Ahad, 31 Januari 2016

Jumpa, Nilai & Putus..!


Jemaah Diraja mana ada pilihan? apa pun Jemaah Diraja berhak memanggil setiap ADUN untuk mendengar, meneliti dan menilai seterusnya membuat keputusan..! Keputusan pun cuma tukar atau tidak dan memperakui calon yang dicadangkan..! Mana ada pilihan..!

Jemaah Diraja Kedah dilaporkan meminta satu pertemuan diadakan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) pada Isnin bagi menyelesaikan isu menteri besar di negeri itu, menurut akhbar The Star hari ini.
Akhbar bahasa Inggeris itu melaporkan, jemaah itu akan menemui semua 21 wakil rakyat, termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, secara berasingan.
Memetik sumber politik, akhbar itu berkata, perjumpaan yang akan diadakan di Alor Star itu bagi membolehkan jemaah menilai sama ada majoriti Adun BN menyokong rancangan menukar menteri besar tersebut.
Mereka memberitahu akhbar itu, jemaah terpaksa bertindak kerana Mukhriz enggan meletak jawatan sebagai menteri besar.
Media mengeluarkan laporan yang berbeza-beza mengenai nama calon menteri besar yang dikemukakan kepada jemaah diraja itu, dengan Berita Harian mengatakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah tidak termasuk dalam senarai.
Memetik sumber yang tidak dinamakan, akhbar itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan tiga wakil rakyat – Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak), Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid (Ayer Hangat) dan Datuk Azmi Che Hussin (Bayu).
Bagaimanapun, The Star pada Ahad berkata, hanya nama Ahmad Bashah yang dikemukakan ketika presiden Umno itu menghadap istana Kedah pada Jumaat.
Pada sidang media 20 Januari lalu, Ahmad Bashah berkata, Mukhriz gagal menyatukan parti dan jentera di Kedah, dan tidak menyediakan strategi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, 14 bahagian dan sayap pemimpin di negeri itu mahu Najib campur tangan untuk menurunkan Mukhriz.
Menurut laporan media, 19 Adun Umno menandatangani kenyataan bersumpah menyokong penyingkiran Mukhriz.
Laporan itu juga berkata, istana meminta surat rasmi mengenai status Mukhriz dalam Umno, dan Mukhriz dikatakan sudah dipanggil menghadap pada pukul 4 petang Jumaat.
Pada Jumaat, Najib mengumumkan pertemuannya dengan Jemaah Diraja Kedah itu berjalan lancar dan senarai cadangan calon menggantikan Mukhriz sudah dikemukakan dan tidak ditolak istana.
Beliau tidak mendedahkan senarai nama itu dan berkata, Mukhriz akan kekal sebagai menteri besar Kedah dan ketua Umno negeri itu sehingga diberitahu kelak.
Apapun cara Jemaah Diraja itulah yang terbaik..! bukannya terbalik..! putus, nilai baru jumpa..! Kan kalut..! Suka sangat buat kerja terbalik macam suka mengundang terbalik..!
Memang nak terbalik kot???
Lu Fikir La Sendiri!!!

Patut Pun..!


Sebenarnya banyak kerja yang menanti Anuar Musa..! Semoga beliau diberikan kekuatan serta pasukan yang bertenaga untuk mengembalikan keyakinan rakyat terutama ahli parti kepada parti keramat UMNO..!

Perlu tunduk ke bumi dan berterus terang..! Banyak mendengar dan jika ada salah minta maaf..! Jangan menegak benang basah..! Senang..!

Susulan penukaran pemegang jawatan ketua penerangan Umno berkuat kuasa Jumaat lalu, akhbar Mingguan Malaysia melaporkan, ia sepatutnya dilakukan lebih awal lagi.
Melalui ruangan pojok Awang Selamat, akhbar edisi Ahad milik Umno itu mendakwa, spekulasi mengenai rombakan jawatan dalam parti itu mula berlegar sejak 2 tahun lalu.
"Sepatutnya perubahan tersebut sudah lama dilakukan bagi menyuntik kesegaran dan menarik keyakinan baharu.
"Begitu juga beberapa lagi jawatan lantikan yang sepatutnya juga diganti," menurut Awang hari ini mengulas pelantikan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa sebagai ketua penerangan Umno menggantikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno mengumumkan beberapa rombakan jawatan dalam parti, termasuk ketua penerangan, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi.
Menerusi penyusunan semula biro parti itu, Ahmad kini memegang jawatan Biro Teknologi Maklumat (IT) dan Awang hari ini berkata, ahli Parlimen Pontian itu boleh menyalurkan bakat dan kerajinannya kepada biro itu.
"Umno mesti memberikan mesej jelas kepada semua parti yang ia sentiasa dinamik bagi menangani apa sahaja cabaran," menurut ruangan pojok itu.
Pada masa sama, Awang juga mengucapkan tahniah kepada Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh ke atas pelantikan tersebut.
Awang berkata, pihaknya yakin, pengalaman, kematangan serta ketajaman fikiran Annuar dapat membantu Umno menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Cabaran menanti beliau amat besar dan kompleks. Tugas penerangan dan melawan apa yang dipanggil sebagai pengganas, menuntut kebijaksanaan dan pendekatan komprehensif.
"Paling penting, ketua penerangan yang juga jurucakap parti tidak boleh kelihatan menjadi liabiliti. Iktibarnya sudah ada, ambillah," katanya.
Kepada Biro IT..! Diharap kamu semua tabah dan sabar dalam menempuh ujian ini..! 
Kenapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tanya Ajer..!


Tanya ajer..! Takkan tu pun nak marah..! Mana tahu AG ada jawapan tertentu..! perkara tertentu..! orang tertentu..! kira macam kasta tertentu ler..! 

Bila ada skrip nanti jawab ler..!

Itu pun kalau terjawab..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Kejap..! Skrip Sedang Difikirkan..!


Kali ni berita BBC yang menyiarkan cerita AG Swiss tu takkan jadi bahan rujukan utama oleh cai pemakan dedak untuk membela 1MDB..! 

Berita BBC tu boleh baca di  sini.bbc. Tak macam cerita derma tempohari bukan main lagi BBC menjadi pujaan hati..! Walaupun BBC hanya berani menyebut sumber yang tidak dikenalpasti..! bagi cai ianya cukup memadai..! huhu..!

Dalam usaha menjawab persoalan AG Swiss, AG  Pandi dilaporkan berkata...

Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata pihak berkuasa Malaysia termasuk Jabatan Peguam Negara (AGC) komited bekerjasama dengan semua entiti penguatkuasaan undang-undang luar negara berkaitan, menerusi konvensyen dan perjanjian antarabangsa yang sah.
Pada masa sama, beliau berkata 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sejak awal lagi, turut memberi kerjasama setiap kali siasatan dijalankan.
"Saya mengambil maklum kenyataan Pejabat Peguam Negara Switzerland, dan kenyataan seterusnya yang dikaitkan dengan Peguam Negara Switzerland oleh sebuah akhbar Amerika, berhubung siasatan dibuat terhadap dua bekas pegawai 1MDB.
"Pihak berkuasa Malaysia dan saya sendiri berusaha keras mengumpul segala fakta berkaitan 1MDB yang membawa kepada pelbagai dakwaan terhadap syarikat itu baru-baru ini. Sebab itu beberapa siasatan sedang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Audit Negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamed Apandi berkata berikutan kenyataan Pejabat AG Switzerland baru-baru ini, pejabatnya akan mengambil segala langkah perlu untuk membuat susulan dan bekerjasama dengan rakan sejawatannya di negara berkenaan.
"Pejabat saya berharap akan menerima hasil siasatan dan bahan daripada mereka menerusi saluran biasa.
"Semua bahan ini akan diteliti, seiring maklumat diperoleh pihak berkuasa lain yang berkaitan dan siasatan kami sendiri, sebelum menentukan tindakan selanjutnya," kata beliau.
Beliau berkata bercanggah dengan laporan media baru-baru ini, siasatan mengenai derma kepada Perdana Menteri adalah berbeza sepenuhnya daripada siasatan yang dibuat terhadap 1MDB.
"Jabatan Peguam Negara mengkaji secara menyeluruh laporan yang disediakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan seperti diumumkan, tiada bukti salah laku ditemui, dan oleh itu mengarahkan kes itu ditutup," katanya.
Mohamed Apandi berkata sebarang cubaan oleh organisasi media untuk mengaitkan kedua-dua siasatan itu adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan bersifat prejudis.
Sementara itu, 1MDB dalam kenyataan hari ini, berkata syarikat itu tidak dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa undang-undang dari luar negara mengenai sebarang perkara yang mempunyai kaitan dengannya.
"1MDB sentiasa komited bekerjasama penuh dengan mana-mana pihak berkuasa sah dan siasatan, tertakluk kepada nasihat daripada pihak berkuasa tempatan yang sah serta sejajar dengan protokol antarabangsa yang mengawal selia perkara seumpama itu," katanya.
- Bernama
At least..ada jawapan..! Ada bunyi..! Soal lepas ni macam mana itu nanti dulu..! Itu kena tunggu skrip baru..! Skrip baru belum tahu..! Tengah haru biru..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tolong La Percaya Kata Kata Pembunuh Ni..!


Puak Pembangkang mahupun sesiapa yang sangsi dengan mengesyakki Najib membunuh Altantuya diharap dapat mengimani kata kata Sirul yang dilaporkan berkata...

Bekas komando polis Sirul Azhar Umar telah bersumpah bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat atau ada kaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
"Saya mengerti apakah kehendak sesetengah pihak ini yang berkepentingan bagi menjatuhkan seseorang. Saya tidak pernah diajar, diasuh untuk memfitnah seseorang.
"Adalah berdosa besar kepada saya jika saya memfitnah seseorang itu, dan saya lafaz di sini, Wallahi, Yang Amat Berhomat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat, tidak ada kaitan dalan kes ini," katanya dalam satu rakaman ringkas.
Walaupun Sirul tidak menyatakan secara khusus apa "kes" yang dia katakannya Najib tidak ada kena mengena dengannya, tetapi dalam konteks video yang lebih awal, ia dilihat seperti merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya.
Video sepanjang 55 saat itu dikatakan video yang ketiga oleh SIrul yang dilihat oleh Malaysiakini melalui sumber tanpa nama.
Ini adalah kali pertama Sirul menamakan seseorang dalam siri video tersebut. [Baca berita penuh]
Sirul tak buat akuan ni pun kita percaya Najib tak bunuh ALtantuya..! Renti ler jaja cerita Najib bunuh Altantuya..!
Cuma persoalan yang merewang dikepala rakyat ialah kenapa Sirul dan Azila bunuh Altantuya? Sedangkan Sirul dan Azila tak kenal pun Altantuya..begitu juga sebaliknya..!
Apakah Sirul & Azila membunuh Altantuya kerana suka suka nak bunuh..! Kalau suka suka buat apa lari keluar..! Balik dan jalani hukuman la..! Bunuh orang tak dosa besar ke rul?
Bagaimana Sirul boleh terlepas ke Australia? mungkin hantu Altantuya yang tolong loloskan diri atau mungkin agent yang sama meloloskan Dato Suboh, Nik Faizal dan 2 ekor cina 1MDB tu..! Jho Low tak perlu kerana dia kebal..!
Berbalik kepada pengakuan pembunuh diatas tu...diharap lepas ni senyap sunyi la cerita Najib bunuh Altantuya kerana memang Najib tak bunuh..! Itu kita percaya..!
Semoga pengakuan pembunuh diatas ni juga dapat menyucikan diri Najib dari sebarang penglibatan yang mengaitkan dirinya dengan perempuan Mongolia tu..!
Tak caya tanya Razak Baginda..! Tanya apa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 30 Januari 2016

Ini Namanya Hembusan Dedak..!


Tindakan puak pemakan dedak dilihat terlalu terdesak@tersedak apabila cuba melagakan Muhyiddin dengan Mukhriz..! Pemakan dedak cuba menggambarkan bahawa Muhyiddin dan Shafie sudah bersekongkol dengan mereka untuk menolak Mukhriz..!

Hakikatnya jika Muhyiddin dan Shafie bersilat sekalipun diatas meja keputusan penjilat@pengampu yang ramai didalam tu tetap akan mengangguk tanda taat dan setia tanpa berbelah bagi kepada maharaja lawak mereka..!

Buat apa buang masa dan tenaga? biarkan luncai terjun dengan labu labunya..! Biarkan..!
Blog pro Datuk Seri Najib Razak, MYKMU.NET mendakwa, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin langsung tidak membantah cadangan pengguguran Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, semalam.
Memetik laporan blog itu, seorang Ahli MT berkata, mesyuarat semalam menerima keputusan untuk menggantikan Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah tanpa bantahan.
“Timbalan Presiden juga tidak membantah walaupun diketahui beliau dan Mukhriz dalam satu kumpulan yang tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri.”
Ahli MT yang tidak dinamakan dalam blog itu mengesahkan Mukhriz tidak dijemput ke mesyuarat kerana salah satu agenda mesyuarat ialah membincangkan kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.
Seorang lagi sekutu rapat Mukhriz, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal tidak hadir dalam mesyuarat semalam.
Sementara itu, tindakan Muhyiddin dan Shafie ini boleh dilihat sebagai satu perubahan dalaman UMNO yang mengukuhkan kedudukan Najib Razak dan melemahkan kem Mahathir Mohamad.
Namun terdapat maklumat, Muhyidddin akur kerana beliau sendiri mengetahui masalah dalam pentadbiran Kedah dan UMNO Kedah di bawah Mukhriz.
Gitulah modus operandi mereka untuk meyakinkan kuda belang yang sedia terhangguk hangguk..! Sedangkan semua rakyat Malaysia tahu dan masih ingat bagaimana Raja Petra ni bersungguh sungguh mengutuk dan mencela Najib dan isterinya satu ketika dulu..!
Sekarang kenapa pulak bertukar?
Lu Fikir La Sendiri!!!

HOT ~ AG Switzerland Syak 1MDB Seleweng 16 Bilion..!


Mungkin 1MDB boleh lakukan SOP yang pernah dibuat oleh sekutunya dahulu dalam isu derma..! pertama diam..! kemudian cari kemungkinan ada salah ejaan dalam pendedahan tersebut..! seterusnya beritahu dunia bahawa 1MDB bukan penyamun..! Tapi ayat yang kalau nak samun simpan duit di luar negara tu jangan pakai..! tak sesuai..!

Kemudian mungkin 1MDB boleh dapatkan peguam selasa..! kerana masih berbaki 6 hari lagi untuk dinamakan bagi tujuan mengacah untuk menyaman AG Swiss..! Mungkin juga 1MDB boleh ajak abang Obama main golf untuk mengajak Amerika menggunakan kuasa mereka membubar, memecat, menggantung dan menggantikan semua yang berkaitan dengan isu ini di Swiss..! Nak ganti dengan Pandi ke?

Sambil tu cai pemakan dedak dah boleh viralkan bahawa dunia sedang bersatu menyerang kabilah mereka..! menyerang negara Islam contoh dll lagi...! Anggap ini semua fitnah terbaru...!

Tak gitu? 

Ketua pendakwa Switzerland berkata semalam bahawa beliau telah secara rasmi meminta bantuan Malaysia berhubung siasatannya terhadap kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang negara itu oleh firma milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pejabat Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata permintaan itu adalah mengenai kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang negara itu yang berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada pegawai asing, dakwaan salah laku di pejabat awam, dakwaan pengubahan wang haram dan dakwaan jenayah salah urus di 1MDB.
Awal minggu ini, Peguam Negara Malaysia telah membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang kesalahan jenayah atau rasuah, dengan mengisytiharkan bahawa AS$681 juta yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya adalah pemberian daripada keluarga diraja Arab Saudi.
1MDB di mana lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Najib, telah diperiksa oleh pihak berkuasa Malaysia yang menyiasat tuduhan salah urus kewangan dan rasuah.
Syarikat tersebut diselubungi kontroversi berkaitan hutangnya sebanyak AS$11 bilion serta dakwaan salah urus kewangan.
Menurut kenyataan Switzerland itu, siasatan Lauber didakwa telah "mendedahkan tanda-tanda serius yang dana telah diselewengkan daripada syarikat milik negara di Malaysia."
Dana-dana tersebut "dikenal pasti untuk pelaburan dalam projek-projek pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia," kata pegawai Switzerland.
Pendakwa Switzerland berkata jumlah yang didakwa diseleweng itu disyaki sekitar AS$4 bilion (RM16.6 bilion).
Beliau berkata sebahagian kecil wang itu telah dipindahkan ke akaun yang dipegang di Switzerland oleh bekas pegawai-pegawai awam Malaysia dan pegawai serta bekas pegawai awam Emiriah Arab Bersatu
Pejabat Peguam Negara Switzerland membuka prosiding jenayah Ogos lepas terhadap dua bekas pegawai 1MDB dan juga "orang-orang yang tidak dikenali."
Kenyataan itu semalam berkata Lauber telah membincangkan kes itu dengan rakan sejawatannya dari Malaysia pada mesyuarat di Zurich pada bulan September. - [Baca berita penuh]
Reuters

Yang nak baca lanjut...

WASHINGTON, Jan 30 — Switzerland’s chief prosecutor said yesterday he has formally asked Malaysia for help with his probe into possible violations of Swiss law by the state-owned fund 1Malaysia Development Berhad (1MDB), saying suspected misappropriations amounted to about US$4 billion.
The office of Swiss Attorney General Michael Lauber said the request pertained to possible violations of Swiss laws related to bribery of foreign officials, misconduct in public office, money laundering and criminal mismanagement at 1MDB.
Earlier this week, Malaysia’s attorney general cleared Prime Minister Datuk Seri Najib Razak of any criminal offences or corruption, declaring that US$681 million deposited into his personal bank account was a gift from Saudi Arabia’s Royal family.
1MDB, whose advisory board is chaired by Najib, was being examined by Malaysian authorities investigating accusations of financial mismanagement and graft. The fund has been dogged by controversy over its US$11 billion debt and alleged financial mismanagement.
The Swiss statement said Lauber’s investigation had already “revealed serious indications that funds have been misappropriated from Malaysian state companies.”
Those funds “would have been earmarked for investment in economic and social development projects in Malaysia,” the Swiss official said.
The Swiss prosecutor said the misappropriated amount was suspected to be around US$4 billion. He said a small portion of the money had been transferred to accounts held in Switzerland by former Malaysian public officials and current and former public officials from the United Arab Emirates.
The statement said the prosecutor wanted legal assistance from Malaysian companies involved to try to find out whether “losses on this scale have been sustained.”
The Swiss Attorney General’s office opened criminal proceedings last August against two former 1MDB officials as well as “persons unknown.” The statement on Friday said Lauber had discussed the case with his Malaysian counterpart at a meeting in Zurich in September.
Sources familiar with the September discussion between the two law enforcement officials said that the Malaysian official strongly urged Lauber to abandon his 1MDB-related investigation.
Malaysia’s anti-graft agency said on Wednesday it will seek a review of a decision by the attorney-general to clear Najib.
1MDB is also under investigation by law enforcement agencies in Hong Kong and the United States, media and other sources have said. — Reuters
Benda salah...makin ditutup makin terdedah..!
Nak saman hari apa ni???

Lu Fikir La Sendiri!!!

Peluang AG Buktikan..!


Berani?

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mesti menjelaskan mengapa beliau tidak membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan penyata bank luar negara yang berkaitan dengan sumbangan RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Panel Penilaian Operasi SPRM, Lim Chee Wee berkata suruhanjaya itu memerlukan persetujuan Apandi dalam permohonan mereka mendapatkan bantuan undang-undang bersama (MLA) bagi memperolehi dokumen-dokumen berkaitan.
"Ini akan membantu melupuskan spekulasi cubaan untuk tutup oleh peguam negara dan derma yang didakwa itu adalah kononnya dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP)," katanya kepada Malaysiakini dalam e-mel hari ini.
Apandi pada Selasa lalu membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion dan isu SRC International.
Menurutnya, oleh kerana tidak ada kesalahan jenayah, maka tidak ada keperluan untuk membuat permintaan bagi mendapatkan MLA untuk tujuan melengkapkan siasatan.
Apandi juga memerintahkan SPRM untuk menghentikan siasatan.
Lim bagaimanapun berkata, peguam negara tidak mempunyai hak untuk membuat arahan sedemikian kerana dari segi undang-undang beliau wajib memberi persetujuan dengan permintaan mendapatkan MLA itu.
"Dari segi undang-undang, AG bersalah untuk mengarahkan SPRM untuk menutup siasatannya. Kuasanya adalah untuk mendakwa.
"SPRM berhak untuk meneruskan siasatan ke atas 1MDB dan bahawa AG mengikut undang-undang wajib memberi bantuannya bagi mereka mendapatkan MLA," katanya.
Lim yang juga adalah bekas presiden Majlis Peguam turut menggesa Apandi untuk menjelaskan mengapa beliau membebaskan Najib daripada sebarang pertuduhan.
Sebagai contoh, penasihat SPRM itu berkata Apandi perlu menjelaskan carta aliran yang dipegang beliau pada sidang akhbar Selasa lalu dan memberikan butir-butir sumbangan yang didakwa telah dipulangkan.
Lim juga mempertikaikan bahawa keputusan peguam negara itu tidak boleh dicabar.
"Keputusan peguam negara untuk mendakwa atau tidak boleh dicabar oleh mana-mana pembayar cukai di mana-mana mahkamah atau juga dipersoalkan oleh sesiapa sahaja di mana-mana ruang tamu, bilik mesyuarat, bilik lembaga, atau kedai kopi.
"AG tidak mempunyai budi bicara mutlak dalam kuasa pendakwaan. Ini adalah kedudukan undang-undang di Malaysia, Singapura dan United Kingdom," katanya.
Lim memberi jaminan kepada Apandi bahawa sekiranya beliau memegangan amanah sumpah jawatannya, beliau akan mendapat sokongan padu daripada rakyat jelata.
Dunia akhir zaman..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Pengampu At Work..!


Baru terhantuk kepala..itu sebab dah 5 bulan berlalu baru teringat..! kesian cai..!
Dedak..dedak..! burrllppp..!

Ketua Umno Tanjung Malim Khusairi Talib menafikan beliau berkata “yakin wang RM2.6b telah dibelanjakan sepenuhnya untuk Umno”, seperti disebar meluas di Internet.
“Sebenarnya apa yang saya katakan adalah tidak mustahil wang itu telah dibelanjakan untuk kempen BN menghadapi PRU13 berdasarkan sikap amanah (Datuk Seri) Najib (Razak) menunaikan tanggungjawab yang dipikul,” katanya.
Kenyataan beliau itu dimuat naik kembali ke laman pro-BN MYKMUhari ini.
Ia dibuat setelah petikan yang didakwa disalah petik itu digandingkan bersama kenyataan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali bahawa Najib memulangkan AS$620 (RM2.03 bilion) daripada AS681 (RM2.08 bilion) kepada keluarga diraja Saudi.
Kapsyen bertulis “Mana satu bohong?” juga ditulis bersama-sama kenyataan itu.
Penafian Khusairi hari ini bagaimanapun dibuat selepas kira-kira lima bulan selepas bercakap dengan pemberita melalui telefon pada 15 Ogos tahun lalu.
Amanah???
Lu Fikir La Sendiri!!!

Jumaat, 29 Januari 2016

Penjilat At Work..!


Dedak...dedak..! burrllppp...!

Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Aziz Kaprawi berkata baki daripada sumbangan RM2.6 bilion keluarga diraja Saudi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digunakan dalam pilihan raya umum lalu.
Bercakap dalam sebuah acara keselamatan jalan raya di ibu negara pagi ini, beliau justeru berkata tidak melihat sebarang isu berkaitan langkah itu.
Beliau diminta mengulas berkaitan penggunaan baki AS$61 juta daripada AS$681 yang diterima Najib.
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali sebelum ini berkata Najib memulangkan AS$620 juta yang tidak diguna pakai.
Apandi bagaimanapun tidak menjelaskan berkaitan baki wang sumbangan politik itu.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Lelong Ajer Negara Ni..!


Kera dihutan di susukan..!

7 - Kerajaan terus perkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan kpd 2 kategori, tdk trmasuk pmbantu rumah asing -Krjn laksana Prog Penggajian & Penempatan Semula PATI, beri peluang kpd PATI yg bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah.


Antara 11 perkara yang diumumkan semalam..! Nak komen bab ni jer..perkara ke 7.

Masuk bekerja ke dalam negara secara haram..! Duduk menikmati hidup didalam negara secara haram..! Mengecapi segala kemudahan yang rakyat miliki..! Duit gaji di salur keluar ke negara asal..! Pengaliran bilion ringgit setahun..!

Tup tup..! kerajaan beri pengesahan..! 
Kenapa tak tangkap dan halau balik..! 
Rakyat asing dalam negara pun dah mencecah lebih 4 juta orang..!

Denda dan penjarakan majikan yang menggaji mereka secara haram..! Jangan reti serbu kontraktor projek sahaja..! Ada antara kontraktor yang berpakat dengan pihak penguatkuasa menyerbu pekerja asing mereka supaya kontraktor tidak perlu membayar gaji mereka..! Jenis kontaktor macam ni perlu dikenakan tindakan tegas..! Penguatkuasa yang bersubahat juga perlu diambil tindakan..!

Di Kl sahaja, Kalau pihak berkuasa mahu serbu setiap bangunan dari Sentul hingga ke Bukit Bintang pasti tak cukup satu stadium bukit jalil..!

Khabarnya ada pihak yang bakal mengaut keuntungan beratus juta ringgit hasil 'penghalalan PATI' ni..!


Kalau duit jadi taruhan...tak payah cerita bab lain la..!


lelong jer negara ni..! Senang..!!!


Lu Fikir La Sendiri!!!

AG ~ Air Terus Meleleh..!


Butakan mata, pekakkan telinga, bungkamkan mulut..! Senang kerja..! Monyet pun reti buat rupanya..!

Apabila sesuatu persoalan dijawab tidak tuntas..! penuh dengan keraguan maka ianya akan terus mengundang persoalan demi persoalan..!

Akibatnya...air akan terus mengalir dan meleleh..!

Panel Penilaian Operasi (PPO) dan panel khas SPRM mahu Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberi penjelasan kepada orang ramai mengapa beliau tidak memberi tekanan untuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang juga jurucakap bagi panel khas itu berkata, ia membantu orang ramai untuk memahami sebab di sebalik keputusan Apandi.
"Kami rasa terdapat perkara tertentu mereka (orang awam) mahu tahu mengapa kes itu ditutup," kata Musa dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah, yang juga penasihat SPRM menambah, perkara itu dapat membantu menghilangkan salah faham di kalangan orang ramai.
"Beliau (Apandi) berhutang penjelasan dengan orang ramai untuk menunjukkan bahawa keputusannya tidak arbitarary atau (dibuat) dengan niat jahat," kata Noor.
Sebelum itu, Musa berkata, panel terbabit menasihatkan badan anti rasuah itu supaya melibatkan diri dengan Apandi.
"Panel mengambil perhatian terhadap keputusan baru-baru ini oleh peguam negara berkaitan dengan RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd (kes RM42 juta) yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kedua-dua panel menasihatkan SPRM untuk melibatkan diri dengan peguam negara mengenai keputusan itu," kata beliau dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan selepas pertemuan selama hampir lima jam.
Menurut kenyataan yang disertakan, PPO terdiri daripada mereka yang dilantik perdana menteri untuk meneliti laporan daripada SPRM berhubung keputusan mengenai kertas siasatan yang dibuat AG dan mengemukakan pandangan mengenai tindakan ke atas kes-kes di mana tiada pendakwaan dilakukan.
Manakala panel bebas khas ini terdiri daripada lima ahli, yang merupakan anggota tiga daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.
Panel ini ditubuhkan atas syor jawatankuasa khas mengenai rasuah dipengerusikan oleh presiden Senat Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang.
Selasa lalu, Apandi membersihkan nama perdana menteri berhubung derma RM2.6 bilion yang diterimanya dan kes berkaitan RM42 juta SRC International Sdn Bhd serta mengarahkan SPRM menutup kes tersebut.
Ditambah lagi...
Tidak ada seorang peguam negara yang berani mendakwa seorang perdana menteri, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.
Bercakap secara umum, Mohd Noor yang juga seorang pakar perlembagaan, berkata ini kerana peguam negara yang mengerakkan sebarang tindakan ke atas perdana menteri pasi akan disingkirkan terlebih dahulu.
"Tidak ada peguam negara akan dakwa perdana menteri kerana beliau boleh bertindak balas dengan menasihati Agong untuk memecat peguam negara," kata Mohd Noor pada satu sidang media di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya hari ini.
Katanya, perlembagaan telah dipinda semasa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perdana menteri dengan memastikan yang di-Pertuan Agong perlu mengikut nasihat perdana menteri.
Kenyataan Mohd Noor itu dibuat dua hari selepas Tan Sri Mohamed Apandi Ali selaku peguam negara mengumumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan didakwa berhubung siasatan kes SRC International dan isu ‘derma’ RM2.6 bilion.
Apandi berkata keputusannya tidak boleh dicabar kerana perlembagaan persekutuan memberikannya budi bicara mutlak berhubung keputusan untuk mendakwa.
Bagaimanapun, Mohd Nor yang juga adalah penasihat panel SPRM berkata secara peribadi beliau tidak bersetuju bahawa kuasa mendakwa peguam negara adalah mutlak.
"Sebagai AG kuasa anda tidak mutlak. Anda boleh membuat keputusan, tetapi anda perlu bertanggungjawab kepada orang ramai," katanya.
Bekas hakim itu berkata peguam negara juga boleh dibawa ke mahkamah jika beliau bertindak dengan niat jahat.
Bagaimanapun, Mohd Noor percaya Apandi tidak bertindak di luar batasannya dan yakin peguam negara telah mengkaji kertas siasatan SPRM dengan teliti.
Katanya, Apandi seharusnya membenarkan SPRM untuk meneruskan siasatan sehingga mereka benar-benar boleh menutup kes itu.
"Apabila beliau mengarahkan kes itu ditutup dan tidak diteruskan, peguam negara melampaui kuasanya sedikit," kata Mohd sambil menambah bahawa tugas peguam negara adalah untuk mendakwa dan bukannya menyiasat.
Nak empang macam mana lagi..! Empang dah lama pecah dah..!
Bangkai walau ditutup dengan sutera emas tetap berbau..!
Sebab tu monyet kat atas tak tutup hidung..! Kenapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Amerika Akan Bantu Wilayah Jajahannya..!


Jangan khuatir...tuan akan menolong hambanya..!

Ahli Parlimen (BN-Semporna), Datuk Seri Shafie Apdal hari ini membangkitkan soalan kepada Dewan Rakyat susulan perancangan Malaysia menyertai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Menurutnya, Malaysia perlu mengambil iktibar sebaiknya terhadap kemelut ekonomi yang berlaku terhadap Jepun dan China, mutakhir ini.

"Apa akan berlaku kalau ekonomi Amerika Syarikat (AS) jatuh? Kita mesti tolong AS kerana kita sebahagian daripada mereka. Tapi apa akan berlaku kalau ekonomi Malaysia jatuh? Adakah mereka akan tolong kita?

"Ini antara yang kita perlu lihat dan pastikan supaya perdagangan ini dapat ditimbang...bukan bererti saya menolak bahawa perdagangan ini memang baik," katanya ketika mengakhiri hujahnya membahaskan usul berkaitan TPP, di sini, hari ini.

Ucapan penutup Syafie itu disambut sorakan ahli-ahli Parlimen dipercayai dari barisan pembangkang.

Pembahas seterusnya, Ahli Parlimen (Amanah-Kuala Krai), Mohd Hatta Ramli pada awal ucapannya sempat memuji ucapan penutup Syafie itu.

"Saya teruja dengan 'closing remark' daripada Semporna tadi. Memang sempurnalah. Mungkin kita boleh harap satu undi dari Semporna," katanya.

Sebelum ini, Shafie ada menyentuh soal pindaan akta yang perlu dilakukan Malaysia demi TPP.

"Saya sedar dan tahu usul ini bukan hanya membabitkan pindaan akta tetapi perubahan 
struktur fundamental. Kita perlu melihat secara mendalam.

"Tidak bererti apabila saya membangkitkan persoalan-persoalan ini, saya menidakkan...saya menyokong. Tidak," katanya.

Tegasnya, kerajaan perlu memastikan rakyat sudah bersedia berdepan persaingan termasuk dari kalangan peniaga dan kerajaan-kerajaan negeri bukan hanya menumpu kepada perubahan struktur perundangan.

"Apakah langkah-langkah untuk memastikan keupayaan kita untuk memantapkan, supaya peniaga-peniaga kita bukan hanya dari segi tenaga kerja, modal tapi juga untuk pastikan mereka mempunyai akses untuk dipasarkan.

"Kita nak cakap tentang pasaran yang lebih besar. Tapi berapa pasti kita mampu menawan pasaran itu dengan adanya batasan keupayaan kita?," katanya.

Katanya, negara perlu mempunyai jaminan terhadap penyertaan ekonomi Bumiputera dan orang Melayu dalam TPP.

"Kalau tidak ada jaminan, apa akibatnya?," tanyanya.


Asalkan amerika tak kacau, heboh dan mengambil tindakan dalam isu 1MDB, SRC dan yang sewaktu dengannya maka apa jua yang diarahkan pasti akan disokong dan didokong..! Tak gitu?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Bagi Muka Lagi..!


Pensyarah dan penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menasihatkan masyarakat Cina agar tidak terlalu banyak kerenah dalam isu sekolah aliran Cina.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan pimpinan orang Melayu terlalu banyak bertoleransi kepada sekolah berkenaan yang tidak pernah ada di negara lain kecuali Malaysia.

Dengan mengambil contoh isu guru Melayu yang ‘diserang’ oleh bapa murid ultra kiasu di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di Mersing baru-baru ini, Ridhuan berkata insiden itu patut membuka mata semua pihak.

“Apakah ia tidak rasis, apabila guru besar ultra kiasu tersebut meminta guru berkenaan meletakkan jawatan dan meminta Pejabat Pendidikan Daerah supaya memindahkan guru berbangsa Melayu daripada berada di sana. Alasannya, guru Melayu tidak layak mengajar di sekolah Cina. Tidak kompeten, malas dan tidak memberi kerjasama.

“Saya tidak menuduh semua SJKC sebegitu, tetapi bagi sesiapa yang mengkaji dan mengikut perkembangan SJKC, persepsi sebegini memang suatu yang lumrah dalam kalangan mereka yang ultra kiasu,” kata Ridhuan Tee menerusi kolumnya di Sinar Harian hari ini.

Beliau turut berharap Kementerian Pendidikan (KPM) bertindak tegas dalam isu berkenaan kerana pertamanya ia akan meracuni pemikiran murid menjadi rasis dan guru Melayu yang ditindas itu sepatutnya dikekalkan, bukannya ditukar.


sumber

Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 28 Januari 2016

Makin Tutup...Makin Terselak..!


Makin kuat nak menutup, makin kuat pulak selaknya..!

ermmmmmmmmmmmmmm
Ahmad Zuber added 4 new photos — with Yus Ishak.
23 hrs
KAIN SARUNG SINGKAT
Nak tutup yang atas, terdedah pula yang bawah... 
Ketika sesi sidang media Peguam Negara mengarahkan SPRM menutup kes SRC dan RM2.6 bilion, secara tak sengaja beliau telah mempamerkan sehelai dokumen (carta alir) yang disediakan oleh SPRM menunjukkan transaksi yang tidak pernah ditimbulkan sebelum ini.
Yang hendak ditutup ialah siasatan berkaitan RM42juta SRC dan RM2.6 bilion tetapi secara tak sengaja, AG pamerkan pula transaksi RM33 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang disalurkan melalui beberapa buah syarikat, masuk ke akaun peribadi Najib yang tidak pernah diwar-warkan sebelum ini.. 
Selalunya, 'whistle blowers' yang bocorkan maklumat, tapi kali ini AG Apendi Ali sendiri yang dedahkan di khalayak ramai dokumen siasatan SPRM!
Dokumen transaksi RM33 juta berkenaan sekali gus telah MEMBUKTI dan MENGSAHKAN bahawa memang betul terdapat perbelanjaan mewah lebih RM3 juta menggunakan kad kredit Visa dan Mastercard pada bulan Ogos 2014. Wang KWAP milik awam (bukan derma Tok Arab) digunakan untuk shopping sakan sekeluarga.. Tak salah juga ke?
Selain itu, terdedah pula transaksi sebanyak RM23,520,810 yang telah dipindahkan kepada 17 akaun penerima... Siapakah mereka-mereka yang menjadi penerima bertuah ini? 
Sebab itu, kita melihat SPRM amat bertegas mahu mendakwa Najib namun telah digagalkan oleh AG Apendi Ali. Dengan terdedahnya dokumen ini secara tidak sengaja, pasti Rakyat sudah mendapat bukti yang jelas memang ada kes untuk mendakwa Najib dan dibicarakan. 
Syukur atas pertolongan Allah yang tidak disangka-sangka. Jika mereka masih mahu berterusan mencabar kekuasaan Allah, silakan....
Sekadar berkongsi info kerana isu ini sudah mula diperkatakan di luar sana.
------------------------
Sehebat mana perancangan manusia, tidak akan mampu mengatasi perancangan Allah SWT. Langsung tiada rasa malu atau takut kepada kekuasaan Allah Azza Wajalla yang dapat memberikan balasan pada bila-bila masa yang Dia kehendaki.
Innahum yakii dunakaidan wa'akiiduukaida (Sesungguhnya mereka membuat perancangan (tipu daya) dan Allah membuat perancangan (tipu daya juga.))
Nak cover apa pulak lepas ni???

Lu Fikir La Sendiri!!!