Selasa, 10 April 2012

Politik Mahasiswa vs Mahasiswa Berpolitik!

KUALA LUMPUR - Pelajar institusi pengajian tinggi akan dibenarkan menyertai dan menganggotai mana-mana parti politik apabila pindaan pada tiga akta berkaitan dengan peruntukan itu diluluskan Dewan Rakyat kelak.

Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan), Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) dan Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) dibentang buat kali pertama oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sekarang mahasiswa yang memang pergi ke Universiti untuk berpolitik dah boleh tarik nafas lega! Jangan sebok nak belajar! Jangan sebok nak jadi pandai! Soal masa depan boleh lingkup tolak ketepi! Yang penting boleh berpolitik!

Sebenarnya majoriti mahasiswa yang berada di menara gading sedar dan tahu akan tanggungjawab mereka untuk meraih dan mendakap sebanyak mungkin ilmu.

Mereka tahu bahawa ilmu bukan sahaja berguna kepada diri dan keluarga mereka malah mereka sentiasa memikul amanah dan tanggungjawab untuk mempastikan generasi muda negara sentiasa mengisi ilmu didada agar agama, bangsa dan negara terus dibela dan dipelihara!

Yang nak jadi kuda belang! Yang nak jadi anjing suruhan..nampaknya tugas mereka dah selesai..terus lah berpolitik! Kerana bangsa dan negara pun tidak meletakkan sandaran tinggi kepada anda semua!!!

Lu Fikir La Sendiri!
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 ulasan:

  1. aduh hancur hancur, kalau yang berpolitik tu jenis2 mereka yang mampu pertahankan 3.5 cgpa ketas fahamlah aku jugak, tapi bagi mereka yang 2.5 cgpa ke bawah dok meloncat politk sana sini lepas tu yang aku heran dapat biasiswa aku ulang balik cgpa 2.5 ke bawah dapat biasiswa tu, bila gagal bagi alasan biasiswa yang diberi tak cukup untuk pengajian(logik ke alasan ni, kalau dah guna duit untuk berpolitik sana sini aku rasa logik lah lepas tu nak salah sapa? kerajaan salah lagi nampaknya lepas tu berjuang untuk ptpn percuma? ni nak taya yang parti pakatan haram tu apa yang dorang buat untuk ekonomi negara untuk bagi pengajian percuma?

    lagi memburukkan malaysia di mata dunia ada, lepas tu cerita kononnya mereka akan hebat bila perintah malaysia?

    BalasPadam