Isnin, 23 April 2012

PAS Kelantan Terus Menipu..!


PAS terus mempamerkan skill licik menipu rakyat Kelantan..kali ini melalui lidah EXCO Nik Najis berkata bahawa mereka memerlukan masa...masa apanya? berapa lama masa!!!

Kerajaan PAS Kelantan mengakui tidak mampu menyiapkan sepenuhnya projek bekalan air bersih dalam tempoh singkat, walaupun kerajaan pusat memberi pinjaman tanpa faedah kira-kira RM618 juta, termasuk untuk projek bekalan air itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Md Anizam Ab Rahman, berkata ini kerana peruntukan itu diluluskan secara berperingkat mengikut keperluan dan pelaksanaan projek.

"Kita tidak mampu menyiapkan semua projek yang dilaksanakan dalam masa singkat walaupun peruntukan diluluskan melalui pinjaman kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Anggota Pengarah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB)yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini, Isnin.

Md Anizam mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan kerajaan pusat telah menyalurkan peruntukan RM1.058 bilion, termasuk pinjaman tanpa faedah RM597.8 juta untuk Kelantan bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih dalam tempoh 12 tahun.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata peruntukan itu membuktikan kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) tidak pernah "menganaktirikan" Kelantan biarpun ia diperintah oleh PAS sejak 1990.

Katanya, peruntukan pinjaman yang sudah diterima AKSB setakat ini adalah RM540 juta daripada kelulusan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM618 juta. -BERNAMA


Nak berapa lama lagi? bila Nik Najis dah dipanggil ilahi baru nak buat? rentikan lah menipu ni weeiii..rakyat dah jelak! rakyat dah muak!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. KEHKEHKEH PAS TERBUKTI X MAMPU NAK TADBIR NEGERI. CMNE NAK TADBIR NEGARA KLU CAMNI?..SUH JEK PAS JAGA TANDAS AWAM SUDAAA HUHUHU

    BalasPadam
  2. Kelantan lebih maju dari Terengganu. Tahniah PAS

    BalasPadam
  3. Air paip kat Kelantan adalah yang termahal dalam dunia. Harganya RM598 juta beb. Sekali bukak, boleh dapat air teh atau kopi direct dari paip. Lagi mahal dari harga lembu NFC ciptaan pembangkang yang bangang....

    Kah kah kah kah kah kah

    BalasPadam