Jumaat, 1 Julai 2016

Kes SRC Bila..?


Duit dah jelas masuk akaun..! duit tu dah pulang balik ke belum? Siapa yang beri arahan masukkan duit ke akaun peribadi? 

Siapa? Bila? Kenapa? Mengapa? Dimana?

DAKWALAH 1,000 ORANG SEKALIPUN, TIDAK TERTEGAK KEADILAN SELAGI NAJIB BEBAS MERDEKA


Pendakwaan atas tuduhan rasuah terhadap Lim Guan Eng memperlihatkan beberapa perkara yang di luar daripada kebiasaan.

Pertama, walaupun Lim Guan Eng sebelum ini memberi kerjasama penuh ketika siasatan, tetapi beliau tetap diserbu dan ditahan di pejabatnya oleh sekurang-kurangnya oleh lapan orang pegawai SPRM seolah-olah untuk menangkap seorang penjenayah besar yang berpotensi untuk melarikan diri.

Atas kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, kenapakah sedikit penghormatan tidak boleh diberikan kepadanya dengan sekadar memintanya hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan tanpa perlu bermalam di lokap SPRM?

Kedua, pasukan pendakwaan seramai enam orang diketuai sendiri oleh Peguam Negara, Apandi Ali.

Ketiga, jaminan yang agak besar iaitu sebanyak RM1 juta bersama seorang penjamin dikenakan ke atas Lim Gun Eng.

Keempat, penglibatan Peguam Negara mengetuai pasukan pendakwaan dan jumlah jaminan yang dikenakan seperti tidak sepadan dengan kes iaitu hanya berkaitan pembelian banglo yang bernilai RM2.8 juta dan pertukaran status sebidang tanah.

Ia secara nyata jauh lebih kecil, bukan saja berbanding RM42 juta yang diterima Najib Razak daripada SRC International, tetapi juga daripada RM2,600 juta atau mengikut dakwaan WSJ RM4,200 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib, yang kemudian kesnya tidak diteruskan dengan pendakwaan, malah diarahkan dihenti penyiasatannya oleh Peguam Negara.

Tindakan membesar-besarkan penangkapan, jumlah jaminan dan Peguam Negara sendiri mengetuai pendakwaan, bukan saja memperlihatkan dengan jelas sebagai bermotif politik untuk melemahkan Pakatan Harapan, bahkan juga untuk mengalihkan perhatian kepada skandal kewangan berskala besar yang melibatkan Najib dan 1MDB yang sedang diperkatakan di seluruh dan disiasat oleh sekurang-kurangnya tujuh negara.

Ia juga bertujuan untuk menjadikannya kelihatan besar dan begitu serius kesalahannya di mata umum.

Hanya dengan membesar-besarkan segala apa yang boleh diperbesarkan, barulah ia diharapkan mampu menutup apa yang diperkatakan ramai mengenai Najib selama ini.

Tetapi, seperti yang pernah disebut oleh Tun Mahathir, jika dulu rasuah berlaku secara sorok-sorok dan dibawah meja, sebaliknya di era Najib ini ia sudah terang-terangan berlaku di atas meja.

Sebab itu, dalam kes SRC International, selain Najib tidak dikenakan apa-apa pertuduhan walaupun mengakui menerima wang tersebut, dua pengarahnya iaitu Nik Faisal Arif Kamil dan Suboh Md Yassin, turut juga terlepas begitu saja.

Kedua-duanya bukan saja hilang melarikan diri atau dihilangkan ke luar negara, bahkan masih dikekalkan sebagai pengarah SRC International sehingga kini.

Berbanding dalam kes Lim Guan Eng di mana Peguam Negara mengetuai pendakwaan, beliau sebaliknya menjadi hakim dalam kes melibatkan Najib dengan mengarahkan ia ditutup dan dihentikan penyiasatan.

Pendeknya, apa yang berlaku melibatkan Najib, 1MDB dan kaitan kedua-duanya dengan Najib jauh lebih besar dan mengancam negara berbanding kes Lim Guan Eng yang tidak melibatkan kerugian kepada penjual banglo tersebut.

Jika tidak cukup besar, mana pernah sebuah syarikat milik kerajaan sampai disiasat oleh tujuh buah negara dan menyebabkan sebuah cawangan bank yang berusia ratusan tahun ditutup akhirnya di Singapura.

Membesar-besarkan nyiru kes Lim Gun Eng tidak akan menutup bangkai skandal yang lebih besar dan sudah berbau ke seluruh dunia. Malah jika 1,000 orang sekali pun didakwa dan dihadapkan ke mahkamah serta diperbesar-besarkan seperti kes Ketua Menteri Pulau Pinang itu,  keadilan tetap tersembunyi selagi Najib bebas lepas dan merdeka seperti sekarang.


Kertas takkan mampu membungkus api..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

21 ulasan:

  1. Sah pembela tegar tokong tegar batuapi putramerdeka nih... dah buat homework ke belum.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti dia dah buat homework. Bukan macam Jing Projibo. Masuk melulu menuduh orang, komen takda isi, takda fakta takda hujah munasabah yang membantu si Jibo pun.

      Itu pasal Jibo kata di masa kempen PRU13 dulu bahawa orang mcm Jing Projibo di atas ini ia lah bangang hamjadah.

      Padam
  2. 'tiga muka ITU dah siasat oleh pac tahun lepas, menyatakan najib tak bersalah
    Lepas ini APA nak di cakap oleh macai protun
    Macai protun hanya tahu ambil sampah untuk kitar semula

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak bersalah ikut pahaman ag bangang dah termakan dedak.tapi tersalah angkat carta aliran wang masuk ke akaun najibun.2.6bilion masuk akaun najibun sah dia mengaku.maknanya ada kesalahan disitu.cash jadi asset jadi units cakap pun mmbohong dlm parlimen dah jadi kesalahan.mana untungnya 1mdb habak mai lah...jo lo kenal x jo lo?

      Padam
    2. Kemudian nya di ketahui dari Australia Broadcasting Corporation bahawa jumlah sabnera nya ia lah RM4.2 bilion masuk ekaun Jibo, RM1 bilion masuk ekaun bini dia, RM1 bilion masuk ekaun anak tiri dia.

      Tak memasal anak tiri dia dapat RM1 bilion. Besor bebenor ke khidmat dia kpd negara? Bukan Jibo ada pranan dlm kelahiran dia oleh emak dia pun.

      ABC ada punca malumat dari bank Ostorlia yang pegang saham AMBank yang terima duit berbilion itu. AmBank di katakan kena denda RM56 juta kata nya. Tentu lah AmBank kena beri tahu butiran lanjut kpd pemegang saham/ partner nya - bank Ostorlia tuh.

      Padam
    3. Semua media macai ngo yahudi icij Cuba jatuh najib.
      Mana bukti, pac dah cakap najib tak bersalah 'APA lagi cakap ia CAI, mana bukti setakat cakap tin kosong baik tak payah, nanti ada orang cakap pac cari makan he.he.he ITU jawapan bodoh yg bagi

      Padam
  3. La mana hari put klua ... sapa jamin hahaha

    BalasPadam
  4. Put Merdek... wonderpet BOBOI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau nanti di proooooooootkan dek Ted manoff baru tau. Gaya aku memprooootkan tak sebegitu berkesan saperti ted. Dah trademark dia memprooooot itu.

      Padam
  5. syukur, pemimpin yang didakwa rasuah di bawa ke mahkamah untuk diadili oleh hakim. najib bila pulak? siasatan dah dijalankan, tapi sampai kat ag ajer. ag yang kata tak salah, bukannya tak ada kes. main tarik tali kot. nanti di mahkamah, guan eng kata tak tahu. maka mungkin dilepaskan, macam najib kata tak tahu duit src masuk akaun.

    BalasPadam
  6. Teruja juga nak menanti keputusan mahkamah. Kalau LGE didapati bersalah membeli barangan dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran maka susah la nanti hidup kita. Tidak ada pasaraya dan penjual barangan yang berani menjual barangan mereka dengan lebih murah takut dikenakan akta rasuah. Semua yang offer harga potongan misalnya bila membeli kereta akan diklasifikasikan sebagai suapan kepada pembeli dan boleh dikenakan tindakan dibawah akta rasuah. Harap harap tak la begitu kan ? Naya kita.

    BalasPadam
  7. Teruja juga nak menanti keputusan mahkamah. Kalau LGE didapati bersalah membeli barangan dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran maka susah la nanti hidup kita. Tidak ada pasaraya dan penjual barangan yang berani menjual barangan mereka dengan lebih murah takut dikenakan akta rasuah. Semua yang offer harga potongan misalnya bila membeli kereta akan diklasifikasikan sebagai suapan kepada pembeli dan boleh dikenakan tindakan dibawah akta rasuah. Harap harap tak la begitu kan ? Naya kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berlain tu, kawan. Offer diskaun beli kereta berlain sama sekali dengan kes Tongkang Lim. Ko baca le lebih sikit dua tuduhan ke atas dia.

      Tuduhan pertama tuh lagi berat, maksima 20 tahun penjara - menukarkan syarat kegunaan tanah yang dia ada kepentingan bagi nya.

      Aku harap yang nih sangkut. Nakkan separuh hukuman aje jadi lah - 10 tahun penjara. Peguam Negara sendiri mendakwa, di bantu 6 pegawai.

      Padam
    2. Bangang nye ko laguati
      Ini kes ada buduhan berkepentingan antara 2 pihak...tak ada kena mengena dng pasaraya jual mahal atau murah...itu Mrnteri Pengguna punya job.....jgn tunjuk ssgt bodoh kamu tuu kat sini simpan skett..... muahahaaaaa....

      Padam
    3. ooooo gitu ka ... maafkan kejahilan dan kebodohan ku ini tak pandai membaca dan berfikir dengan mantap saperti korang ...

      Padam
  8. Hahaha, boleh ke ni? Cakap aje ke?

    Johari pledges to resolve 1MDB issue 'transparently'
    Malaysiakini

    Newly-minted Finance Minister II Johari Abdul Ghani has made 1MDB one of his priorities, and pledged to resolve the state investment fund's problems transparently.

    Kot nanti kena tukar jadi Menteri tak berportfolio mcm Husni dan Rahman Dahlan. Husni tak terima, baru aje umumkan dia nak belajar agama di Jordan. Jo kuat agama ke? Kejor kuat kuat kes berbilion ringgit masuk ekaun peribadi tu, Jo.

    BalasPadam
  9. Buat la homework bodoh.. mcm blogger yg dedah kes LGExit banglo lajak larisss. ... bloggrr siap siar bukti document. .. tarikh tamat tempoh lease hold di Pejabat Tanah... rujuk psda PBT surat kelulusan.. resit bayaran... nama pengarah di ROS dan ROC semua lrngkap smpi tokong pun x brani nak saman putramerdeka pettokong ade kr buat homework mcm tu.... ko ado...tunjuk la sikit homework tuhhh takkan bila WSJ lapor terkinja kinja ulas apa WSJ tulis... low clasd blogger.... puiiiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila puiiii tuh macm budak kick lah. Segala apa yang di cakap tak laku lah. Sebab cakap budak kicik.

      Orang dewasa tak cakap macam itu.

      Padam
  10. Najib nak di dakwa dan pertuduhan kesalahan apa?akta apa?seksyen apa?cuba jelaskan,ke sebabnya duit derma tu tak kongsi dengan hang ngan atuk hang?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bakpa ada Peguam Negara kalau akta apa seksyen apa rakyat nak kena kata.

      Kan bodoh tak terhingga si banggang cakap meronda ronda.

      Apa gerangan nya?

      Gerangan dedak Cop Lembu yang bikin dia tersedak sedak tak dapat mikir baik le.

      Padam
  11. Kes serupa khir toyo..
    Xde mslh ikot je proses..
    Duit src bila najis nk pulangkan?

    BalasPadam