WARGA maya sejak semalam memberikan pelbagai respons terhadap perancangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baharu.

"I will follow you (saya akan ikut anda)," kata Rebecca di laman sosial Facebook.

"Mari (terus) berlawan tanpa mengira warna kulit. Semua bangsa, berikanlah sokongan anda," kata Kuan pula.

"Musuh kepada musuh saya adalah kawan saya," kata David pula di media sosial respons kepada pengumuman yang dibuat oleh Mahathir pada sidang media bersama pembangkang itu.


"Ramai orang memberi komen sampah terhadap (usaha) Tun M. Seorang lelaki berumur 90 tahun patut menikmati saki-baki kehidupan tetapi beliau sayang negaranya," tulis Fazley pula.

Walaupun ramai yang menyokong tindakan Mahathir namun ramai juga yang masih berbelah bagi untuk menyuarakan sokongan mereka, malah sesetengahnya mengkritik perancangan Tun Dr Mahathir.

"Dia patut tahu yang ia tidak akan berkesan," kata Jaya.
"Tambah lagi parti, bertambah pecahlah lagi Malaysia," kata Fazli.
"Pakatan yang bakal hancur!" balas Husni.

Semalam, Mahathir berkata, pihak yang menyokong Deklarasi Rakyat sebelum ini telah bersetuju terhadap perancangannya itu.

"Mereka bersedia menerima parti politik baharu jika ia berkongsi matlamat seperti mereka.

"Saya hanya pengasas. Tidak semestinya saya menjadi Presiden parti," katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan beberapa pimpinan pembangkang dan NGO di Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam.

Rakyat tahu menilai mana intan mana kaca..! Mana mulia mana hina..!

Mana pemberi mana pencuri..! Mana penegak mana perompak..! 

Mana berkilau mana hamlau..! Mana lilin mana bacin..!

Macai pun sebok mengata Tun tak sekuat Aljub dan kuli..! so apa yang nak dirisaukan..! Tunggu ajer la episod seterusnya..!

Bila?

Lu Fikir La Sendiri!!!

p.s- budak budak tak nak bising lagi ke pasal yayasan perdana tu? tu..! tuiii..!