Sabtu, 14 April 2012

Pakatan Terengganu..Kuda Menguda Membawa Bencana!

 
Abu Bakar Dan Azan Baik Tutup Mulut

Pemimpin Pas dan PKR Terengganu sepatutnya menjaga mulut masing-masing dari mengeluarkan kenyataan yang boleh mengusutkan keadaan. Waktu ini semua pihak perlu sedar, sesiapa yang tersalah cakap menyebabkan kedua-dua pihak akan menghadapi masalah. Pihak UBN akan mengambil kesempatan atas kesilapan itu dan akan memberi gambaran Pas dan PKR Terengganu bermasalah.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Lujnah Kebajikan Pas, Abu Bakar Chik PKR hanya diberikan tujuh kerusi saja, (lima Dun dan dua Parlimen) tidak sepatutnya keluar dari mulut beliau. Abu Bakar tidak berhak membuat kenyataan sebegitu. Orang yang mempunyai autoriti bercakap ialah Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut.


Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata alasan itu kerana Pas jauh lebih kuat berbanding dengan PKR. Memang semua orang tahu yang Pas jauh lebih kuat dan bekerlayakan untuk memimpin Terengganu berbanding dengan PKR. Tahun 1999 Pas telah pun berjaya menubuh kerajaan di negeri Penyu Menangis itu. Itu menunjukkan Pas kuat.

Tetapi Pas perlu ingat bahawa kemenangan Pas itu bukan kemenangan mutlak, bersendirian. Kalau tidak banyak, sedikit pun kemenangan itu dibantu oleh PKR. Isu yang menimpa Anwar waktu itu menyebabkan rakyat mabuk dan menyokong Pas dan Pakatan Rakyat. Sumbangan secara tidak langsung Anwar dan PKR untuk kemenangan itu tidak boleh dinafikan. Kalau Pas bersendirian mungkin Pas belum merasai membentuk kerajaan negeri.

 

Gaduh gaduh! jangan tak gaduh! ni lah bukti bahawa perkongsian yang mereka dakwa sebenarnya hanya sandiwara semasa..hakikatnya masing masing tak percaya dan yakin kepada perjuangan sesama mereka! yang mengikat perhubungan keduanya hanyalah kuda menguda membawa bencana!!!

Lu Fikir La Sendiri!!! 

1 ulasan:

  1. dah lah pakai tagline orang, sibuk komen negeri orang, bukan sumber yang pertama dah tu ................

    BalasPadam