Nampaknya Nurul Izzah pun dah ikut cara papa hebat! Spin pintu belakang! Dah takde modal! Dah takde akal!
Soal kepentingan rakyat dia tak peduli!
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini menyifatkan tindakan Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mempertikaikan prosedur pengambilan tanah projek pembangunan semula rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi di sini sebagai bermotifkan politik.
"Perkara yang dibangkitkan oleh Nurul Izzah sengaja disensasikan bagi melihat projek tersebut gagal dilaksanakan dan memberikan kelebihan pula kepadanya," katanya.
Mengambil contoh pembangunan semula Flat PKNS empat Tingkat di Jalan Jelatek (Datum Jelatek) oleh kerajaan Selangor pada 2010, Raja Nong Chik berkata kerajaan Selangor juga tidak mendapat persetujuan 100 peratus daripada penduduk.
"Mengapa apabila kerajaan negeri Selangor menggunakan Akta Pengambilan Tanah, perkara ini tidak menjadi isu tetapi di Wilayah Persekutuan dipolitikkan pula," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Lesen Sementara Penjaja Statik di sini.
Beliau berkata menerusi tindakan Nurul Izzah itu secara tidak langsung mahu dilihat kononnya beliau adalah pejuang kepada kelompok minoriti 35 penduduk yang menentang dan enggan berpindah.
"Sedangkan hakikatnya penghuni berkenaan tidak langsung mengambil kira kepentingan dan penderitaan 432 penghuni lain yang secara terbuka dan bersedia menerima pembangunan di tapak kediaman asal mereka," katanya.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4
Lepas ni Allah selamatkan Permatang Pauh, dua biji buah pauh nak datang bela manusia sana. Kongsi lah kau org buah pauh tu. Allah saja yg dapat membantu kau org.
BalasPadam