Isnin, 2 April 2012

Gempar..! Pegawai Khas YB Pembangkang Kantoi Ceroboh Dan Mengambil Dokumen Larangan Parlimen


Kecoh..! Peristiwa berlaku pagi tadi apabila didapati 2 orang pegawai yang bekerja dengan pihak pembangkang didapati telah menceroboh Dewan Rakyat dan mengambil keluar risalah larangan.

Difahamkan awal pagi tadi pihak pengurusan Parlimen telah mengedarkan Laporan Jawatankuasa Khas Parlimen ( PSC ) kepada semua Ahli Parlimen berkenaan penambahbaikan perjalanan Pilihanraya yang masih lagi bersifat EMBARGO atau dilarang untuk disiarkan sehingga jam 11.30 pagi esok!
-Untuk makluman, Parlimen hanya akan membincangkan isu PSC esok jam 11.30 pagi.

Kejadian kehilangan laporan PSC tersebut disedari apabila Ahli Parlimen Ketereh menanyakan risalah yang sepatutnya ada di meja beliau kepada Bentara Dewan. Pertanyaan beliau menyebabkan rakan sebaris beliau Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelana Jaya dan Petaling Jaya Selatan yang semuanya dari PKR turut sama hairan kerana laporan tersebut juga tidak terdapat diatas meja mereka.

Perkara tersebut diajukan kepada Dato Rosmee selaku Setiausaha Dewan Rakyat yang akhirnya membuat siasatan bagaimana naskah penting yang masih lagi bersifat rahsia/embargo yang telah diletakkan diatas meja Ahli Yang Berhormat boleh hilang!

Hasil siasatan menerusi cctv Dewan berjaya menemukan dua orang Pegawai Pejabat Pembangkang telah masuk kedalam Dewan sekitar jam 9.30-9.40 pagi telah mengambil risalah tersebut. 2 orang pegawai tersebut bukannya Pegawai Khas peribadi kepada Ahli Parlimen terbabit. 

Setelah disoal siasat oleh pihak pentadbiran Parlimen serta Ahli Yang Berhormat yang berkaitan, kedua mereka mengaku bahawa perbuatan mereka dilaporkan telah diarahkan oleh YB Subang iaitu YB Sivarasa. 

Apabila mendengar pengakuan pegawai perempuan berketurunan Melayu dan cina tersebut...kesemua Ahli Parlimen tersebut terus lembik dan diberitakan tidak lagi melenting dan marah malah hanya menyifatkan kejadian tersebut sebagai salah faham..!!!

Arahan Sivarasa beb...orang kanan tuhan politik..! mana berani marah! terus tukar tune..!!!

Setakat ini mengikut sumber masih belum lagi dipastikan tindakan yang bakal dikenakan kepada 2 orang pegawai tersebut. Mereka boleh dikenakan tindakan dibawah peraturan Dewan kerana menceroboh dewan atau menghina dan melanggar peraturan yang melarang naskah larangan dibawa keluar dari Dewan Rakyat.

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Uik cam ninja la pulak curi bahan embargo...
    Kasi ban jer dari masuk Parlimen...
    Asyiknak kasi chan jer...

    BalasPadam
  2. puak pakatan buat tak pa....kalu puak bn buat....pagi ni penuh la jln raya depa buat demontrasi....mau ada yg mati bakar diri kerana protes...yg mati tu melayu..keling dan cina tak sebodoh orang melayu.

    BalasPadam
  3. Itulah namanya MP yang tak reti undang-undang....

    BalasPadam