Antara kejayaan dan inisiatif adalah mengeluarkan 44,000 isi rumah daripada kemiskinan tegar, RM500 juta diperuntukkan bagi program 1AZAM yang memberi nikmat kepada 47,000 isi rumah dan RM1.4 bilion diperuntukkan setiap tahun untuk bantuan 500,000 penerima bantuan kebajikan menerusi program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA).
Menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mempertingkatkan Taraf kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah (LIH) itu juga menjadikan Malaysia sebagai negara contoh bagi pengurusan dan pembasmian kemiskinan.
Ia berjaya meningkatkan kualiti hidup rakyat dan mengeluarkan lebih ramai keluarga daripada kemiskinan. Dalam NKRA itu, antara langkah yang dilaksanakan adalah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, di samping program 1AZAM yang bermaksud Akhiri Zaman Miskin.
Itu 1 dari ribuan kejayaan Kerajaan BN selama ini! Kejayaan kecil berbanding banyak lagi kejayaan kejayaan besar yang telah, sedang dan bakal dilalui dan dirasai oleh rakyat yang terus yakin kepada Kerajaan Barisan Nasional..
Lu Fikir La Sendiri!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan