Ahad, 22 April 2012

FIFA Kena Belajar Dari FAM & Azzudin

FIFA nampaknya kena banyak belajar dari Azzudin mahu pun FAM! kalau Azzudin merasakan ranking FIFA tak penting maka nampaknya ada yang tak kena dengan FIFA..bukan Azzudin tapi FIFA yang bermasaalah!

Kenyataan Tengku Mahkota Pahang selaku Timbalan Presiden yang nampaknya gusar dan mahu skuad negara meningkatkan kedudukan ranking dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab dan negara bola terkemuka juga pasti tidak diperlukan oleh Azzudin dan FAM..!

Bekas bintang Manchester United (MU), Ronny Johnsen dan Gary Pallister percaya ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) adalah amat penting dalam memastikan pembangunan berterusan sukan itu di peringkat antarabangsa.

Johnsen, yang juga bekas pemain Norway, berkata ranking FIFA sentiasa menjadi keutamaan bagi semua pasukan kebangsaan di seluruh dunia.

"Satu ketika dahulu Norway telah disenaraikan antara pasukan terbaik dunia tetapi kini terpaksa melalui pusingan kelayakan ke Kejohanan Eropah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil Kelab Peminat MU di Hotel Maya, di sini.

Johnsen, 47, pemain tengah MU dari 1996 hingga 2002, berharap pasukan kebangsaan Malaysia akan mencapai peningkatan di peringkat antarabangsa.

Manakala Pallister berkata ranking FIFA merupakan ukuran pembangunan bola sepak di sesebuah negara.



Azzudin dan FAM boleh terus menafikan kebenaran! boleh terus berlakun! hakikatnya rakyat dan semakin jelak dengan hujah 'karat' puak yang terus menerus bermimpi di siang hari..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. dah tak ada org muda ke yg boleh jadi leader persatuan sukan kat malaysia ni? asyik2 datuk2, tgku2, yb2...

    BalasPadam
  2. Orang biasa banayak yang layak duduk dikerusi panas FAM tetapi tidak mampu nak bayar elaun minum dan makan semasa bermesyuarat kerana jika nanti asyik buat claim orang pula akan kata 'asyik claim saja' .. sebaliknya jika YB Tengku Datuk TS atau Paduka tuanku yang memegang tampuk , mereka boleh arahkan sesiapa saja menanggung segala nya perbelanjaan kecil.

    jadi diharap orang kecil usah lah bermimpi biar lah orang besar yang memimpin apa juga persatuan sebab sebagai pemimpin perlu korbankan wang dan ringgit.

    BalasPadam
  3. Untuk
    Tanpa NamaApr 22, 2012 06:58 AM
    Bro, gua setuju dgn kenyataan anda.... namun JANGAN LAH JUGA KITA BERMIMPI UNTUK MELAHIRKAN PASUKAN BOLASEPAK KELAS DUNIA.....
    Sebaiknya,biarlah sesuatu organisasi atau institusi itu dipimpin oleh seseorang yang ahli/arif dalam bidangnya.

    BalasPadam