Selasa, 5 Julai 2016

Najib Atau Husni Yang Bermasaalah..!


Puncanya siapa?

Husni menteri bermasalah atau Najib punca masalah?

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terus mempersoalkan punca bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tidak mahu lagi menyertai kabinet Datuk Seri Najib Razak.
Soalnya, adakah Husni seorang menteri yang bermasalah atau Najib yang menjadi punca segala masaalah negara yang menjadikan semua rakyat bermasalah?
“Jawapan kepada persoalan yang saya bangkitkan dinanti oleh rakyat. Apakah Husni punca segala masaalah atau Husni seorang menteri yang Najib tak boleh kawtim untuk jenayah Najib terus dilindungi yang menjadi punca masaalah.
“Najib nak tukar Husni ke potfolio lain sehingga Husni mengambil jalan meletakan jawatan sebagai menteri kewangan kedua,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut pemimin PAS itu, Husni telah menjelaskan punca beliau meletakan jawatan selepas bertanya pada Najib sebelum pengumuman rombakan kebinet dan perdana menteri pula mengesahkan yang beliau akan ditukar ke potfolio lain.
“Bagi saya pertanyaan Husni disebabkan sudah ada kedengaran lebih awal perbualan pertukaran potfolio Husni di kalangan orang yang tak sepatutnya tahu terlebih dahulu.
“Macam mana rahsia pertukaran potfolio Husni lebih dahulu diketahui oleh orang lain sebelum Husni?
“Bagi saya kalau pertukaran biasa tanpa ada perbalahan tak mungkin Husni nak tolak pemindahan dan pertukaran ke potfolio lain,” katanya.
Dalam rombakan kabinet 27 Jun lalu, Najib mengumumkan 'kenaikan pangkat' bagi Datuk Johari Abdul Ghani daripada timbalan menteri kewangan kepada menteri kewangan kedua.
Johari menggantikan Ahmad Husni yang dikatakan meminta untuk berundur atas sebab peribadi.
Najib berkata beliau tidak memasukkan Husni dalam kabinetnya bagi menghormati permintaannya yang ingin bersara.
Mengulas lanjut, Mahfuz mempersoalkan mengapa Najib mahu menukar menteri kewangan kedua itu ke potfolio lain.
“Apa yang tidak disenangi Najib pada Husni? Apa kesalahan Husni di Kementerian Kewangan sehingga kementerian kewangan dilihat lemah?
“Apa kelemahan Husni dalam menjalankan tugas di kementerian kewangan? Adakah kerana kegagalan Husni menanggani isu 1MDB?
“Adakah Husni terlibat dalam skandal negara 1MDB? Adakah Husni menggunakan wang 1MDB untuk kepentingan peribadi beliau dan keluarga?
“Adakah Husni yang sabotaj Najib dengan memasukan berjumlah RM2.6 bilion dari akaun 1MDB kedalam akaun peribadi Najib dan kemudian membocorkannya kepada Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report?” soalnya.
Beliau juga mendesak supaya Najib tampil menjelaskan sama ada semua soalan yang dibangkitkan itu adalah punca kemarahan perdana menteri ke atas Husni.
Susulan rombakan kabinet itu, setiausaha politik Husni berkata ahli parlimen Tambun itu turut meletakkan jawatan sebagai bendahari Umno, timbalan pengerusi Umno Perak serta ketua Umno dan BN bahagian Tambun.
Husni dilantik sebagai menteri kewangan kedua sejak Najib menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri pada 2009.
Semasa memegang jawatan itu, beliau dilantik sebagai jurucakap 1MDB di tengah-tengah kontroversi itu pada 2015.
Beliau pernah dilaporkan berkata, laporan interim peguam negara menunjukkan syarikat pelaburan negara itu tidak melakukan sebarang salah laku.
Beliau juga menyebut AS$1 bilion simpanan di Kepulauan Cayman dalam bentuk “unit”, bukan tunai.
Husni turut menggesa pemotongan peruntukan kepada kementerian-kementerian dengan berkata indeks prestasi utama (KPI) diukur berdasarkan simpanan mereka.
Lu Fikir La Sendiri!!!

11 ulasan:

  1. Siapa yg bermasalah ni? Husni kata dia yg nak bersara. Yg kamu2 semua dok pusing cerita kenapa? Tuan punya badan rileks jer. Adehhhhh......dah tahap gaban punya bebal ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. .. him keris berayon

      Padam
    2. Nk bersara habes semua jawatan dlm parti pun dia resign.
      Mangkok berayon alat kerajaan otak bodoh xle pikir telan bulat2 apa tv3 berita harian kata

      Padam
  2. Dah abis puasa timbul raya blogger red bean batuapi masih tak sudah2 nak buat onar dan fitnah jijik... taubat la.... sudah2 la buat fitnah.... dosa bulan ramadhan dibawa pula bulan syawal.... cukup2 la buat fitnah jijik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko yg di kenali sebagai Jing Projibo tak habis habis membohong memfitnah menuduh tanpa justifikasi, di suruh terjun di South China Sea, tak mahu, asyik cakap benda2 yang basi.

      Bertaubat lah, buat yang bagus, jadi tauladan kapada anak bini, jangan Jibo kata kau bangang hamjadah mcm dia kata kpd jenis kamu yang tak membantu dia pun di PRU yang telah sudah.

      Padam
  3. Madinah bermandi darah semua sempati dan marah kota suci dibom.... tetapi di mesia blogger red bean batuapi masih bermandi fitnah jijik ....cukup2 la ... taubat la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Madinah bermandi darah semua sempati dan marah kota suci dibom... tetapi di mesia cacai pemakan dedak masih bermandi kemungkaran jijik.... cukup2 la.... taubat la

      Padam
    2. Najib cakap duit "derma" diterima dari putera arab digunakan untuk memerangi IS dan puak pelampau radikal islam.

      Hari ini,

      Secara tidak langsung rakyat malaysia menerima "buah tangan" najib hasil pengisytiharan perang terhadap Is.

      Terima Kasih najib.

      Padam
  4. Ha ha ha. Terlebih mkn dedak kot????

    BalasPadam
  5. Ha ha ha. Terlebih mkn dedak kot????

    BalasPadam