Sabtu, 30 Julai 2016

HOT ~ Apabila Pemimpin Hanya Tahu Buat Bodo..!


Dalam kesebokan dunia bercerita hal skandal kewangan terbesar dunia hari ini...Pandi AG buat apa? apa kesudahan siasatan Bank Negara kepada 2 ekor diatas tu? sudah ke pihak AG mengambil tindakan dengan mengarahkan pihak PDRM mengadakan hubungan di peringkat interpol untuk mengesan 2 ekor di atas tu?

Bagaimana dengan 3 ekor dibawah ni pula?


3 ekor ni takde ahli keluarga ke? Atau sebenarnya 3 ekor ni bebas lepas keluar masuk negara kerana 'dilindungi'??? betul ke???

Negara lain pula yang sebok bertanggungjawab mempastikan duit dan hak rakyat negara ini dikembalikan semula..!

‘1MDB Officer 3′ sudah dikenalpasti


Bloomberg menamakan Jasmine Loo, yang dikehendaki Bank Negara untuk soal siasat, didakwa menerima AS$5 juta (RM20.27 juta) selepas penjualan bon 1MDB

LONDON: Salah seorang daripada mereka yang disebutkan dalam saman penyitaan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dikenalpasti sebagai Jasmine Loo, bekas ketua penasihat undang-undang untuk 1MDB.
Dia juga merupakan pengantara (liaison) 1MDB ke Goldman Sachs Group Inc, bank antarabangsa yang membantu 1MDB memungut AS$6 bilion AS$6 bilion (RM24.33 bilion), menurut laporan Bloomberg.
Memetik dokumen yang disediakan DoJ, laporan itu berkata selepas salah satu daripada penjualan lumayan yang dipimpin Goldman Sach, sejumlah AS$5 juta (RM20.27 juta) daripada wang yang dipungut untuk 1MDB disalurkan melalui beberapa syarikat kosong (shell companies) dan didakwa akhirnya dimasukkan dalam akaun bank Swiss miliknya.
“Pemerintah AS merujuk kepada pegawai berkenaan sebagai ‘1MDB Officer 3′. Menurut pihak yang maklum akan hal itu, pegawai itu adalah Jasmine Loo Ai Swan – seorang rakyat Malaysia yang mengaji undang-undang di United Kingdom dan bekerja untuk satu pemaju dari Malaysia dan satu syarikat minyak sebelum menyertai 1MDB,” menurut laporan itu.
AS tidak menuduh Jasmine atau mana-mana individu melakukan jenayah dalam aduannya, yang mahu merampas aset-aset yang menurut Washington D.C “dilesapkan secara salah” daripada syarikat milik kerajaan itu.
Pada 2015, Bank Negara Malaysia memaparkan notis di laman sesawangnya menyatakan Jasmine dan seorang lagi bekas pegawai 1MDB dikehendaki untuk soal siasat.
Bloomberg berkata Jasmine tidak menjawab permohonan untuk mendapatkan ulasan yang dipohon selama beberapa bulan di Malaysia dan di pangsapuri yang dia miliki di daerah Flatiron, New York.
“Meskipun jumlahnya sederhana berbanding yang lain dalam skim itu, pindahan AS$5 juta (RM20.27 juta) yang didakwa itu ketara. Penerimanya bukan sahaja seorang peguam dan pengantara 1MDB dengan Goldman Sachs, tetapi juga satu-satunya orang dalam 1MDB yang DoJ sebut menerima sejumlah bayaran.”
Pindahan wang itu, menurut pemerintah AS, adalah satu daripada berbelas pembayaran haram dalam skim yang dikawal Jho Low dan kesudahannya mengambil sejumlah AS$3.5 bilion (RM14.19 bilion) daripada 1Malaysia Development Berhad.
Laporan Bloomberg menaikkan beberapa butiran mengenai kerjaya Jasmine dan bagaimana peguam itu bekerjasama dengan Jho Low.
Ia menyebut mengenai tiga urusniaga bon yang diuruskan Goldman dan peranan yang dimainkan Jasmine dan lain-lain dan bagaimana sebahagian daripada dana yang didakwa dilencongkan ke akaun individu atau akaun syarikat syarikat kosong, termasuk orang yang disebut sebagai “Malaysian Official 1″.
Sebagai contoh, menurut laporan itu, 1MDB memungut sejumlah AS$1.56 bilion (RM6.32 bilion) daripada jualan bon pertama. Lebih daripada separuh diuntukkan bagi membeli sebuah syarikat penjana tenaga.
“Menurut pekeliling tawaran yang dikemukakan Goldman, baki AS$774 juta (RM3138 juta) ditetapkan untuk kegunaan ‘serbaguna korporat (mungkin melibatkan pemerolehan di masa akan datang)’.
“Tetapi bukan itu yang berlaku. Sejumlah AS$577 juta (RM2339 juta) disalurkan ke sebuah syarikat kosong yang dikawal oleh sekutu Jho Low, menurut pendakwaraya.”
Selepas pungutan kedua, sejumlah AS$790 juta (RM3203 juta) lagi didakwa pergi ke syarikat kosong yang dikawal rakan Jho Low. Sejumlah AS$1.26 bilion (RM5.11 bilion) didakwa disalurkan ke satu syarikat kosong baharu yang ditubuhkan oleh rakan Jho Low daripada jualan bon ketiga dan terbesar, bernilai AS$2.7 bilion (RM10.95 bilion), menurut laporan itu.
eMpTy UMNO semalam sekadar maklum akan kewujudan orang yang digelar MO1..! Najib pula dalam kenyataan selepas mesyuarat eMpTy berkata 1MDB tiada mengena dengan siasatan DOJ..! Apa ke bongok statement..!
Apakah dengan kenyataan bongok sebegitu najib merasakan keyakinan rakyat bertambah? Najib dan konco konconya perlu meyakinkan rakyat..! melarikan persoalan tanpa jawapan tuntas hanya akan menambah keyakinan rakyat atas apa yang sedang dihidangkan oleh dunia..!
Pendakwaan sarat dengan data dan dokumen yang lengkap..! jawap la dengan data dan dokumen..! bukan dengan OSA..! bukan dengan asyik mengalih tiang gol dengan sentimen sempit lagi tidak bermaruah..!
Rakyat negara ni bermaruah dan berakal..!
Bukan macam kamu..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
p.s duit src mana???

24 ulasan:

  1. ''Saya akan terus memimpin malaysia demi kesejahteraan rakyat" itulah kata2 Mohd najib ketika ditanya wartawan dirumah terbuka dipekan..selamba dgn muka xsalah tapi tgk air muka mcm org takut saja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok lutut dia, bang. Gigil tak, lurus tak. Kalau tak bow-legged, kot bent inwards! Kepitkan sangat bola, takut hilang.

      Nampak nya kena tunggu PRU14. Aku dah nekad, kalah UMNO/BN di PRU14, lantak lah. Asalkan Najib di ganti.

      Aku akan cakap begini tak kisahkan bertambah orang bencikan UMNO/BN sehingga PRU14.

      Padam
  2. Duit SRC dah enjoy di Hawaii, main golf dengan Obama....waktu Dimana negara dilanda banjir besar khususnya dipantai timur...Siapa yang memasukkan RM 42 Juta ke akaun peribadi Najib, sampai kini tanda persoalan...walhal dalam keterangan mahkamah dan pun dinyatakan oleh Najib yang MENGAKU RM 42 juta ada diakaunnya..dalam hujah balas dengan TS Ling...Pihak AG pun telah tunjukkan aliran dana dari SRC ke akaun peribadi Najib....

    Najib klepet duit negara....

    BalasPadam
  3. Kalau dah wang 1MDB di hantar kpd anak tiri nya dan Jho Lo di US, nyata lah jenayah itu berlaku di US. Apa pulak kata 1MDB tiada mengena dengan siasatan DOJ? Memang boleh di kepala hotakkan bila begitu.

    Dia tahu tapi tak mahu cakap yang DoJ jugak dapat malumat dari penyiasat di Switzerland, Singapore dll. Entah entah dari SPRM dan PDRM jugak. Sebab badan2 tersebut ada hubungan professional dengan badan2 demikian di luar negara, termasuk FBI.

    Harap dah di beri kpd mereka di luar negara. 1 Ogos bos SPRM baru pegang kuasa di SPRM. Dia DPP, mesti macam Pandi jugak pemikiran nya, kalau tak, takkan di lantik ke situ. Senyap aje le semua malumat yang SPRM dapat.

    Itu yang aku harapkan badan badan penyiasat luar negara boleh dedahkan pekong2 lain yang boleh jadi skandal saiz gempa bumi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bank2 penerima duit dari 1MDB mesti ada rekod penghantar, tujun hantaran di beri masa mohon kebenaran foreign exchange remittance Bank Negara, dan malumat berkaitan.

      Jadi, kalau Pandi atau sesiapa pun senyapkan yang itu, badan2 penyiasat di luar negara tentu boleh dapat dan ada simpan malumat seperti itu.

      Padam
  4. Kita DESAK sampai dia ter SEDAK.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai dia letak jawatan, bro. Kalo tak, sampai MT UMNO gantikan dia. Kalo tak, sampai pengundi gantikan UNNO/BN di PRU14.

      CNN baru aje beritakan bekas Presiden Brazil, Lulu, ordered to stand trial. Aku harap boleh baca berita bekas PM Malaysia, Loklak, ordered to stand trial tak lama selepas di ganti atau di guling di PRU14.

      Loklak = tak berdisiplin punya perangai - haru biru punya kaki (LOKLAK (Kamus Dewan)

      Padam
  5. Aps yg aku lihat pro Tun dan Projib seperti dalam filem Sarjan Hassan. Pro Tun ( sgt Hassan /p ramli ). Pro jib ( buang/ salleh kamil ) PENGKHIANAT NEGARA BANGSA pasti TUMPAS.

    BalasPadam
  6. Free Malaysia Today
    Salleh Keruak appointed Umno treasurer

    Boleh teka berapa duit ada dlm treasury UMNO?

    BalasPadam
  7. dalam keadaan sekarang ,orang indon kata 'urat malu nya sudah putus'.

    sementara berhempas pulas utk mengekal kuasa, beliau amat berharap sesuatu keajaiban akan berlaku utk menyelamatkan nyawa politik nya n secara langsung mengekalkan legasi/nama baik keluarga.

    jadi rakyat Malaysia harus bersedia utk terus d ketepikan n d perbodohkan dlm usaha nya utk menyelamatkan diri melalui pengekalan kuasa.

    dia amat sadar bahawa sebaik sahaja dia d jatuhkan maka pertuduhan 'criminal breach of trust' mungkin akan d kenakan k atas diri nya n kuncu2 nya.

    silao hari bulan, mungkin pertuduhan pengkhiatan kpd Negara (treason) yg bolih membawa kpd hukuman mati bolih juga d kena kan.

    ini lah yg amat merunsingkan Najib sekarang. apatah lagi dlm keadaan n masa d mana Ibu nya (tun Rahah) masih hidup.

    BalasPadam
  8. sudah2 la membohong tu wahai admin blog...tau la awak tu penjilat lobang taik kafir2 harbi DAP PKR RBA yg mmg kaki penipu semuanya... pihak asing gembira dan akan terus memburuk2kan negara ini disebabkan masih ada orang bebal di negara ini yg percaya pembohongan depa...bila masa pula pihak USA bercakap benar!!?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah2 la tu membohong wahai cai najis. Tau la awat penjilat lobang taik low taek jho kafir harbi DAP RBA yg mmg kaki penipu semuanya. Pihak asing gembira dan akan terus memburukkan negara ini disebabkan ada org bebal dinegara ini yg percaya pembohongan depa. Bila masa plk najis bercakap benar!!?

      Padam
  9. " ulasan cybertroopers UMNO yg mana, duit nak tapi keja cincai. Mengaku menegak KETUANAN MELAYU. Piiirah mabuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami tegak ketuhanan melayu,

      Tun m Dan anwar tegak ketuhanan kroni Dan pengliwat
      He.he.he.he
      Sebab ITU tu. Perlu kan mereka ini
      Antara dedak sebarkan tun m Dan anwar
      1)Sisters selam
      2)kondom percuma
      3)jarum suntik dadah percuma
      4)kahwin sejenis
      5liberal selam
      6)perempuan berpakaian lelaki
      7)lelaki berpakai Perempuan
      8)suka sejenis
      9)suka sama suka
      10) rasuah pada Anak tun m


      Aku ucap syabas pada sprm tangkap kroni tun di sapura kencana, lepas ini Anak tun m pulak akan disiasat sebab rasuah mendapat saham secara tak sah di sapurah kencana.
      Anak tun m mana tahu meniaga hanya tahu bailout je he.he.he
      Agak bila ia Anak tun m Anak tangkap sebab rasuah di sapura kencana ITU, pandai anak tun m berhenti dulu sebelum dia kena tangkap he.he.he..

      Padam
  10. Sebenarnya title cybertrooper UMNO pun x layak buat korang. Korang ni sebenarnya cyber trooper person in deep shit.

    BalasPadam
  11. Kehkehkeh...kalau siputradedak tak bongok...kenapa pac, ag switz dan doj tak namakan Njaib sebagai pesalah?

    Kalau putradedak tak bongok, kenapa sampai hari ini masih si tun mamak cuma melalak tapi mengaku tiada bukti begitu juga anjing2nya...hanya melalak.

    Kalau putradedak tak bongok kenapa masih belum dirampas harta2 jho low, riza dan khadem di US tu?

    Kehkehkeh...jawapannya semua mudah...jawap kemudian

    Lu Pikir La Sendiri...

    BalasPadam
  12. Saudara keris berayon. ( selalunya keris sisip dipinggang. Yg ini berayon kat celah kangkang kot). Hang buka mata luas luas. Pokok nak tumbang lebih pada ANC atau Pro Najib. Org dah peringat suruh lari tapi hang masih nak duduk tunggu dihempap pokok. Nanti jgn kata kami tak peringatkan plak. Sedih gak bila tengok sebangsa mati sebab pekak dan tuli.

    BalasPadam
  13. Buat keja cincai. Nanti Najib jentik keris kau yg berayon tu baru tau.

    BalasPadam
  14. atas kapal tu, 5 mangkok kambing hitam tu tak ada. yang ada 2 pak arab dan seorang putera arab cina, serta malaysia official 1 bersama isteri dan anak. mereka buat syarikat palsu dan guna 1mdb untuk pinjam wang. wang masuk akaun 1mdb dan kemudian masuk pulak akaun syarikat palsu dan masuk ke dalam akaun peribadi pengerusi lembaga penasihat yang menasihat dan meluluskan agar wang itu dipindahkan ke syarikat palsu. kambing hitam shahrol belum masuk data lagi. sebab tu dengan mudahnya aabar bvi bagi hadiah kat riza aziz pasal riza aziz ada pertalian dengan malaysia official 1. kalu putra ada pertalian dengan isteri malaysia official 1, mungkin dapat habuan juga.

    BalasPadam
  15. Nak kata bongok ke...nak kata apa pun kata la yg penting PRN SARAWAK menang bergaya dan 2PRK menang besar..

    Tun M walaupun terus tibai BN tetap rakyat sokong BN...sembang kencang tak guna klau asyik kalah ja...

    Bgtahu kat org kuat SPRM yg baru berhenti jgn tau nangis ja buat kerja bg bukti klau tak diam tak pyah nak nagis bila berhenti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menang besar sebab rasuah. Kat sarawak bagi tong air, cash, janji buat hway. Kat selangor bagi barang letrik, beras, cash, janji mcm2.
      Menang rasuah pun ko bangga sangat.
      Pru nanti akaun bugis dah beku, hartanah kena sita. Baru tahu langit tinggi rendah. Jangan2 masa tu bugis dah cabut lari....baru padan muka korang.

      Ko ingat aku pesan....orang yg suka menipu dan tiada kredibiliti mcm bugis akan buat apa saja untuk diri sendiri. Benda yg ko tak terfikir pun. Aku ulang....hanya untuk diri dia sendiri sahaja.

      Padam
  16. Ok lah aku terima fakta kau tu. Boleh lh berdendang senang hati hingga pru14.

    BalasPadam
  17. Tu lah, satu dunia kisah dan tahu money trail 1MDB.
    1MDB tak terlibat adalah ayat penenang diri. Waima sebelum ni mengaku ianya telah disalah urus tadbir. Macam mula-mula dulu tak mengaku Selepas tu terpaksa mengaku tapi nak cantik mengaku sebagai pemegang amanah...itu wang derma.Sepantas mee segera tukar AG.

    Yang penting kita yang rakyat biasa ni kena ambik tahu.

    BalasPadam