Layan..
RASUAH II
Saya dan isteri saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada pembaca blog ini
1. Dalam Pilihanraya Kecil baru-baru ini ramai daripada pengundi gembira menerima duit, beras dan alatan elektrik.
2. Mereka tentu tahu mereka telah menerima suapan rasuah. Yang memberi pun tentu tahu mereka melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan juga di sisi agama yang mereka anuti.
3. Kerana rasuah inilah, pihak yang menyogok mendapat kemenangan.
4. Kemenangan yang didapati dengan cara tidak halal bukanlah kemenangan yang sebenar. Seperti mana barangan yang dicuri tidak halal diguna atau dimakan, demikian juga kemenangan itu tidak halal.
5. Di dunia ini mereka tidak dapat dihukum kerana mereka sendiri yang berkuasa ke atas proses mendakwa dan menghukum. Tetapi perbuatan tidak mendakwa dan menghukum juga salah dari segi undang-undang duniawi serta agama. Ini juga melipatgandakan kesalahan dan dosa perlakuan mereka. Sogokan yang diberi dan diterima oleh penerima sudah dua kali haram.
6. Punca duit yang disogok juga haram kerana ia didapati dengan cara haram. Mereka yang menerima dengan ini menerima duit tiga kali haram.
7. Dalam Islam kita diberi hak bertaubat. Tetapi taubat kita hanya diterima Allah s.w.t. jika kita tidak mengulangi perbuatan salah yang telah kita lakukan. Mereka yang menunggu-nunggu untuk sogokan dimasa hadapan harus ingat pesanan dalam Al Quran berkenaan bertaubat.
8. Rasuah adalah suatu jenayah yang keji dan kotor. Ia merosakkan masyarakat, menindas yang miskin, menghalang kemajuan dan kesejahteraan, melemahkan dan mempermudahkan penjajahan oleh bangsa lain.
9. Mereka yang cuba menghalalkan rasuah tetap termasuk dalam golongan penjenayah yang berdosa. Lebih buruk lagi ialah mereka yang tahu akan larangan agama terhadap rasuah namun mereka cuba halalkan rasuah. Dosa mereka tentu berlipatganda jika kerana mereka dakwa bahawa rasuah itu halal maka orang lain akan menerima rasuah.
10. Amatlah menyedihkan apabila didapati yang teramai dari orang yang menyuap dan memakan rasuah ialah orang Islam. Sebabnya ialah kerana tidak ada tekanan oleh mereka yang bertanggungjawab mendidik akan haramnya rasuah dan pentingnya ia ditolak. Justeru itu ia tidak termasuk dalam nilai hidup yang dipegang sebagai sebahagian dari budaya orang Islam Malaysia sekurang-kurangnya.
11. Harapan masyarakat kepada undang-undang mencegah rasuah tidak mungkin berjaya sepenuhnya. Undang-undang melarang mencuri mungkin mengurangkan jenayah ini tetapi tidak menghapus pencurian. Sudah tentu jika mereka yang dipertanggungjawab menguatkuasa undang-undang pencegahan rasuah, mereka sendiri mengamal rasuah, maka undang-undang tidak bermakna lagi. Lebih buruk lagi ialah apabila undang-undang mencegah rasuah diguna untuk tujuan lain, untuk politik umpamanya. Rasuah sejuta dikena tindakan, rasuah berbillion dihalalkan.
12. Sebenarnya penolakan rasuah sebagai satu budaya dan nilai hidup sahaja yang boleh mengurangkan perlakuan rasuah. Benar rasuah terdapat dimana-mana sahaja. Tetapi ia amat berkurangan jika budaya masyarakat atau bangsa itu memandang keji dan menolak rasuah.
13. Untuk ini orang atasan khususnya pemimpin hendaklah menunjuk teladan yang baik. Lebih-lebih lagi pemimpin perlu tentukan pendidik memberi tekanan dalam mendidik pelajar dari peringkat tadika sehingga ke sekolah.
14. Sesungguhnya negara ini sedang menuju kehancuran kerana rasuah diperguna secara meluas untuk menguasai segala-galanya.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Malang nya, ramai pengundi yang tak sedar barangan yang dicuri tidak halal diguna atau dimakan, ada yang sedar tapi tak kisah sebab mentaliti korapsi dah "pervasive" di masyarakat Malaysia, terutama nya bila pemimpin ada RM4.2 bilion dalam ekaun dia, RM1 bilion dalam ekaun bini dia, RM1 bilion dalam ekaun anak tiri dia.
BalasPadamYang menang mana peduli kemenangan itu tidak halal. Ramai yang jenis kalau emak dia boleh di jual untuk dapatkan kemenangan, akan di jual depa.
Nilai nila murni banyak dah hilang di masyarakat Malaysia. Harap jangan jadi macam Philippines, President baru dia bulat bulat suruh rakyat sendiri bunuh mati drug lords. Depa mati baguih tapi habaigh peraturan undang undang di negara itu.
Dah timbul nilai baru - Cash Is King
PadamRasuah "amat berkurangan jika budaya masyarakat atau bangsa itu memandang keji dan menolak rasuah."
BalasPadamTak kurang punya. Bertambah ada. Bila yang di atas rasuah, yang di bawah pun ambik peluang.
Lambat laun negara akan lingkup, atau tak di hormati orang. Korapsi berbagai bentuk, kesan nya jugak berbagai bentuk. Mesir (Egypt) 4-5,000 tahun budaya nya takda banyak kejayaan selain dari Aswan Dam dan peninggalan antiquities. China jugak 4-5,00 tahun tapi di angggap sebagai pariah di dunia antarabangsa sehingga ha nya 20 tahun lalu.
Kalau pemimpin yg korap tak di ganti, Malaysia akan terkenal di dunia antarabangsa dengan 1MDB shit dan pemerintahan yg mirip ke kuku besi.
Di tahun 2015, Malaysia dah turun ke nombor 54 (dari 175) di senarai Corruption Perception Index yang di sediakan oleh Transparency International.
PadamTak tahu nombor berapa sekarang.
Ucapan tun momok dipagi raya..
BalasPadamsaya tun momok dengan ini mengistiharkan selamat hari raya dan salam satu fitnah.... fitnah makanan kita dan cai cai sekelian... teruskan fitnah .... kita tak perlu pasa fakta dan bukti yg jelas asalkan kita spinn cukup cukup dan truskan fitnah
majulah cai cai momok untuk fitnah
slmt hari fitnah....ooopss... slmt hari raya
Hehehe...ko sakit hati kee..fitnah apa plk..apa yg dikata tun tuu betul2 berlaku pada prk lalu..ProOO00ootTt
PadamUcapan laki si gemok (rhyme dengan momok) amacam?
PadamCogan kata "1Malaysia" kegemaran Najib pun kau permainkan dengan mengata "salam satu fitnah". Kurang sopan kau nih.
Nanti dia maki kau dengan mengata bangang hamjadah, baru tau. Macam dia kata di kempen PRU13 sebab korang tak keluarkan fakta dan hujah yang boleh di terima bagi membantu dia tercungap cungap hingga kena Tsunami Cina.
Di PRU14 kot kena Tsunami Melayu jugak.
masih syok sendiri ... melayu protun berapa kerat jer ... itu pun drop by day .. go fly kite !!
PadamBagi beras Dan makanan pada orang miskin dikatakan rasuah pelik betul, bagi barang eletik pada orang miskin kata rasuah pelik betul,
BalasPadamDi zaman tun m jangan harap dapat beras sampai kawasan di baling dulu pun ADA orang terpaksa makan ubi Dan minta Bantu kerajaan selepas harga getah jatuh tun m lansung tak dengar nadi Rakyat, selepas pas bagi tegurah baru tun m sedar.
Najib telah belajar Dari kesilapan bila harga komuniti jatuh bagi bantuan beras pada para perusaha getah
Bukan rakyat keseluruhan yg dapat, Mamat. Ha nya yg undi nya di perlukan. Itu pasal di kata rasuah. Kau bodoh ke tak tahu.
PadamAPA ko merepek nii seytannn...ye kee bagi bagi orang miskin..?kenapa hanya bagi tiMe ADA prk..?hari biasa apasal tak bagi..?Kalau takde prk takdenya nk bagi tuu semua..'najib telah belajar dari kesilapan bila harga komuniti jatuh bagi bantuan beras pada para perusaha getah'...LANCAUUU
PadamDizaman tun m bagi beras Dan makanan ketika harga komuniti jatuh kalau najib lakukan perkara sama dikatakan rasuah, nampak sangat tun m sudah nyanyok He.he.he
PadamUcapan pengulungan momok dihari raya
BalasPadamDengan ini saya momok ingin mengulung ucapan hari raya gua
Gua punya deklarasi selamatkan boboi... oopss rakyat Malaysia tak menjadi ... ini disebabkan gua srndiri dikencing oleh orang PKR... pada cai cai momok gua mintak maaf.... deklarasi tu mme gua tipu pun tapi gua kena terusjan jugak... malu gua pada cai cai momok sekelian...
sekian selamat kan deklarasi penipu gua.... ooopss silap plakkk
selamat hari raya.... teruskan fitnah...
Caii...ucapan mapadulung lagi bosan..syok sendiri..rakyat tutup tv..
Padamapa yg najib buat hari ini diwarisi dari kepimpinan Tun M... jangan la buat2 tak tau... takde sorang pun protun yg berani nafi zaman Tun M dulu mmg amal kronisme... sape yg kaya masa tu??? anak2 Tun M, bbrp kerat kroni dan tokey2 cina kan!!???
BalasPadamTun Madey ada bikin satu billionaire Melayu - Syed Mokhtar Bukhari.
PadamNajib ada bikin TIGA billionaire Melayu - dia sendiri (RM4.2 bilion masuk ekaun bank dia), bini dia (RM1 bilion), anak tiri dia (RM1 bilion).
Lebih busuk dari kronisme. Itu nepotisme. Otak feudal.
Tiga billionaire Melayu yang jadi bilionaire dengan tak payah tungkus lumus berniaga. Banyak cantek. Biji pan tek.
PadamItu pun belom tahu berapa ada dalam sarang tebuan di kepala FLOM. Tengok, kalau selalu senget kepala, banyak bilion lagi ler.
Cash can buy everything.
BalasPadamRight or wrong.
Cash is King.
"Harapan masyarakat kepada undang-undang mencegah rasuah tidak mungkin berjaya sepenuhnya."
BalasPadamMana nak jaya. Gani Pattail alih alih di berhentikan dari jawatan Peguam Negara nya, tanpa notis, tanpa sebab. Laporan2 dan syor2 SPRM, PDRM dan Bank Negara Malaysia melalui Pasukan Petugas menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion (jumlah yg di ketahui di masa itu) di ketepikan bila Apandi di lantik sebagai ganti nya dan tak lama kemudian istiharkan Najib tak bersalah.
Dahtu keluar "tangan ghaib" yang tukarkan dengan serta merta tempat kerja pegawai2 tinggi SPRM dan PDRM yang terlibat dalam siasatan itu.
Tindakan kudut yang terakhir ia lah yang menyebabkan boss dan timabalan nya di SPRM berhenti kerja di situ, di katakan "di tekkan" dek tangan gahib jugak supaya tinggalkan tempat itu.
Ya Allah, teruk nya negara ini di buat dek "tangan ghaib" you know who.
Doakan Allah adilkan keadaan. Secepat mungkin.
PadamTangan ghaib tidak muncul tiba tiba tapi dilahirkan. Pelahirnya adalah bapai (bapai pandang ke ufuk timur)
PadamSelagi 'bapai' tangan ghaib masih di situ, lebih banyak tangan ghaib akan muncul. Tiada lagi bapai, tangan ghaib tentu luput, kan kan.
Tangan ghaib di lahirkan tak betui - anak haram.
PadamGantikan tokeh tangan ghaib tuh. Supaya tak ghaib tak haram lagi.
Tazkirah di ufuk senja
BalasPadamBenar, orang yang ingkar akan mendapat tazkirah dari Allah ...
PadamBetul, pembankgang dah suruh dia buat baik tapi orang tu ingkar selama 23 tahun. Lar nih dia disohkan beri tazkirah hingga hujung dunia.
PadamHang punya bodoh cakap 23 tahun. Yang setahun tambah tu dok sondol hang ka?
PadamPahal pun, aku nak takziahkan hang.
ABAapa dedak Malaysia Tun M la...Bapasegala rasuah di Malaysia..Anak anaknya semua dah jadi jutawan sampai billionaire...melayu yang merempat adalah ahli umno yang masih seti..jangan la fun cakap pasal haram halal yea..bet I'll ka u all dpt rezeki halal suci lagi bersih?. Hipokrit...
BalasPadamTaklah, pencuci semua dah dobikan semua yang lepas tu. Sekarang dah 'borneo again Melaise' gitu, he he.
PadamSuci dalam debu, putih bak kain kapas. Itulah keistimewaan penjilake, yang kotor boleh dibersihkan. Akhirnya yang kotor dijulang, penjilake terlentang, he he
PadamYang songlap berbilion terlentang, bagus lah. Tinggal lenyek aje.
PadamDi England, seorang penulis kata,
BalasPadamForgive me if this is in poor taste but I really DO question Tony Blair's sanity
Di Malaysia apa macam? RM4.2 bilion masuk ekaun dia, RM1 bilion masuk ekaun bini dia, RM1 bilion masuk ekaun anak tiri dia.
Bukan sikit duit tu, Beb. Berbilion. Sanity ke?
Banyak tak masyuk akai termasuk IPPA. Yang tak ada akai pun nampak IPPA tak masuk akai. Tapi nak wat camno, terlajak perahu boleh undur, terlajak signs, habis!
Padamko dendang lah lagu fitnah ni sampai akhir hayat ko .... go fly kite !!!
PadamKo nafikan saje le, Jing Projibo, takda fakta atau hujah nak membantu Jibo yg dah merengkek dengan dosa 1MDB dan berbilion dlam ekaun bank dia dan famili.
PadamKo asyik bang balls ke?
Jing jibbo flykite sudah mari
BalasPadamTadi malam gaduh sama isteri
Sebab flykite mintak tidak kasi
Itu pasal meroyan dari pagi
Hari hari dia mintak bukti
Kepala pening apa pun tak reti
Yg tahu carut sama maki
Tentu mulut hancing tidak wangi
Hari hari dia kite goncang
Bukti banyak dia tidak pandang
Sebab dedak dapat banyak uncang
Gelojoh macam beruk dapat pisang
Pasal Deklarasi dia banyak sebut
Hari hari dia gegar lutut
Berjuta sign dia jadi takut
Kecut perut sampai kentut kentut
Hali hali sayang boboi,sebut Tun
Banyak lindu malam takleh titon
Masa Tun PM flykite kecik tengok katun
Flykite,siapa bina dan jayakan Proton?
Ratusan ribu rakyat manfaat Proton
Encik Wan Emdibi hanya cerita katun
Rakyat makan daun bos makan buah zaitun
Sebabkan dedak flykite cover melantun lantun!
23 tahun jadi PM hanya 1 orang melayu yg dilahirkan jadi billionaire .... tak ke babi namenyer tuuu
BalasPadamBlog putramerdeka red bean army batu api... rasuah dan kes LGExit lansung x ulasan .... mna bole sentuh rasuah LGExit nnti 20k sapa mau bayar tiap2 bulan....tak ke babi namernye tu....
Sayang Tun.
BalasPadam