Isnin, 18 Julai 2016

Menteri Penjilat La Katakan..!


Duit punya penangan..! bukan kira Menteri tak Menteri..! sama jer kesannya..!

Layan..

PATUTLAH 'KOTOR' NAJIB PUN TAK NAMPAK!!


Dua  pemimpin UMNO (kali ini malas nak sebut nama) memberi ulasan yang agak pelilk berhubung parti baru yang akan ditubuhkan oleh Tun Mahathir Mohamad.

Seorang daripadanya berkata, dengan penubuhan parti baru itu ia merupakan tamparan buat PKR, DAP dan Amanah kerana ia menunjukkan ketidakyakinan bekas Perdana Menteri itu terhadap ketiga-tiga parti sedia ada itu.

Kalau Tun Mahathir yakin dengan rakan-rakan dalam pembangkang, beliau tidak perlu keluar daripada persaraannya untuk menubuhkan parti sendiri, kata pemimpin tersebut.

Seorang lagi pemimpin UMNO pula berkata, penubuhan parti baharu itu sebagai bukti Pakatan Harapan tidak menerima Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz, untuk menyertai mana-mana parti sedia ada.

Kata pemimpin terbabit, Pakatan Harapan tidak sedia menerima pemimpin seperti Tun Mahathir kerana tahu niatnya menyertai pakatan berkenaan adalah untuk menaikkan anaknya, Mukhriz.

Tidakkah komen dan reaksi kedua-dua pemimpin tersebut kelihatan pelik? 

Apakah sebagai menteri, mereka tidak sedar bahawa penubuhan parti baru itu telah pun dialu-alukan oleh Pakatan Harapan sebelum pun ia ditubuhkan lagi?

Tidakkah kedua-dua menteri itu sedar bahawa selepas Tun Mahathir mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan, bekas Perdana Menteri itu sudah membuat pengumuman bahawa sebuah gabungan pembangkang baharu melihatkan PKR, DAP, Amanah dan parti yang akan ditubuhkannya akan muncul untuk menyaingi BN dalam pilihanraya akan datang?

Lebih dari itu, meskipun dengan adanya parti baharu, ia bukan bermakna wujudnya permusuhan atau perselisihan sesama sendiri, sebaliknya tetap bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menentang BN.

Dengan semua alasan itu, maka di mana munasabahnya hujah kedua-dua menteri terbabit?

Penubuhan parti baru sama sekali tidak ada kena kaitan dengan soal ketidakyakinan Tun Mahathir untuk menyertai PKR, DAP dan Amanah atau sebagai bukti Pakatan Harapan tidak mahu menerima kehadiran bekas Perdana Menteri itu ke dalam mana-mana parti.

Penubuhan parti baru itu sebenarnya lebih bertujuan untuk meluaskan lagi jangkauan sokongan di kalangan rakyat, di samping mengekalkan sokongan sedia ada untuk menghadapi BN dalam pilihanraya akan datang.

Bukankah lagi banyak parti lagi meluas jangkauan sokongan yang boleh dicapai?

Jika kewujudan satu parti merupakan sesuatu yang lebih baik, mengapa tidak ditukar saja BN menjadi sebuah parti tunggal yang dianggotai oleh  semua komponennya?

Soalnya, adakah kedua-dua pemimpin tersebut tidak melihat kewujudan sokongan yang sudah ditunjukkan oleh Pakatan Harapan terhadap Tun Mahathir itu?

Tidakkah mereka  juga melihat bagaimana bukan sekadar sokongan yang diberikan, malah hubungan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dengan Tun Mahathir turut makin akrab sejak akhir-akhir ini?

Adakah sesuatu yang pelik apabila perkara semudah itu pun tidak mampu dilihat oleh kedua-dua menteri tersebut?

Ia tidaklah pelik sebenarnya, sebab itu pemimpin yang sama tidak nampak "kekotoran" yang ada pada Najib, tidak nampak isu 1MDB, tidak nampak memiliki wang ribu-ribu juta sebagai suatu kesalahan, tidak nampak pembaziran serta macam-macam salah laku yang lain dan terus mempertahankannya, meskipun seluruh dunia sedang memandang serong dan mencemuh Perdana Menteri kita. 

Kenalkan siapa Menteri tu..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

14 ulasan:

  1. Mister lilis terusjan komen main no togel di sini ye... blog ni haramjadah punya fitnah... teruskan mister likis togel nye ... main togel sampeii bogel... kikikiki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak kecik, kau dah minum air? Makan pil kau tuh, nanti terlepas tahap siuman, kau kena masuk Tg Rambutan atau Tampoi pulak.

      Padam
    2. master lilis.....

      sampaikan pada najib tu.....mana tau dia perlukan pertolongan sekarang ni......hutang banyak.....derma dah tak masuk lgi......nanti tak bole bayar dedak......takut merepek pulak nanti mr ITU, mr flykite.....

      -anti jub-

      Padam
  2. Bila kita bela anjing ianya mesti bertugas untuk tuanya,tak mungkin anjing itu menyalak tuan sendiri betulkan.Nanti bila tuan alma halau maka ianya akan mula mencari tuan baru dan berkhidmat/anjing perang lain pula cara nya hanya satu tuan saja lepas itu dimatikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, mari kita belasah anjing Jibo yang sekor tapi menymar konon nya dia ramai di sini nih. Sebat hingga mati.

      Padam
  3. Kalau dah Perdana Menteri songlap duit, mana tak Menteri2 nya. Mana tak pegawai pegawai2 nya.

    Sekarang Malaysia dah jatuh nombor 54 di Senarai Persepsi Korapsi yang di keluarkan oleh Transparency International. Tak lama lagi akan masuk kategori negara2 Afrika.

    Harap jangan jadi macam Zimbabwe. Presiden nya korapsi nak mampus, perintah cara kuku besi, nak jadi Presiden sampai mati. Najib gitu jugak nampak nya. Gantikan dia. Pronto.

    BalasPadam
  4. Sorang menteri ni duit hilang 100 juta di kementeriaannya pun x sedar . Yg dorang lagi ni , uruskan pasukan bola pun sampai x terbayar gaji pemain. Lagi Mau sembang kencang.

    BalasPadam
  5. "Penubuhan parti baru itu sebenarnya lebih bertujuan untuk meluaskan lagi jangkauan sokongan di kalangan rakyat, di samping mengekalkan sokongan sedia ada untuk menghadapi BN dalam pilihanraya akan datang."

    ConMen:

    the more the merrier

    tapi ini bukan soal teruja dan meriah

    ini soal divide and conquer

    kalau dulu protun konkur, proLim suffer

    kependekan akal protun memungkinkan proLim konkur dan 'putaran roda kehidupan' akan jadi sempurna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kali ini Protun dan ProLim conquer supaya Najib undur atau di ganti. Kalau tak oleh UMNO, oleh pengundi di PRU14.

      Mesti ganti Najib punya. Seleweng 1MDB adan songlap berbilion Ringgit, tak boleh di benarkan Njib berterusan.

      Padam
  6. "Tidakkah mereka juga melihat bagaimana bukan sekadar sokongan yang diberikan, malah hubungan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dengan Tun Mahathir turut makin akrab sejak akhir-akhir ini?"

    Itu juga pandangan ikhlas yang disebarkan bilamana Pas mula masuk rumah PR. Namun apa yang berlaku selepas itu tiada siapa akan meramalkannya.

    Pas masuk rumah PR dengan dahi licin dan perawakan yang bersih tapi ia bukan jaminan keakraban dan kasih sayang akan berpanjangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka tahu bahawa, bagaiman kelemahan Tun pun, apa yang Najib buat dan tak buat amat lebih buruk dan merosakkan negara.

      Aku menunggu, membantu menenyeh, dan mendoakan Najib lingkup dari jawatan nya. Lagi cepat, lagi bagus.

      Aku sanggup tunggu hingga PRU14.

      Padam
    2. apakah kau rasa 'permintaan' kamu lebih hebat dan akan makbul berbanding 'permintaan' ribuan yang hadir di sebuah Stadium di pantai timur pra PRU 13 yang dikhabarkan meminta musuh politik mendapat kemusnahan itu dan ini?

      Padam
  7. Master lilis truskan no togel nyerr... main togel sampeei bogel... nak alih tiang gol... tiang gol dah tak ade..... kah kah kah... togel sampai bogel ajerr kah kah...

    BalasPadam
  8. Just wonder why pro najib rasa gundah, fear, anxious, takut dsbnyake atas parti yajg kononnya di terajui mahathir?

    Dah tua, naper takut?
    Dah nyanyuk, naper bingung?
    Dah dicampakan dengan gelas, gelas pun tak pecah....naper gundah.

    Sungguh menghairankan

    BalasPadam