Isnin, 18 Julai 2016

1MDB ~ Auditor Dipecat Kerana Tidak Mahu Bersekongkol..!


Jangan kata auditor swasta sahaja yang kelam kabut..! Audit Negara pun gelabah..! kenapa?

Pua soal MIA, apa jadi aduan ke atas juruaudit 1MDB?

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mahu Presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA) Datuk Mohd Faiz Mohd Azi menerangkan tindakan "lembab" dalam menangani aduannya ke atas juruaudit 1MDB - KPMG dan Deloitte Malaysia.
Malaysiakini sedang menghubungi MIA untuk mendapatkan ulasannya berhubung perkara berkenaan.
Dalam satu kenyataan media, Pua berkata beliau mendakwa bahawa kedua-dua firma berkenaan secara sengaja dan / atau cuai gagal menjalankan tindakan sewajarnya terhadap audit 1MDB sehingga menyebabkan pemfailan penyata kewangan tahunan 1MDB yang mempunyai unsur penipuan.
"Aduan saya terhadap KPMG adalah kerana tidak mengambil kira pendedahan ketara dalam urus niaga 1MDB ketika itu dalam pelaburan AS$1 bilion untuk membentuk usaha sama dengan Petrosaudi International Limited pada tahun 2009-2010 itu yang kemudiannya dibatalkan.
"Daripada jumlah di atas, Bank Negara mengesahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa AS$700 juta disalurkan kepada sebuah syarikat tidak berkaitan, Good Star Limited yang benefisiari utamanya adalah Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
"Malah, KPMG memecah rekod kerana menandatangani audit kewangan Mac 2010 dalam tempoh tiga minggu selepas dilantik pada September 2010 - selepas juruaudit asal Ernst & Young (EY) dipecat.
“EY enggan menandatangani penyata kewangan 1MDB kerana ada perkara yang tidak kena dalam urusniaga dengan PetroSaudi," katanya.
Paling penting, dakwa Pua, KPMG juga secara sengaja dan / atau cuai kerana gagal melaporkan bahawa hakikatnya, 1MDB menjual saham dalam usaha sama dengan PetroSaudi dan pengubahan kepada pinjaman selepas tahun kewangan Mac 2010.
Hasilnya, beliau berkata, 1MDB boleh melaporkan keuntungan rekaan yang melambung dan gagal mendedahkan transaksi utama yang sangat mencurigakan dalam 1MDB PetroSaudi Limited.
Pua berkata Deloitte Malaysia mengambil alih dari KPMG selepas firma itu dipecat oleh 1MDB pada Disember 2013.
Beliau berkata KPMG enggan menandatangani akaun Mac 2013 kerana firma itu tidak dapat mengesahkan kesahihan pelaburan AS$ 2.318 bilion 1MDB dalam dana pelaburan yang tidak boleh dipercayai di Kepulauan Cayman.
MIA kalau betul tulus dan jantan pasti akan mengenakan tindakan keatas badan auditor yang bersubahat dalam melakukan jenayah..!
Tapi MIA buat apa?
Buat bodo jer ke?
Lu FIkir La Sendiri!!!

21 ulasan:

  1. Dedak! Dedak! Dedak panas panas baru sampai dari bontot Jho Low! Mari mari semua lembu mari makan dedak.

    Mwahahahaha.

    BalasPadam
  2. Malaysia kini..Sarswak Repot..justo petro saudi big liar is half past cooked report..... low class report

    BalasPadam
    Balasan
    1. kah! terima dah aku
      olang bagi pun aku
      terima aku duit dia pakai tspi bukan tujuan lawab terrorist atau untuk pelaburan. mugkin sopping.
      kalau ikut udang udang itu nake nya CBT.
      apa lagi mau.

      Padam
    2. Kalau liar saman la, berapa kali selasa daaa.

      Padam
    3. Cepat-cepat saman mereka! Tak payah tunggu hari selasa!

      Padam
  3. BILA KUNGFU INDAH KHABAR DARI RUPA

    'buah dan bunga' yang di kuntau oleh sifu lama akan terus jadi ikutan mungkin dengan sedikit modifikasi

    sama ada baik atau buruk pengaruhnya hanya buah dan bunga itulah yang digunapakai selama 22 tahun

    berhijrahnya sifu ke gelanggang lain (dulunya gelanggang lawan), bukan bermakna buah dan bunga lama akan luput.

    berhijrahnya sifu membawa erti buah dan bunga lama akan tersebar lebih luas dan diikuti ramai.

    niat untuk melihat buah dan bunga kuntau lama berkubur mungkin tidak kesampaian kalau sebelah sana cakap tidak serupa bikin

    ketidakupayaan sifu pembangkang memasyhurkan bunga dan buah kung fu yang di gembar gemburkan hebat dari kuntau adalahn antiklimaks

    selepas ini pastinya akan terdapat persamaan buah dan bunga di gelanggang kuntau dan kungfu

    apabila itu berlaku audien tidak perlu pergi ke gelanggang kung fu kerana ia hanya indah khabar dari rupa.

    BalasPadam
  4. Semuanya kerana Najib, 1MDB dan Jho Low.

    Dari awal lagi, isunya adalah Najib. Dan dari awal lagi Najib mengelak dari perlu bertanggungjawab. Najib hanya tahu menyorok dibelakang Umno dan kerajaan. Diheretnya Umno dan kerajaan dalam masalah peribadinya, masalah yang boleh beliau sendiri selesaikan sekiranya beliau punya sedikit keberanian untuk bersemuka dengan rakyat dan menjawab sendiri pertanyaan2 dari rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BAPA borek anak rintik. Cumanya si anak tak terfikir si BAPA akan pekena anak sendiri yang sekadar mahu meniru corak dan patern dipakai si BAPA. Ambillah iktibar.

      Padam
    2. Bkan salah njib.. salah rosmah le. Anak njib dapat batang mat Kazakhstan je.. anak rosmah dpat billion dolar try tu..

      Padam
  5. Akauntan bekerja berdasarkan...

    1. Dokumen
    2. Angka
    3. Fakta

    Semua ada chain reaction untuk jawapn akhir forensic audit untuk pengesahan.

    Jadi kepada peminum2 kencing...mana bukti? Mana fakta? 3 billion dah sah tak ada di singapore dan tak pernah masuk pun?


    Sedap ke minum kencing? Kehkehkeh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. fuUUcCkkK...😈

      Padam
    2. ANON 7:51 ptg
      ha ha .. kalau takde bukti dan Fakta ...KENAPA DI OSA KAN LAPORAN AUDIT.... " Bangkai Gajah nak tutup dengan lalang "...

      Padam
  6. Korang tunggu la... Sampai masa 1MDB akan tunjuk statement bank dari Spore. Jgn terperanjat pulak ya... Tapi bila 1MDB akan tunjuk, hanya Allah yg tahu.

    BalasPadam
  7. Best la kalau boleh tunjuk. Barulah anak jantan namanya....

    BalasPadam
  8. suatu imijinasi yang menarik

    BalasPadam
  9. Dalam satu kenyataan media, Pua berkata .. blah...blah...blah

    Boleh percaya ke itu Puaka.. A anda ajak berdepan satu lawan satu pun dah lari tak cukup tanah.

    BalasPadam
  10. Dalam satu kenyataan media, Pua berkata .. blah...blah...blah

    Boleh percaya ke itu Puaka.. A Kanda ajak berdepan satu lawan satu pun dah lari tak cukup tanah.

    BalasPadam
  11. Tun kena cepat buat parti baru jangan tunggu, secepat mungkin kumpulkan ahli seberaparamai mungkin , keahlian yang ramai bole secarataklangsung bole mengegarkan umno, dipercayai kini umno sedang goyang..sekilas pandang kebanyakkan orang umno dah menyampah dgan perangai perangai pemimpin mereka..mereka yang diharap dh jadi pengkhianat langsung tak berupaya melawan...orang dibawa tengok jer ,..kes lembula, kes 1oo juta lesap, kes jakim la,kes mara beli tanah mahal dari pasaran la, warga asing dh terlalu banyak la,duit 1mdb hilangla.kapalselan komisen 30 juta la,...mcam2 kes tapi tkda satu pun yang selesai,, rakyat bukan bodo nk terima buta jer alasan bodo...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penyokong UMNO akar-umbi tak percaya semua cerita karut-marut nih, mereka lebih bergantung kpd berita2 dp UTUSAN,BERITA HARIAN, TV3 TV1, yang saban hari menghentam Tun M dan konco2nya.

      Padam
  12. Yang duduk atas pagar pun tak percaya jugak dengan cerita karut marut nih.Tu sebab dua prk depa boleh menang tu

    BalasPadam
  13. Buat le sesuka hati sementara masih berkuasa. Benda salah jadi tak salah. Benda betul jadi tak betul. Benda tak boleh jadi boleh.Rata-rata rakyat bengong dibuatnya sampai tergamak membiar rakyat berperang mulut dialam maya ini.Siapa yang mewarnai pemikiran rakyat hingga jadi begini.
    Benda hitam dikatakan putih itupun masih ada yg buta warna. Yang simple itu mudah yang boleh diputuskan akal oleh setiap satu antara kita bahawa institusi kerajaan sekarang sedang mudah diperkotak katik oleh media asing dan dunia luar.
    Dimanakah maruah seorang ketua yg dikatakan dipilih oleh rakyat tapi tak ada ngo ngek........buat derk macam tak ada apa benda yg berlaku. Itu pun tak nampak lagi!!!!!!!!!!

    BalasPadam