Selasa, 10 November 2020

Pecutan Hamzah ~ Pancutan Azmin..!

 


Ini semua boleh dibaca kerana jika bajet 2021 gagal mana ada pilihan..! Sudah lebih 10 buah negara yang sudah mengadakan PRU dalam musim pendemik covid melanda dunia.

Mohamed Azmin dilantik Pengarah Pilihan Raya PN

Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) hari ini memaklumkan pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya PN bagi mengetuai persediaan jentera pilihan raya parti.
Selain itu, Majlis Tertinggi PN turut bersetuju sebulat suara menubuhkan Badan Perhubungan Negeri PN di setiap negeri bagi memperkasakan gerak kerja parti di peringkat akar umbi secara menyeluruh.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Pengerusi Badan Perhubungan Negeri juga akan dilantik bagi mempengerusikan semua mesyuarat Badan Perhubungan Negeri.

Menurutnya, keputusan dibuat setelah mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 9 November lalu memuktamadkan beberapa keputusan bagi mengukuhkan kedudukan PN sebagai parti politik yang menerajui kerajaan hari ini.

"Untuk memperkasakan gerak kerja parti di peringkat akar umbi secara menyeluruh, Majlis Tertinggi bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Badan Perhubungan Negeri PN bagi menyelaraskan aktiviti parti di peringkat negeri.

"Dalam hal ini, Pengerusi PN akan melantik Pengerusi Badan Perhubungan Negeri yang akan memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat Badan Perhubungan Negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.


Kenyataan Majlis Tertinggi PN.

Menurutnya, selain pelantikan Mohamed Azmin sebagai Pengarah Pilihan Raya PN, sayap Pemuda PN yang dipimpin oleh Ir Khairil Nizam Khiruddin juga diminta untuk merancakkan lagi aktiviti di peringkat akar umbi agar dapat merapatkan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli parti.
"Majlis Tertinggi percaya keputusan-keputusan ini bakal memantapkan lagi gerak kerja PN di semua peringkat dan menambah baik koordinasi dalam kalangan parti-pati komponen PN," katanya


PAS di mana? PAS nak kekal bersama MN atau meneruskan perselingkuhan bersama PN? Syok dan seronok sekarang ni bercengkerama dengan PN..! Takkan mampu nak lepas kan?

Tak gitu?

Lu Fikir La Sendiri..!


2 ulasan:

  1. PAS ni pun dah nampak gila duit dan dunia...
    Gaji Adun dan Exco di kelantan dinaikkan..
    Alasan duit tu nnt nk disalur kpd rakyat.....
    Kalau nk salur kpd rakyat knp tak buat mcm Brim.?
    Semua rakyat dapat.....kalau exco atau adun yg bagi dah tentu bagi kpd kelompok yg sokong parti mereka...
    Lagi satu kalau duit bg kat adun dan exco, bukan kah nnt cukai pendapatan jadi lebih tinggi....

    PAS ni nampak mcm mata duitan...

    BalasPadam
  2. Bossku dalam Bajet 2021 vs Bajet Tun 2021

    Fakta Bossku : Terima kasih kepada Pembahas Utama Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Ahli-Ahli Parlimen BARISAN NASIONAL yang bersungguh-sungguh memperjuangkan suara hati rakyat yang benar-benar mengharapkan agar Kerajaan menimbang semula beberapa keputusan Belanjawan 2021:

    1. Kebenaran Pengeluaran Akaun 1 KWSP
    – Datuk Seri Najib bukan sahaja menegaskan keperluan Kerajaan mengkaji semula untuk rakyat mengeluarkan WANG MEREKA dalam Akaun 1 KWSP secara one-off dengan kadar maksimum RM10,000 bukannya beransur-ansur RM500 sebulan dan terhad kepada mereka yang hilang pekerjaan. Bahkan dibenarkan dikeluarkan oleh semua yang terkesan termasuk M40 secara pukal kerana tidak akan menjejaskan Belanjawan, malah 3 cadangan dibuat untuk menampung kekurangan dana KWSP.

    2. Yuran Pengajian universiti dikurangkan dan plan data internet untuk pelajar-pelajar universiti awam dan swasta di berikan percuma.

    3. Bantuan Prihatin dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000, Felda, Risda, Petani Nelayan dinaikkan.

    4. Bantuan Prihatin untuk Golongan Bujang juga dinaikkan sebagaimana BR1M dulu daripada RM350 kepada RM600 dan lain lain

    Tun dalam bajet 2021..

    Fakta Tun : Mahathir persoal dari mana sumber kewangan untuk Belanjawan 2021

    Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan dari mana kerajaan mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan negara yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021.

    Beliau berkata, defisit kerajaan sahaja sudah mencecah RM85 bilion iaitu lebih besar dari bajet pembangunan sebanyak RM69 bilion.

    Nampak tak perbezaan fakta yang cuba di mainkan atok kau..!! Sedangkan masa 22 bulan berkuasa negara tak ada duit, bantuan petani nelayan dipotong, negara bangkrap kena bon samurai, bon panda bailout kedai roti The Loft dan taikun Cina dapat projek Bandar Malaysia, OPCOM dapat beratus juta dll.

    Sekali pandang dari apa yang diluahkan olih Pembangkang serta rakan strategik PN iaitu UMNO atau BN dalam membincangkan Bajet Belanjawan 2021 hari ini dan semalam,secara nyatanya, Kerajaan Muhyiddin sudahpun tertertolak atau telah hilang sokongan sebagai Kerajaan.

    Bila mana Najib dari Blok Kerajaan iaitu BN atau UMNO telah menyatakan pendirian BN dan UMNO secara jelas untuk menyokong tetapi bersyarat.

    Maka kini hanya menunggu hari untuk di"talkin" saja Bersatu dan PejWang. Terkuburnya Bersatu dan PejWang bertempat di Parlimen.

    Fakta Bossku atau fakta Tun perlu diambilkira..!? Tun cakap atas kapisiti siapa Azmin, Mahyuddin PejWang atau rakyat..?

    Cakap siapa yang patut dinilai kewajaran dan kebenaranya dari fakta dan kedudukan kewangan negara..!? Fakta Tun Atok cuba memainkan sentimen basi pembelit pengaruhi fikiran rakyat.

    BalasPadam