Ahad, 17 Julai 2016

Semoga Dipermudah & Dijayakan..!


Demi menolak kemungkaran..! Menegak kebenaran..!

Muhyiddin setuju pembangkang bersatu hadapi BN

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau setuju sekiranya pembangkang bersatu dalam menghadapi BN pada pilihan raya umum akan datang.
Muhyiddin berkata beliau turut sependapat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali agar pembangkang kembali berunding bagi mewujudkan kesepakatan.
“Kesepakatan ini adalah amat penting untuk meraih keyakinan rakyat bahawa parti-parti politik selain BN mampu untuk menerajui Malaysia dengan lebih baik dan membela nasib rakyat,” katanya.
Beliau juga mengalu-alukan perkembangan positif dan bersedia untuk berbincang dengan semua pihak bagi membawa perubahan politik dan kerajaan pada PRU akan datang.
“Andaian bahawa BN akan terus berkuasa dan pemimpin rasuah akan terus bermaharajalela lantaran perpecahan dalam kalangan parti-parti pembangkang tidak semestinya betul," katanya.
Menurutnya, penubuhan sebuah parti baru yang dicadangkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya berkesan sekiranya ia diputuskan secara konsensus.
“Pada masa yang sama, saya juga akur bahawa penubuhan sebuah wadah politik baru hanya akan berkesan sekiranya ia dipersetujui secara konsensus oleh rakan-rakan pimpinan parti-parti pembangkang yang lain.
“Untuk itu saya akan meneruskan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan sebelum memutuskan langkah selanjutnya," katanya.
Sebelum ini, Anwar mengalu-alukan pembentukan parti baru untuk menentang BN dan menyifatkannya sebagai langkah positif.
Beliau juga berpendapat bahawa adalah penting bagi parti-parti pembangkang bersatu dan percaya Muhyiddin akan menerajui parti baru tersebut.
Pada masa sama, Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa parti pembangkang melakukan genjatan senjata dan mengembeleng tenaga bagi menentang BN dalam PRU akan datang.
Gesaan itu disambut baik pemimpin pembangkang termasuk Azmin Ali.
Ada yang berpeluh kenapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

39 ulasan:

  1. Khairul Idham Pawi mendahuli Moto3, jauh didepan macam Jibun jauh di depan Pakatun. Siapa yang berpeluh? He he.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanah Melayu Kaya dirompak17 Julai 2016 pada 7:32 PTG

      Semua orang perlu ambil bahagian dalam politik tanah melayu kerana kekayaan tanah melayu ni banyak. Sekarang ianya telah dicuri oleh Presiden Presiden umno dari dulu dan sekarang dan mengkayakan Tony Fernandes, Vincent Tan, Yeoh Tiong Lay.
      Mahathir, Muhyidin ni semua tak pandai sangat pun. Kena bodek sikit bagi india lesen, bernas melayu lupa diri.
      Jangan tenguk personaliti.
      Tenguk isu.
      Tenguk rompakan oleh 1MDB atau khazanah.
      Belajar akaun...

      Padam
  2. 33 pelumba bersatu mengejar penunggang anak tempatan, ibarat Wsj, SR dan ABC berpakat memburuk burukkan Projib iaitu satu yang hampir sia sia.

    BalasPadam
  3. Yahuu! Projib first past the post ...

    BalasPadam
  4. Anak Melayu harumkan nama negara di Deustland.

    Pakatun wat pe?

    Apakah mampu mewangikan nama negara sebegitu rupa?

    BalasPadam
  5. Khairul idham meluncur laju menuju destinasi ibarat Jet kerajaan yg selalu di naiki Rosmah..

    BalasPadam
  6. Terbaiikklah tan sri...mohon juga tansri lebih keras..kebenaran perlukan pengorbanan dan jangan lupa rakyat bersama anda..jangan hampakan rakyat...lps nii mohd najib akn terus cari kesalahan tansri..skandal ITU dan INI..hehe..

    BalasPadam
  7. Tak payah nak bohong kita orang ini He.he.he pasti keluarga anwar nepostism utara tak akan menbenarkan tun m ambil jawatan ketua umum pakatan haramjadah he.he.he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Caii..anwar dh tk laku lagi..tak relevan..hehe...siapa tau anwar dan muhyiddin akan bergabung nanti..mau terberak mohd najib nanti...APA2 pun boleh berlaku..ITU mana..hehehe

      Padam
  8. Nampaknya penyokong pro jib on merapu ibarat minum air ketum bercampur ubat nyamuk. Tengah berkhayal dan berimiginasi sedang menunggang moto sambil wikang tayar belakang. Di sponsor oleh tepung cap ROS kembang semangkok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hebat ko sampai boleh membayangkan apa orang lain buat. samada ko bermimpi, berhalusinasi atau tak dapat terima kenyataan. yang mana satu?

      Padam
  9. Lagu untuk parti protun nepostism utara

    https://youtu.be/JBwaYdso-bA

    BalasPadam
  10. PH ori adalah pekerjaan in waiting, highly likely

    Bila PH ubah jadi PH baru, ia mungkin jadi oposisi in waiting?

    BalasPadam
  11. dgn character TSMY yg lembam tak kemana nya ... harapkan Madey yg dah tua bangka nyanyok tu .... not appealing ... better go fly kite !!

    BalasPadam
  12. AKU SOKONG MAHATHIR, MUHYIDDIN & SHAFIE APDAL TAPI AKU TAK AKAN SOKONG PAKATAN. BAIK AKU SOKONG PAS.

    AKU SOKONG UMNO TAPI AKU TAK SOKONG NAJIB.

    BalasPadam
  13. Macam macam alasan diberikan bila tumpas. Trek basahlah, tayar tak baguslah, angin kencanglah, bangla lah, blackout lah, bla bla bla. Muahahaha.

    BalasPadam
  14. Sejak bercampur dng pemimpin dari utara nih...makin jatuh aura pp lebam nih.... pp lebam dwn mcm apam bantat bahana bercampur dng pemimpin dari utara yg tetkenal dng pengkhianat yg jual agama dan tsnah air.... nssib ko la pp lebam....

    BalasPadam
  15. yang untung bloger dedak juga. lepas ini bekalan dedak akan ditambah bagi memenuhi permintaan bebanan kerja yang semakin terdesak akibat gabungan semua parti pembangkang. kaut dedak banyak banyak sebelum tokeh dedak dan kompeninya bungkus.

    BalasPadam
  16. Pemimpin UMNO sekarang tidak nampak "kekotoran" yang ada pada Najib, tidak nampak isu 1MDB, tidak nampak memiliki wang ribu-ribu juta sebagai suatu kesalahan, tidak nampak pembaziran serta macam-macam salah laku yang lain dan terus mempertahankannya, meskipun seluruh dunia sedang memandang serong dan mencemuh Perdana Menteri kita.

    BalasPadam
  17. SAYA CUKUP HORMAT PADA TUN M DAN TSMY TAPI BILA TUBUH PARTI BARU DAH JADI SAYA MULA SAKIT HATI SEBAB DAH TENTU MELAYU AKAN BERPECAH BELAH.

    TENGOK MUSA HITAM, DIA TAK BELOT PUN WALAU DISINGKIR SEBAB SAYANG MELAYU.. MENANG JADI ARANG, KALAH JADI ABU.
    CINA TEPUK TANGAN

    BalasPadam
  18. TUN MARAH NYAMUK BAKAR KELAMBU....KEJA GILA, DIA DAH KAYA, APA AKAN JADI DENGAN ANAK CUCU KAMI KALAU MALAYSIA JATUH KE TANGAN CINA..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Caii ko merepek apa nii seytann...jatuh ketangan cina..?org cina berapa peratus saja kt mlysia nii..kalau dari segi ekonomi mmg mereka jauh kedepan..💩👅👄

      Padam
    2. Malaysia jatuh ke tangan cina?

      Pi tanya najib kenapa serah 50 billion ke tangan jho lo?

      Padam
  19. Sial punya mar lebam.
    Manusia jahanam sial

    BalasPadam
    Balasan
    1. Timakasih najib kerana negara hampir muflis dan bangkrap...

      Padam
  20. Pro jibbo dan pro tun sama-sama bongok tak habis-habis bergaduh pasal isu yang tak berkesudahannya.Tanya rakyat la wei dia reti ke dak pasal parkara yang kamu bercakaran tu.Yang terlibat dalam komen ni pun tak lebeh hanya lima orang saja termasuk admin

    BalasPadam
  21. lantaklah diaoang nak buat parti baru ke tak nak ker ,kau apa duli kau si tantula baik kau jaga bos kau , cuba kau tanya dia kalau serawak nak keluar Malaysia , apa dia nak buat , aku percaya bos kau najib mesti tak tahu nak buat apa punya,,,almaklumla bos kau lanun tu memeng terkenal dengan sifat penakut campur takda teluooor,,,ramai marah kt najibb sebab dia ni suka lari 2 dari menjawab persoalan,,,bagi satu contoh soalan...issu 1mdb,,kenapa buang TSMY,SAFIE A,kenapa duit hutang bole bayar salah syarikat , kenapa duit keluar diaa tak tahu, kenapa dulu dia cakap dia tak kenal jh low, kenapa dia buang gani patail, kenapa bukit aman bole terbakar,kenapa silanun tu lari wartawan ,cukup lah kenapa banyak ni je t,,wahau tarantula jika anda orang yang bijak silalah jawab...tapi jika jawapan anda kelaut al merapu sebenarnya henntikanla nak cari salah orang ternyata kau pun sama macam lanon yang memalukan bansa bugis dan rakyat pahang

    BalasPadam
  22. pro anu asyik tenngok anu jer sampai sungai buloh,,,,malu lah wei...kaum yang sesat

    BalasPadam
  23. Walau TSMY tak dikehendaki oleh UMNO tapi diluar UMNO TSMY diperlukan untuk mengimbangi kekuatan DSN seorang pahlawan UMNO....itu pun kalau UMNO masih mahu DSN menjadi presiden pd penggal berikutnya.

    BalasPadam
  24. Wow, at last kita ada pilihan nk undi siapa. Lega... Semesti nya bukan UMNO, BN atau PAS. Melainkan Presiden PAS bukan TGHH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mengundi parti kuali cap imayam

      Padam
  25. Yang penting pas mesti sertai gabungan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teruskan mimpi kamu tu..

      Wan jijah pun tak sudi duduk sebelah mamak kerala, yang kebulur nak makan dedak madey hanya jembalang presiden pkr je.

      Padam
  26. Takdabola..sorry..tarantula,
    "Apa nak jadi dgn anak cucu kami kalau Malaysia jatuh ketangan Cina"...

    Tak payah sebut Cina lah..
    Siapa yg habis kan wang negara berbillion bagi kat budak Cina tu?
    Siapa yg jual asset negara ke negara China?
    Siapa yg tak peduli kan bangsa sendiri memberi pelbagai2 kemudahan kepada bangsa Cina demi meraih sokongan PRU13?
    Siapa yg mengaku tak dapat undi kaum Cina sebaliknya mendapat Tsunami Cina PRU13?
    Siapa yg mengkhianati dan memalukan bangsa Melayu dan negara dgn skandal berbillion yg cuba disorok dan dinafikan?
    Siapa yg menekan, memecat, menahan, menukar pemimpin dan petugas bangsa Melayu yg berkata benar demi negara?
    Siapa yg membuat semua onar diatas? Ko pasti tahu. Tentunya bukan Cina, bukan DAP.
    Ianya pemimpin parti Melayu dan berbangsa Melayu. Beragama Islam.
    Sedih..berpuloh tahun suku sakat dan keluarga aku bermati matian menyokong parti nya. Namun hari ini parti itu bukan parti yg dahulu. Ia telah menjadi parti miliknya. Kami sekeluarga berbangga meninggalkannya.
    Takdabola..oops sorry lagi..tarantula,
    Ko masih nak sokong orang ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong 1.32!!!!

      Padam
    2. Saya sependapat dengan anda 1.32 PG :)

      Padam
  27. Saya ponnn.....Sokong 100 %......ramai kalangan keluarga telah mencapai kata sepakat...jgn sokong orang yang tidak amanah....Nabi x suka orang tidak amanah....Allah murka pada manusia yang tidak amanah.....

    Ya Allah....berilah hidayah kepada kami agar kami tidak termasuk dalam golongan orang yang tidak amanah....amiin..

    BalasPadam