Ahad, 10 Julai 2016

Siapa Sebenarnya Berkuasa..?


Hanya pencandu dedak sahaja yang boleh dijadikan dadu..!

‘SEDARKAH RAKYAT, KUASA MUTLAK KINI TANGAN NAJIB’

Isu 1MDB sekali lagi mengempar dunia dengan pendedahan Sarawak Report laporan “sulit” PAC – Jawatankuasa Kira kira Wang Negara, yang mengandungi komen kritikal Ketua Audit Negara.
Laporan PAC tersebut yang telah di letak di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), menjadi tumpuan dan minat dunia.
Kerajaan Malaysia mengatakan Sarawak Report telah memfitnahnya, tetapi apabila pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dari dahulu lagi menggesa kerajaan menyaman mereka, kerajaan tidak berbuat demikian. Amat aneh sikap kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Saya bersetuju dengan gesaan ADUN Salor, Datuk Husam Musa supaya Majlis Raja-Raja Melayu meminta kerajaan membentang laporan PAC bersama laporan Ketua Audit Negara tentang 1MDB kepada Majlis Raja-Raja Melayu.
Pakar undang-undang dan perlembagaan, Profesor Aziz Bari berpendapat Majlis Raja-Raja berhak mengeluarkan arahan tersebut.
Lagi pun kerajaan telah diminta oleh Majlis Raja-Raja sejak tahun lalu lagi untuk menyelesaikan isu 1MDB ini.
Malangnya kerajaan tidak menghormati titah tersebut dan Najib difahamkan telah tidak hadir dua mesyuarat terakhir Majlis Raja-Raja.
Adakah Najib cuba mengelak dari berhadapan Raja-Raja Melayu tentang isu 1MDB ini?
Amat malang dan satu tragedi besar Akta Rahsia Rasmi (OSA), telah digunakan untuk menutup skandal besar 1MDB dan mengugut rakyat biasa dengan hukuman penjara kalau mengeluarkan rahsia kes tersebut.
Adakah Najib boleh menggunakan peruntukan OSA ke atas DYMM Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang berhak atas maklumat 1MDB mengikut perlembagaan Malaysia seperti pendapat pakar perundangan?
Oleh itu DYMM Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja sahajalah menjadi harapan rakyat untuk mengatasi kemelut dan misteri hutang 1MDB ini yang akan membebankan kita sehingga anak, cucu dan cicit kita.
Dari segi adab, Najib telah tidak menghormati langsung pandangan dan teguran Majlis Raja-Raja Melayu kita dengan tidak mengambil tindakan atas gesaan mereka dalam isu 1MDB dan juga isu pengistiharaan darurat melalui akta MKN (Majlis Keselamatan Negara).
Akta MKN tersebut akan merampas semua kuasa pengistiharaan darurat dari Agong dan gesaan Majlis Raja-Raja untuk menghalusi akta tersebut tidak diberi perhatian langsung.
Adakah ini selaras dengan perjuangan sebuah parti Melayu-Islam-Umno yang kononnya akan mempertahankan kedudukan dan kuasa Raja-Raja Melayu?
Suara rakyat biasa dan ahli politik pembangkang telah lama ditekan dan dilenyapkan dengan berbagai akta seperti OSA, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Hasutan.
Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pegawai Cawangan Khas, Bukit Aman yang cuba menjalankan tugas mereka telah ditamatkan perkhidmatan mereka.
Badan Kehakiman dipersoalkan oleh rakyat. Yang tinggal hanyalah Majlis Raja-Raja Melayu kita walaupun kuasa mereka telah makin terhapus.
Tanpa di sedari oleh ramai rakyat, kita sudah membenarkan penyerahan hampir semua kuasa mutlak kepada Najib.
Apabila kuasa mutlak diperolehi oleh seseorang pemerintah, pada hari berkenaan, kita mesti bersedia menjadi “hamba abdi” dan tidak lagi boleh mengangkat muka atau menyoal apa-apa tindakan mereka dengan bermakna.
Berapa lama lagi tinggal sebelum kita sampai ke tahap itu?
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Kuasa rakyat adalah keramat..!
Ingat..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

40 ulasan:

  1. Satu maya tahu siapa Ajiz Bario dan pendiriannya terhadap pro-republik dan anti-republik.

    Makanya bersetuju dengan pendapat lunak pro-republik tentang anti-republik adalah seumpama bersetuju dengan pandangan lunak pro-sekular tentang pro-sekular.

    Jawapan Ajiz Bario adalah satu U-Tun dari kebiasaan dan tidak dapat tidak umum akan melihatnya sebagai 'ada udang di sebalik batu.

    Dengar boleh, sentuh boleh, kulum sikit-sikit boleh tapi kunyahlah sebaik baiknya sebelum di telan.

    BalasPadam
  2. πŸŒŒπŸŒŒπŸ“πŸ”πŸŒŒπŸŒŒπŸ€πŸ₯🐦..πŸ‘œπŸ’πŸ’Ž..πŸ‘Έ..😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aziz Bari bukan Professor. Dia bukan Professor Emeritus, jenis yang boleh pakai pangkat itu bila tak lagi pegang jawatan professor di tempat dia bekerja.

      Dia professor masa di UIA pun, dia bukan pakar undang undang Perlembagaan. Yang pakar dalam bidang itu ia lah Professor Emeritus Shad alem Faruqi.

      Aziz Bari kena gantung jawatan nya di UIA sekejap, lepas itu kerusi nya panas sebab menyokong Pembangkang, dia letak jawatan. Kerja di tempat yang tak di kenali, bertanding di atas teket PKR di PRU13, tapi kalah.

      Masuk DAP, mengharapkan kerusi yang gerenti menang macam Si Mongkol di Pahang. Tak dapat, jadi "penganalisa" apekenama di think-tank DAP di Penang. Macam itu, siapa nak caya apa dia cakap.

      Padam
  3. Sedarlah wahai rakyat...puak2 kafir harbi DAP PKR RBA takkan berhenti memburuk2kan kerajaan pimpinan melayu Islam sedia ada dengan pelbagai pembohongan dan fitnah selagi adanya melayu2 bebal yg terhegeh2 nak jadi pemakan najis para kafirun ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhai..kalau pemimpin islam ITU mengamalkan rasuah korupsi wajarkah kita sokong..? Kena taat walaupun pemimpin islam tuu kaki songlap..susahkan rakyat..boros..ProOO00ootTtπŸ’¨

      Padam
    2. rasanya tak ada perasuah yang disokong waima mantan MiB selangor sebelum khalid tidak diberi sokongan apabila terbabit kes rasuah rumah ala Bali.

      malah MiB khalid sendiri yang difitnah parti sendiri dengan 93 laman kertas rasuah juga tidak disokong.

      kepala taek (perkataan ungkapan novelis terkenal) juga dilemparkan dengan berbagai tuduhan rasuah selama 22 tahun dari kem sebelah sana tapi semua itu kekal sebagai tuduhan semata-mata.

      malangnya dalam kes khalid, umum turut tertipu dan bersalah kerana menganggap khalid adalah perasuah dan layak dijatuhkan sedangkan semua itu paslu.

      jelas perasuah tidak disokong. namun tidak semua tuduhan rasuah itu benar. dalam kes khalid 'fitnah rasuah' juga ujud dan mampu menjatuhkan.

      sebaliknya dalam kes Penang, persepsinya berbeza iaitu perasuah akan terus disokong kalau dakwaan terhadapnya dijenamakan semula kepada konspirasi.

      Padam
    3. "pelbagai pembohongan dan fitnah" yang di sebut di 6:29 PTG itu ada lah di lakukan dek puak Jibo. Dah tak tahu macam mana nak jawab sekarang dah keluar dedahan apa yang terkandung di Laporan Ketua Odit yang di rahsiakan itu.

      Dan lebih banyak dedahan akan di lakukan dalam masa berikutan ini.

      Dedahkan saja lah Laporan Tan Sri Ambrin itu jika berani nak tunjukkan laporan Sarawak Report itu tak betul, konon.

      Padam
  4. Adakah konsep 1MDB bertepatan dengan Syari'ah? Tidak. 1MDB ingin ambil dan guna hak generasi mendatang rakyat Terengganu untuk ternak lebih banyak wang - dan kita tahu kalau dibiarkan 1MDB tidak mampu bayar hutang yang diternak melalui cagaran duit minyak Ganu itu kerana nafsu besar 1MDB itu telah menelan banyak duit rakyat daripada Tabung Haji, LTAT, Socso, KWAP.

    Apakah kesannya kalau Jho Low berjaya mengamal laksanakan faham sekularisasi ke dalam 1MDB dan di Terengganu?

    Terengganu khususnya dan Malaysia am-nya akan jadi seperti banyak negara-negara Latin Amerika seperti Ecuador yang mengorbankan hak masa depan generasi mereka untuk memenuhi ketamakan dan tembolok nafsu masa kini.

    Jahat tak Jho Low dan 1MDB? Jahat.
    Jahat tak Najib dan 1MDB? Jahat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ecuador Dan Venezuela selepas jatuh harga minyak tak dapat nak bagi subsidi pada rakyat malah subsidi rakyat kena catu pulak ITU malah yuran percuma universiti untuk pelajar miskin pun tarik balik, malaysia hanya tarik subsidi gula Dan minyak pun nak bising, malaysia tak penah nak kurangkan subsidi makanan,hospital,ubat malah kerajaan menanbahkan subsidi bila harga minyak jatuh semua disebab gst, get banyak menbantu rakyat

      Padam
  5. Jika kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang bijak, dengan menggunakan wang RM50 billion, Malaysia mungkin dapat:

    Sebuah lagi KLIA (RM8.5 billion)
    Sebuah lagi KLCC ( RM6.4 billion)
    Sebuah lagi bandar pentadbiran seperti Putrajaya (RM12 billion)
    Sebuah lagi jambatan seperti jambatan kedua di Pulau Pinang (RM4.5 billion)
    Memberi biasiswa kepada 20,000 pelajar untuk belajar di universiti terkenal di luar negara (RM6.5 billion)
    Membina 50 buah hospital di bandar-bandar kecil dengan kos RM100 juta setiap satu (RM5 billion)
    Membina 100 buah sekolah di seluruh Malaysia dengan kos RM50 juta setiap satu (RM5 billion)
    Memberi bantuan pinjaman perniagaan kadar faedah rendah sebanyak RM210,000 kepada 1,000 orang peniaga di dalam industri kecil dan sederhana.
    Malang sekali, duit yang 1MDB dapat sebanyak RM50 billion itu telah disia-siakan kerana Perdana Menteri kita bernama Najib Razak ini bukan sahaja tidak cerdik, malah dia mengaku lebih suka bermain game ‘hangman’ jika merasa bosan di dalam mesyuarat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tun m dan dap Dan macai protun bayar 150billon, boleh bayar hutang 1mbd 50billon Dan boleh bina APA kau minta ITU, tun m suci tak penah lakukan kesilapan Dan kerugian syrikat mas,perwaja,pkfz Dan bankbumiputera

      Padam
  6. Sejak tahun 1990han lagi wang rakyat telah disonglap oleh pemimpin2
    seperti dalam lapuran ini:

    In 2008, Petronas gained a total pre-tax profit of RM86.8 billion and so far, it has earned about RM600 billion. As the surge of international oil prices, it’s profits will as well substantially grow. But the government has reduced fuel subsidies by a wide margin, turning Malaysia into one of the world’s most expensive oil price oil-producing countries. It makes the people wonder where the huge profit of Petronas has gone?

    Former Work Minister Datuk Seri S. Samy Vellu said in the Parliament in 2008 that the government has compensated a total of RM38.5 billion to 20 highway companies. Also, as the government has stopped building the Scenic Bridge in Johor, it has to compensate RM300 million construction cost to the bridge contractor. Isn’t the spending of such huge amount a waste?

    Former Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim revealed that the Central Bank has lost RM30 billion in foreign exchange trading in the 1990s. Who was the manipulator behind it? (Second Finance Minister was in charge of Bank Negara’s Forex trading at that time

    dan banyak lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita tahun 2008? Apasal tak tahun 1008?

      Takda fakta dan hujah nak pertahankan Najib? Terjun ke longkang lah.

      Padam
    2. "It makes the people wonder where the huge profit of Petronas has gone?"

      Pembakgang tahu ke mana perginya semua itu dan buat buat bising pada masa itu tetapi setakat bising sajalah. Teloq taraq.

      Sekarang pun sama cuma bezanya ialah mereka gunakan khidmat penjaRAH yang pernah menjaRAH harta mereka untuk halang penjaRAHan seterusnya.

      Padam
    3. Pembakgang tahu ke mana perginya semua itu... dan menteri2 pun tahu juga. Tapi zaman itu , kalau nak selamat diam sajalah . kalau bising , Penjara Sg Buluh atau atau Kem Kemunting sedia menunggu.
      Contoh Anwar, bukanlah sangat sebab liwat ........ ala.. malas nak cerita panjang sangat buang masa aku saja.

      Padam
  7. 1MDB sekarang bukan sahaja tidak mendapat apa-apa dari RM50 billion tersebut, tetapi untuk membayar semula hutang-hutang itu, mereka sudah terpaksa:

    1.Menjual tanah di Bandar Malaysia dengan harga RM5.28 billion
    2.Menjual IPP Edra dengan harga RM10 billion
    3.Masuk angin, keluar asap
    4.Sedar bahawa mereka sudah tiada aset lagi untuk dijual
    5.Mengaku harta milik rakyat Malaysia sudah tergadai, tetapi tiada satu pelaburan yang dijanjikan mendatangkan hasil

    Yang mereka cuma sempat buat adalah menambah baik Masjid Kampung Baru dengan kos RM20 juta, itu pun dengan gunakan duit hutang. Ataupun mendabik dada menghantar 1,000 orang kampung ke Mekah untuk menunaikan haji dengan menggunakan wang hutang.

    Itu lah sahaja kebaikan yang dibuat oleh 1MDB. Itu pun daripada hasil duit hutang yang tidak mampu terbayar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perwaja juga lingkup, Protun juga melingkup, BBMB lingkup. Bukan saja kompeni (duit rakyat) lingkup malah sang krooni juga turut sama. Dalam kata lain tidak semua bisnes berjaya.

      Padam
    2. Betul....dalam perniagaan apa2 pn...ada yang berjaya atau tidak..TETAPI apabila melibatkan 1MDB ilham dari PM Najib dengan Jho Low memang PELIK,LUAR BIASA,TANDA TANYA hanya menguatkan persepsi negatif terhadap 1MDB. Antara lain :

      - Banyak keputusan2 pelik yang dibuat adalah TANPA pengetahuan lembaga pengarah ..... SIAPA YANG ARAHKAN ?

      - Tidak ada bukti2 dikemukakan kepada JAN bagi menyokong transaksi2 pelik tersebut dan ini termasuk transaksi2 pembayaran Option Aabar/IPIC

      - Pembayaran melupuskan Option yang MELAMPAU TIDAK MASUK AKAL !

      - Tidak ada disebut langsung tentang sebarang keperluan deposit dalam perjanjian ketika Aabar/IPIC menjadi penjamin 1MDB dalam pinjaman dengan Goldman Sachs

      - Hasil pelaburan 1MDB dari JV 1MDB-Petrosaudi tidak dapat disahkan ( hasil yang amat dibangga2kan oleh cai2 Najib konon pelaburan itu menguntungkan sebanyak beratus juta dolar .... tapi langsung tidak dapat disahkan oleh para juruaudit luar dan juga JAN )

      - Pembayaran USD1.330 bilion kepada Goodstar tidak dapat disahkan

      Jumlah yang tidak dapat disahkan adalah USD6.87 bilion

      RM 42 Juta masuk ke akaun peribadi PM...Dana dari SRC...hingga kini siapa yang memasukkan duit ke akaun peribadi PM oleh pihak SRC masih tiada penjelasan...

      Rakyat marhean nak KEPASTIAN...terlalu banyak PEMBOHONGAN...

      Padam
  8. PESURUHJAYA SPRM, PESURUHJAYA PDRM,PEGUAM NEGARA DAN MENTERI UMNO TIDAK ADA PERASAAN ATAU BERNAFSU NAK BACA BERITA MACAM GINI. TAAKUUUTTT!!!!!!

    BalasPadam
  9. πŸŽ‚πŸ°πŸ•..buat tun m..selamat harjadi tun..91tahun dah..πŸ‡πŸŽ€✨πŸ“šπŸ“•πŸ“–

    BalasPadam
  10. Model bisnes 1MDB berbeza dgn model bisnes masa Tun M dulu...jgn nak kelirukan orang ramai dgn scheme to scam 1MDB dgn model2 bisnes Tun M yg cuba meneroka bidang2 teknologi baru sebagai pemangkin ekonomi Malaysia dialaf baru. Setakat nak bezakan pulangan kepada negara berbanding 1MDB mcm langit dgn bumi. Apa pasal bodoh sgt melayu2 UMNO pro Najis nie sampai ke tahap org yg waras dah tak boleh terima alasan2 bangang...apa...ingat semua melayu boleh diconvert jadi bangsat mcm melayu UMNO najib ke semata2 cash is king? Ingat propaganda2 murahan pak menteri2 tu tak jadi bahan lawak sedunia ke? Ada menteri yg sampai tergebeh seluar pun tak paham2 gi yg rakyat dah cukup meluat dgn menteri2 perasan bijak nie...gemuk psl makan duit haram....lembu org letak dlm kandang tapi lembu2 umno letak kat kondominium...jual serba serbi semata2 nak bayar hutang billion2 dikatakan utk faedah rakyat...??!! Amenda punya keling la umno skrg...patut pun Tun M dah tak sanggup nak bersama umno lagi sebab bukan taraf dia nak dibangsat sampai begitu sekali. Pada aku umno najib nie dah tak relevan...UMNO=Prooot...masuk angin keluar kentut...busuk merata2 tapi masih lagi muka tebal berjumpa rakyat mintak undi. Yg mengundi umno semata2 dedak....kain...duit rm200-rm500...taraf korang pun sama bangsat mcm si pemberi...tak tau haram halal...rasuah derma dah jadi sama jer. Kesimpulan UMNO=Prooooot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. UMNO di bawah Najib Prooooot. UMNO tanpa Najib tidak.

      Padam
    2. Mana ada pemimpin umnor yang tidak dibangsetkan termasuklah ketika anWar masih berada dalam umnor.

      Kalau anWar tidak dipokong dan digergang keluar, kebangsetan yang dilempar terhadapnya pasti berganda ganda dan berterusan.

      Satu saja cara untuk menjauhkan diri dari sundiran dan pelabelan buruk yang diterima ialah dengan menjauhkan diri.

      Namun bila perjauhan diri itu hanya untuk sementara yakni akan kembali kepada kebangsetan bila peluang terbentang, ia jadi lebih teruk dari bangset, ia sudah jadi bangset+ hipokrut+ oportumis.

      Padam
  11. Sejak tahun 1990han lagi wang rakyat telah disonglap oleh pemimpin2
    seperti dalam lapuran ini:


    1. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion (RM3.2 billion in 2008 ringgit)

    2. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s is believed to have cost some US$500 million. (RM1.6 billion)

    3. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s.

    4. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion). Eric Chia, was charged with corruption for allegedly steering US$20 million (RM64 million) to a Hong Kong-based company

    5. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market

    6. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam

    7. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM 348 million)

    8. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007


    and a lot more...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Come on laa...those so called scandals have already been tabled in Parliament, explained and confronted by Tun M without fear or cabut lari, excepted by majority of rakyat, still commanding 2/3 majority during election, no sudden surge in cost of living and till this day he urged anybody to press charged any misconduct or wrongdoing during his heyday but guess what...the accusers most of them talked cock only but dare not to pursue those scandals. Now, Tun M is nothing but ordinary citizen but rest assured he's still commands the trust from the rakyat since he's the only malay hero who stands strong to speak up the sentiment from rakyat even at the golden age of 91. My conclusion, UMNO under Najib=Proooot...!!! Not worth to malays anymore.

      Padam
    2. Kalau nak senarai lebih lengkap, boleh dapatkan dari LKS.

      Cumanya sanggupkah LKS senaraikan pembaziran era Mader kalau berbuat demikian membawa risiko besar.

      Mencalit arang ke muka Mader, adalah risiko yang perlu LKS elakkan.

      Bukan LKS tarak tulur, tulur LKS jauh lebih busat dari Mader. Tulur bukan faktor.

      Faktor penentu boboi LKS dapat pergi lebih jauh berada dalam genggaman Mader?

      Makanya jangan heran kalau ada persetujuan berupa "U help me, me help U back"

      It is not mafianelly, just a part of a famus game by the name Machiamalli.

      Padam
    3. So Tun M ada salahlaku? Apa lagi...tangkap laa...cakap kosong...berdentum2 mcm guruh nak hujan tapi lari kencing merata bila dicabar suruh siasat. Najib kecut tak mahu bersemuka dgn Tun M, saman kat mahkamah pun tanak....kalau boleh nak rakyat telan kelentong angin kentut dia semata2...abis busuk satu dunia tu takan nak dok diam? Talked cock saja la kau....UMNO Najib=Prooooooooooot!!!

      Padam
    4. Ada banyak kemungkinan, kemungkinan paling lojik ialah meskipun Mamaker sanggup meludah ke langit, Jibin tak mahu meludah ke langit. Dan berbuat demikian mengundang umum melihat Jibin lebih tinggi hemahnya. Preettt! Satu mata untuk jibin.

      Padam
    5. Tak payah main kemungkinan2 nie...mmg paling tak lojik org dah lumurkan najis dimuka masih nak senyum2 gi semata2 hemah konon. Paling lojik ialah kerana takut sebab salah....berani kelentong sebab tuduhan2 tersebut benar. Manakan tidak....satu2 nya PM yg terang2 bodohkan org cakap nak belayar tapi labuhkan sauh...mana berani pegi mana2 selain drp dok tgh laut menyorok mcm anak angkat dia si Jho Lo.

      Padam
    6. So Tun M ada salahlaku? Apa lagi...tangkap laa..

      Kalaulah Najib tidak memansohkan ISA, memang dah lama Mahathir tinggal di Kemunting.

      Keberanian luarbiasa Mahathir pun di sebabkan oleh ketiadaan ISA sekarang ni.

      Ini menunjukan jiwa besar Najib yang sanggup membuang senjata, untuk melawan satu sama satu dg Mahathir,

      "Perlawanan" antara Najib vs Mahathir telah berlaku di PRK K kangsar di mana Najib telah mengalah Mahathir secara KO.

      Maka Mahathir pun lari lintang pukang lari ke Puket untuk bagi mengatur strategi lain. Aku yakin puak Siam tak akan membantu Mahathir.

      Padam
    7. Jho lo itu sama darjat Puan li kona .. anak angkat Goon eng .. dan sama sama berstatus paralesit. Mikrob tumpangan yang merosakkan hos. Asmin elok amek iktibar. Preeet! satu mata untuk Pas... kerana bebas paralesit (kuali dan Na Kon Ming)

      Padam
    8. Hahahaha...sorang PAS...sorang UMNO najib...mmg buddy abis la korang!

      Padam
    9. Satu lagi najib jiwa besar...?!! Hahahahaha...yg besar kelentong dia...hutang 1MDB dia...derma dia...telor kecit jer. Preet! satu mata utk Pas...proooot! kosong mata utk umno najib.

      Padam
    10. Kalau ada ISA pun Tun M tak takut berkata benar mcm terbukti di zaman Tunku Abdul Rahman semasa beliau diundurkan....zaman dollah the sleeping beauty sebelum najib take over. Cuma najib ni ada setan skit sbb stemroll semua batasan yg ada...rule of law ke mana...tipu Agong...tendang SPRM...jentik KPN...pegang telor AG....cakap apa lagi yg najib tak buat..? Silap2 yg kena tong simen dan c4 pun angkara dia..

      Padam
  12. WSJ skrg nie bermaharaja lela dok jaja cerita pasal scandal 1MDB...merata2 satu dunia dok ketawakan malaysia tapi org2 melayu umno najib dan PAS Hadi Bawang masih kembang hidung sedut kentut cirit peminpin2 umno najib terutama sekali si keruak yg mcm mabuk tuak dlm blog dia. Woi! UMNO najib=prooooot sampai dah tercirit...bau busuk dah menusuk hidung takan tak reti nak cebuk2 gi..?!!! Suruh najib kasi cuci la taik yg dia dah buat...berdepan dgn press suruh lawan...jgn dok bersembunyi celah2 kain rosmah atau kelangkang MT2 atau lagi buruk perangai bersembunyi disebalik rakyat dgn menderma tak sudah2 demi undi dan "i love pm". UMNO Najib=Prooooooooooot!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara ameno/jibun dan ameno/mahathiraun, ia adalah pilihan dalam konteks 'devil dikenali dan devil yang telah dilupai'. Ia terpulang pada pilihan masing masing.

      Padam
    2. Itu pendapat kau...pasal benci umno dah sebati sejak keturunan. Skrg antara ameno/jibun dan UMNO/UMNO sebenar...pilihan kedua sudah ditutup oleh jibun bernama najib...as a record he's the only devil that once unknown to malays but now revealing his true colors in becoming the first malay hitler.

      Padam
    3. One is hitler and the other one is tutankhamun ... what make one is better than the other one? Tell me!

      Padam
    4. That's your personal judgment dude! Go fly kite!!

      Padam
  13. Hello,

    Syarikat kami beroperasi yang dinamik, sistem dalam talian yang terdiri daripada lebih 42 juta pelanggan. Ini teknologi dalam talian yang kita gunakan memberikan kita keupayaan untuk rakyat kita di luar sana yang terbaik, pilihan utama apabila mereka sedang mencari untuk pinjaman atau apa-apa bantuan kewangan lain. E-mel: adicloancompany@gmail.com

    Pernahkah anda terfikir untuk mendapat pembekal pinjaman yang sah di mana anda mahu untuk melabur semula selepas banyak dividen? Sila ambil perhatian bahawa kami menawarkan pinjaman pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% setiap tahun atau bulanan bergantung kepada anda lebih suka, Namun, Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan kepada individu dan perniagaan pemilik. Kami bekerja dengan individu, kecil, sederhana, dan besar-besaran untuk membantu mereka sama ada memulakan atau berkembang ke wilayah baru. Kami membantu membiayai perniagaan kecil apabila diperlukan paling untuk mengembangkan perniagaan yang sedia ada, membeli peralatan modal, membayar perbelanjaan dan untuk banyak keperluan lain seperti pengiklanan, sewa, pengubahsuaian dan lain-lain E-mel: adicloancompany@gmail.com untuk maklumat lanjut.


    Terima kasih

    Selamat sejahtera,


    Adic Pinjaman Syarikat.
    E-mel: (adicloancompany@gmail.com)
    Systems Network, Maryland
    AMERIKA SYARIKAT.

    BalasPadam