Sudah semakin jelas..sudah semakin terang! ANAK haram tidak diperlukan di Felda! ANAK haram yang diketuai oleh Mazlan Aliman boleh nyah jauh jauh dari Felda..! Tan Sri Isa ada butirannya dibawah -
Kerajaan tidak pernah berniat
untuk memaksa peneroka membeli saham Felda Global Ventures Holdings
(FGVH) seperti yang didakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Dalam proses penyenaraian, banyak syarikat menawarkan kepada pihak berkepentingan untuk membeli saham mereka. Malah adalah menjadi kebiasaan bagi syarikat terbabit mengatur pinjaman komersial bagi mereka yang berhasrat untuk membeli saham yang ditawarkan. "Jika Felda berbuat demikian, itu hanya kerana kami mahu mempermudahkan penyertaan peneroka bagi menikmati segala faedah daripada penyenaraian FGVH," katanya dalam kenyataan, di sini, Sabtu.
Malah katanya jika ada pembabitan bank komersial dalam proses itu, ia hanya kerana institusi berkenaan boleh menyediakan kemudahan yang memungkinkan pihak berkepentingan yang memerlukan bantuan kewangan membeli saham terbabit. "...tetapi sudah tentu mereka juga boleh membeli saham terbabit menggunakan duit sendiri," katanya. Isa berkata demikian sebagai mengulas dakwaan terkini PKR bahawa peneroka tidak akan menerima 'durian runtuh' sebaliknya akan dipaksa membuat pinjaman bagi membeli saham FGVH.
Mengulas lanjut, Isa berkata jika Felda berbuat demikian, opsyen saham yang ditawarkan adalah berbeza dan berasingan daripada 'durian runtuh' yang dijanjikan kerajaan.
Katanya durian runtuh' yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah bagi menghargai kerja keras dan pengorbanan peneroka selama ini.
"Bagi peneroka yang berpuas hati dengan bayaran 'durian runtuh' mereka dan tidak mahu menyertai, kerajaan tidak akan memaksa mereka membeli saham terbabit," katanya. Isa berkata tindakan pembangkang yang berterusan mempolitikkan isu FGVH seolah-olah memperlekehkan pengorbanan peneroka selama ini.
Menyifatkan tindakan PKR tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, Isa juga menyangkal dakwaan bahawa tanah yang dipajak kepada FGVH adalah milik Felda Plantations Sdn Bhd dan merupakan sebahagian daripada penyenaraian.
"Kami menyenaraikan FGVH (syarikat), bukan tanah. Lagipun tanah itu milik Felda 100 peratus bukan Felda Plantations Sdn Bhd," katanya. -BERNAMA
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan