Bersyukur dengan nikmat Allah..InsyaAllah akan ditambah..Berterima kasih merupakan amalan terpuji dan dituntut oleh agama..Majoriti umat Melayu masih berpegang teguh kepada ajaran Islam yang suci.. Yang tak reti berterima kasih pasti gagal bersyukur...bagi yang tak reti bersyukur nantikan lah azab yang amat pedih..!
Majlis Tindakan Agenda Bumiputera bersetuju dengan cadangan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) untuk memberikan biasiswa kepada pelajar cemerlang dari keluarga berpendapatan kurang RM3,000.
Mengumumkan demikian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata mesyuarat majlis itu Isnin memutuskan bahawa pemberian biasiswa untuk tempoh lima tahun itu bagi membolehkan pelajar yang terpilih melanjutkan pelajaran di peringkat asasi (foundation), A-Level, International Baccalaurate dan Ijazah.
"Sebanyak 8,000 permohonan telah diterima buat masa ini dan setelah ditapis untuk fasa pertama sebanyak 225 pelajar akan ditawarkan biasiswa tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Najib berkata pada mesyuarat itu keputusan juga dibuat agar YPPB memulakan satu program baru sebagai "signature" keduanya iaitu Program Peneraju Profesional Akauntan.
"Program itu bertujuan untuk menambah lebih banyak lagi bilangan Akauntan Bertauliah Bumiputera," katanya.
Bersyukur kerana diberikan nikmat keamanan dan kemakmuran yang memungkinkan Kerajaan melaksanakan pelbagai bentuk bantuan kepada kita semua.. Berterima kasih kepada YAB PM yang begitu mengambil berat akan nasib rakyat... Tepuk dada..tanya akal budi..dimana kita berada!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan