Ahad, 22 September 2013

Sekor Lagi Bekas Setiausaha Politik Jadi Anjing..!!!


Dari mana ceruk, entah dari mana mangkuk ni datang kita semua tak tahu..! yang kita tahu, yang kita kenal sebab dia diangkat menjadi Setiausaha Politik. Dari situ kita kenal manusia bernama Azizan Che Omar ni.

Dia dilantik menjadi Supol YB Dato Seri Ismail Sabri sejak beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan pada tahun 2004, selepas itu kekal sebagai supol di KPDNKK dalam rombakan kabinet selepas PRU 12 yang lalu. Cuma setelah PRU 13 nama Azizan telah tidak disambung bekerja sebagai supol kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Tup..tup..semalam kita dengar dia menghantar kertas pencalonan menentang Dato Ismail Sabri dijawatan Ketua UMNO Bahagian Bera. Apa hal beb? Apa kena dengan manusia bernama Azizan Che Omar ni..! 

Manusia yang berakal dan mempunyai hati perut pasti tak lalu dan tergamak menentang bos atau ketuanya. Kalau pun kita sudah tidak sehaluan dengan bekas bos, pastinya selalu seseorang akan mengambil jalan keluar dengan meninggalkan 'majlis' dan mendiamkan diri. Setidak tidaknya orang akan tertanya dan menyangka baik atas pengundurannya dari bos atau ketua yang selama ini berbudi dan memberi tempat baginya.

Tapi kalau kita sendiri tiba tiba bangkit menentang seorang Ahli Parlimen yang diberikan kepercayaan oleh rakyat, seorang Menteri yang diamanahkan tugasnya oleh Perdana Menteri, seorang Ketua Bahagian yang ahli UMNO bernaung dan menumpang teduh darinya. TENTU..! tentu orang akan kata kita jahat..!!! Budaya ni takde pada orang UMNO..! ini budaya Anwar Ibrahim..!

Takut takut Azizan dan juak juaknya pun ada saham dalam 'mengurangkan' undi tok Mail dalam PRU yang lalu...siapa tahu? kalau begini caranya mungkin berlaku..!!!

Baca lanjut pendedahan sahabat blog Peta Tanah Melayu mengenai perangai anjing yang menggigit tuannya ini...

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Demokrasi itu memberi ruang dan peluang utk Semua bertanding

    BalasPadam
  2. Kata amalgam demokrasi...apa nak takut

    BalasPadam
  3. Hanya anjing suka panggil org lain anjing.kau spesis apa blogger

    BalasPadam