Selasa, 26 Julai 2016

Rompakan 1MDB ~ Fahaman Cara Mudah..!


Rakyat marhaien juga yang pakai beg plastic..!

SOAL-JAWAB ISU 1MDB UNTUK PANDUAN PAKCIK-PAKCIK DI KAMPUNG...
1. AMERIKA NAK RAMPAS HARTA 1MDB NI. INI SATU CAMPURTANGAN ASING!
Macam ni pakcik. Pakcik ada dengar Amerika nak rampas tanah 1MDB di airport TUDM Sg. Besi? Tanah 1MDB di Jalan Tun Razak? Ada Amerika nak rampas tanah-tanah milik 1MDB di Malaysia? Tiada kan? Amerika hanya nak rampas harta hasil pendapatan filem Hollywood bertajuk "The Wolf of Wall Street". Sebab itulah dalam kertas pendakwaan, defendan atau pihak yang disaman ialah “The Wolf of Wall Street” Motion Picture. Lagipun, yang mula-mula menyiasat benda ini bukannya orang Amerika pakcik, tapi orang Melayu kita juga. Pakcik ingat tak Timbalan Pendakwa Raya SPRM yang ditahan? Melayu dia tu. Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis yang ditukar? Melayu. Peguam Negara yang ditamatkan perkhidmatan atas sebab 'kesihatan', Melayu. Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM yang ditukar, Melayu. Pengarah Komunikasi Strategik Khas SPRM yang ditukar, Melayu. Ketua Pesuruhjaya SPRM yang disuruh 'bercuti', Melayu. Pegawai SPRM yang solat hajat beramai-ramai pun, Melayu semuanya pakcik. Siapa tahu mungkin ini sebenarnya campurtangan kuasa Allah Taala hasil daripada solat hajat mereka?
-----------------------------------------------------------------------------
2. IYALAH DAH KENAPA PULA AMERIKA NAK RAMPAS HASIL FILEM 'WOLF' INI?
Filem ini dikatakan dibuat hasil daripada penggubahan wang haram yang melalui institusi-institusi kewangan di Amerika. Harta hasil pendapatan filem ini juga dimiliki oleh sebuah syarikat yang didaftarkan di Amerika sana, bukan di Malaysia. Ada 17 harta yang disenaraikan, termasuklah hotel di Beverly Hills. Beverly Hills ini kawasan tempat tinggal pelakon dan penyanyi pakcik. Di Amerika sana, pelakon & penyanyi kaya-kaya, bukan macam di sini. Ada juga jet peribadi. Kalau kita dapat jet ini karang, kita trylah naik ramai-ramai untuk pergi haji.
-----------------------------------------------------------------------------
3. HABIS TU APA KENA-MENGENA FILEM 'WOLF' INI DENGAN 1MDB?
Filem 'Wolf' ini, dibuat oleh syarikat milik anak tiri PM kita, nama dia Riza Aziz. Tahun 2012, syarikat si Riza ini dapat duit daripada 1MDB sebanyak USD238 juta, iaitu kira-kira RM741.6 juta pakcik.
-----------------------------------------------------------------------------
4. DAH TU BIARLAH 1MDB NAK BAGI BERAPA BANYAK PUN. DUIT SYARIKAT, SYARIKAT PUNYA SUKALAH.
Masalahnya pakcik, 1MDB telah mengisytiharkan kepada umum, bahawa ia tidak memiliki apa-apa kepentingan atau pelaburan terhadap syarikat Riza Aziz. Jadi kalau tiada apa-apa kepentingan, buat apa pula nak bagi RM741.6 juta, kan pakcik?
-----------------------------------------------------------------------------
5. MACAMANA KAU TAHU SI RIZA NI DAPAT DUIT TU. PANDAI-PANDAI SAJA KAU FITNAH BUDAK TU.
Sebab si Riza ini, dia simpan duit dalam bank, pakcik. Dia tak simpan duit bawah tilam. Jadi, bank ada rekod duit-duit itu masuk ke akaun syarikat dia sebanyak 3 kali:
18 Jun 2012: USD133 juta (RM419.9 juta) 
23 Okt 2012: USD60 juta (RM183.5 juta) 
14 Nov 2012: USD45 juta (RM138.2 juta)
JUMLAH: USD238 juta (RM741.6 juta)

Duit-duit ini pula, dipindahkan daripada akaun bank Switzerland, ke akaun bank Singapura. Jadi negara Switzerland simpan rekod, negara Singapura pun simpan rekod. 
-----------------------------------------------------------------------------
6. 700 JUTA PULA. DULU BUKANKAH DAH TERBUKTI DUIT TU DERMA, APA NAMA TU, YANG 2.6 BILION TU?
Memang betul pakcik, SPRM sendiri telah menyatakan pada Ogos 2015, bahawa hasil siasatan mereka mengenai duit RM2.6 bilion itu ialah: duit itu duit derma. Kemudian, keluar pula video Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, yang orang kata mengesahkan bahawa derma itu datang daripada keluarga diraja Arab Saudi. 'Orang kata'. Cuba pakcik dengar balik video itu. Menteri Arab ini kata:
WARTAWAN:
"Tuan. Uh, adakah anda maklum tentang latarbelakang , mengenai sumbangan kepada Perdana Menteri Malaysia?" 
("Your Excellency. Uh, are you aware of the background of , upon the donation to the Prime Minister of Malaysia?")

MENTERI LUAR ARAB SAUDI:
"Kami sedia maklum tentang, tentang sumbangan tersebut. Dan ia adalah sumbangan yang ikhlas, dengan uh, tiada apa diharapkan sebagai balasan. Uh, kami juga sedia maklum bahawa Peguam Negara Malaysia telah menyiasat perkara ini dengan teliti dan tidak menemui sebarang kesalahan jadi bagi kami perkara ini telah ditutup."
("We are aware of the, the donation. And it is a genuine donation, with uh, nothing expected in return. Uh, we are also fully aware that the Attorney-General of Malaysia has thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing so as far as we're concerned this matter was closed.")

Saya nak tanya pakcik: dalam kenyataan Menteri Arab ini, ada tak dia sebut jumlah sumbangan, dan ada tak dia kata bahawa sumbangan itu datangnya daripada keluarga diraja Arab Saudi? Sebab dalam kertas pendakwaan Amerika, Amerika kata duit RM2.6 bilion itu dipindahkan daripada akaun milik Eric Tan Kim Loong, bukan milik keluarga diraja Arab Saudi. 
-----------------------------------------------------------------------------
7. PULAK DAH. BUKAN KALAU DAH SETTLE CERITA 2.6 BILION, KIRA DAH SETTLE MASALAH 1MDB KE?
Bukan pakcik. Pakcik kena ingat: duit RM2.6 bilion itu, bukan duit yang masuk ke akaun si Riza ya? Duit RM2.6 bilion itu ialah duit yang dimasukkan ke dalam akaun orang lain, iaitu 'Malaysian Official 1'. Memang ada orang-orang upahan yang berhempas pulas mahu seluruh rakyat Malaysia menumpukan perhatian kepada isu sumbangan RM2.6 bilion, supaya rakyat akan lupa cerita berbilion-bilion ringgit yang lain, contohnya:
A. Pinjaman Palsu USD700 Juta Oleh PetroSaudi Holdings
USD700 juta ini bukannya kes 'sumbangan' RM2.6 bilion, ya pakcik? USD700 juta ini bersamaan dengan RM2.4 bilion pada tarikh duit itu dipindahkan. PetroSaudi Holdings ini, sekali dengar ada bunyi 'Petro' di hadapan, ada nama 'Saudi' di belakang, terus orang anggap "Ini 'Petronas' bagi Arab Saudi agaknya, syarikat minyak nasional Arab Saudi". Salah tu pakcik. Syarikat minyak nasional bagi kerajaan Arab Saudi ialah Saudi Aramco. PetroSaudi Holdings ini hanya sekadar syarikat persendirian sahaja, baru-baru ditubuhkan pula tu. Syarikat ini ditubuhkan bisnesman bernama Tarek Obaid, dan ada kaitan dengan Turki bin Abdullah, anak kepada almarhum Raja Abdullah, raja Arab Saudi yang baru meninggal tahun lepas. Adakah bila berurusan dengan syarikat yang 'ada kaitan' dengan anak raja, maka ia bermakna berurusan dengan kerajaan? Pakcik kena faham: almarhum Raja Abdullah ada 19 orang anak. Yang menggantikan almarhum jadi raja pula bukan anak beliau, tapi adik tiri beliau. Jadi faham-faham sahajalah kedudukan anak-anak almarhum, tak banyak manapun pengaruh mereka ke atas keputusan kerajaan Arab Saudi.
PetroSaudi Holdings ini dikatakan telah bagi pinjaman sebanyak USD700 juta kepada syarikat usahasama 1MDB-PetroSaudi Limited. Masalahnya, PetroSaudi Holdings tak pernah pun bagi duit tu, tapi 1MDB-PetroSaudi Limited diminta untuk bayar balik. Macam ada Ah Long datang minta hutang daripada pakcik, tapi pakcik tak pernah pinjam pun daripada Ah Long tu. Tapi sebab pakcik dah tua dan pelupa, pakcik pun bayarlah sahaja. Lebih malang lagi, bila pakcik bayar, pakcik tak pula bayar terus kepada si Ah Long tu. Tapi pakcik bagi pula duit itu kepada Ah Pek, anak si Ah Long. Si Ah Pek kemudiannya bawa duit itu untuk berjoli. Samalah macam 1MDB-PetroSaudi Limited ini. Dia sebenarnya tak berhutang, tapi dia bayar juga. Bila bayar, dia tak bayar terus kepada PetroSaudi Holdings, tapi kepada Good Star Limited, syarikat lain milik seseorang bernama Jho Low. Ini namanya bangang bertimpa-timpa ni pakcik. Daripada USD700 juta ini, Amerika ada rekod bahawa sejumlah USD20 juta telah dimasukkan ke akaun 'Malaysian Official 1':
23 Feb 2011: USD10 juta (RM30.5 juta)
13 Jun 2011: USD10 juta (RM30.3 juta)
JUMLAH: USD20 juta (RM60.8 juta)

Peguam Negara sendiri menyatakan bahawa akaun ini milik 'Malaysian Official 1'. Bukan saya yang kata, pakcik.
BUKTI DIPERLUKAN:
a. Dokumen/rekod kiriman wang 
[07-24, 09:55] +60 19-350 2999: Deutsche Bank (Malaysia) Berhad bertarikh 30 September 2009 sebanyak USD700 juta kepada akaun milik Good Star (Seychelles) Limited bernombor 11116073 di RBS Coutts Bank Limited (kini Coutts & Co. Limited).
b. Dokumen/rekod bayaran fi broker kepada akaun bernombor 7573800 di J. P. Morgan (Suisse) SA.

STATUS SIASATAN: Tiada maklumat siasatan.
-----------------------------------------------------------------------------
B. Penjualan Harta Bukan Milik Sendiri Oleh PetroSaudi Holdings
PetroSaudi Holdings dituduh menjual harta yang bukan miliknya kepada 1MDB-PetroSaudi Limited. Harta berkenaan sebenarnya dimiliki oleh syarikat lain, iaitu Buried Hill Energy. Ceritanya macam ini pakcik. Pakcik nak beli satu bidang tanah daripada Ah Long. Pakcik pun bayar duit kepada Ah Long. Bila pakcik pergi ke pejabat tanah, pegawai bagitau pakcik, tanah itu sebenarnya bukan Ah Long yang punya. Jadi pakcik pun terpinga-pinga: duit dah habis, tanah tak dapat.
BUKTI DIPERLUKAN:
a. Dokumen perjanjian usahasama 1MDB-PetroSaudi Limited bertarikh 28 September 2009.
b. Dokumen perjanjian pembelian aset oleh PetroSaudi Holdings bertarikh 4 Julai 2009.
c. Rekod pembatalan perjanjian pembelian aset oleh PetroSaudi Holdings bertarikh 23 November 2009.

STATUS SIASATAN: Tiada maklumat siasatan.
-----------------------------------------------------------------------------
C. Pecah Amanah RM42 Juta Ke Akaun Peribadi
Ini lagi satu duit yang tidak termasuk dalam kes 'sumbangan' RM2.6 bilion, tapi rakyat 'lupa' nak tanyakan. Bila rakyat 'lupa', jawabnya senyap sajalah. Duit sebanyak RM42 juta daripada SRC International Sdn. Bhd. (kini anak syarikat Kementerian Kewangan Malaysia) telah didakwa dilupuskan ke dalam sebuah akaun peribadi. Ini benda paling senang nak terangkan kepada pakcik. Macam pakcik kerja di pejabat, pakcik nampak duit majikan, pakcik ambil duit tu, masuk poket pakcik. Senang nak faham, kan?
BUKTI DIPERLUKAN:
a. Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 26 Disember 2014 sebanyak RM5 juta kepada akaun bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.
b. Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 26 Disember 2014 sebanyak RM27 juta kepada akaun bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.
c. Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 10 Februari 2015 sebanyak RM10 juta kepada akaun bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.

STATUS SIASATAN: Siasatan “masih berjalan oleh SPRM.”
-----------------------------------------------------------------------------
8. OKLAH. PAKCIK ADA SOALAN LAST NI. SIAPA DIA 'MALAYSIAN OFFICIAL 1'?
Ok pakcik, kertas pendakwaan Amerika kata 'Malaysian Official 1' ini ialah:
i. Pegawai berjawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia;
ii. Berjawatan tinggi dalam 1MDB. Berkuasa melantik dan menyingkir ahli Lembaga Pengarah 1MDB. Sebarang komitmen kewangan 1MDB memerlukan kelulusan beliau;
iii. Ahli keluarga kepada Riza Aziz.

PM pun sudah berjanji "kita akan beri kerjasama yang sepenuhnya dengan semua badan siasatan peringkat antarabangsa". Jadi kita sama-sama nantikan kerjasama itu, ok pakcik? Ngam.


Lagi..!


MANA NAK LARI?
MO1 RIZA AZIZ JHO LOW KHADEM AL-QUBAISI MOHAMED BADAWI !!

Lambat Laun Akan Terjerat Juga ..... Cadangan Jalan Keluar Buat Malaysian Official 1
1MDB bukan nya di saman dalam kes ini.

Look... money laundering adalah berpunca dari wang wang 1MDB dan ianya melalui system kewangan Amerika. Memang lah bukan 1MDB yg disaman. Yang dinyatakan ianya adalah wang 1MDB berjumlah USD3.5 billion yang di curi.
Dinyatakan seterusnya wang2 tersebut digunakan untuk membeli assets berbagai . Nak saman 1MDB kenapa? 1MDB adalah pihak yang dicuri wang nya. Ini adalah fakta simple yang wajib di fahami.
Apabila wang dicuri, dan digunakan untuk tujuan lain, ianya adalah money laundering. Yaani kesalahan besar di dalam dunia kewangan diseluruh dunia.
Walaupun kita di Malaysia tidak kesah wang 1MDB dicuri atau ditipu melalui Petrosaudi Jv dan Aabar BVI, ini tidak bermakna negara lain memandang ringan kes money laundering.
Ini baru pertama ..rampasan assets. Kenapa buat kes rampasan assets sebelum kes criminal? Sebab ianya utk memastikan harta2 tersebut tidak dicairkan!. ( atau ditukar nama orang lain )
Seterusnya akan ada criminal proceedings di US dan Swiss mahupun Singapore. Dan semua kes kes ini defendan nya pasti bukan 1MDB.. defendan mestilah nama2 yg sama dlm kes Kleptocracy ini.

Dan jangan harap nak lihat nama MO1 sebagai defendan dalam mana2 kes selagi dia berjawatan.
( copy dari FB Yaakob Osman )

Di atas adalah satu penerangan mudah apa yang patut kita fahami mengenai kes DOJ US sita aset yang berasal dari dana 1MDB.
Jom kita layan jejak wang atau money trail yang berjaya di temui oleh DOJ US - 
Aset2 yang mahu disita itu bernilai hampir USD1 bilion ..... campur duit yang masuk ke akaun Najib di atas .... dekat USD2 bilion. Belum campur yang dibelanjakan ditempat lain.
Buat masa ni kita cuma tumpukan pada amaun 2 bilion itu kerana menurut Jabatan Kehakiman US, seperti yang saya garis merahkan di atas, amaun itu didapati dari PENYATA BANK.
Maknanya mereka ADA BUKTI. 
Bukannya mereka pakai agak2 saja atau mereka bergantung kepada laporan WSJ atau Sarawak Report bagi membina kes terhadap Reza Aziz, Jho Low dan dua orang pak Arab itu. 
Mereka ADA BUKTI.
Bukan apa, heran juga bila baca ada cai2 Najib yang cuba memperlekehkan tindakan pihak US itu kerana kononnya mereka bergantung kepada aduan Sarawak Report. So what ? Tak penting siapa pun yang buat laporan kerana selepas disiasat dan jika tidak ada bukti ditemui bagi menyokong dakwaan, apakah pihak DOJ akan failkan saman ? Atau buat sidang akhbar ? 
Mereka bertindak begitu kerana mereka yakin dengan kes mereka. Kerana mereka ADA BUKTI.
Di US, tidak ada masalah untuk dapatkan penyata bank. Kalau hilang, pemegang akaun bila2 masa saja boleh minta salinan sah dari pihak bank. Kalau yang asal tak hilang pun, pemegang akaun masih boleh minta salinan. Berapa banyak salinan pun boleh minta dari bank.
Hanya di Malaysia saja kalau penyata bank dirampas oleh pihak berkuasa, maka tidak ada lagilah penyata bank untuk diserahkan kepada sesiapa yang mahu lihat.
Satu lagi point yang saya mahu sebut, sekiranya DOJ ADA BUKTI yang menunjukan jejak wang ( money trail ) sebagaimana didakwa, apa akan jadi kepada kes 1MDB yang dikemukakan dalam Mahkamah Timbangtara bagi menjawab tuntutan IPIC sebanyak RM26 bilion ?
Sudah pasti kesemua dana itu merupakan sebahagian dari dana yang menjadi pertikaian antara 1MDB-IPIC. Memang benarlah IPIC tidak terima dana didakwa telah dibayar oleh 1MDB kepada IPIC.
So ... apakah hujah balas 1MDB kepada IPIC ? Adakah 1MDB akan kata, bukan saja 1MDB telah menjadi mangsa penipuan dua orang pak Arab yang merupakan bekas CEO IPIC,tapi IPIC juga telah menjadi mangsa penipuan ?
Whatever lah .... yang pasti keputusan hakim di US itu akan ada impak kepada isu2 lain yag berkaitan dengan 1MDB.
Tak boleh lari la ....... BUKTI ADA. Begitu juga dengan cerita dongeng tentang putera raja Arab yang bagi derma kepada Najib .... semuanya akan kantoi.
Mana nak lari ?
Bagaimana jika salah sorang dari mereka yang dituduh itu buat keputusan untuk belot kepada rakan2 seperdosaan dan sanggup menjadi saksi kepada DOJ demi menyelamatkan tengkok sendiri ? Jika itu berlaku maka akan terburailah segala tipu muslihat mereka dalam menipu rakyat Malaysia.
Hmmm ..... mungkin itu juga merupakan jalan keluar buat Najib .....
Jadi saksi kepada pihak DOJ US dan kemudian minta suaka politik dan seterusnya masuk Witness Protection Programme di US di mana saksi2 dalam kes2 tertentu akan diberikan kehidupan baru yang tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun. 
Menarik tu ..... kan Najib ? Fikirkan lah dengan serius cadangan ini .... Jangan fikir lama sangat, takut Jho Low yang terlebih dahulu ke depan !
Tak boleh lari dah ...... Anda hanya mampu melengah2kan kes tapi lambat laun masa akan mengejar anda jua. 
Jika itu berlaku, apa akan jadi kepada cai2 Najib sekalian ?


Kebenaran pasti mengatasi kebathilan..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

69 ulasan:

  1. APABILA pembangkang berusaha lebih masa dan 24/7 hari bagi meyakinkan pengundi untuk mempercayai Doj itu saja menunjukkan mereka tidak yakin bahawa pengundi percaya apa yang Doj sembahkan. Kik kik kik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha pembangkang?
      Jgn malu mengaku ahli umno dan bn pun sokong Doj tau.
      Dah takut ke. Ni baru permulaan.

      Padam
    2. Ahli UMNO yang sokong DoJ ia lah Protun. Ramai. Kalau nak kira, campur yang bukan ahli UMNO, ada berjuta. Yang nakkan Najib letak jawatan atau di ganti dek UMNO atau dek pengundi di PRU14.

      Padam
    3. Macai main sikologi pulah probanglo ini. Kalau Berani sebut no ahli umno, dah jangan menipu menyamar ahli umno he.he.he
      Kami aku bedebat macai menyamar jadi ahli umno ini.

      ADA berani, kalau dizaman protun silap2 kena buang terus dari umno. dizaman najib hanya gantung jadi ahli

      Padam
    4. Saya saya. Mohd azren , ahli umno kmpg damai kuang. N 27. Klau x caye blhh tnya ybb Abdul shukor. Skrg dh hingin sokong Umno.

      Padam
    5. Tak payah menipu Mohd azren pendek betul no ahli kau itu
      ITU nombor kawansan jangan menipua orang ia, kami mahu no ahli dah dah menipu, macam2 Cara untuk yakin kan orang

      Padam
    6. Sori lh bro. No ahli dh ingat. Sebab dh lama dulu jadi ahli. Yb shukor Idris boleh sahkan. Atau kau tanya lh sendiri no ahli aku kat ketua cawangan saudara Nahar Daruwis. Aku malu nk tanya bro. Nnti org tau aku ahli parti bangang.

      Padam
  2. Padan muka. Cash dari Allah. Dah takde cash is king.
    Akaun kena beku
    Harta rompakan kena sita
    Kredit kad kena tarik
    Satu dunia judging

    Akibat tamak haloba, tak amanah dan menipu rakyat msia.

    BalasPadam
  3. DOJ NAK RAMPAS DAN SITA HARTA 1MDB..... 1MDB KAN DAH CAKAP TIADA HARTA BENDA 1MDB DI USA.... PEKAK + TULI PUNYA OLANG PUTIH.... MALAYSA TODAY LAPOR OBAMA INVITE PEGUAM ABDULLAH SHARIF SEMAK HARTA ANAK TUN MOMOK BERJUMLAH 5 BILLION DI USA.... SAPA YG DAH GOYANG SKG....OOOO PATUT LA SIMPAN 5 BILLION NEGARA MALAYSIA DAH BANGKRAP KOT..... KAH KAH KAH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Link pun kau tak bagi - kau bohong tipu fitnah ke? Kalau ada pun, MToday bohong, tipu dan fitnah ke? Tak pernah dengor. Korang syiok sendiri ke? Asyik nak main deflect ke? Malu ke harta anak tiri yang proxi kpd boss kamu kena sita? kuhkuhkuh

      Padam
    2. 12.33 Kalau takda harta 1mdb, bagaimana riza aziz dan jho lo boleh berjudi dan beli hartanah di AS?

      Padam
    3. 12.33 abdullah sharif tu sape? Bapak tiri ko ker chai?

      Padam
    4. 12.33 "SEMAK HARTA ANAK TUN MOMOK BERJUMLAH 5 BILLION DI USA."

      Ehhh bagus la tu, rakyat pun nak tau gak apa kesalahan tun? Tidak kira sesiapa pun...najib berkuasakan...takkan tak boleh gembeling seluruh jentera kerajaan?

      Sampai AS? kenapa dah tak dapatkan di negara ini?

      Atau fitnah? Bertaubatlah chai, lu makin kronik ni....

      Padam
  4. Pengundi perlu dipengaruhi agar percaya bulat-bulat agenda yang dimainkan oleh Doj kerana kepercayaan bulat bulat akan mengikat sentimen mereka iaitu kalau Doj yang buat semuanya adalah betul dan tertuduh pasti bersalah. Apabila persepsi tertuduh pasti bersalah berjaya disemaikan, ia akan mempengaruhi pilihan Peah penjual tudung dan Pak Mat peraih durian, kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan Pak Jing Jibo berak di tepi jalan, kuh kuh kuh

      Tapi setuju, Pengundi perlu percaya Doj dan kepercayaan itu akan mengikat sentimen mereka bahawa apa yang Doj buat ada lah
      betul dan tertuduh pasti bersalah.

      Padam
  5. Kelajuan kerja Doj telah ditetapkan contohnya 90muka surat/minggu. Untuk drama standard, masa keseluruhan diperlukan untuk menyiapkan keseluruhan drama adalah campur tolak 5 tahun.

    Itu drama pendek dan standard tapi kalau drama Pak Non (drama panjang dan kompleks) jadi perbandingan, Doj mungkin perlukan masa 10 tahun untuk siapkan keseluruhan drama.

    Kalau 10 tahun adalah satu tempong yang sangat panjang. Meskipun kesudahan drama hanya akan diketahui 10 tahun lagi namun sinopsis drama bolehlah ditulis lebih awal.

    Dan kalaupun dalam sinopsis tadi ditulis Doj adalah benar dan tertuduh adalah bersalah, pembaca akan terus percaya kerana kalau tak percaya sekalipun, mereka kena tunggu 10 tahun lagi!

    Muahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa tak sampai bertahun akan selesai sita harta si pengkhianat negara anak tiri dan kawan si polan, lepas itu drama dakwa mereka ke mahkamah pulak atas jenayah misappropriation of 1MDB funds and money laundering.

      Sementara waktu, dah dapat cukup bukti siapa yang menghantar duit 1MDB itu ke US. Itu drama ke dua. Semua orang dah tahu MO1 siapa dia, ha nya butiran spt mcm mana depa hantar duit, pakai kereta lembu mana, berapa ekor lembu tarik, dsb nya.

      Padam
    2. 12.58 tang mana yg muahaha? Dah sewel ke?

      Padam
  6. Macai tun m ,mana shell company 'pergi nama nya di minta oleh doj he.he.he
    Kami shell company tukar pada PetroSaudi Holdings he.he.he
    Kami juga mahu lihat permain doj ITU he.he.

    Kes email Hillary Clinton disiasat ambil masa Sebulah untuk disiap laporan simpan email kerajaan amerika di email pribadi 83page nampak sangat menipu doj ini boleh siap siasatan dalam masa sebulah, he.he.he sebab hillary Clinton menguna email pribadi untuk sampaikan maklum kerajaan amerika agen di luar Negara .

    Doj tak class punya boleh siapkan laporan kes email Hillary Clinton dalam sebulan nampak penipunya doj ITU, dalam kes 1mbd 1 hanya siapkan satu hari nampak penipu doj ambil dokumen dari khairuddin kemudian bagi pada doj, bila wartawan ADA bukti tak sedang dalam siasatn, bila macai probanglo cakap ada bukti 93page baru satu hari dia siasat dah siasat cakap ADA 93 page, nampak sangat penipunya macai protun ITU. 93page berbentuk soalan doj pada 1mbd bukannya kes nak rampas harta orang ia kes saman, aku nak tengok muka kemukakan saman adakah dia berani tampil diri doj ITU.
    Najib cakap siapa nama sebut sila pergi ke doj itu, kerajaan akan menjawab semua soalan doj ITU.
    Siapa saman 1mbd Dan syarikat red garden berani tampai ke hadapan jangan jadi muka penyecut ia seperti macai khairuddin ITU.

    Lagi satu apa jadi pada kampung filem di puterajaya ITU apakah salah satu bailout tun m ITU. Rakyat Sekarang mahu bertanya ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak abis dgn shell kau tu. Atau kau memang berdendam dgn syarikat shell sebab tolak permohonan kau nk keja sebagai pam attedent syarikat tu...

      Padam
    2. Siapa berdendam shell He.he.he betul apa shell company cakap doj he.he.he, dalam laporan 1mbd shell tak penah di sebut oleh PAC baik pembangkang mahu pun bn
      Sila lihat sidang Akbar ini
      https://youtu.be/jACD1SEgFAk

      Padam
    3. Tak payah citer PAC le, buat malu aje, siapa nak caya Laporan PAC bila Pengerusi "Cari Makan" nya beri tahu yang kasi testimony kpd mesyuarat PAC boleh tutup microphone kalau tak mahu apa yang di kata depa di rekod dalam Hansard atau Rekod Parlimen. Jadi, malumat yg penting tak masuk Laporan "Cari Makan" PAC le.

      Dahtu, derap Laporan Cari Makan PAC yang dah di setujku oleh semua Ahli PAC, Pengerusi Cari Makan Hassan keluarkan 2 ayat penting dari nya bila mengumumkan Laporan Cari Makan itu.

      Laporan Cari Makan PAC di ketawakan orang saja.

      Padam
  7. Kalau semua negara dah buka utk siasatan. Persepsinya kita sendiri dah tahu kan. X payah tunggu hingga siasatan selesai. Perang persepsi pun sudah tentu besar pengaruh nya. Terkial lh org yg cuba menangkisnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tungu siasatan selesai, dah sebut nama orang bersalah he.he.he
      Kalau orang ITU lari Korean utara macam mana he.he.he
      Nampak sangat kau senang kena bodoh dengan amerika
      Siapa saman 1mbd sila tampil ke doj ITU jangan jadi penyecut,

      Padam
    2. senang2nya ko ckp xpyh tggu siasatan.. sbb apa sbb ko macai tun madey.. makhluk tua yg penuh hina itu.

      Klu dulu bermatian dia paksa ahli UMNO taat sujud di kakinya..jgn percaya amaaariikaaa.. skg dia seru rakyat sujud ikutnya bertuhankan amaaarikaaa...

      siasatan negara mana lagi yg madey laknatullah nk lobi dedak utk buka???

      jwb chaii

      Padam
    3. 309 PTG,

      "Bertuhankan Amerika" tak begitu teruk, sebab negara besar, paling kuat kuasa di dunia.

      Kau betuhankan Jibo apa ada, ha nya bola nya. Yang berbilion di proxikan pun dah kena rampas dek DOJ Amerika. Ko gigit jari aje le. Atau kau go bang balls, gigit yng tuh.

      Padam
    4. "siasatan negara mana lagi yg madey laknatullah nk lobi dedak utk buka???"

      Terdapat sekurang kurangnya 6 buah negara telah buka kes penyiasatan 1mdb ini.

      Padam
    5. 3.06 kalau org tu lari ke korea utara bermakna beliau adalah pengkhianat dan penderhaka terhadap rakyat dan negara malaysia, hukumannya adalah gantung sampai mati.

      Padam
    6. Tunggu je siasatan negara luar tu..at least depa ada integriti.

      Bukan macam najip chicken dan pencacai2 pemakan dedak haram dia tu...tunggu audit..tunggu audit...last2 kena osa..Alangkah bangsatnya...

      Padam
  8. Penjelasan kenapa kes sivil dan bukan kes jenayah....pencacai dedak makan benda haram, sila khatam hadam dan hadap kenyataan bawah ni...

    "Ini baru pertama ..rampasan assets. Kenapa buat kes rampasan assets sebelum kes criminal? Sebab ianya utk memastikan harta2 tersebut tidak dicairkan!. ( atau ditukar nama orang lain )
    Seterusnya akan ada criminal proceedings di US dan Swiss mahupun Singapore. Dan semua kes kes ini defendan nya pasti bukan 1MDB.. defendan mestilah nama2 yg sama dlm kes Kleptocracy ini."

    BalasPadam
    Balasan
    1. pusing auta satu dunia nk jatuhkan najib.
      kalau sah najib buat jenayah tkpyh nk auta bohong dgn civil law.. buat prosecution criminal terus.. kn Amaaariiikaaa tu.. puliss dunia yg Mahadey lahanat ckp dulu musuh negara kita..sampai Anwar tersumbat dlm penjara..

      aik.. tiba2 hari ini kena sujud di kaki Amaariikaaa??haiyaa si tua munapik!!

      Padam
    2. 3.16 kalau ada komplot nak jatuhkan najib minta najib saman je?

      Padam
    3. 3.16 tiada siapa yg sujud dengan AS sebaliknya jika terdapat kemungkaran berlaku kita sokong begitu juga tidak terkecuali jika tun bersalah sekalipun...mana kesalahan tun? Najib berkuasa bongkar la?

      Padam
    4. Aku sokong apa 3:07 PTG, 3:23 PTG dan 3:28 PTG cakap.

      Aku kentotkan apa 3:16 PTG cakap.

      Tak payah cakap panjang lebar. 3:16 PTG bodoh bangang.

      Padam
    5. Kes emel iaitu kes kecuaian peringakat tertinggi (yg sepatutnya tiada maaf bagi mu) yang di lakukan oleh pegawai wanita warga AS, meskipun dituntut oleh rakyat agar dipenjarakan, namun tertuduh dilepaskan oleh AG/AS.

      Makanya mengharapkan kesalahan membawa masuk wang haram ke AS dikenakan hukuman lebih berat dari kes pertama tadi hanya akan menampakkan ketidakadilan iaitu sesuatu yang pasti mahu delakkan oleh AG mereka.

      Padam
  9. Kpd admin, knp nak marah sgt kpd mak cik dan pak cik di kampung yg kononnya tak faham, bodoh, sokong kerajaan dsb. Itu dia punya sukalah nak sokong sapa pun. Kau yg duduk bandar yg kononnya cerdik, tiap kali raya, cuti panjang yg masih balik kampung, knp tak basuh dan tarbiah mak bapak makcik pakcik di kampung tu?
    Adakah kau dah lakukan semua itu tetapi mereka tak nak ikut? Kalau kau yg kononnya cerdik ttp masih tak boleh dijadikan ikutan oleh mak bapak makcik pakcik kau sendiri, maknanya kau tu terlebih bodoh drp mereka. Sbb orang bodoh adalah makanan orang cerdik.
    Bila kena kat pemimpin pembangkang pandai pula cakap SESEORANG ITU TIDAK BERSALAH SEHINGGA MAHKAMAH MEMUTUSKAN BAHAWA DIA BERSALAH.
    Tapi bila kena kat pemimpin kerajaan, riuh rendah macam keling nak bersanding. Apa salahnya kita tunggu siasatan oleh fbi dan DoJ dulu. Mereka semua tu tak dpt dibeli olh najib dan rosmah. Tak payahlah tunjuk bodoh lebih-lebih sgt. Simpan sikit utk hari tua.

    Perancangan manusia tak akan dapat mengatasi perancangan Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Korang puak Jibo, dari boss sampai peringkat Anjing, kelentong, tipu, bohong, fitnah orang kampong.

      Boss seleweng 1MDB, songlap berbilion masuk akaun bank dia, marah pulak Protun nak kasi tahu orang kampong dengan cara sampai diorang faham sepenuh nya.

      Tiada maaf bagi Jibo bikin 1MDB terhutang RM53 bilion, tambah IPIC tuntut RM28 bilion, jumlah RM81 bilion jadi beban rakyat, nanti cukai GST apekebende lagi, harga barangan naik, orang kampong tersengeh sengeh aje di buat nya. Mana boleh.

      Padam
    2. "SESEORANG ITU TIDAK BERSALAH SEHINGGA MAHKAMAH MEMUTUSKAN BAHAWA DIA BERSALAH."

      Persoalannya najib tu PEEE M bukan pembangkang dipilih
      rakyat tugasnya menjaga kepentingan rakyat termasuklah maruah dan nama baik negara.

      Kalau najib tak bersalah kenapa perlu takut?

      Padam
    3. "Apa salahnya kita tunggu siasatan oleh fbi dan DoJ dulu"

      Memang perlu tunggu hasil siasatan DoJ ini, malahan lebih baik dari menunggu siasatan polis dan PAc malaysia.

      Rakyat dah hilang kepercayaan pihak berkuasa malaysia.

      Padam
    4. "Kpd admin, knp nak marah sgt kpd mak cik dan pak cik di kampung yg kononnya tak faham, bodoh"

      Bila plak admin marah sama pakcik dan makcik di kampung?

      Bukan kah artikel diatas tu berbentuk p.e.n.j.e.l.a.s.a.n?

      Ini fitnah chai....

      Padam
  10. Penjelasan kpd org kampung laaa...org bandar semua dah faham, kan?

    BalasPadam
  11. Klu nak beralasann melutut menyembah penjajah mme dari dulu sejarah pemimpin dari utara ni lakukan... zaman kerabat kedah lama kena serang kat Siam melutut kerabat tu kat Sir Francis Light .. sedangkan Inggris dah kau tim awal dng Siam.. Singapork pulak sedekah terus pada Cina yg tinggal bgi org Melayu Pulau Batu Putih yg kejap timbul/tenggelam... tak cukup dng tu lacurkan Islam dng islam madani dng pluralism/lgbt/gay... tu suma kerja pengkhianat..... semua ada persamaan...suma berasal dari Utara....kedah lama.....

    Pengkhianat sanggup buat apa saja... jilat kahak hijau sendiri pun sanggup. .....puiiiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. 4.20 kedah lama, batu putih, kedah, siam, inngeris...apa kena mengena dengan topik diatas tu?

      Nak divert topik chai?

      Atau lu memang takda fakta? Fakta shell? Shell tu apa? beri detail?

      Pencacai, najib tabur dedak atas lantai tu suruh kamu beri penjelasan! Bukan divert, bukan kalih...p.e.n.j.e.l.a.s.a.n faham tak maksudnya?

      Padam
    2. 4.34
      Ako rasa tok nenek dulu x sekolah... pas tu bila sekolah malas... memonteng... sbb tu tok nenek ko fail subjek Sejarah...dapat anak mcm ko rasa Sejarah pun fail subjek lain pun fail

      org buta sejarah ni yg senang kena jajah....

      Padam
    3. Sejarah ... ? Bugis tu lanun ...PPppprroooottttttt

      Padam
  12. Tuntutan DOJ ada kaitan dengan laporan PAC kerana kedua-duanya melibatkan 1MDB. Perlu baca kedua-duanya kemudian baru berdebat..dan nak tanya para ustaz dan ulamak,.. apa hukumnya syarikat yang sarat hutang buat amal kebajikan dengan menaja orang pergi tunai haji...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau gitu, org yg ada buat pinjaman kenderaan, rumah, personel loan tak boleh bersedekah lah kalau ikut kata kau.

      Soalan kau tu hanya Mursyidul am PAN yg boleh jwb dgn tepat.

      Padam
    2. Silap. Abdaian yg tepat. Duit rompakan utk sedekah. Baru la betul. Siapa pula nk jawab. Tak nk tunggu ustazah taresa cock nk jawab.

      Padam
    3. 4.31 sepatutnya janganlah...tapi jika berkemampuan apa salahnya.

      Berbanding dengan 1mdb,

      Adakah najib mengeluarkan wang dari poket sakunya untuk membiayai 1mdb?

      Adakah rakyat menikmati faedah
      dari 1mdb ini?

      Kenapa pula Tun tidak pernah menyusahkan rakyat?

      Padam
    4. 4.20 Dah masuk 4 tahun aduan penyelewengan 1mdb dilaporkan.

      Padam
  13. -logiknya…
    kalau nk jatuhkan najib dan ada bukti yg sah..
    tidakkah che det dan pembangkang or rafizi dah lama dedah bukti yg ada..
    38 bulan kot.. nk tgu apa lagi utk dedah bukti tu???
    Dan tak perlu guna proksi USA.. kat malaysia pun cukup..
    Fikir2 kan la..

    BalasPadam
  14. Penjelasan kpd org kampung laaa...org bandar semua dah faham, kan?

    BalasPadam
  15. 3:49 - simpan sikit bodoh tu utk anak cucu.

    BalasPadam
  16. Sebenarnya isu ini jelas. Kalau betul nk cari kebenaran, dari awal² lagi akan temui penyelesaian. X perlu mengharap negara asing dpt kebenaran utk kita. Lapuran Bank Negara,PAC dan LAn cukup utk bukti bahawa ada perkara yg tdk beres berkenaan dana 1MDB ni. Cuma yg MO 1 je yg berlagak bodoh bodoh alang dan x berani akui kesilapan. Perkara dah terang, tetapi sengaja disuluh spotlight , agar silau tak nampak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fbi sdg siasat lah ni. Apa lah bangang sgt.

      Padam
  17. Penjajahan di T Tengah bagi menyedut telaga minyak di sana nak dinamakan sebagai apa? UncleSamKasi? KafirTakSedardiri? WaPunyaSuka? Atau wa apa kesaahhh! Donia, donia

    BalasPadam
    Balasan
    1. 4.36 apa kena mengena dengan topik kat atas?

      Padam
    2. Ada sikit kena mengena ... telaga minyak TTengah kena SEDUT ngan otak 436 yg kena SEDUT

      Padam
  18. Pemain hebat seperti Ronaldo tak perlu pengaruhi Doj untuk tiub wisel kalau pihak lawan dikesan curi ayam. Dia tak kisahpun kalau lawan curi ayam kerana dia mampu menjaringkan gol lebih banyak dari bilangan ayam yang dicuri. Sesungguhnya hanya pemain yang lemah yang tak mampu skor goal sendiri akan cuba mempengaruhi referee untuk memberikan sepakan percuma. Syabas Portugis kerana tak mengharapkan sepakan percuma untuk menang piala dunia tapi menang atas bakat sendiri. Wakakaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. 4.47 Ok cuba nak fahami...

      Ronaldo nak skor, doj ada didepan pintu gawang, tiba2 ada ayam masuk (peranchis logo ayam)

      Tiba2 lagi ayam dah dicuri dah, portugis berjaya curi ayam dan seterusnya....


      Gooooooooolllll (mampus ko chai!!)

      Errrr camtu ke?

      Padam
    2. Haa haaa haaa yg ini ada punch line lawak.

      Padam
  19. Kau orang tak risau ke slps ni najib tukar pegawai penyiasat fbi dan gantung kerja hakim dan peguam kes 1mdb ni? Kau orang jgn main-main dgn najib.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 4.49 syukran....najib yg berkuasa kat mesia ni tak boleh cari bukti tun songlap 100 billion camna?, yg kami rakyat marhaen dengar najib songlap 300 billion ada la...tu tak termasuk 50 billion skandal 1mdb.

      Padam
    2. Ini pun punch line lawak gak. Haa haaa haa. Bravo bro. Ada yg nangis dengar punch line ni.

      Padam
  20. Bukan setakat penyiasat FBI yg kena buang, Pres. Obama pun dah tak selamat sbb najib dlm proses nak cari pengganti.

    BalasPadam
  21. Baca Jadual 15 laporan PAC di muka 94 hingga 98, kemudiaan baca apa bidang kuasa perdana menteri dalam lembaga penasihat, bagaimana ia boleh berlaku dari tahun 2009 hingga 2015, tanpa sebarang tindakan???

    BalasPadam
  22. Wartawan: "Apa komen Mak Cik tentang berita yang mengatakan kes samun di daerah ini dah selesai bilamana 'bapak penyamun' dah buat laporan pada Doj?"

    Makcik Felda: "kamik syukur, kamik nak ucapkan terima kasih kepada 'bapak penyamun' kerana sanggup panjat bukit dan menuruni lurah untuk buat laporan penyamunan membabitkan Pok Batin kamik"

    "Kalau nak harapkan anak muda, mereka sibuk dengan pokemon gol. Makanya terima kasih sekali lagi. Tapi, ya mak cik ulangangi, kalau hendakkan lebih dari ucapan terima kasih contohnya kalau nakkan kerusi buruk Pok Batin kamik, apa yang mak cik boleh katakan ialah memang boleh ... boleh blah!"

    Wartawan: sambil garu kepala, "boleh blah tu nate apa makcik?"

    Kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Boleh blah" tu lawak ker der?

      Padam
    2. Yg ini saya bagi 4 bintang. Kipidap bro. Lontarkan punch line lgi akan dtg. Don kaberap. Haaa haaa terbaik.

      Padam