Selasa, 12 Julai 2016

Terang Lagi Bersuluh..!


Delete ajer..! baru 600 orang kan..! Mungkin bagi najib dan yang sekutu dengannya, semua yang berlaku ini pasti menambah kekuatan UMNO..! tak gitu???

Umno alat lindungi kepentingan individu tertentu

Umno parti tertua orang Melayu kini dianggap sebagai alat melindungi dan menjaga kepentingan individu tertentu, secara tidak langsung merosakkan dan melumpuhkan parti, dedah  Naib Ketua Umno Bahagian Batu Sapi, Pangiran Roslan Pangiran Nasrun.
Beliau berkata demikian  dalam satu kenyataan ketika mengumumkan beliau keluar parti pada Ahad.
Seramai 600 ahli Umno daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi itu telah mengumumkan keluar parti serta merta kerana tidak puas hati dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno mengantung jawatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tanpa dipanggil membela diri.
"Umno kami terima dahulu disebabkan pemimpin dan barisan kepimpinan yang telus dan fokus membantu membela nasib orang Melayu dan Bumiputera di Semenanjung dan di negeri Sabah.
"Walaupun pada awalnya Umno agak sukar diterima di sini, tetapi kami memilih untuk menyertai parti Umno kerana percaya dan yakin dengan perjuangan yang pada ketika itu memang hanya untuk rakyat.
" Tetapi apa yang berlaku pada masa kini adalah parti Umno ini dijadikan alat untuk melindungi dan menjaga kepentingan indvidu tertentu yang secara tidak langsung telah merosakkan dan melumpuhkan parti," ujarnya.
Katanya, ia menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno dan presidennya Datuk Seri Mohd Najib Razak.
"Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan, dan disebabkan tidak mahu lagi bersekongkol dengan pemimpin yang menggunakan parti Umno ini untuk kepentingan peribadi yang pada akhirnya akan merosakan masa depan negara dan anak bangsa.
"Saya mengumumkan keluar parti Umno serta-merta kerana sudah hilang kepercayaan kepada Presiden parti dan juga barisan kepimpinannya.
"Tindakan ini saya ambil dengan rela hati, tiada paksaan dari mana-mana pihak. Kepada pengundi di kawasan saya, terima kasih saya ucapkan dan saya akan terus berkhidmat selagi hayat dikandung badan," ujarnya.
Beliau juga menjangkakan akan lebih ramai ahli yang akan keluar parti.
"Dijangka lebih ramai akan menyusul…" ujarnya.
Sebelum itu pada 27 Jun seramai 300 ketua cawangan Umno Bahagian Semporna keluar parti apabila Naib Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong mengumumkan keluar parti.
Jadi alat ajer la..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

39 ulasan:

  1. Aku amat2 raspect kepada Shafie Afdal dan bekas2 UMNO Sabah. Walaupun negeri kamu tidak banyak pondok2 dan pusat pengajian AlQurann dan Tahfiz tapi prinsip tidak menyokong kezaliman dan cintakan keadilan amat tinggi sekali dalam kesatuan kamu. Sepatutnya Johor dan Kedah lebih dahulu kehadapan berbanding Sabah kerana jelas bahawa pengaruh Islam jauh lebih dekat dengan mereka. Tapi lihatlah sendiri apa yang mampu dilakukan oleh UMNO Johor dan Kedah..? Tunggu disembelih oleh para pemimpin penyangak dan penyamun yang mereka pilih sahaja...

    BalasPadam
  2. Blog boboi dan putrayahudimerdeka lapur benda yg sama ari ni.... 100 cawangan kuar umno... berita dah basi 2 minggu lepas... biasa la nak alih isu pasal negara dah bangkrap... cpt sggh alih tiang goll... ari ni dah istihar bangkrap ke blommm mesua nihh... 600 jer yg kuar ... yg kuar tu 6 org jer 1 cawangan... 1 cawangan klu nak sah mesyuarat sekurang2 ade 25 ahli... ada 19 ahli yg masih dlm umno.... ahli ini boleh ganti ketua cawangan yg mungkin dah berambus... so what's the problems actually... matang pauh dolu dolu lagi ramai yg berambus. .. umno masih berjalan spt biasa di matang pauh smpi la ni..... boboi momok apa masalah yg kecoh kepoh 600 yg dah berambus ni... patah timbuh ilang berganti... klu boboi yg patah racun trus tempat yg patah tu... keturunan pengkhiamat patut dipatahkan trus dari tumbuh tapi menjahanamkan parti... bangsa dan agama nyer.... masalah negara dah bangkrap ke ari ni..... ceciter tanpa alih tiang goll....

    muahahahahaaaaa....!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jing Jibo,

      Korang dah gentar. Kalau tak, korang tak komen.

      Tapi yg basi tuh ia lah kata kata kau kau ulang tak habis habis apa kau cakap selama ini.

      Kau carilah fakta dan hujah melawan komen komen seperti di pos di atas itu, atau pertahankan penyelewangan 1MDB dan penngsonglapan berbilion masuk ekaun Najib, ekaun bini dia dan anak tiri dia.

      Nanti kau kena kata dek Najib bangang hamjadah lagi, mcm dia kata kpd penyonkong dia yang tak membantu dia, macam kau, di kempen PRU13.

      Padam
  3. Kalau seorang sajapun keluar dari UMNO, itupun dah cukup menunjukkan UMNO makin lemah...

    Kalau 600 orang mewakili 600 keluarga, satu keluarga 5 orang... UMNO kehilangan sekitar 3000 undi.

    Masih tak pe kan?

    BalasPadam
  4. Teruk, memang teruk UMNO di buat Najib. Sana sini ada yang keluar dari parti. Yang teruk pulak, di Sabah, tempat Fixed Deposit UMNO/BN. Kalau hilang FD itu nanti, jahanam lah UMNO.

    BalasPadam
  5. Kalau seorang sajapun keluar dari UMNO, itupun dah cukup menunjukkan UMNO makin lemah...

    Kalau 600 orang mewakili 600 keluarga, satu keluarga 5 orang... UMNO kehilangan sekitar 3000 undi.

    Masih tak pe kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Najib tak mahu undur, mangkin ramai keluar pun takpa. Bior melepek UMNO di bawah Najib. Kalah PRU14 pun takpa. Akibat nya, dia akan di ganti.

      Padam
    2. patah tumbuh hilang berganti tapi apa yang penting ialah apa yang mengganti... pucuk muda mudi atau daun yang telah layu dan hampir mati?

      Padam
  6. jangan alih tiang goll.... dah bangkrap ke blommm...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau dah makan pil ke? Makan pil tu. Nanti terlepas tahap siuman, kau jadi gila yang tak boleh di ubat.

      Cakap macam kau cakap tu memang tanda gila.

      Padam
  7. Mudah2n lebih ramai lagi ahli UMNO Sabah keluar...akan disusuli pula UMNO Johor...UMNO Kedah....walaupun 600 orang...800 orang.... bak kata kluangman...itu belum kira ahli keluarga...pasti ada tambahan...maka...sedikit sebanyak...KESANNYA TETAP ADA....

    BalasPadam
  8. Mengharapkan tiada reaksi adalah tidak lojik. Cumanya apakah ukuran reaksi berkenaan. Untuk itu kejadian serupa sebelum ini boleh dijadikan perbandingan.

    Makanya jika reaksi susulan pemecatan pemimpin nombor 2 parti keramat diera Protun dijadikan perbandingan, reaksi semasa masih ringan dan tenang.

    BalasPadam
  9. wahahahhahahah......Seperti yang dijangkakan....ramai akan menyusul....Insyallah...

    Terbaik KluangMan,,,,,,aku pon Kluang juga tapi Sek Vokasional dulu...now Kolej daaa......Hidup Kluang.

    BalasPadam
  10. Hal keluar pasrti UMNO sebab fedap dgn Najib nih akan berterusan, caya lah.

    Mahyuddin pun sekarang dah bebas, tak terikat kpd UMNO, boleh hentam Najib bertalu talu, yg terakhir, dia kata -

    “Several portions of the final auditor-general's report on 1MDB had been revealed by portal Sarawak Report the past couple of days.

    "It includes the alleged loss of US$7 billion (RM28 billion) paid to several fake companies which do not have any business relations with 1MDB,” he said in a statement today.

    BalasPadam
  11. Referendum telah dibuat dan keputusan telah diketahui. Tiang gol telah dialih bukan sekali tapi berkali kali tapi Jibun tak kisah. Jibun mampu score goal setiap kali tiang pintu gol dialihkan.

    Kepada tukang alih tiang gol buatlah kerja sebaik baiknya (fokus!) kerana kalau selepas ini tiang gol tidak dialihkan dengan betul dan Jibun mampu score gol seterusnya, cakap banyak tak mahu, stok dedak jadi taruhan ... potong! He he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Potong bola kau, jadi eunuch le kamu

      Padam
    2. turut simpati dengan kau. faham perasaan kau apabila peranchis kalah 0-1. terimalah kekalahan seadanya, usah ikut rentak pembangkang yang suka lemparkan kata-kata tak baik pada pihak yang menang. jadilah Budiman, Key, Bro..

      Padam
    3. Camna Jibun nak skor gol Belon kuning jatuh pun terkejut dia ingat bola. Dia tak tau pun rupa bola lagumana. Selama ini mana dia ada bola !!

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  12. Hahaha hohoho hihihi

    Eksekius me, not in topic, but urgent to tell this joke -

    'Auditor-general can't answer IGP because of OSA'

    Veteran newsman A Kadir Jasin has spun a wry tale on the potential difficulties the government will face when investigating leaks of data from the classified 1MDB audit report in the Sarawak Report articles.

    The comedy of errors begins when inspector-general of police Khalid Abu Bakar approaches auditor-general Ambrin Buang to verify the authenticity of the documents leaked by the whistleblower.

    "But how is he to ask and how is Ambrin to answer when the report has become a super confidential document under the OSA?" Kadir wrote on his blog today.

    Kadir said if Ambrin were to verify the documents on Sarawak Report as authentic, this would only get Prime Minister Najib Abdul Razak in trouble.

    "But Ambrin can say that he can't answer because the report has been 'OSA'ed'," said Kadir.

    Hahaha, hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hok ni tak paham sangat..kalau dah bercanggah dengan perlembagaan..tak boleh ke menda di cabar dimahkamah? mana dia lawyer2 yang hebat2...ke semua jadi loyar buruk jer...

      Padam
    2. If laugh is the issue, that clearly shows how clever the Projib punahsihat is. Even though ANC has the first laugh, they (punahsihat) will have the everlasting laugh! Wakakaka

      Padam
    3. 3:00 PTG, betul, sokong. Paling clear, saman hingga ke mahkamah tertinggi di negara ini.

      Sebalik nya, selagi belom selesai, selagi itu Najib boleh di peningkan kepala dia dengans segala desakan, cabaran, tenyehan, tonyohan, tunjalan..........

      Padam
  13. Di UK, tak ramai yang keluar parti pemerintah, tapi juara tenis Andy Murray kata dia tak mahu jadi PM, sampai tersipu sipu PM yang nak kena ganti, David Cameron.

    David Cameron gentleman, dulu kata nak serah jawatan PM di bulan Oktober. Tapi dengan keadaan sekarang, dia sendiri kata dia akan serah jawatan itu hari Rabu esok.

    Di Malaysia, Najib nak pegang jawatan kalau boleh sampai mati. Tak pedulikan beratus, malahan beribu, yang cabut lari parti. Tak pedulikan boleh ke tidak siasat siapa bocorkan rahsia Laporan Juru Odit Negara.

    Najib tak berani saman Sarawak Report walau pun hari ini Selasa lagi.

    BalasPadam
  14. Fakta tu salah. Fakta yang betul ialah Kemeren kalah referendum bukan menang. Yang kalah logiklah letak jawatan tetapi bukannya terus menagih simpati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodoh lagi yang nih. Nanti ada pulak yang kata asyik mencarut. Tapi mengata bodoh tu tak mencarut. Mengata fakta.

      Mana tak bodoh nya - referendum bukan pilihan raya, bukan ada undang undang mengatakan kalah referendum kena letak jawatan. Ha nya nilai nilai moral, conscience. Yang Najib takda.

      Najib dapat keputusan yang terburuk sekali dalam sejarah di PRU13 kalah popular votes pun tak tercuit langsung conscience dia. Dahtu, kena skandal begitu besar pun, buat dek aje. Kata tunggu lah siasatan PAC tapi laporan nya membawa lebih soalan dari jawapan.

      Dahtu dia suruh Ketua Odit Negara buat odit 1MDB. Takda conscience jugak, rahsiakan laporan nya pulak. RM28 bilion hilang, beberapa bilion masuk ekaun dia, ekan bini dia dan anak tiri dia. Dah merata dunia tahu. Meletup lagi sebab Sarawak Report dedahkan usaha merahsiakan malumat kesalahan. Sekarang menagih simpati. Tapi tak berani saman SR, WSJ atau sesiapa.

      Padam
    2. "Mana tak bodoh nya - referendum bukan pilihan raya, bukan ada undang undang mengatakan kalah referendum kena letak jawatan. Ha nya nilai nilai moral, conscience. Yang Najib takda."

      tu ler orang kata jangan baca SR dan WSJ nanti jadi katak bawah tempurung, kau tak nak pecaya. bila ko fanatik dan baca juga, inilah jadinya.

      helo! satu dunia dah dengar Kemeren sendiri yang kata "dek kerana dia kalah referendum, dia isytihar letak jawatan"

      ko tak tahu atau tak boleh terima hakikat referendum Tun di KK dan SB tidak berpihak pada Tun?

      Hmm, ko ni ternyata pengetahuan sempit, katak bawah tempurung, lapaih tu ada ati nak lawan Projib. Kalau aku jadi Tun, dah lama aku stokan bekalan dedak sume tu. kik kik kik

      Padam
  15. Anjing2 protun menyalak lagi. 2 prk kalah. Pru sarawak kalah. Bila kalah salahkan pengundi pulak. Ce tengok cermin. Kat cermin tu bukan dari sumber tanpa nama dan berita ubahsuai tapi itulah kebenaran.

    Malaysia dah bankrup ke belum?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sarawak Report, WSJ, NYT dah saman belom? Bila nak saman? Takda bola ke? Kamu sudah bang the balls ke?

      Padam
    2. Hahaha

      Najib muka tak malu.
      Adnan Satem bagi tepat2 depan muka, dia berikrar tak akan benar Umno bertapak di Sarawak.
      Najib muka tembok.
      Belum pernah dlm sejarah PRU/PRN/PRK, poster wajah pengerusi BN diharamkan tampal/naik ketika PRN.
      Sarawak for Sarawakian.
      Kena hadam betul2 la baghal...

      Padam
  16. Kah kah kah... nk saman sarawak repot kikiki.. org mental hospital jer yg layan SR.... no value SR... low klass repot SR... yg pasti penipu dan pembohong SR... melalui SR lah fitnah IPIC vs 1MDB di London court arbitration la.. blogger momok putra terkinja kinja fitnah ari ni negara bangkrap.... puiiii....

    jgn alih tiang gol dah bangkrap ke blom... Deklarasi Selamat Boboi apa dah jdi skg.... tubat la udah2 la buat fitnah.... jom sama2 fly kite....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawab le soalan soalan yang di timbulkan di Laporan Juru Odit Negara tuh. Paling penting nya, mana pergi US$7 billion = RM28 billion tuh?

      Yang di katakan dalam ekaun Najib US4.2 billion, dalam ekaun bini dia US$1 billion, ekaun anak tiri dia US$1 billion - berjumlah US$6.2 billion - tuh datang nya dari mana?

      Padam
  17. statement yang ni ko tak leh nak kondem.....

    najib pembohong!!! dia sendiri ngaku......

    betul tak , mr fly kite?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bohong adalah apabila menuduh seseorang curi 10 sen tapi bila terbukti tidak benar tuduh pula curi 10 ringgit. Nanti bila terbukti tidak benar ubah lagi dan lagi. Ini bukan lagi bohong tapi superbohong! Wakakaka

      Padam
  18. Anom 4.37 ptg hang pi la tanya Dr.Tan Seng Giaw Timbalan Pengerusi dan rakan pembangkang dalam PAC termasuk Tony Pua kenapa depa setuju tak masukkan lapuran ini dalam rumusan PAC.Takkan mata depa semua kabur kot....hang dok melalak kat sini buat apa.

    BalasPadam
  19. Bila anda menuduh seseorang itu bersalah, maka anda hendak mengadakan bukti2 yang kukuh, yang tidak dapat diragui org tersebut salah.

    Dan bukannya memaksa org yg tertuduk mengadakan bukti yang dia adalah tidak bersalah.

    Ini adalah asas keadilan dlm Islam/dunia morden.

    Selagi anda tidak mengadakan bukti, maka org yng tertuduh itu TAK bersalah.

    BalasPadam
  20. ini bukan nak tuduh najib.....

    tapi dia sendiri ngaku dia bohong....

    mula2.....takde duit dlm akaun....bodohla dia cakap klu nak pau duit dlm akaun sendiri......tapi bila dah kantoi.....dia ubah tiang gol, kan mr fly kite?

    dia kata arab derma......

    kan tu penipu besar.......dgn rasa tak malu, dia sendiri ngaku dia menipu rakyat malaysia.....mungkin satu dunia kot....

    ni la hantu yang malaun2 ni nak pertahankan.......

    pertahan kan penipu besar sebagi pemimpin....mmmm.....

    sekarang dia minta semua org percaya dia.....

    bole percaya lagi ka, mr fly kite?

    -anti jub-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula2 kata RM40b hilang kemudian kata pula RM50b hilang sekarang kata pula USD7b hilang mana satu yg betul, atau semuanya bohong.

      Padam
  21. Tersangat bodohlah Najib dimasukkan duit yang begitu banyak dalam akaun Ambank dan akaun tu pulak akaun bank di malaysia.Mungkin inilah satu2nya pemimpin didunia memasukkan duit songlap yang banyak dalam bank negara sendiri.Sia-sia lah dia yang begitu berpengalaman selama 40 thn dalam pentadbiran dan politik tapi nak kelentong benda yang semudah itu pun tak reti.Tak kan ke dia takdak kawan2 dekat Swiss ke,dekat Hong Kong ke,kan besan dia ada kat Kazakhtan patut dia simpan saja lah kat sana pasti orang malaysia tak tahu punya.Nampaknya Jib kena banyak lagi belajar cara-cara kalau nak menipu macam dibuat oleh setengah2 pemimpin kalau tidak naik sawan seteru2 dan macai yang menyerangnya...fenin.hihi

    BalasPadam