Ahad, 3 Julai 2016

Pelindung Jadi Penidas..?

patut la bubar..!
AHLI-AHLI POLITIK

1. Terdapat ahli-ahli politik dan ahli-ahli politik. Bagaimana mereka berkelakuan dan bagaimana mereka bertindak balas tidak boleh dipadankan ke dalam mana-mana acuan.

2. Apabila saya menjadi Perdana Menteri saya dipanggil dengan berbagai jenis nama. Saya dilabel sebagai ultra, Pharoah atau Firaun, Mahazalim, diktator, anda sebutkan sahaja, segala sahaja yang menghina atau merendahkan martabat, dan saya mempunyai semua sifatnya itu.

3. Saya tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka, saya tidak mengancam mereka, saya tidak meminta pihak polis untuk menyoal mereka, saya tidak menangkap, menahan dan mendakwa mereka kerana menjadi pengganas, kerana mensabotaj sistem perbankan Malaysia, mensabotaj ekonomi Malaysia.

4. Saya tidak mengancam untuk menyaman mereka, tidak juga saya menyaman mereka.

5. Saya adalah seorang ahli politik dan masih lagi seorang ahli politik. Dimaki, dipanggil nama-nama, dituduh rasuah atau nepotisme, diminta untuk meletak jawatan, potret anda dikoyak dan lain-lain – ini adalah perkara-perkara yang perlu dijangka. Jika anda tidak boleh terima ini, maka janganlah jadi seorang ahli politik.

6. Ini adalah sudah tentu berbeza jika tuduhan dan desus desas rangsangan ditujukan terhadap Kerajaan. Namun begitu Kerajaan perlu bersedia untuk dikritik, dituduh salah laku. Hanya jika benar-benar undang-undang dicabuli maka bolehlah Kerajaan mengambil tindakan. Dan itu pun perlu mengikuti proses undang-undang, bukan sahaja jika jawatankuasa parti yang berkuasa memutuskan.

7. Kita semua sama di sisi undang-undang. Tidak ada pengecualian atau keistimewaan bagi mereka yang berkuasa. Proses undang-undang perlu diikuti. Tugas Peguam Negara adalah untuk mendakwa dan tugas hakim untuk mengadili. Ianya bukan untuk Peguam Negara juga untuk mengadili.

8. Apa yang kita lihat pada hari ini ialah orang yang sangat mempercayai bahawa anda boleh membeli segala-galanya dengan wang, yang mempercayai bahawa Tunai adalah Raja, yang memiliki berbilion-bilion, yang secara terbuka membeli undi tanpa dipersoalkan atau disiasat atau pun didakwa, tetapi orang lain, yang dituduh rasuah dalam skala lebih kecil, segera ditangkap, didakwa dan dihadapkan untuk perbicaraan di mahkamah.

9. Memang diakui proses undang-undang perlu dikenakan walaupun jenayah itu adalah kecil. Tetapi apabila jenayah besar dibenarkan bebas semata-mata kerana yang orang yang terlibat berkata dia tidak bersalah, maka kita perlu mempersoalkan sama ada undang-undang yang sama dipakai kepada semua.

10. Kita sedang memerhati, dunia juga sedang memerhati. Dalam demokrasi terdapat pemisahan kuasa di antara perundangan, eksekutif dan badan kehakiman. Sudah kita melihat sebahagian daripada badan kehakiman sedang terjejas.

11. Saya telah tertakluk kepada penyoalan polis sebanyak empat kali. Ada sekali lagi dijadualkan selepas Raya.

12. Saya pasti akan berlaku satu lagi soal siasat polis selepas penerbitan ini.

13. Pihak polis wujud untuk melindungi kita, iaitu rakyat, daripada penjenayah.

14. Tetapi sekarang pihak polis pula sedang digunakan untuk mengganggu dan memberi tekanan terhadap kita. Adakah ini betul atau salah?.

15. Ingin saya parafrasa lafaz seorang patriot Amerika yang berkata: “Negara saya, semoga ianya sentiasa betul, tetapi itu negara saya, betul atau salah”.

16. Di Malaysia kelihatan bahawa kita bercaya kepada “parti saya, bos saya, semoga mereka sentiasa betul, tetapi itu parti saya, bos saya, betul atau salah”. Kami melihat perbuatan yang salah dilakukan atas nama profesionalisme dan disiplin. Pelindung telah menjadi penindas.

17. Semoga Allah SWT menyelamatkan kita.


Malaysia meriah..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

47 ulasan:

  1. Kalau semua ini keluar dari mulut pihak atas pagar maka ianya mempunyai asas dan kebenaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila ianya keluar dari ketukan hujung jari si sifu, ianya hanya menampakkan kegagalan si sifu. Atau dalam kata lain, ia seperti 'ketam kritik anak jalan mengiring'.

      Padam
    2. hahaha, jalan mengiring
      tapi boleh senyap tak bising bising
      tup tup berbilion ringgit masuk ekaun dia, bini dia, anak tiri dia, semua nya tabiat anjing

      Padam
    3. Keluar kan bukti..cakap kosong orang nama kan kita bodoh tak berakal.

      Padam
    4. baca le komen pasal bukti di bawah ni. Kalau tak paham yang itu, orang kata bodoh tak berakal jugak

      Padam
    5. Pergi ke mahkamah dulu...baru cakap pasal bukti.

      Padam
    6. bukti taik kucing ... fabricated, malice and slanderous .. your brain full of madey bullshits ... go fly kite !!

      Padam
    7. Bullshit tp billion2 dlm akaun najis.
      Najis mngaku.
      Go fly kite nk bullshit apa?

      Padam
  2. Begitulah...bila dah terdesak tahiikk pun digapai..boleh plk buat muka poyo..

    BalasPadam
  3. Najib menindas kerana tak dapat melindung. Mana nak lindung sebab 1MDB dan berbilion ringgit masuk ekaun dia dan famili itu gajah besar dalam bilik.

    Gajah bergerak, dia tersepit sehari demi sehari. Bukan saja di negara sendiri tapi jugak di 7 negara asing 1MDB di siasat.

    Bosan, renyah dan desperado dia, maka menindas le keroje nye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana nya dia melindung. Kalau Jho Lo dilindung nya le.

      Padam
    2. bila berkenaan DSN di negara sendiri? ada pendakwaan ke ? bila di di tujuh negara asing berkenaan DSN ? ada pendawaan ke ? pendakwaan kesalahan apa ? syok sndiri ...bingai tahap gaban protun ni semua .. go fly kite !!

      Padam
  4. Tun M kena berhati hati sekarang. Big bro is watching and monitoring. Di mulakan dengan yg muda dulu lepas tu yang dalam linkungan umur 50'an Sekarang jarum meter dah sampai 70'an tak lama lagi akan mencecah ke 90'an. Hati hati dijalan raya Tun !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waaah, kau ni ikhlas bagi warning ke atau tak mahu kasi Tun cakap apa yang di dalam fikiran dia?

      Yang muda dan yang 50an suka korapsi ke kalau tak bisingkan pasal selewangan 1MDB hingga terhutang RM53 bilion, sekarang IPIC tuntut RM26 bilion lagi pulak? Berbilion masuk ekaun sendiri pulak.

      Padam
    2. Yang berbilion terhutang tuh jadi beban kita rakyat, Beb. Sekarang 1MDB dah di ambil alih dek Kementerian Kewangan sapenuh nya. Amacam, nak GST lagi untuk bayar hutang ke?

      Padam
    3. Berapa peratus rakyat malaysia yg mati kebulur..tolong jawab

      Padam
    4. Kalau tak banyak yg mati kebulur makna nya boleh bikin terhutang berpuluh bilion dan songlap berbilion?.. tolong jawab

      Padam
    5. ada pendawaan ke ? pendakwaan kesalahan apa ? syok sendiri ...bingai tahap gaban protun ni semua .. bila ada bukti songlap? go fly kite !!

      Padam
  5. Bukti mana...?
    Fakta mana...?
    Document mana..?
    Bank ape...?
    Surat mrnyurat. .. surat kelulusan mana.?
    Tarikh bila..?
    saksi mana...?
    Account apa..?
    Fakta kes ape..?
    Buat la homework tunjukkan semua detail...
    Harap WSJ buat lapuran baru... maka terkinja kija blog batuapi kaut dari WSJ...

    tunjukkan homework baru ade kredibal....blogger LGExit dedah semua parkara diatas... LGE yg terkenal kaki saman..... sampai skg tak saman2.... skg PADAN MUKA ko setannnn.... baru ada blogger berkualiti dan kredibal. ...

    BUAT LA HOMEWORK SIKIT.... blogger haprak pemalas buat homework .... tak respect lansuung...


    BalasPadam
    Balasan
    1. Si bodoh bangang piang 2:10 PTG,

      “Bodoh sangat le kamu tak tahu apa itu bukti, tak mahu google makna nya, keras kepala asyik jeritkan takda bukti apekebenda.

      Ini dia makna bukti:

      Kamus DBP, Bukti: keterangan yang nyata, dalil, saksi, tanda

      bukti = evidence

      Oxford English Dictionary, Evidence:

      1. clearness, obviousness
      2. indication, sign, testimony, facts making for a conclusion
      3. information tending to establish fact, statements, proofs admissible as testimony in court
      4. serve to indicate, attest

      Dari apa yang dah keluar di berita di dalam dan di luar negara sejak meletup nya skandal Najib, dari Hansard atau rekod testimony kapada PAC di Parlimen, kepala hotak kau kalau tak habis habis soalkan bukti. Bodoh, bangang, tongong, bahalul, baghal.

      Aku akan keluarkan komen ini setiap kali kamu keluarkan soal bukti.”

      Padam
    2. Bagus bro..jenis binatang semua tahu sondol aje..bila kita minta bukti,dokumen,tarikh bila berlaku..baru terkebil kebil..dah dasar BABI tentu sondol aje...lantak depa lah bro...cuma satu nak tanya..TUN M ni nak tongkat langit sampai jadi umur Nabi Nuh kot..baik duduk rumah beramal ibadat lagi baik..dah tua dah..kubur dah tunggu tu.

      Padam
    3. Rasa nya bior le dia nak aktif politik selagi masih ada hayat nya. Ada yang pencen, terus tak buat apa apa, tak lama gol.

      Padam
    4. Benda yg kau mintak tu semua dah didedahkan dulu lagi lah..pegi la buat ulangkaji baca lapuran PAC...xpun Tanya jibby directly.dedakian penyokong rasuah penindas rakyat.puiiih

      Padam
    5. Aku baca dah laporan pac itu, ahli dap boleh pulak cakap najib tak bersalah, dekat luar dap boleh cakap najib bersalah ,paling kelakanya dap boleh pulak tandatangan najib tak bersalah he.he.he
      Korang sendiri sudah nampak dap bermuka2 dalam politik bukan cari kebenaran najib bersalah atau tak bersalah.
      Ikut majority pac najib tak bersalah jadi macai protun nak cakap APA

      Padam
  6. Memang banyak jenis politikus. Satu masa dulu aku baca ada politikus tembak mati opponent nya di Gemas, masuk penjara, dapat Agong pardon salepas banyak tahun.

    Tapi jenis politikus yang dok pecat ahli, tangkap dan dakwa whistle blowers, pakai tangan ghaib berhentikan Gani Pattail Peguam Negara dulu dengan serta merta dan takda sebab munasabah, dahtu lantik Apandi yang tak lama kemudian kata Najib tak bersalah dalm hal 1MDB dan RM2.6 bilion - itu semua benar benar politikus tikus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baca lah pasal Presiden Philippines baru. Di suruh nya tembak mati pengedar dadah, yg korap dsb nya.

      Padam
  7. Tun M kena berhati hati sekarang. Big bro is watching and monitoring. Di mulakan dengan yg muda dulu lepas tu yang dalam linkungan umur 50'an Sekarang jarum meter dah sampai 70'an tak lama lagi akan mencecah ke 90'an. Hati hati dijalan raya Tun !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, masuk lagi dia ni punya komen - yang sama dengan di atas tu. Dia umur 90an jugak agak nya, terlupa dah terbitkan di atas. Tak mcm Tun, tak pelupa pun.

      Padam
    2. Kalau dia terbitkan lagi komen yg sama tu, nyata lah dia nak ugut. Mesti di laporkan kpd Polis.

      Padam
  8. "3. Saya tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka, saya tidak mengancam mereka, saya tidak meminta pihak polis untuk menyoal mereka, saya tidak menangkap, menahan dan mendakwa mereka kerana menjadi pengganas, kerana mensabotaj sistem perbankan Malaysia, mensabotaj ekonomi Malaysia."

    Loaded statement tu, Beb. Semua nya menuding kpd Najib.

    Nak huraikan sepenuh nya makan 2-3 hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha, Salleh Said Keruak kena nafikan dan "hit back at former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad for claiming that the government is oppressing the people, instead of protecting them," kata The Sun Daily.

      Itu saja lah yang puak Najib ni tahu - nafi, nafi, nafi.

      Apa nak buat lagi bila dah banyak sangat buat tak betul.

      Padam
  9. Bercakap saja tak guna. Islam ajar kena ada bukti bukan dengar orang cakap saja. Syarikat mana tak ada hutang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada hutang pun, tak le berpuluh bilion Ringgit, Mat.

      Dahtu berbilion pulak masuk ke ekaun sendiri dan famili.

      Kamu dah baca ke komen pasal bukti di atas tu?

      Padam
    2. Tunjukkan bukti akaun tuhhh

      Padam
    3. “Bodoh sangat le kamu tak tahu apa itu bukti, tak mahu google makna nya, keras kepala asyik jeritkan takda bukti apekebenda.

      Ini dia makna bukti:

      Kamus DBP, Bukti: keterangan yang nyata, dalil, saksi, tanda

      bukti = evidence

      Oxford English Dictionary, Evidence:

      1. clearness, obviousness
      2. indication, sign, testimony, facts making for a conclusion
      3. information tending to establish fact, statements, proofs admissible as testimony in court
      4. serve to indicate, attest

      Dari apa yang dah keluar di berita di dalam dan di luar negara sejak meletup nya skandal Najib, dari Hansard atau rekod testimony kapada PAC di Parlimen, kepala hotak kau kalau tak habis habis soalkan bukti. Bodoh, bangang, tongong, bahalul, baghal.

      Aku akan keluarkan komen ini setiap kali kamu keluarkan soal bukti.”

      Padam
    4. Wahai anony 3 Julai 2016 5:38 PTG & 3 Julai 2016 6:38 PTG,

      Korang nak bukti ape lg sebenarnya? KO tak tgk ke aliran tunai yg AG Apandi tunjuk kat media? Terang2 tunjuk mcm mana duit tu masuk akaun yg terbabit. Malah PM kesayangan korang sendiri mengaku (walaupun pada awalnya menafikan) yg ada duit RM2.6billion dlm akaun peribadi dia. Yang korang ignorance sgt ni nape? Pegi main layang-layang la, nyemak je tatau mane satu fakta n auta!

      #pendedaktegarygbodoh
      #mendedakjekejenye

      Padam
    5. madey bawak lah oxford tu dalam kubur .. mana pendakwaan .. apa asas pembuktian utk mendakwa? ada ke ? ko bingai buang masa layan madey buat apa .. madey dah luput .. org tua nyanyok nak mampus.. go fly kite !!

      Padam
    6. Memanglah syarikat semua ada hutang tapi masalahnya...kerajaan bukan sebuah syarikat. Kerajaan tak sepatutnya terlibat dalam perniagaan. Kerajaan sepatutnya memyediakan peluang untuk rakyatnya menjalankan perniagaan.

      Padam
  10. Mana perginya tun momok....? Dah lupus..?Dah tataunak letak muka kat mana..? Tun momok dah jadi tikus mondokkah...? PRK dah lama berlalu momok tumpah darahkah..? Sejak LGExit berlaku Momok dah tak mampu nak membelit dan menipu.?
    DEKLARASI SELAMATKAN BOBOI DAH JADI APA SKG NI.....muahahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gelak ketawa lah engkau, Jing Projibo. Tun masih lagi menghentam boss kamu di blog dia, di keluarkan di pos di atas ini, kau sengaja buat tak sedar ye?

      Nanti sampai masa nya boss engkau tercungap cungap kena tindakan kuasa yang lebih besar dari nya, aku akan senyum aje. Tak ketawa melakak lakak pun, gerenti.

      Padam
    2. hentam kepala hotak ko .. takda kesan bro .. yg layan mabuk ketum ayat madey ko je lah ... ex PM 92 tahun yg dah nyanyuk tu ko pegi layan ... bingai ke apa ko ni .. go fly kite !!!

      Padam
  11. Husni baru kata dia berhenti dari jawatan Menteri Kewangan II sebab nak di pindahkan ke jawatan lian. Dia jugak kata kerja tu berat sebab ada hal 1MDB di antara nya.

    A Wahid Omar jugak berhenti dari jawatan Menteri, di katakan jugak sebab tak senang hati dengan penyelewangan 1MDB.

    Tun Mader ha nya nak coba betulkan keadaan, selamatkan Malaysia dari Najib. Kena macam macam tindakan yang tak patut. Tentu lah dia tulis panjang lebar pasal itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. madey nyanyok ... menongkah langit .. bukan selamat kan malaysia bila sekongkol dgn DAP .. ko jgn jadi bingai makan bullshits madey banyak sgt... mainan politikus madey pun ko boleh terpedaya .. go fly kite !!

      Padam
  12. Panglima senyum dalam keresahan...tu yang jadi tak tentu hala,termasuk yang masih dok sokong dia.

    BalasPadam
  13. Tv3...suwey betul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerja ko menyuwey je lah ... bingai nak layan madey buat apa ? go fly kite !!!

      Padam
  14. Segala yang Tun kata adalah benar belaka,ternyata Tun seorang pemimpin yang terlalu jujur terhadap diri sendiri apatah lagi terhadap Negara.Ayoh rakyat Malaysia kita ramai2 beri sokongan yang tak berbelah bagi kepada segala usaha murni Tun.

    BalasPadam