Jumaat, 20 September 2013

Al - Fatihah...


Kenyataan di Facebook YAB Dato Seri Mohd Khalid Nordin..-

Hari ini ayah saya disayangi Hj Nordin Bin Johari telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 12.30pm. Saya dengan rendah diri sebagai seorang anak memohon saudara saudari menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada ayah saya. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman dan rohnya dicucuri rahmat Allah swt. Terima kasih.

JOHOR BARU: Bapa kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meninggal dunia pada Jumaat.
Nordin Johari, 81, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Hospital Pakar Puteri kerana masalah kesihatan.
Difahamkan Mohamed Khalid yang kini berada di luar negara dalam perjalanan balik ke sini untuk urusan pengebumian yang dijangka dilakukan selepas solat Asar pada Jumaat.
Semoga Roh Allahyarham ditempatkan disisi roh para solehin...amin
Al - Fatihah

1 ulasan:

  1. Semoga ditempatkan oleh Allah swt di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Amin.

    BalasPadam