Selasa, 3 September 2013

Jeng..Jeng..Jeng..!!!


Baca dan fahami kenyataan ini...

Tarif elektrik ambil kira keselesaan rakyat

Aspek keselesaan rakyat menjadi perkara utama sebelum kerajaan memutuskan cadangan penyemakan semula tarif elektrik, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.
   
Beliau berkata cadangan itu masih dikaji dengan meneliti pelbagai sudut pengguna kerana kerajaan tidak mahu rakyat terbeban.
   
"Kita perlu lihat semua sudut, kalau kita laksanakan, kita perlu lihat macam mana industri, pengguna di rumah pula macam mana, berapa hadnya, berapa (harga) yang murah. Sekarang pun ada beberapa harga, ada yang murah... kerajaan perlu cari 'kusyen' untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas melawat Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah Tenaga Nasional Berhad (TNB) Janamanjung hari ini.
   
Mahdzir berkata kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya setuju menaikkan tarif elektrik, sebaliknya perlu memikirkan kaedah terbaik agar rakyat tidak terbeban, jika semua kos hidup meningkat.
   
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie bahawa syarikat itu berhasrat menyemak semula tarif elektrik berikutan peningkatan kos operasi.

Pada 19 Ogos lepas, TNB memberi jaminan jika cadangan pelarasan tarif elektrik dipersetujui kerajaan, kadarnya tidak akan membebankan pengguna.

Bagi rakyat tentunya kita tiada pilihan, kalau pemimpin dan pihak pengurusan korporat dah timbang, dah telek, dah senada dan seirama..apa yang kami boleh buat...! kami hanya menanggung sajer la.

Ulasan Timbalan Menteri berkenaan secara dasarnya seakan bersetuju dengan pihak TNB untuk mengkaji dan seterusnya bersetuju dengan cadangan harga baru. Mula mula minta pihak TNB bising, lepas tu pihak kerajaan pulak ulas...tang tonasi ulasan tu yang rakyat nak kena perati...lidah dia bercabang tak?

Ini pun dikira kearah pengukuhan dan pemantapan ekonomi nih...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Kakitangan TNB ramai yg Pro pembangkang..apa nak heran!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangunan mereka pun dah banyak yg dicat hijau. Kemenangan moral buat PAS.

      Padam
  2. Tahniah Bro, Berdiri diatas prinsip adalah satu kemuliaan,benar katakan benar, Rakyat diutamakan Melayu dimartabatkan.Tapi jangan disangka mentimun tiada daya dan upaya...
    Pesankan kpd meraka,
    BERJANJI BIAR BENAR,
    BERNYANYI JANGAN SUMBANG,
    KELAK MEREKA AKAN KEHILANGAN,
    KEHILANGAN RAKYAT YG BERADA DIBELAKANG.

    BalasPadam
  3. Dh rege minyak naik. Konfirm jd 1 lg alasan utk menaikkan tarif elektrik, utk serap kenaikan harga kununya. Air xnk naik sekali ker? Dh lang2 TNB mintak naik, mintak la naik, ajak Alam Flora skali. Satuuuuuu....Malaysiaaaa

    BalasPadam
  4. Tunggu dan terime aje le !

    BalasPadam