan diri sendiri namanya.

      Padam
    4. Dah macai probanglo dalam siasatan pac tak ada pun nama shell dalam ITU persetujui oleh ahli dap sendiri.
      Dalam Buku laporan pac tak sebut nama shell company. Doj pandai2 tambah nama shell company 'siasatan belum disiasat dah tuduh orang sana sini he.he.he

      Sila jawab 8.54ptg. He.he.he

      Padam
    5. Aku setuju sangat dengan Tanpa Nama 10:16 PTG hi hi hi
      Siasatan PAC dan Buku Laporan PAC tak sebut pun nama shell company hi hi hi
      Dan
      Siasatan PAC dan Buku Laporan PAC tak sebut pun yang Tanpa Nama 10:16 PTG tu bangang hi hi hi
      Tapi
      Tak bermakna Tanpa Nama 10:16 PTG tu tak bangang hi hi hi

      Padam
  12. Niat kena betul, kalau niat buat sidang akhbar semata ada agenda tersirat contohnya untuk memalukan pihak yang kena saman, silap silap haribulan pihak yang kena saman pula akan mengambil tindakan saman terhadap penyaman pertama, kah kah kah.

    BalasPadam
  13. Saman la...dah 52 kali selasa pon tak saman2 lagi..sembang ane kencang

    BalasPadam
  14. Saman la...dah 52 kali selasa pon tak saman2 lagi..sembang ane kencang

    BalasPadam
  15. Adakah benar ia hanya satu tindakan sivil sepertimana yang kita faham di Malaysia sepertimana tindakan sivil untuk kecuaian atau tuntutan gantirugi? Kenapa US Attorney General Criminal Division yang mengetuai tindakan ini?

    US Code (USC) adalah Undang-Undang bertulis di Amerika Syarikat.

    Di dalam tindakan DOJ ini, mereka telah menggunakan peruntukkan 18 USC 981 (Title 18 Section 981) iaitu Civil Forfeiture atau Penyitaan Sivil untuk menyita harta-harta alih atau tidak alih yang mereka percaya berdasarkan kesalahan 18 USC 1956 (Title 18 Section 1956) yang dalam siasatan mereka adalah hasil daripada kegiatan jenayah ataupun penggubahan wang haram.

    Apakah Title 18 US Code?

    Title 18 US Code adalah Undang-Undang Jenayah dan Prosedur Undang-Undang Jenayah. Di Malaysia kita menggunakan Penal Code dan Criminal Procedure Code.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah kena sita, pemilik masuk penjara dalam kes civil, ha ha negara communist pun tak sekejam itu, bro.

      Padam
    2. Kesimpulannya, ia adalah prosedur jenayah.

      Jadi yagg cakap pasal saman sivil sebelum ni memang tak tau apa2. Tak serik2 kena tipu dengan konco2 najib. Malu wei

      Padam
    3. Suruh kerajaan Amerika hantar sapina kpd najib secepat mungkin. Cakap banyak pun tak guna.
      Macam loyar buruk mulut busuk gigi rongak masuk kampung berlagak pandai.

      Padam
    4. Sabo la. Tau la dah panas bontot busuk tak basuh tu. Kah kah kah

      Padam
    5. Sedang dalam siasatan boleh sitar rumah ke? Cuba cerita dengan aku ini undang2 mana cakap, sedang dalam siasatan harta di sitar dari mana macai protun Dan probanglo belajar undang2 he.he.he.

      malu je kalau orang tak tahu undang2, khairudin penasihat protun pun boleh pertahan diri dari harta sitar Dari Bank cimb he.he.he.

      Bila wartawan tanya pada Doj boleh pulah doj cakap sedang dalam siasatan boleh tuduh orang sana sini, nampak sangat pelakon Hollywood sedang berlakon.

      Padam
    6. jing jibo sembang kencang..jibun paling hancus sbb ganggu sprm polis yg buat siasatan...jing jibo mmg bodoh bodoh semua.tak paham bi main sembur wat analisis.puiiih

      Padam
  16. Kita selesaikan satu persatu ikut giliran. Kita selesaikan kes rasuah pembelian kapal selam scorpene dulu. Selepas itu kes altantunya, lepas tu kes cincin, kes neg tangan, mh370, mh17, first in first out laaa broo.

    Tapi payah jugak bila tunggu sapina drp mahkamah Perancis pun dah makan masa 3 tahun tak sampai lg. Dah beruban najib tunggu. Lps tu kes altantunya pulak. Mahfuzz mana? Hello lah ke Australia nu cepat sikit... Tak cukup kredit minta dgn atok madey. Lembab betullah korang ni. Kalau lembat mcm ni, sampai bila pun najib tak masuk penjara. Bengong... Bengong

    BalasPadam
    Balasan
    1. lu kenapa cai...suh jibun lepaskan jawatan pm cepat baru tau kemana dia pegi lepas xde jawatan.

      Padam
  17. Minta Amerika hantar fbi/interpol ke Malaysia tangkap najib.
    Segera...Malaysia dah bangkrap ni.

    BalasPadam
  18. Tak kira lah saman apa pun, saman sivil. Saman ekor, speed trap atau saman parking...janji saman.

    BalasPadam
  19. sudah2 la nak membohong dan memutarbelit fakta tu wahai admin... tau ler yg awak tu salah seekor anjing2 suruhan puak2 kafir2 harbi DAP PKR RBA... pihak DOJ US tak pernah buat kenyataan telah saman kerajaan Malaysia atau PM atau 1MDB... sebab takde bukti langsung ttg penglibatan kerajaan Malaysia/PM/1MDB... tapi yelah...anjing2 suruhan kafir2 harbi DAP PKR RBA ni takkan berhenti membohong dan putarbelit... satu taktik nak alih isu rakyat terhadap kes rasuah dan penyelewengan si kafir LGE yg lengkap dgn bukti yg sangat jelas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu fakta penting yang terlepas pandang ialah selepas derma Arab di pulangkan dan Mr Jeb dengan itu otomatik hilang title "cash is King" yang disandang.

      Namun patah tumbuh hilang berganti, tokoh yang paling banyak wang derma semasa adalah LGExit. Ini fakta bukan auta.

      Dan dengan wang sebanyak 0.0012 bilion LGExit otomatik jadi penyandang baru "cash is King" dan sekaligus jadi sumber dedak terbesar.

      Padam
    2. mana bukti duit derma dah pulang?mana buktinya...duit src pun dikebas.kalau jibun xde cash cai jing jibun sekalian akan mengadap semula dap lge untuk dpt nasi basi dan dgelar rba semula.manusia hati busuk...

      Padam
  20. Bila Ironman Mike Tyson disaman di sebuah airport di Australia kerana membawa muatan tunai melebihi had, hanya segelintir tangan yang hulur simpati.

    Lain lain tangan secara spontan menulis kejian, fitnahan dan hinaan. Reaksi berkenaan seolah satu resam dunia yang normal pada hari ini

    Ia mungkin ada kaitan dengan keprihatinan terhadap isu integriti atau mungkin juga sebahagian dari gejala gejala bagi satu penyakit sosial iaitu penyakit politik kebencian.

    Penyakit biasanya berulang. Makanya tidak hairanlah kalau dua dua anak Malaysia yang sedang berdepan tindakan saman di Amerika menerima layanan sama seperti yang diterima oleh IMT.

    BalasPadam
  21. Bodo2 la geng dedak nie...ckp apa pun hatta satu dunia dok bagitau 1mdb ada duit lesap masih jugak nak pertahankan si najib. Patut la najib laki bini...dgn anak beranak naik lemak kt msia nie sbb ada melayu bodo2 yg tak bleh pikir secara waras. Kalau najib tak bersalah sekalipun tapi mengambil jalan berundur lebih menampakan ciri akhlak yg mulia drp membiarkan maruah negara dijadikan bahan lawak. Dah la tu...terjerit2 mendabik dada sebagai pahlawan bugis walhal tindak tanduk dah mcm pengecut bapok...asyik nak berselindung disebalik UMNO. Cuba bersihkan sikit nama dgn menubuhkan tribunal bebas, RCI...panggil sapa2 yg berkecuali jadi anggota dan buat deal...kalau sungguh tuan punya badan tak salah maka sapa2 yg dok tuduh2 tu kena lari bogel keliling putrajaya. Kalau salah..najib laki bini dan anak beranak dia lak kena lari bogel sebagai hukuman. Kau rasa najib sanggup tak?

    BalasPadam
  22. Apabila ditanya secara terbuka siapa gerangan MO1 itu berdasarkan keyakinan masing2..

    Penyokong tun kata...MO1 itu 99.9% ialah najip chicken berdasarkan maklumat selidik yang didedahkan. Full stop. Takde spin spin dah.

    Penyokong najip chicken pulak? Err err..saman sivil je...lgexit...kafir harbi...scorpene...bengkrap...shell...takde nama najip chicken pun...jamban...ameba...kutu kayu...cendawan...bla bla bla..spin memanjang..

    Soalan mudah je pun tak mampu jawab! Nampak sangat bangang dan penipu macam najip chicken jugak. Ada hati nak kata adil? Islam? Keamanan dan kedaulatan negara? Kena fitnah? Phuih!!! Piiiiraaa mabuk..Kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. jing jbo tak paham inggris aka bodoh sbb tu meroyan aje kejenya.dah bos pun kata diorang bangang tu sebab soalan mudah pun xboleh jawap.kalau jawap jibun kang xdapat dedak

      Padam