Rabu, 2 April 2014

MH 370 ~ Kapal Selam Dilibatkan..! Kawasan Baru Digariskan..! Diego Garcia Tetap Dalam Fikiran..!!!


Semakin banyak aset yang terlibat dalam SAR dan terkini…

PERTH: Operasi mencari pesawat MH370 yang masih berjalan mendapat suntikan terbaru dengan ketibaan kapal selam British di Lautan Hindi menjelang lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke sini hari ini.

Tentera Laut Diraja Britain berkata, HMS Tireless tiba di lokasi sasaran dan "dengan peralatan canggih bagi mengendalikan pencarian dasar laut yang diharap dapat membantu mengesan pesawat itu". 


Kehadiran HMS Tireless adalah kapal selam pertama yang menyertai operasi berkenaan. 

Sementara itu, jet peribadi milik pengarah filem tersohor, Peter Jackson juga dilaporkan digunakan dalam operasi antarabangsa bagi mencari pesawat terbabit yang hilang sejak 8 Mac lalu dengan membawa 239 orang.

Walaupun gerakan mencari begitu intensif di Lautan Hindi menggunakan kapal terbang dan kapal di barat daya Perth, masih tiada penemuan dibuat setakat ini yang mungkin ada kaitan dengan pesawat itu.

"Tiada perkembangan signifikan untuk dilaporkan," kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia menerusi Twitter selepas 10 pesawat pulang lewat petang semalam selepas rutin pencarian. - AFP

JUgak dilaporkan

CANBERRA: Ketua Pasukan Bertindak Osenografi Australia yang membantu Malaysia menjejaki pesawat MH370 hari ini menggariskan pendekatan dan cabaran berkaitan misi pencarian di selatan Lautan Hindi. 

Dr David Griffin berkata, saintis dalam pasukan itu menggunakan pelbagai cara untuk menentukan lokasi pencarian di sepanjang laluan yang dipercayai diambil pesawat berkenaan. 

Katanya, ini termasuk menelitit semula arus lautan bagi menentukan kawsan yang mempunyai sebarang serpihan pesawat dan meneruskan pengesanan di lokasi terakhir pesawat berkenaan terbang. 


Sebarang analisis akan bergantung kepada di mana sebarang objek itu ditemui dan berapa banyak jumlahnya. 

"Pada peringkat ini apabila kita sudah jauh selepas 8 Mac, kami tidak jumpa sebarang serpihan. Pendekatan meneliti semula objek yang ditemui tidak semestinya baik," katanya.

Cerita Deigo Garcia juga tak boleh bla

SHAH ALAM - Radar ketenteraan milik Amerika Syarikat di Diego Garcia mampu menjejaki pesawat MH370 sekiranya lokasi penerbangan terakhir adalah di Lautan Hindi.

Pakar Kejuruteraan Penerbangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Rizal Effendy Mohd Nasir berkata, radar jenis Active Electronically Scanned Array (AESA) yang digunakan di pangkalan ketenteraan itu dipercayai boleh mengesan sebarang isyarat atau objek walaupun ianya bersaiz kecil.

“Radar itu boleh mengesan sesuatu pesawat atau kapal yang berada ribuan meter diatas udara mahupun laut beserta dengan jenisnya, kelajuan dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, setiap kapal dan pesawat yang terdapat dipengkalan ketenteraan terbabit juga dilengkapi dengan radar pertahanan udara.

“Bukan sekadar pesawat atau kapal perang, kapal minyak mereka di Diego Garcia juga dilengkapi dengan kecanggihan radar yang mampu mengesan objek beribu-ribu kilometer jauhnya termasuk apa yang terkandung didasar lautan Hindi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Rizal berkata, dirinya berkeyakinan penuh setiap kemudahan dan peralatan ketenteraan yang terdapat di Diego Garcia berfungsi untuk menangani sebarang pencerobohan daripada anasir luar.

“Perkara itu sememangnya menimbulkan persoalan besar. Mustahil MH370 tidak dikesan oleh tentera Amerika Syarikat sekiranya lokasi terakhir yang dikesan adalah lautan Hindi,” katanya.

Sementara itu, Pakar Penerbangan, Leftenan Kolonel (B) Mohamed Tarmizi Ahmad berkata, sebilangan besar aset yang berada dipangkalan tentera Amerika Syarikat itu dilihat dapat membantu sekaligus menjayakan misi pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.

“Secara dasarnya mereka mampu. Mereka mempunyai kapal terbang dan kapal laut yang boleh bergerak dengan pantas. Ia juga menggunakan teknologi terkini dan canggih.

“Harus diingat bahawa peralatan ini digunakan bagi mencari logam yang besar di bawah laut. Ia juga boleh membantu mengesan logam pesawat,” katanya.

Selain itu, katanya, radar jenis Over The Horizon (OTH) merupakan antara radar yang dimiliki Amerika Syarikat selain disifatkan boleh membantu mengesan MH370.

“Saya tak melihat ianya radar yang paling canggih namun radar jenis ini banyak dipakai oleh tentera Amerika Syarikat dan Britain. Isyarat daripada radar ini dikatakan mampu mengesan objek sejauh 200 batu nautika,” katanya.

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. bodohlah org yg percaya dgn 'kejujuran' Amerika CIA pasal Mh370 nih? Dh Amerika yg terlibat sbg konspirasi takkan lah mereka nk beritahu MH370 lalui kwsn Dieogo Garcia.

    Tlg studly lah Dr Uitm oii aset apa yg Diego Garcia simpan? aset2 canggih yg bole detect dan buat mcm jenis electronic warfare.. setakat nk detect MH370 terbang rendah tiada maslh bg US Diego Garcia sbb itu lah pengkalan tentera penting US.. dia tkkan sebodoh itu longgar.. mudah je lah pesawat musuh terbang dn junam utk musnahkan Diego Garcia. so xde lah pengkalan tentera masa nk serang Iraq dn Afghanistan dulu??

    Macai Nuar je percaya dgn Amerika..

    BalasPadam