Jumaat, 15 Julai 2016

HOT ~ Telur Siapa Yang Jho Low Pegang..?


Patut la pergerakan selama ni macam takde telur..! ropernya telur kena pegang yop..!

Layan...

Maruah siapa ditangan Jho Low ?


?

Terjumpa video ini yang dimuatnaik lebih kurang 10 bulan yang lalu, 
pada Sept 2, 2015. Persoalan yang diutarakan didalam rakaman ini 
amat jelas tetapi kita masih ternanti-nanti akan penjelasan dari pihak 
yang terlibat. 

Skandal derma dalam akaun peribadi dan 1MDB kini telah berkembang 
berlipat kali ganda dari setahun yang lalu. Jumlah wang yang disyaki 
hilang atau disonglap oleh orang-orang yang kita kenali juga telah 
bertambah mencecah puluhan billion ringgit.

Wayang kulit politik semakin rancak tetapi penjelasan akan perkara 
pokok masih belum ada. Siapa yang mencuri? 

Kenyataan-kenyataan lawak jenaka bersifat putar belit dari balaci 
politik yang berniat untuk mengelirukan bukan penjelasan yang 
ditunggu rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu yang begitu 
mementingkan maruah bangsa. 

Orang Melayu yang risau akan maruah dan harga diri bangsanya 
amat berharap agar pemimpin Melayu yang menghadapi siasatan 
antarabangsa berhubung tuduhan salahguna kuasa, pengubahan 
wang haram, pembohongan jenayah, mencuri, khianat dan 
beberapa kesalahan jenayah lain akan 'come clean' atau 
membersihkan diri dengan membiarkan dirinya disiasat dan diadili. 

Orang Melayu yang benar-benar risau akan maruah serta harga diri 
bangsanya pasti mengharapkan agar pemimpin MELAYU, yang 
menyebabkan tercemarnya nama Melayu, membersihkan namanya 
menerusi proses perundangan yang termaktub dibawah 
perlembagaan negara. 

Pemuda pemudi Melayu yang benar risau akan tercemarnya maruah 
bangsa dan negara yang pemerintahannya ditunjangi orang Melayu 
pasti gundah gulana dengan pelbagai siasatan antarabangsa yang 
amat memalukan. 

Pemuda pemudi Melayu yang berpendidikan dan bermaruah dengan 
jatidiri yang masih utuh tahu akan punca skandal 1MDB yang kini 
hangat diseluruh dunia.

Melayu yang celik, yang benar-benar sayangkan agama, bangsa dan 
negara dan tidak mudah disogok pasti sedar akan malapetaka yang 
dibawa Melayu yang bergelar pemimpin. Semakin ramai Melayu 
yang celik dan mereka ini tidak mudah diperbodohkan dengan slogan 
dan sentimen membuta tuli.

Walau segala bentuk media perdana dikongkong, pembesar dan ilmuan 
dikunci mulut, yang tidak rela bersubahat diugut dan diaibkan, 
Melayu yang celik tahu antara yang haq dan batil. 

Percubaan untuk mengelirukan rakyat, khususnya orang Melayu 
beragama Islam akan berterusan dengan hasutan membakar 
semangat bangsa dan penyalahgunaan agama demi kepentingan 
peribadi dan untuk melepaskan diri. Melayu yang celik tidak bodoh.

Pastinya pelbagai lagi helah akan muncul dengan alasan 
mempertahankan maruah bangsa dan kesucian agama namun 
umum mengetahui punca sebenar segala keruntuhan. 

Mungkin mereka yang terpekik melolong demi maruah harus 
berhenti sejenak dan berfikir dimana sebenarnya maruah mereka 
dan maruah individu yang mereka ingin pertahankan itu. 

Maruah siapa ditangan Jho Low?








p/s 

Sudah tiba masanya Raja-Raja Melayu, menerusi Majlis Raja-Raja, 
berdiri mempertahankan maruah rakyat dan negara ini daripada 
terus dihina didalam dan luar negara. Sebenarnya maruah rakyat 
dan negara adalah asas kepada maruah Raja-Raja Melayu kita. 

Dikala alim ulama pun diam seribu bahasa walau bukti nyata 
pengkhianatan dan kezaliman terpampang didepan mata, 
hanya Raja Raja Melayu boleh menyelamatkan maruah agama, 
bangsa dan negara ini. 

Inilah harapan rakyat kebanyakan. 

Daulat Tuanku.


Kebenaran pasti akan mengatasi 
kebathilan..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

33 ulasan:

  1. Hahaha, cukup bagus gambar sodok telur tuh, Putra M. Kesian juga sorang matador mati kena sodok di perut ke apa di negeri Sepanyol baru2 ini. Ya tak ya, budaya diorang jadikan membunuh lembu cara perli atau bully bagi mendapat gelak ketawa - sukan, konon.

    Macam puak yang lagakan ayam di tempat kita. Aku tak kisah kalau sesiapa nak lihat Jibo di lagakan dengan Pendakwa Raya di mahkamah. Tapi apa nak buat, Jibo pilih orang yang sembah dia sampai mati sebab kasi dia jawatan Pendakwa Raya.

    Tapi Tuhan tu kaya. Lihat lah di PRU14, moga moga Tuhan balaskan Jibo di atas segala yang tak betul di buat dan tak di buat nya nya untuk pertahankan jawatan nya dan membuat nohe' bila kena belasah atas penyelewangan 1MDB dan pengsonglapan wang, berbilion masuk ekaun bank dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berjela jela tapi semuanya hearsay. Cian dia.

      Padam
  2. Gambar yg ada Jho Lo dan Arab tuh sebaris dgn Najib dan Rosmah -

    Bukan kah itu Arab yang di katakan "derma" wang kpd Najib? Atau dia ke yang di guna dek Jho Lo lari ke sana lari ke sini di Timur Tengah, buat syarikat itu syarikat ini, konon nya ada bermacam perjanjian dengan 1MDB.

    Jugak jadi penerima kemudian penghantar wang berbilion ke sana sini ("circuitous payments", kata Tun Mahathir) - Malaysia, Dubai, Caymman, Virgin Island, not-so-virgin Singapore island, hingga satu bank Swiss kena tutup lingkup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya gambar jlo lo, keluarga najib dan orang arab tak salah pun, kami mahu bukti betul Wang 1mbd masuk ke dalam akuan najib bukan bukti penipu yg dibuat media sr, dahlah palsukan dokuemen untuk orang percaya, orang Malaysia bukan bodoh dokuemen hanya 9page Surat tampa nomber page hanya macai macam kau is percaya dengan dokumen ITU.

      Kami hanya minta dua muka Surat akaun najib Dan keluarganya ambil Wang dari 1mbd sehingga sekarang gagal dibagi oleh SR, WSJ Dan tokong kini

      Padam
    2. Mengarut lah cakap minta dari SR, WSJ.

      Kau pun macam boss kau, tarak bola nak menghubung SR & WSJ pun.

      Padam
    3. Tak payahlah sebut sebut nama WSJ, SR dan sewaktu denganya. Memang mereka ada 'bola' tapi mereka bukan ada kuasa dakwa pun. Biarlah mereka tendang bola mereka sendiri.

      Padam
  3. Sendiri berjanji...sendiri mungkiri janji...itulah najeeb.

    Tapi pemakan dedak tetap nak sokong sebab apa?

    Sebab sama2 golongan munafik. Munafik mesti sokong geng munafik jugak ye tak? Kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila Tanya pada pakatan hamjadah mana janji nak bagi wifi percuma Dan janji lain bagi, bagi air percuma pun kena catu baik tak payah. Di Penang konon bagi air percuma tak bagi pun, bagi Wang 1k pun ambil Wang Judi.

      Tun m penah bagi apa pada rakyat hanya bagi subsidi untuk selewingkan
      Sila Tanya pada

      Padam
    2. Najib janji nak bagi sejuta sorang kpd rakyat, mana dia? Sejuta dedak pun takda.

      Padam
    3. Tapi janji Lim Goon End lagi kelas: sebelum PRU 13 tobat tak mahu beli bangalow tanpa tandas awam tapi masuk 2014 GE beli juga bangalow tu. Kah kah kah

      Padam
  4. Majlis Raja Raja boleh bermesyuarat tanpa PM dan Menteri2 Besar hadir. Dah di buat dulu, Pemegang Mohar Raja Raja keluarkan kenyataan mengatakan Majlis Raja Raja mahukan isu 1MDB dan RM2.6 bilion dalam ekaun bank Najib (jumlah yg di ketahui di masa itu) di selesaikan secepat mungkin.

    Majlis Raja Raja telah bermesyuarat lagi tanpa PM dan MB2 selepas itu, di Pengerusikan oleh Sultan Selangor. Di harap DYMM2 akan buat begitu lagi dan ambil tindakan yang melambangkan hal bahawa Rakyat payongkan Raja dan Raja payongkan rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Majlis suruh najib pun he.he.he tak payah bohong kita orang ini, suruh selesai masalah kurangkan hutang itu tapi dah najib berjaya dah berjaya selesaikan kurangkan hutang itu,

      Yg tun m pun ketika majlis bersidang 11mei Dan 12mei ada protun berjanji nak hantar tandatangan dekalsari Rakyat mana dia, protun hanya tahu bercakap janji ITU ini tapi nak saksanakan gagal
      Nak kita percaya pada protun lagi.

      Padam
    2. Agong blom kasi tarikh nk terima Deklarasi Rakyat sebab di sekat dek najib. Akan di serah kpd pengundi di PRU14. Lingkup UMNO/BN di masa itu sebab Najib tak di gantikan.

      Padam
    3. Hantar lah cepat nanti beranak berenek pulak tanda tangan tu.

      Padam
  5. Telor? Mana ada telor nak pegang? Batang pun hidup segan mati tak mau....apa lagi yg ada?
    Maruah yg hilang telah melenyapkan telor2 dan sperma yg disimpan. Yg ada tu cuma laluan utk kencing je! Tu pun guna utk kencing org,menipu.
    Mcm cai2 binatang buas ternakan jibon tu la......sama je tu.
    Dasar munafik dan pengkhianat yg menolak kebenaran. Anda lah kaum yg di perjelaskan di dlm AlQuran itu....
    Masih tak sedar lagi kan? Sbb hati dah hitam! Buta pulak tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. 10.01pg
      Mamat ni mabuk ketum ni..asyik dok sembang kononnye dia alim..curi duit x de dalam al quran ke saudara? Siapa yg pengkhianat? Siapa yang menolak kebenaran? saudara kot? aduhai...bila hati sudah hitam, jadi macam saudara le...

      Padam
    2. 10.16....kau ni bangang ke buta? Cuba baca dan paham kan. Yg menolak kebenaran adalah macai2 belaan jibon,paham? Kau ni cai dia ke? Kalau betul,tentu hati hitam!

      Padam
    3. Telor tak telor, seleweng duit 1MDB dan songlap berbilion msuk ekaun sendiri. Itu dah di ketahui seluruh dunia, 7 negara luar ada siasat.

      Padam
    4. 12.14...seleweng tak seleweng. Sampai bila nak biarkan? Balun je. Apa besar sangat jibon tu,takat bini control pun takut? Aku nak santau je jibon ni apa ada pasal....bagi kiok terus. Ok?

      Padam
  6. Tun m bakal jadi ketua umum pakatan harapan
    Mampukah tun m vs anwar kembali lagi
    Mampukah tun m merebut jawatan ketua umum pakatan harapan dari anwar
    Hanya masa menentukan

    Sila ikuti cerita seterusnya
    Protun vs projibon vs prolimpig vs proanwar vs prokuali vs proalamak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mampu tak mampu mereka terajui angkatan mengguling Jibo di PRU akan datang satu hal. Kalau deme tak bole ke, yang lain ada. TSMY, DSSA dan DSMM ada sebagai tambahan kpd pasukan yang sedia menggulingkan Jibo.

      Padam
  7. Bila tuduh orang curi duit 10 sen maka kenalah buktikan duit 10 sen itu ada dalam tangan tertuduh barulah tertuduh boleh dibicarakan itupun belum tentu duit 10 sen tadi duit yang dilaporkan dicuri. Tapi kalau duit yang ada pada tertuduh adalah duit 20 sen bukan duit 10 sen, otomatik tuduhan itu gugur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam kes begitu, yg gugur ia lah bola kamu.

      Logik bodoh, akan di ketawakan dek loyar.

      Nak duit siling ke duit kertas? Hisssh, mengarut betul Jing Projibo nih.

      Padam
    2. Ko kertawakan diri sendiri bang-ang oi! Loyar macam ko boleh lah ketawa tapi bukan ko yang tentukan tertuduh salah atau tidak. Sume tu dalam tangan Pak Hakim, ngok. Sah Pak Hakim akan ketawakan ko, kah kah kah.

      Padam
  8. Tidak salah bergambar dengan mahafiraun asalkan jangan ikut mahafiraun. Kalau bergambar dengan mahafiraun menjadikan seseorang itu firaun elok jangan bergambar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul itu Mahafirun bergambar dengan george Soros yahudi Siap berada dalam satu Majlis pulak ITU he.he.he
      Mahafirun tak insaf 'Soros yg dah rosak ekonomi 1998 malaysia,elok lah si penipu berkawan dengan si penipu, tun m berkawan dengan soros

      Padam
    2. Tun M hentam Soros sebab dia coba lemahkan ekonomi Malaysia dengan spekulasi mata wang.

      Najib hentam ......... tak tahu siap dia boleh hentam sebab dia selewengkan duit 1MDB dan ada berbilion masuk ekaun peribadi dia.

      Dia hentam rakyat lah. Rakyat akan balas di PRU14. Melainkan UMNO gantikan dia secepat mungkin sebelom itu.

      Padam
    3. Kenapa Mahathir tak saman Soros?

      Padam
  9. Terkejut beruk dengan pengumuman sebuah 'Kilang Baru' akan ditubuhkan,Tokey Kilang Dedak dijangka akan melipat gandakan pengeluaran untuk diagihkan secara percuma kepada ayam itik lembu kerbau kambing babi dengan harapan ternakan tersebut dapat dijinakkan.Tukang-tukang iklan dan supervisor turut diminta meningkatkan pengiklanan dan pemantauan turut akan menerima persen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib punya kilang dedak begitu besar. Sebab Ketua Bahagian dapat wang tunai RM1-2 juta, Anjing Anjing dia mesti dapat 2-3 beg dedak sorang.

      Padam
    2. Yang kena liwat ia lah rakyat dan pengundi. Najib dah seleweng 1MDB terhutang RM53 bilion dan IPIC tuntut RM26 bilion.

      1MDB dah di ambil alih Kementrian Kewangan sepenuh nya, termasuk tanggung jawab bayar hutang, macam mana nak bayar?

      Penghabis nya naikkan % GST atau buat cukai baru nak kumpul duit untuk bayar hutang 1MDB.

      Teruk lah rakyat dan pengundi, jahanam lah Najib dan UMNO/BN di PRU14.

      Padam
  10. Dap bukan anak kecil yang tidak tahu psikologi tapi Dap dah pun capai tahap si tua yang faham selok belok dan liku liku kehidupan. Justeru, si tua ini pastinya tahu jaga diri dan kepentingannya. Dan tak mungkin si tua tadi boleh di 'leewat' oleh si tua yg lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silap masuk tempat komen tu, masuk di atas pulak - semua Najib punya pasal, kenen sana kenen sini untuk mmengelirukan pengunndi pengsonglapan berbilion masuk ekaun dia dengan cara yang Tun Mahathir kata "circuitous payments".

      Sekarang di perturunkan lagi komen itu -

      Yang kena liwat ia lah rakyat dan pengundi. Najib dah seleweng 1MDB terhutang RM53 bilion dan IPIC tuntut RM26 bilion.

      1MDB dah di ambil alih Kementrian Kewangan sepenuh nya, termasuk tanggung jawab bayar hutang, macam mana nak bayar?

      Penghabis nya naikkan % GST atau buat cukai baru nak kumpul duit untuk bayar hutang 1MDB.

      Teruk lah rakyat dan pengundi, jahanam lah Najib dan UMNO/BN di PRU14.

      Padam