Jumaat, 15 Julai 2016

Baling Gelas Pun Tak Pecah..!



Nampaknya budak budak najib dikalangan MT seakan gelabah puyoh dengan gerakan terbaru dari Tun M..! Tak tentu pasal menyalak kenapa? Kalau takde kesan..! takde sokongan tak payah ler meroyan mengomen itu dan ini..!

Tun Mahathir umum pakatan baru pembangkang, bakal tubuh parti baharu

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan satu pakatan parti pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Amanah akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Antara individu yang dikatakan berminat berhubung pembentukan parti baharu itu termasuk bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Saya akan menjadi yang pertama menyertai (parti baharu), tetapi tidak semestinya sebagai presiden. Parti politik baharu akan membentuk satu pakatan besar untuk lawan BN pada PRU-14.

“Pakatan baharu itu boleh disertai sesiapa sahaja termasuk parti pembangkang, NGO dan individu,” kata Tun Dr Mahathir selepas mengadakan mesyuarat selama tiga jam dengan pemimpin pembangkang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir berkata, beliau tidak berminat bertanding pada PRU-14, sebaliknya akan memberi tumpuan membantu parti pembangkang menentang BN.

“Bagaimanapun saya tidak berminat bertanding pada PRU-14 dan cukup sekadar memainkan peranan penting nanti,” katanya.

Antara pemimpin pembangkang yang hadir adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub; Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Kelmarin, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan sebuah parti baharu mungkin ditubuhkan dengan diterajui Tun Dr Mahathir yang akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan BN.


Rilex brother..! kan baling gelas pun tak pecah..!
Apa yang lu orang kalut???

Kertas takkan mampu membungkus api..!
Rakyat tak bodo..!!! Faham???

Lu FIkir La Sendiri!!!

40 ulasan:

  1. Tun m bakal jadi ketua umum pakatan harapan
    Mampukah tun m vs anwar kembali lagi
    Mampukah tun m merebut jawatan ketua umum pakatan harapan dari anwar
    Hanya masa menentukan

    Sila ikuti cerita seterusnya
    Protun vs projibon vs prolimpig vs proanwar vs prokuali vs proalamak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mampu tak mampu mereka terajui angkatan mengguling Jibo di PRU akan datang satu hal. Kalau deme tak bole ke, yang lain ada. TSMY, DSSA dan DSMM ada sebagai tambahan kpd pasukan yang sedia menggulingkan Jibo.

      Padam
    2. Aku rasa Jibo gigil lutut mendengar perkembangan baru itu. Fikir lah, di PRU13 dia dah kalah undi popular, dapat keputusan paling buruk dalam sejarah, dapat Tsunami Cina.

      Dengan penyelewengan 1MDB dan songlap berbilion Ringgit masuk ekaun bank dia, bini dia dan anak tiri dia, mungkin ada Tsunami Melayu jugak bagi nya di PRU14.

      Padam
    3. Golongan liberal protun 1:16 Dan 1:22ptg tak pergi solat jumaat, aku 12:50ptg pun sempat solar jumaat, dah balik pun,
      Padan lah yg sokong pun malas solat jumaat, padanlah pas cakap tun m malas solat subuh, he.he.be

      Padam
    4. Kalau nak selamatkan warih dan 3M, Orang Kampung (OK) taklah amek pot tapi kalau nak selamatkan pembeli licik bangalow tanpa kolam renang bersaiz olimpik, susah sikit nak dapek undi OK. Apapun kesudahannya, kalau susulan PRU 13 Pas disuruh angkat kaki, siapa pula yang akan diduruh blah blah blah pasca PRU 14? Hmm, very intresting outcome in the making. Tak sabar nak lihat, kik kik kik.

      Padam
    5. Anjing Jibo memang sentiasa memfitnah, membohong dan mencari apa saja untuk mendapat maki hamun rakyat.

      Tak masuk dalam kepala hotak dia yang kecil sebesar kacang putih dan di salut tahi bahawa orang yang diam di kawasan mesjid boleh sampai ke tempat sembahayang dalam 2=3 minit.

      Dia otak penuh tahi mana nak tahu pukul berapa Imam mulakan sembahayang Jumaat dan yang perlu ha nya sembahayang itu sahaja, khutbah dll tak di wajibkan.

      Tapi Jing Jibo jenis tonggak whisky ini bikin cerita sebab tak dapat fakta dan hujah yang kuat nak defend Jibo.

      Biadap dan kurang ajar, jugak bodoh, bangang dan bengal.

      Padam
  2. Bila menang PRU14, oleh pegang jawatan yang tak perlu jadi MP. Di Myanmar, ketua parti pemenang PRU depa, Aung Su Kyi, pegang jawatan Penasihat ke apa.

    Tun boleh jadi Penasihat atau Timbalan Perdana Menteri. Boleh di lantik Senator dan boleh di perkenan YDP Agong masa angkat sumpah Menteri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau 1:13pgt ini orang Islam ke orang kapir 'malas sangat solat jumaat, padanlah golongan protun disokongan oleh golongan liberal,pro murtad, selam liberal

      Padam
    2. Anjing Jibo memang sentiasa memfitnah, membohong dan mencari apa saja untuk mendapat maki hamun rakyat.

      Tak masuk dalam kepala hotak dia yang kecil sebesar kacang putih dan di salut tahi bahawa orang yang diam di kawasan mesjid boleh sampai ke tempat sembahayang dalam 2=3 minit.

      Dia otak penuh tahi mana nak tahu pukul berapa Imam mulakan sembahayang Jumaat dan yang perlu ha nya sembahayang itu sahaja, khutbah dll tak di wajibkan.

      Tapi Jing Jibo jenis tonggak whisky ini bikin cerita sebab tak dapat fakta dan hujah yang kuat nak defend Jibo.

      Biadap dan kurang ajar, jugak bodoh, bangang dan bengal.

      Padam
    3. Kah kah kah dulu pandan ke timur kena ketuk dek puak yang pandang ke barat

      Lar nih nak tukar taktik pandang ke yangoon? Ha ha ha apa pulak kata rohingya?

      Padam
  3. Tun lebih malah jauh lebih baik dari Anwar Ibrahim...sanggup ke orang orang tak baik jadi baik ikut Tun..sbb... mereka ni gen tak baik... akal mereng... Ini cabarannya yg sebenar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara telor dan ayam tak pasti yang mana ujud dulu makanya antara ultramelaise dan ultrakiasau tak pasti siapa akan jadi e-mam dan siapa makmun. He he

      Padam
  4. ...dikalangan MT ..Kalau takde kesan.. takde sokongan tak payah ler meroyan mengomen itu dan ini..!

    ...setuju....di kalangan pemakan dedak pun gitu.......kalau komen takda isi asyik ulang aje itu ini tak payah lah masuk sini...

    BalasPadam
  5. Memang tabii semula jadi ayam ayam riuh sekampung meskipun bertelur hanya sebiji.

    Tak seperti babi babi harbis yang dalam diam diam menyondol tapi mengguris dalam dalam

    Wakakaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg telur berbilion biji tu semua nya tembelang busuk, Mat. Rakyat nak balingkan ke muka dia.

      Padam
    2. Kau baling kat muka plastik alamatnya telur tembelang itu melantun balik ke muka kamu, lalu pecah dan mengeluarkan bau busuk yeak! Ha ha lain kali jangan baling sembarangan bro, naya diri sendiri.

      Padam
  6. Jika parti ini menjadi kenyataan saya juga ingin mendaftar sebagai ahli....selagi najib presiden umno jangan harap mendapat sokongan daripada kami sekeluarga lagi...pm penipu serta melakukan penyelewengan seperti Najib perlu diundurkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Juga setuju!!!!

      Padam
    2. Propaganda budak kingarden mencemar nama Tun Mahathir.

      Padam
    3. Setuju, dengan syarat parti baru ini tidak bergabung dgn DAP, PKR,PAN, PAS, Makcik Ambiga dan puak2 liberal.

      Jika penggabungan berlaku, Insya Allah, sebelum PRU14, parti ini akan berkubur.

      Asas kukuh telah dibuat oleh GKCM.
      Cuma perlu mencari sahabat yg lebih murni ukhwahnya, suci perjuangannya utk membela Islam, org2 Melayu dan rakyat Malaysia.

      PRK Sg.Besar dan KK, telah memberi isyarat jelas, pengundi, khususnya Melayu Islam, menolak calon yg disokong Tun M, kerana terdapat wajah2 pembangkai yg telah banyak mengguris hati org Islam dan Melayu.

      Padam
  7. “Bagaimanapun saya tidak berminat bertanding pada PRU-14


    Lagi 2 tahun nak PRU pun dah takut kalah... apalah punya manusia!!!!
    Takut dg Najib ke???????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mestilah takut. Kan baling gelas pun tak pecah!

      Padam
    2. Nyata otak mereng mengatakan Tun takut dgn Najib.

      Lagi mereng bila dia sendiri balas komen dia di 244 dengan satu lagi di 250 pulak - 6 minit kemudian.

      Padan lah Najib kata di kempen PRU13 penyokong2 dia macam di ataigh ni bangang hamjadah.

      Padam
    3. Bukan takut kalah... takut masuk kubur dulu... aku ni dah 90++

      Padam
    4. Yang 60++ tahun tapi penuh sesak dengan tuduhan, cacian, kejian, makian, soalan tak tahu nak jawab, bingong nak saman tak saman SR, WSJ, NYT, kena heret hidung nya macam lembu dek bekas Mak Janda yang never takes no for an answer, kasi apa saja, termasuk kp anak tiri dia, hingga terburu buru keluarkan kenyataan akhbar ada "legacy of wealth" konon nya, kena tempeleng dek semua adik adik nya yang keluarkan kenyataan akhbar menafikan ayah nya kaya ----- yang itu masuk kubur kot 1-2 tahun lagi.

      Stress yg amat sangat. Mati tak tutup mata, kata oang.

      Padam
    5. Manalah tau yang 90++ tu semakin sihat dan steady tapi tup tup yang 2:59 PTG tu yang pi dulu tanpa sempat bertaubat dari mengata dan mengutuk !

      Padam
  8. hahahaha...Tun Mahathir baling gelas x pecah sebab gelas pun tahu berapa banyak budi Tun pada bumi Malaysia ini.

    Yang mengkritik Tun Mahathir peranh terfikir apa yang anda bangga diri anda sebagai rakyat Malaysia.

    Tun Mahathir di sanjung ramai pemimpin dunia....Ingat kata kata saya ini....sekiranya Tun menhembuskan nafas terakhir...ramai pemimpin akan menyanjungi budinya semasa memerintah Malaysia.

    Yang kaki kutuk Tun Mahathir....lihat cermin dan Tanya....apa yang membanggakan aku sebagai rakyat Malaysia..

    BalasPadam
  9. Memang apa yang ko cakap tentang kebanggaan tapi ada kecualinya. Kau bangga tapi tidak pada Pas, PKR, S46 dan Dap. Dalam kata lain lebih banyak ketidakbanggaan dari kebanggaan. Propa syok sendiri yer.

    BalasPadam
  10. Siapa yg nak kesah denga cerita si mamak baru "nak" tubuh parti baru ygbtakmtau bila tertubuh tu? Kehkehkeh....ingat kalau kalah lagi jangan nak salahkan pengundi lagi yer....wkakakakakakakakakakaka.....

    BalasPadam
  11. Tak sabar mahu daftar dengan parti Tun Mahathir.
    Bye... bye parti UMNO yang sudah bengong.
    Pimpinan korupsi, jahat dan meranakan rakyat.
    Boleh belah UMNO yang dungu yang ramai pemimpin jahat-jahat belaka.

    BalasPadam
  12. Mahathir .. Mahathir..... Ko buatlah parti apa yang ko suka asalkan jangan menipu tandatangan ahli seperti yg ko buat pada Deklarasi Rakyat
    tempoh hari ok lah.

    BalasPadam
  13. Up up mahadhir
    Teruskan perjuangan mu hingga terakhir
    Jangan gentar, gagahkan diri
    Hidup mu berbakti kami sanjung tinggi
    Akan kami kenang sehingga kami mati
    Teruskan2 mahadhir yang kami sayangi.

    BalasPadam
  14. Up up mahadhir
    Teruskan perjuangan mu hingga terakhir
    Jangan gentar, gagahkan diri
    Hidup mu berbakti kami sanjung tinggi
    Akan kami kenang sehingga kami mati
    Teruskan2 mahadhir yang kami sayangi.

    BalasPadam
  15. President Obama calls Theresa May to congratulate her on becoming PM

    Najib entah dapat ke tak call dia di jawab dek PM baru Bretes tuh.
    Kot banyak sangat korapsi kalau call pun orang sana cakap Theresa May busy.

    Theresa May no-nonsense woman, serious, mcm Margaret Thatcher, bencikan yg korap.

    BalasPadam
  16. termasuk bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

    Ramai lah yang masuk parti baru jika di tubuhkan. Ramai yang bosan dgn Najib seleweng 1MSB dan songlap berbilion Ringgit.

    BalasPadam
  17. Tun M tak takut bini,bukannya macam Najib,Rosmah naik jet kerajaan macam dia PM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam tahu tahu jar ehwal bini. Apakah yang empunya diri (TUN M) yang buat komen? Fuh hebat pecah rekod kalau betul dia masuk sini.

      Padam
  18. Tun mmg hebat.jibbo ko tahap bawah tapak kaki Tun aje..

    BalasPadam
  19. hahaahha.....kenapa komen Tun Nak buat parti baru kalau rasa Tun tak Berjaya hahaahhaha....

    Cermin dirilah wahai Pro Najib.

    Benarlah
    Firman Allah : وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

    Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.. (Hud : 113)

    Amik kau....ada berani melawan Firman Allah....silakan...

    BalasPadam