Rabu, 18 November 2020

PANAS ~ Raja Arab Kirim Salam Najib..!

Lama kita nasihat selesaikan masaalah yang membelenggu, blog ini antara yang kuat menyatakan perkara benar mengenai penyelewengan wanemdibi..! Baca la kalau rajin.

Kita bongkar kerana kita sayangkan parti. Kita sayangkan kerajaan BN yang berjasa. Pada masa itu bila ada yang menasihatkan bijan, merah telinga katanya. Bila merah telinga machai keliling akan angkat kening untuk blah atau tukar topic cerita.

Rakyat melihat dengan dekat akan peristiwa pemecatan TSM, Shafie, Zeti, Abu Kasim dan Ghani Patail, bocornya kertas pendakwaan, Laporan PAC di OSA kan, saman hari Selasa dan banyak lagi yang semuanya semakin menimbulkan keraguan demi keraguan..! 

Yang menutup ragu. yang mengampu kencang hanya para hamba sahya@machai pemakan dedak yang waktu itu rakyat tahu kekenyangan. Masa itu tumbuh bak cendawan selepas hujan macam macam yayasan, macam macam ngo..! dedak...dedak..!


Sekarang apabila mahkamah sudah menjatuhkan hukuman, mahkamah telah membuat keputusan dan bijan pun sudah memfailkan rayuan tentunya agenda untuk mengapungkan diri di khalayak perlu bagi memberi sinar akan kehidupan yang sedia malap..!

Dalam ulasan Shafee Abdullah apabila bijan di jatuhkan hukuman, beliau berkata -

Peguam Utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Najib, 67, bagaimanapun sanggup dipersalahkan, kerana kesalahan beliau dalam mempercayai orang yang seharusnya menguruskan syarikat berkenaan - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga SRC International Sdn Bhd."Dalam keadaan tertentu, percayanya keterlaluan," kata Muhammad Shafee.

Bukan kita kata, peguam dia kata..! terpulang la kita nak tafsir terlalu percaya tu apa? Masa Shafee menyembur nyembur air liur mempertahankan bijan agaknya dia pun tak tahu tahap keterlaluan percaya yang dia sebutkan tu..!

Akhirnya...Namun proses rayuan belum bermula, kita pun bukan zalim mahukan bijan ke penjara. Terpulang la proses mahkamah nanti. Di dunia ni ada cara untuk mempertahankan diri. Buatlah. 

Machai yang menyokong dan mendokong hanya merupakan sayang yang bertompok tompok sedangkan rakyat sudah menghukum dengan benci merata rata. Pastinya UMNO dan BN sudah menerima hukuman. UMNO dan BN sudah dikalahkan..! 

Kini tora datang lagi..dendang..! macam iklan mat sentul..! Tup tup isu si bangsat Jho Low keluar lagi..! Jho Low bersuara lagi..! 

Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low mendakwa telah mencapai persetujuan untuk menjual asetnya dan menyelesaikan tuntutan mahkamah 1MDB dengan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat tetapi pentadbiran perdana menteri ketika itu, Najib Razak tidak mahu mendedahkan dokumen yang boleh membabitkan dirinya.

Sehari selepas serbuan di hartanah yang berkaitan dengan Najib berikutan pilihan raya umum Mei 2018, Low memulakan komunikasi dengan kerajaan perdana menteri baru Dr Mahathir Mohamad. 

Rakaman tersebut kini didedahkan oleh Al Jazeera dalam dokumentari "Hunt for a fugitive".

Low, dalam rakaman audio bocor yang dibuat antara Mei dan November 2018, juga ingin menunjukkan bahawa tanggungjawab dana 1MDB yang lesap terletak di tempat lain dan mendakwa bahawa sebelum pilihan raya Amerika Syarikat, dia telah berada di ambang perjanjian dengan kerajaan AS.

"Pada dasarnya saya setuju untuk menyerahkan semua aset, AS menjualnya dan wang akan digunakan untuk membayar balik bon dolar AS secara langsung."

"AS tidak mempercayai kerajaan Malaysia sehingga mereka mengatakan mereka tidak akan memulangkan kembali wang itu," dakwa Low.

Dia nampaknya percaya Najib bimbang akan dikenakan hukuman jika Low bersetuju untuk memberikan kembali aset tersebut.

"Sekiranya saya menandatangani perjanjian itu, maka kerajaan (baru) Malaysia boleh berkata,'adakah anda pada dasarnya mengatakan bahawa wang itu berasal dari 1MDB?' Saya memberitahu mereka ia berbeza di AS, anda boleh menandatangani perjanjian penyelesaian yang tidak mengakui kesalahan. "

Tema berterusan kenyataan Low yang dirakam adalah keengganannya untuk mengakui melakukan kesalahan dan menjalani hukuman penjara, serta menuding pertanggungjawaban kepada Najib.


BACA BERKAITAN:

'Lebih setengah bilion dolar belanja barang kemas' - Jho Low tuding Najib


Low menggambarkan dirinya bersikap telus dan bersedia membuat perjanjian.

"Saya senang bercakap melalui WhatsApp, sembang video kerana saya benar-benar telus. Sekiranya anda semua perlu merakam, tidak mengapa. Saya tidak mempunyai masalah," katanya kepada kontak yang tidak dinamakan itu.

Low juga mendakwa bahawa lebih daripada AS$ 1 bilion (RM4.11 bilion pada kadar pertukaran hari ini) yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib berasal dari 1MDB dan bukan derma dari keluarga diraja Arab Saudi.

Dia mendakwa "sumbangan" dari Arab Saudi itu hanya berjumlah "sebahagian kecil" sahaja dibandingkan dengan jumlah yang didapatkan dari 1MDB.

"Kenyataannya, memang benar bahawa Raja Abdullah benar-benar setuju untuk memberikan derma kepada PM tetapi itu adalah bahagian kecil daripada bahagian yang lebih besar.

"Kenyataannya adalah, orang Abu Dhabi memang ambil duit.

"Perbincangan saya dengan mereka adalah, lihatlah, apa sahaja yang saya selesaikan dengan DJJ yang digunakan untuk membayar bon 1MDB, anda semua harus menyelaraskannya dengan jumlah yang sama, yang mungkin hampir dengan AS$1 bilion," tambahnya.


'Tinggal di rumah anggota kanan Parti Komunis China'

Al Jazeera juga bercakap dengan ejen FBI yang sudah bersara, Bill McMurry yang mengetuai siasatan 1MDB.

McMurry berkata keterangan dalam kes itu sangat menarik.

"Ini benar-benar 'kesalahan besar' bagi pegawai awam mengambil wang dari tangan orang yang anda pilih untuk berkhidmat dan kemudian melakukannya pada skala yang dilakukan dalam kes ini. Ia cukup memualkan."

"Kami (juga) sangat yakin bahawa kami akan dapat membuktikan penglibatan Jho Low dan kedudukannya dalam skim ini," kata McMurry, yang kini bersama syarikat risikan swasta.

Seorang lagi bekas ejen khas FBI, Debra LaPrevotte, yang juga terlibat dalam peringkat awal penyiasatan 1MDB, berkata dakwaan Low itu melucukan.

"Sekiranya tidak ada kesalahan, orang tidak akan memulangkan kembali aset, bukan begitu? 'Tidak akan ada aset yang akan dirampas'. Kenyataan ini lucu. Ia seperti, jika saya terus mengatakan kebohongan, mungkin ada yang akan mempercayai saya," katanya.

Al Jazeera melaporkan sumber di Malaysia dan Macau sebagai mengesahkan ahli perniagaan dalam buruan itu tinggal di sebuah rumah yang dimiliki oleh anggota kanan Parti Komunis China di Macau sejak sekurang-kurangnya Februari 2018.

Baru-baru ini pada November 2019, Low terbang dari Bangkok ke Dubai serta berhenti selama tiga hari di Ahmedabad di India. Dia dilaporkan menggunakan pasport dari Grenada. sumber


Sebelum tu budak bangsat ni dilaporkan berkata..

Dokumentari penyiasatan khas Al Jazeera berjudul Jho Low: Hunt For A Fugitive melaporkan mengenai percubaan terdesak ahli perniagaan dalam buruan itu untuk merundingkan perjanjian dengan kerajaan Malaysia dan mengelakkan dirinya masuk penjara kerana skandal kewangan 1MDB yang bernilai berbilion dolar itu.

Dokumentari kendalian wartawan Mary Ann Jolley memaparkan rakaman telefon baru Low Taek-Jho dengan pihak berkuasa Malaysia dari Mei hingga November 2018 ketika dia berusaha membuat perjanjian dengan pentadbiran Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad yang baru dipilih.

"Saya dah jadi daripada dapat bertemu dengan orang menjadi seperti sekarang saya berada dalam keadaan terkurung," kata Low sebelum meneruskan tuduhan 1MDB dengan menuding kepada bekas perdana menteri Najib Razak, yang juga menteri kewangan ketika skandal itu syarikat pelaburan negara berkenaan terdedah.

"Saya tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan ... Ini adalah fakta yang cukup diketahui bahawa ... semua kelulusan mesti dipersetujui oleh menteri kewangan," kata Low memberitahu kontaknya dari Malaysia yang tidak dapat dikenalpasti.


Walaupun membelanjakan sejumlah besar wang untuk membeli hartanah, jet peribadi, kapal persiaran mewah, Low berkata dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Saya tidak percaya ada kesalahan," katanya dalam rakaman.

"Semua ini pastinya adalah pinjaman, secara langsung atau tidak langsung, tetapi, akhirnya, saya rasa sudah tiba masanya, kami ingin membantu mengembalikan aset ini sebagai balasan untuk bekerjasama dan dapat meneruskan kehidupan tanpa, anda tahu, dibicarakan," kata Low.

"Saya ingin anda sampaikan jika mungkin kepada Mahathir bahawa saya benar-benar percaya bahawa perubahan dalam kerajaan memberikan peluang yang nyata untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan 1MDB ini.

"Saya komited untuk mencapainya," katanya.

Dia kemudian menuduh lebih setengah bilion dolar wang 1MDB dibelanjakan untuk perhiasan buat isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor.

Dokumen Jabatan Kehakiman AS telah memperincikan pembelian Jho Low untuk berlian merah jambu bernilai AS$27 juta untuk Rosmah, tetapi dalam rakaman perbualan itu dia menuduh ada banyak lagi.

"Bernilai lebih setengah bilion dolar". Itu jumlah yang sangat besar," kata Low merujuk kepada nilai barang kemas tersebut.

Pada Julai, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, dan didenda sebanyak RM210 juta atas kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.

Perbicaraan rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion atas empat tuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram telah ditangguhkan kerana perintah kawalan pergerakan bersyarat (MCO) di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur hingga awal Disember.

Dalam dokumentari ini juga, selepas Low melemparkan tuduhan terhadap Najib, dia kemudian mengaitkan rakan perniagaan 1MDB di Emiriah Arab Bersatu.

"Realitinya, orang di Abu Dhabi memang ambil duit. Perbincangan antara saya dengan mereka adalah, lihat, apa sahaja yang saya selesaikan dengan DOJ yang digunakan untuk membayar bon 1MDB, anda semua harus selaras dengan jumlah yang sama, yang mungkin hampir satu bilion dolar,” katanya.


Lolos rentas sempadan, walau ada notis Interpol

Semasa perbualan, Low mendedahkan dia berada di China dan bahkan membincangkan kemungkinan pertemuan di Hong Kong atau Macau.

Tetapi ketika penyiasat 1MDB Malaysia mahu mengadakan pertemuan di Macau, dia berubah hati dan melarikan diri.

"Kerana semua waran tangkap itu, anda tahu, secara efektif orang-orang UAE tidak menganggapnya selamat, jadi saya baru saja masuk ke Dubai," kata Low mengenai cubaannya memasuki negara itu.

Low kemudian menjelaskan bagaimana UAE berada dalam keadaan "sangat paranoid" sekarang, jadi saya rasa ia suatu yang sangat mencabar bagi saya mendapatkan izin untuk bertemu para penyiasat.

Keupayaan Low untuk merentas sempadan antarabangsa walaupun Interpol telah mengeluarkan dua Notis Merah terhadapnya, serta waran tangkap AS yang aktif dan sejumlah pasport yang dibatalkan juga turut disorot dalam dokumentari ini.

Al Jazeera mengatakan telah melihat dokumen pelepasan penerbangan rasmi yang mengesahkan laporan sebelumnya oleh Asia Times yang berpusat di Hong Kong, bahawa baru-baru ini pada November 2019 Low terbang dari Bangkok ke Dubai dan berhenti selama tiga hari di Ahmedabad di India. 

Dia dilaporkan menggunakan pasport dari Grenada. sumber


IGP jangan reti bercakap jer...buat lah kerja sehingga budak sekor ni dapat di jejaki. Bukan sedikit dosa budak ni, ranap negara tau..!

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menjamin keselamatan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, untuk pulang ke Malaysia.

Ia selepas pendedahan rakaman yang antara lain menunjukkan Jho Low mendakwa dia tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan dalam skandal 1MDB.

"Jika dia rasa tak bersalah, mengapa masih bersembunyi?

"Dia boleh pulang pada bila-bila masa untuk membolehkannya beri penjelasan kepada peguam negara. Dia saya boleh jamin keselamatannya (untuk pulang). sumber

Malu dan hina negara dibuatnya..! Mana nak taruk muka?

Cukup cukup la..! cukup apa???

Lu Fikir La Sendiri..!

7 ulasan:

  1. PANAS RAJA ARAB KIRIM SALAM TUN

    Al Jazeera Documentary Is About Mahathir Vision, Not even Najib version.

    The Al Jazeera Documentary Is About Mahathir version, Not Najib version this Al Jazeera documentary and Sarawak Report story is not about Najib (after all, Najib has already been convicted) but is about hurting Mahathir to allow Anwar to replace Muhyiddin next week (if Budget 2021 can be sabotaged on 25.11.2020 call as Judgment Day).

    The latest revelation by Al Jazeera and Sarawak Report have proven what Malaysia Today wrote two years ago back in 2018 was correct after all. Pakatan Harapan DID negotiate with Jho Low not long after they formed the government in May 2018.

    What Malaysia Today revealed then was, first of all, the Royal Malaysian Police (PDRM) knew all along where Jho Low was. CP is still sleeping or waiting Tun instruction next before judgment day coming..!?

    And Jho Low was NOT in hiding or living “underground”, as what they tried to make us believe. Ex- Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad did not agree to this last condition.

    Mahathir agreed that Jho Low can keep PART of the loot, but some of it must be returned to give an impression that the late of "Pakatan Harapan government succeeded" in getting back at least some of the stolen money.

    While the details of what Jho Low must return and what he can keep as a “reward” from late of Pakatan Harapan for his testimony against Najib was still being negotiated, but now the Pakatan Harapan government already fell.

    DAP boys timed this Al Jazeera documentary and Sarawak Report story to trigger a sort of “no confidence motion” against Mahyuddin amd Mahathir, so that if Muhyiddin’s government falls next week, Mahathir will have little chance of coming back as PM9 and the field will be clear for Anwar to take over.

    Al Jazeera documentary is meant to hurt Mahathir, NOT Najib, in anticipation of next week’s on 25.11.2020 "No Confidence motion against Muhyiddin."

    25.11.2020 is judgment day to Tun actually...!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kisah la vision ke version. Yg penting dah sabit kesalahan 72tahun denda beratus juta. Lepas ni tengok pulak kes 1mdb les scammer terbesar terang2 dari najip kana dan datin rosemelda. Plundering idiot

      Padam
  2. NR sebagai ketua tak tahu apa dia Yamashita standard.

    BalasPadam
  3. Tobat la Atoq kau.

    Fitnah, Pembohongan dan Konspirasi dah diketahui rakyat. Rakyat dah menyampah dan menyesal.

    Menghasut je la modal yang tinggal.

    Atoq kau Busuk Membusukkan. Kharrkk Ptuiii !

    InsyaAllah, doa insan yang difitnah dan dianiaya akan dimakbulkan Allah.

    Bossku sudah bersumpah haritu.

    InsyaAllah, 3 orang hakim akan menghakimi perbicaraan rayuan kelak berbanding 1 orang.

    Diharap Abah kau tidak mencampuri urusan hingga menukar hakim2 tu nanti seperti yang berlaku pada perbicaraan sebelum ini. Abah kau telah diketahui sebenarnya ditunggangi Atok kau. Apasal Atoq kau takut sangat!

    Bossku Berani kerana Benar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu bossku berani jerana benar cuma jgnlah bossku takot bini lagi ya...

      Padam
    2. Insyaallah 25 pertuduhan berkaitan 1mdb akan dibicarakan.

      3 tiga hakim kes rayuan pasal kes src ye bangang. 7 sabitan.

      Sabar ada banyak lagi sumpah laknat nak kena buat.

      Padam
  4. Klu benar jho low dan mantan gabenor bnm ada kaitan...harap dpt dibongkarkan.

    BalasPadam