Selasa, 24 April 2012

PAS Ahzab Kuno...Anwar Ahzab Moden..!


Ada beza Ahzab PAS dengan Ahzab Anwar...

Malaysia berdepan dengan ancaman kelompok 'Ahzab moden' yang hendak menghancurkan sebuah kerajaan negara Islam drngan mendapat sokongan dari puak-puak yahudi dari luar yang bersekongkol dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Alwi Che Ahmad (gambar) menegaskan bahawa kelompok “Ahzab Moden' di negara ini sedang berusaha dan bersatu tenaga dengan sokongan pendukung-pendukung yahudi luar negara melalui pelbagai bentuk bantuan.

“Kita sudah maklum Anwar berkawan dengan Paul Wolfowitz, James Wolfensohn, AlGore (bekas Naib Presiden Amerika) dan ramai lagi...ini semua kawan-kawan Anwar yang nak hancurkan negara ini,” kata Alwi ketika berceramah di 'Roadshow BONGKAR' Gelombang Biru Selangor DUN Kuang di perkarangan rumah Shaharoni Ali, Pengerusi JKKKP Kampung Cempedak, Kuang, malam Ahad.

Menurut Alwi, parti PAS telah lemah dan kini terbahagi tiga di mana ada PAS yang ikut ikut Ustaz Nasharuddin (bekas Timbalan Presiden PAS), ada PAS ikut Datuk Hassan Ali (bekas Naib Presiden PAS yang dipecat) dan PAS Putrajaya yang kejar kerusi dan kuasa.

“Parti PAS yang ada bukan PAS yang pertahankan Islam tetapi PAS kejar kuasa sebab itu semua agenda Islam duduk belakang...hudud dan negara Islam duduk belakang. Mereka mengejar kerusi (ADUN atau Parlimen), menteri atau exco (jawatan) dan Putrajaya,” jelas beliau.


Contoh Ahzab Kuno ciptaan Nik Najis.. Ahzab Anwar pulak tak doa...tak sumpah! Ahzab moden balun apa sahaja...membujur lalu, melintang patah..! depan belakang sama sajer..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan