Isnin, 2 September 2013

Penderhaka Telah Ditahan...Syabas PDRM


Tahniah dan syabas kepada pihak Polis yang telah menahan pengkhianat negara yang menghina dan mengajak rakyat membenci bendera keramat negara...

Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais hari ini ditangkap polis selepas gesaan supaya pihak berkuasa bertindak tegas kepada mereka kerana mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya'.

Menurut seorang pegawai gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH, beliau pada jam 9 mendapat SMS daripada Adam, berbunyi:

"Aku dan Isham (Hishamuddin) kena tahan. OTW (dalam perjalanan) ke (ibu pejabat polis) Dang Wangi," SMS itu dipetik.

NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) turut menulis maklumat sama di laman Twitter mereka.

Adik kepada Adam Adli -- Amir Amin -- ketika dihubungiMalaysiakini mengesahkan tangkapan itu. 

Bagaimanapun, menurutnya, tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu setakat ini.

Dilaporkan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) turut menggesa polis mengenakan tindakan tegas di bawah Akta Hasutan terhadap Hishamuddin dan Adam Adli serta Sasterawan Negara daripada Datuk A Samad Said.

Perbuatan itu didakwa menghina Jalur Gemilang di Dataran Merdeka Jumaat lalu.


Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. boleh rasa jugak nasi lokap! he he he..apapun tahniah PDRM! ingat masih tidur.... mereka ni gangster bendera! gangster ke 50!

    BalasPadam
  2. Samad Said kenapa tak ditangkap. Polis takut ke?

    BalasPadam