Rabu, 2 April 2014

MH 370 ~ Alhamdulilah..Sampai Jugak..!!!


Jangan pandang remeh dengan aset negara kita..! Malaysia sebagai sebuah negara yang luas perairan pantainya tentu memerlukan aset aset yang baru, moden dan terkini dalam menjaga kedaulatan wilayahnya..!

Itu sebab kita sentiasa mempastikan kesiapsagaan anggota dan aset negara dalam menempuhi apa jua cabaran..! syabas..!!!

Walaupun sudah mencecah lebih 20 hari akhirnya tiba jugak KD Lekiu di Perth, kita perlu faham bahawa kapal kapal yang lain pasti sedang dipersiapkan bagi membantu SAR yang meliabtkan 26 buah negara tu. Tentunya mereka sedang sebok mempersiapkan diri dan kapal bagi mengharungi lautan tu..!

Kita pun harap jangan pulak semua digerakkan ke Australia kerana takut tiada siapa yang nak menjaga perairan terutama di Sabah @ Lahad Datu yang mampu dicerobohi selain takut tiba ke Australia bulan depan pulak..!!!

ROCKINGHAM, Perth 1 April - Kapal Diraja KD Lekiu milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang tiba di pangkalan Tentera Laut Diraja Australia (RAN) HMAS Stirling di sini semalam akan menyertai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Lautan Hindi untuk tempoh dua minggu.

KD Lekiu yang berukuran 106 meter dan merupakan salah sebuah daripada dua aset dalam Skuadron Frigat Ke-23 TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak tiba pukul 9 pagi semalam selepas menempuh perjalanan selama 11 hari bermula 21 Mac lalu.

Mempunyai kekuatan sebanyak 160 anggota dan pegawai, KD Lekiu yang dipimpin Pegawai Pemerintahnya, Komander Jamsari Tahir akan menjalankan operasi mengesan pesawat MH370 di perairan Lautan Hindi sama ada pagi esok atau lusa.

"KD Lekiu akan menyertai operasi mencari di kawasan perairan yang terletak 1,000 kilometer dari timur laut Perth menggunakan aset serta kelengkapan yang kita miliki termasuk sebuah helikopter Super Lynx.

"Sepanjang operasi itu iaitu tiga hari perjalanan pergi balik ke pangkalan dan lapan hari operasi mencari, kami akan berkomunikasi dengan kapal RAN HMAS Success dan pusat kawalan kami di Lumut bagi mengetahui lokasi pergerakan kapal ini," kata Jamsari ketika ditemui pemberita Malaysia di HMAS Stirling di sini hari ini.

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar sebelum ini memberitahu, pasukan itu bersedia menggerakkan lebih banyak aset bagi membantu mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menurut Abdul Aziz, TLDM sebelum ini menggerakkan enam buah kapal dan tiga helikopter menyertai operasi pencarian di koridor selatan.

Jamsari berkata, antara cabaran yang bakal dihadapi oleh kapal yang berkelajuan 28 knots ini adalah keadaan cuaca tidak menentu, ombak besar yang mampu mencecah ketinggian tujuh meter serta suhu yang sejuk.

"Bagaimanapun semua ini akan kami tempuhi dan semua anak kapal KD Lekiu memohon doa rakyat Malaysia untuk mempermudahkan usaha mencari serta mendoakan keselamatan semua anak kapal," katanya.

Ketibaan KD Lekiu menambah aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu beberapa buah negara yang menyertai operasi mencari di Lautan Hindi yang diketuai pihak berkuasa Australia.

Sabtu lalu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menghantar dua pesawat Hercules C-130 ke sini untuk menyertai operasi pencarian tersebut.

Selain KD Lekiu, Skuadron Frigat Ke-23 TLDM mempunyai sebuah lagi kapal iaitu KD Jebat. KD Lekiu merupakan aset moden dalam armada TLDM.

Kapal seberat 1,845 tan itu dilancarkan pada Disember 1994 dan dinaungi oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Jamsari memberitahu, pihaknya berharap mereka dapat memperoleh petunjuk terbaru bagi mengetahui lokasi di mana pesawat MAS itu berada.

"Kami sedar cabaran yang bakal ditempuh. Namun bagi saya dan anak kapal, semua cabaran itu harus dihadapi kerana tugas utama kami adalah mencari pesawat MH370 dalam apa jua keadaan," katanya sambil memberitahu ini merupakan kali pertama KD Lekiu menempuhi perjalanan di selatan Lautan Hindi iaitu lokasi pencarian pesawat berkenaan.

Kami tahu cabaran SAR ni pun sama macam pergi perang..! besar cabarannya tu..! kita doakan agar mereka tidak mabuk laut dan asyik muntah muntah..! almaklum sebelum ni lebih banyak masa di darat dari di laut kan..! itu yang cabaran besar tu..!!!

Cuba baca dan kenali aset TLDM kita ni…

Tentera Laut Diraja Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatannya, TLDM, merupakan salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia dan bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara. 

TLDM mempunyai keupayaan yang dikira setanding dengan kebanyakkan negara-negara ASEAN dan mempunyai tentera laut yang ketiga terbesar di dalam gabungan ini.

Pada 16 September 1963, TLDM dinamakan sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia (juga sebagai TLDM) setelah pembentukan Malaysia.

Bermula dengan perolehan dua buah korvet kelas Kasturi, iaitu KD Kasturi dan KD Lekir pada tahun 1983/84 TLDM mengorak langkah menuju era pemodenannya. Kapal seberat 1,500 tan (1850 tan berat penuh) ini asalnya bersenjatakan misil Exocet MM38 dan mampu menempatkan sebuah helikopter bersaiz sederhana.


KD kasturi milik TLDM

Penambahan aset seterusnya kepada armada TLDM ialah dua buah frigat kelas Lekiu yang berdasarkan rekaan model Yarrow F2000.
Antara ciri-ciri yang terdapat ialah: 

Frigat kelas Lekiu milik TLDM

TLDM turut merancang pembinaan dalam program Kapal Ronda Generasi Baru, NGPV (New Generation Patrol Vessel).

KD Kedah milik TLDM


Selain itu TLDM turut memiliki aset kapal seperti kapal serang laju (PG/PCFG).

kelas Jerong milik TLDM

kelas Handalan milik TLDM


Setelah sekian lama menunggu, akhirnya penubuhan angkatan kapal selam menjadi kenyataan dengan kontrak yang termeterai pada tahun 2002 Kerajaan Malaysia dan pembuat kapal Perancis, Armaris (dahulunya DCN) dan rakan kongsi Sepanyolnya, kumpulan Navantia (dahulunya IZAR).

kelas scorpene

Selain daripada itu TLDM turut memiliki beberapa: 

  • Kapal penyapu ranjau (Mine Countermeasures Vessel), (M/MCM/MCMV)
  •  Kapal sokongan
  •  Kapal latihan
  •  Kapal Tunda TLDM
  •  kapal Layar
kapal Latihan ; KD Hang Tuah 

Kapal Layar: KLD Tunas Samudera

Kapal Sokongan : KD Sri Indera

Kapal Tunda: KTD Penyu

Selain daripada itu, TLDM turut mempunyai aset udara seperti :
Eurocopter AS 555 Fennec

Agusta Westland Super Lynx 300

Kita pasti bahawa semuanya berada didalam keadaan yang amat baik untuk digerakkan dalam setiap operasi biasa mahu pun operasi cabaran besar seperti yang disebut kat atas tu..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Media Barat-ZIONIS yg. anti-ISLAM spt. CELAKANewsNetwork-FOCKNews-DailyMailJAHANAM-BBCELAKA itu memang disyaki dikuasai Mossad-CIA-MI6-NATO! Kat Malaysia ni ada ejen mereka dari EvangeliSStar dan MalaysiaKKKini, serta termasuklah DAPBANGKAI//PKRPELIWAT/PENGGANAS Red Bean/Geng Kongsi Gelap!

    Dan si FBI/CIA/Pentagon-MI6-NATO (Barat), yg. sebenaqnya sudah dikuasai Mossad-Israel/ZIONIS itu, bersama ejen tempatannya ini, kesemuanya memang tak habis-habis nak mengalih perhatian dunia dari bukti penglibatan Diego GarCIA di tengah Lautan Hindi itu!

    Tapi, nasib baik ada Media Alternativ (label "teori konspirasi" adalah label si Illuminati Barat-ZIONIS utk. memburukkan dan menutup mulut Media dan mana-mana teori Alternativ), yg. cuba memberikan maklumat BENAR, termasuk dr. org. Barat sendiri, yg. amat bencikan kejahatan BUAS rejim Barat-ZIONIS/IsraHELL. Tapi malangnya, ada Menteri liberal Melayu tak lansung pedulikan maklumat ini - asyik nak dengar cakap rejim Barat!

    Lihat artikel amat BERNAS dr. wartawan Jepun Yoichi Shimatsu, yg. menyambungkan titik-titik penting misteri kehilangan MAS kita ini, termasuk kemungkinan penglibatan si ZIONIS Soros/IsraHELL, bukan shj. utk. menjatuhkan Iran (Israel juga berpengkalan dgn. Submarine senjata Nuklear di Diego GarCIA, pengkalan tentera BAWAH TANAH- kongsi US-British-Israel-NATO) tetapi kerana dendamnya yg. lama, pd. YAB Ayahanda Tun Dr. Mahathir kita – di http://www.sovereignindependentuk.co.uk/2014/03/28/latest-posts-role-of-israel-and-soros-exposed-by-mh370-twin-jet-in-tel-aviv-top-10-veterans-stories-in-todays-news-march-26-2014-adl-deceit-sinks-judgeship-t/ , Role of Israel and Soros Exposed by MH370 Twin Jet in Tel Aviv , By Yoichi Shimatsu, March 26, 2014! (MAS disyaki di ‘hijack’ ke situ dulu, sebelum si Barat-ZIONIS ni bagi cerita palsu kat kita yg. MAS di'hempaskan' di Lautan Hindi, tetapi tidak akan dijumpai kerana Lautan Hindi itu sukar)

    Dan ini berita seorang mangsa MAS, Philip Wood dr. IBM, yg. kononnya berjaya menghantar text rahsia, dan dikurung di Diego GarCIA, dan dari data taliponnya mungkin BENAR – lihat di http://beforeitsnews.com/alternative/2014/03/hijacked-ibm-engineer-successfully-dialed-out-of-diego-garcia-2928892.html , Engineer Successfully Dialed Out Of Diego Garcia, By Jimstonefreelance (Reporter), March 30, 2014!

    ZIONIS DAJAL Soros serta Rockefeller, adalah dari geng Rothschild, iaitu ketua pemuja SYAITAN Illuminati yg. menubuhkan IsraHELL dgn. membunuh dgn. amat kejam secara beramai (Genocide) Bumiputera Islam Palestin, dan disyaki memulakan perang Dunia Pertama dan Kedua, serta membunuh Tsar Russia dan seluruh keluarganya, Pres. Lincoln, Kennedy, Allahyarham Pres. Yasser Arafat, dan menjadikan Israel kuasa Nuklear, yg. paling bahaya ke atas Dunia Islam (lihat di http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html , Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel, by Bill Woollam , dan di http://ascendingstarseed.wordpress.com/2013/09/29/hitler-was-a-rothschild-and-so-was-his-daughter-angela/ , Hitler Was A Rothschild And So Was His Daughter Angela, Posted on May 8, 2013 by Dublinsmick) ! Sebab itu agaknya si DAPBANGKAIkok dan gengnya asyik ke Jerman – baik KDN menyiasat hal ini, yg. telah lama saya dedahkan!


    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam