Ahad, 22 April 2012

Buah Sukun Jatuh Merudum Di Penang..! Menteri KPI Letak Jawatan???


Nampaknya buah sukun dah jatuh berlambak di Penang..Apa agaknya KPI yang digunapakai hingga buah sukun ni tersungkur! macam mana pulak sukun nak masuk dalam NKRA jika ditolak dan dipijak kerana busuknya buah ini selama ini? 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggantikan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata lantikan terhadap bekas Exco kerajaan negeri yang juga bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar itu akan berkuat kuasa hari ini.


"Saya umumkan pelantikan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baharu dan beliau akan ambil alih dan memikul tanggungjawab itu mulai hari ini.

"Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan kerana faham bahawa inilah realiti politik, walaupun beliau sendiri telah banyak memberi sumbangan dan tenaga kepada parti selama ini," katanya.

Najib membuat pengumuman itu dalam ucapan pada majlis perjumpaan dengan anggota jentera pilihan raya pusat daerah mengundi (PDM) di Bukit Jawi Golf Resort di sini hari ini. Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan 345 PDM di seluruh Pulau Pinang.


Kalau ada harga diri...kalau masih ada maruah yang berbaki..letak lah jawatan!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan: