Ahad, 3 Julai 2016

Fahami Sejarah Yayasan Perdana..!


Pemakan dedak jer yang takkan faham..!

KISAH YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA

1. Saya berasa pada secara umumnya rakyat Malaysia mengetahui sedikit sahaja mengenai Yayasan Kepimpinan Perdana. Sudah tentu lebih sedikit lagi orang yang mengetahui asal-usulnya.

2. Sekarang ini oleh sebab Kerajaan Dato Sri Najib sedang cuba memusnahkan Yayasan ini, ia telah mendapat nama buruk yang tertentu. Mungkin sudah tiba masanya untuk sedari orang ramai tentang asal-usul dan tugasnya.

3. Ianya bermula dengan cadangan oleh beberapa orang ahli perniagaan supaya satu perpustakaan dibina untuk memperingati dua puluh dua tahun saya menjadi Perdana Menteri.

4. Saya berasa amat berbesar hati tetapi di samping mengetahui bahawa mereka akan dituduh nanti sebagai kroni saya, idea ini bertentangan dengan prinsip saya menentang pemujaan individu (personality cult).

5. Sepanjang masa saya berada dalam Kerajaan saya telah cuba untuk menghentikan amalan menamakan tempat-tempat awam dengan nama orang-orang yang masih hidup. Pengecualian yang saya buat adalah hanya untuk raja-raja. Lain-lainnya perlu menunggu sehingga mereka mati sebelum nama mereka diberikan kepada tempat-tempat awam.

6. Oleh kerana saya masih hidup pada masa cadangan dibuat, saya menolak cadangan itu. Sebaliknya saya juga tidak boleh mengabaikan sumbangan mereka sebelum saya terhadap pembangunan Malaysia.

7. Maka itu saya mencadangkan agar mereka memperingati semua Perdana Menteri sebelumnya dan Perdana Menteri masa akan datang dengan menubuhkan sebuah institut untuk mengumpul semua dokumen yang berkaitan dengan dasar, strategi dan pelan yang dimula dan dilaksanakan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.

8. Oleh itulah nama Yayasan Kepimpinan Perdana atau Institut. Di Perpustakaan Yayasan dikumpulkan maklumat mengenai kerja-kerja semua Perdana Menteri Malaysia. Ia adalah perpustakaan rujukan yang tersedia untuk semua orang yang ingin belajar kisah pembangunan Malaysia dan sumbangan Menteri Perdananya.

9. Pengasas dan penaja Yayasan membeli tanah, membina bangunan dan menyelenggarakannya. Kakitangan untuk arkib dan perpustakaan dan kakitangan sokongan dibayar gaji daripada dana Yayasan melalui sumbangan oleh pihak penaja.

10. Amalan di Malaysia adalah untuk Kerajaan mengadakan suatu pejabat dan kakitangan untuk bekas Perdana-Perdana Menteri. Walaupun Tunku agak antagonistik terhadap Kerajaan dan pernah berucap dari platform pembangkang dan menyokong DAP, beliau menikmati keistimewaan sehingga beliau meninggal dunia.

11. Oleh yang demikian Kerajaan telah menyewa ruang di Yayasan Kepimpinan Perdana bagi saya dan beberapa kakitangan saya.

12. Selain daripada kerja-kerja mengumpul dokumen, ucapan dan tulisan-tulisan 
para Perdana Menteri, Yayasan Kepimpinan Perdana memutuskan untuk berkempen menjenayahkan peperangan. Ini membawa kepada penciptaan Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW). Kami mengadakan persidangan yang disertai oleh pencinta keamanan tempatan dan juga dari Timur Tengah, Eropah, 
Amerika dan tempat lain di dunia. Kami masih terus dengan kempen ini.

13. Yayasan Kepimpinan Perdana adalah juga terlibat dalam membantu rakyat Palestin terutamanya selepas Israel menyerang Gaza. Untuk menjalankan usaha ini secara khusus untuk membantu mereka yang menderita di negara-negara yang musnah akibat peperangan, kami telah menubuhkan Perdana Global Peace Foundation (PGPF). Kami telah melakukan kerja-kerja amal di kalangan mereka.

14. Untuk aktiviti-aktiviti ini, kita mengumpul dana daripada orang ramai. Pada masa-masa yang lepas pihak Kerajaan telah menyumbang beberapa juta Ringgit yang mana kami amat berterima kasih.

15. Oleh kerana saya berada di dalam bangunan ini, macam-macam jenis orang datang berjumpa dengan saya, secara bersendirian atau berkumpulan. Apabila mereka tidak berpuas hati dengan Kerajaan mereka meminta pertolongan saya. Saya tidak pernah menutup pintu saya kepada sesiapa. Sebab itu selepas bersara saya masih pergi ke pejabat seolah-olah saya masih bekerja.

16. Sudah tentunya ada juga orang yang datang berjumpa dengan saya di tempat-tempat lain, dalam tiga pejabat yang lain dan juga di rumah saya. Tetapi oleh kerana sekarang saya telah meletakkan jawatan dari Proton dan Petronas, Yayasan 
Kepimpinan Perdana biasanyalah tempat yang saya bekerja.

17. Jika sekiranya Kerajaan berhenti menyewa ruang di Yayasan Kepimpinan Perdana dan enggan membayar gaji kakitangan Kerajaan yang diberikan kepada saya, saya akan tetap bekerja di sini, di Yayasan Kepimpinan Perdana.

18. Hanya kini penyokong Yayasan Kepimpinan Perdana berasa takut kerana orang yang rapat dengan saya diganggu. Mereka boleh berhenti menyokong Yayasan Kepimpinan Perdana dan kami perlu berhentikan penyelidikan yang dilakukan di perpustakaan dan arkib kami dan juga kempen kami untuk menjadi pembunuhan orang dan kemusnahan negara-negara melalui perang suatu jenayah.

19. Tetapi itu semuanya tidak apa. Saya hanya mahu orang ramai tahu apa sebenarnya Yayasan Kepimpinan Perdana.


Lu Fikir La Sendiri!!!

23 ulasan:

  1. Yaa...bagaimana pula dengan projek PERMATA rosmah mansor..? Berjuta2 juga dihabiskan untuk program ITU..adakah wajar diberikan bantuan lagi..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Projek Rosmah bini Najib apa pun akan di teruskan bantuan, di kasi wang. Itu membikin Rosmah ada sebab ke sana sini. Dengan kapal terbang jet eksekutif gomen punya. Ngalahkan Menteri, FLOM le konpon. Kita tunggu la nanti FLOM FLOP.

      Tak kasi, nak mampossss? Nanti di balas tak kasi yang tu, hah melutut tak terhingga le mangsa nye.

      Padam
  2. Najib tarik balik batuan gomen kod Yayasan Perdana semata mata sebab sakit hati Tun mengkeritik dia, mahukan dia letak jawatan atau di gantikan.

    Tak banyak pun bantuan - ha nya sewa bulanan pejabat dan gaji beberapa pekerja. Bukan ada grant kewangan berjuta juta.

    Tindakan Najib itu selaras dengan tindakan nya menarik jawatan Penasihat Petronas dan Proton. Ada yang Tun sendiri letak jawatan sebab bosan. Dan sebab nak tunjuk rakyat dia protes. Macam letak keahlian UMNO dia dan Tun Hasmah.

    Begitu sekali tidak puas hati nya kapada Najib dan UMNO yang di pimpin Najib.

    Setuju, Najib perlu letak jawatn atau di gantikan.

    BalasPadam
  3. Ah Jib Gor dah desperado......apa saja di buat nya nakkan terus merintah.....tapi Tuhan akan balas dia.....harap cepat le.....

    BalasPadam
  4. Minyak naik,gas juga naik,time raya pulak tu, yahoo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikmah nya: Jangan raya banyak.

      Korang kalau dah takda RM4.2 bilion dalam ekaun sendiri, RM1 bilion dlm ekaun bini, RM1 bilion dlm ekaun anak tiri, apa nak bising. Raya kacang putih je cukup lah.

      Padam
  5. projek terowong penang...banglo no swimming pool...tanah taman manggis...dan banyak lagi...dah terang dan jelas dgn segala bukti... LGE celaka tu pun tak dapat nafikan...sebaliknya cakap putarbelit... dah camni pun melayu2 bebal dan macai2 bodoh masih juga nak percaya...itulah masalahnya jika dah banyak makan najis kafir2 harbi DAP PKR... lps ni ramai la tu anjing2 macai DAP PKR meroyan hilang akal kat sini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko sengaja lupa Protun ye, Jing Projibo? Ko tahu yang ramai di sini ia lah Protun.

      Ko takut nak sebut ye? Takut kena kerumun. Tak sebut pun, ko kena kerumun jugak. Tengok lah nanti.

      Belom masa ko pakai nama Keris Berayon? Jangan lambat, nanti ko kena hayon.

      Mengapa tak mengejing kakaka hahaha lagi? Bos marah komen tak berisi ye? Najib kata bangang, hamjadah, mcm di kempen PRU13 dulu ye?

      Padam
    2. Skrip ni macam pernah baca aje. Cuba kita ubahsuai sikit senario dan pelakon nya.

      "projek kapalselam yang dah tenggelam .. SRC money no knowledge how deposited into personal account...tanah Tun Razak Exchange...dan banyak lagi...dah terang dan jelas dgn segala bukti... NR celaka tu pun tak dapat nafikan...sebaliknya cakap putarbelit... dah camni pun melayu2 bebal dan macai2 bodoh masih juga nak percaya...itulah masalahnya jika dah banyak makan najis kafir2 harbi MIC MCA Gerakan... lps ni ramai la tu anjing2 macai Projib meroyan hilang akal kat sini..."

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  6. madey always think people dont know more than him ...assume knowing everything more then people know about themself .. what a bullshits ... the fact that matter madey was the one trying hard to destroy everything against his desires .. targeting DSN based on trumpcard slander for personal interest which is unacceptable ... madey should behave as retired PM period ! else go fly kite !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah mengarut pulak kamu, Jing Projibo.

      Jibo knows a lot. About 1MDB. Taught by the anti-national bugger Jho Lo, international conman with links in the Middle East, brought one Arab to see Jibo and photographed standing in one also with Rosy.

      So now have billions of Ringgit in personal bank accounts. But you Jing Projibo can only bang balls. Pity.

      Padam
    2. Kahkahkah.
      Yg najis kantoi menipu bnyk kali tu apa cai?

      Kahkahkah..
      42juta duit src tersalah masuk akaun najis bila nk ganti?

      Padam
    3. DR M dah lama pakar 'fly kite' ni.Mengikut cerita dia sedang 'fly kite'satu hari tetiba 'kite' dia tersangkut kepada sebuah kapal terbang yang sedang lalu. Tu sampai la ni masih tersangkut kat tepi kapal terbang MAS.

      Berkenaan duit 42 juta src yang tersalah masuk kenapa pula perlu dipulangkan? Takde sapa pun sampai sekarang yang berani tuntut. Nak cari naya ka. Jangan khuatir aku tak guna untuk diri sendiri . Ini akaun SRC bermakna boleh digunakan untuk Suapan Ramai Caicai.

      Padam
  7. Najib yang dulu Tun kasi peluang jadi Wakil Rakyat di umur 20an. Di kasi jawatan Timbalan Menteri, Menteri Besar, Menteri. Hingga dia jadi Perdana Menteri.

    Punya tak kenang budi manusia ini. Maka ramai lah yang mendoakan dia macam macam. Tak usah doa yang teruk sangat lah. Doakan dia di gantikan dek UMNO ke atau dek pengundi di PRU14.

    BalasPadam
  8. Hahaha Salleh Keruak nak mengajor Tun "limits to criticism". Apa daaa, Salleh, lu siutak ada ka when Tun Mahathir lulus university?

    The former premier doesn't understand the meaning of the word “criticise”, he said. Kurang sopan ini budak belom muncul di dunia masa Tun mula mengkeritik 70 tahun dulu, pakai nama Chedet masa dia student lagi.

    Pemakan dedak nombor satu. Dapat jadi Menteri Multimedia ha nya sebab dia paling lantang mengkritik Tun dalam blog nya sendiri.

    Nak cakap ada had mengkeritik.....macam budak kicik dia tak tahu siapa yang dia keritik.

    BalasPadam
  9. Ni pahal pulak si mamat ini cakap begini? Dia tak ingat atau tak peduli ke dulu bertekak, bertegang pasal Methodist Church Damansara Utama panggil 12 orang Islam pompuan buka puasa di gereja, ada Bible di letak di tempat duduk depa, di berkas dek penguatkuasa agama Selangor hingga kes itu sampai ke Sultan Selangor -

    Nazir praises church for giving buka puasa meals
    Free Malaysia Today - ‎13 hours ago‎

    Prime Minister's brother says the event at Assumption Church in PJ is an uplifting story at times of communal division and intolerance.

    Si cengkurik ni nak main politik ke? Nak ambik tempat abang dia ke? Tunggang langgang juga adik beradik anak Tun Razak nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa nk heran, mereka dua ini tk pernah hidup susah,celik saja mata kemewahan depan mata,liberal sangat

      Padam
    2. Tapi Tuhan tu adil. Bila kita nak dapat adil pulak? Tak dapat lain, dapat Najib di ganti, jadik lah.

      Padam
  10. "Ianya bermula dengan cadangan oleh beberapa orang ahli perniagaan supaya satu perpustakaan dibina untuk memperingati dua puluh dua tahun saya menjadi Perdana Menteri"

    Sah bahawa Kroonie dan mantan berpisah tiada.. jalinan sepanjang hayat!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah..bodo punye komen..anon 1126..orang yg sama bg komen mcm ni.."mak bg 5ringgit,tgh jalan pastu hilang"..kahkahkahkahkah..KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH

      Padam
  11. 1. tidak ada satu projek bawah Matey yang tak mendapat kritikan pembangkang. tidak ada pengecualian.

    2. buat baik dengan orang dekat dengan kita sebelum bantu orang yang jauh dengan kita

    3. selidiklah masalah kejiranan sebelum selidik masalah tepi kain pak Arabi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi tepi kain Pak Arabi ada 1MDB

      Dan songlap duit berbillion Ringgit bertubi tubi

      Padam