Ahad, 10 Januari 2016

Kita Pun Tak Ingin..!


Kalau dengan Stopa...semua pakat lari..!

PAS hari ini menegaskan tiada kerjasama politik yang akan dijalin dengan Umno sekalipun pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata ketetapan itu seiring keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini yang tiada kerjasama melibatkan aspek politik dengan Umno.
"Hingga pilihan raya akan datang, takkan ada kerjasama politik dengan Umno," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat mengenai perkara itu di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melewar, di Kuala Lumpur.
Majlis taklimat itu turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan pimpinan tertinggi PAS lain.

Pinggan tak retak, nasi tak dingin..! 
Orang tak hendak..! Kita pun tak hingginnn..!

Sebabnya???

Lu Fikir La Sendiri!!!



8 ulasan:

  1. Ego dan bebal sungguh ore PAS ni....ego bangang tak bertempat ore PAS.....grmbar jantan paling sexist dari PAS mengambarkan segala galanya pasal PAS...klu ada hudud di Mesia dah lama kontot totey stopa tu....kikiki...totey basah adun selinsing pun tenggelam dlm banjir di kelantan...ahakss

    BalasPadam
  2. Dalam pemikiran kepala otak pimpinan PAS samada yang mengaku Tok Guru, Ustaz, Ulamak, Ustazah bagai tu, mereka boleh bertahaluf siyasi dengan sesiapa sahaja termasuk syaitan kecuali dengan UMNO, inilah pemikian Khawarij yang begitu menebal dalam jiwa sanubaru puak PAS selama ini.

    Oleh itu, UMNO tak perlulah nak berkawan rapat sangat dengan golongan macam ini kerana pemikiran ekstrim puak PAS itu boleh merosakkan UMNO jika terlebih rapat sangat, nak kawan sembang-sembang tu bolehlah, sebab bersilaturahim, tapi nak kawan lebih-lebih sangat tu tak payahlah, mentaliti puak PAS ni tak boleh pakai, agama pun sanggup dipolitikkan, kononnya perjuangan Islam, tetapi mengejar undi pilihanraya dengan memperalatkan agama.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  3. Kalau DAP rujuk semula dgn PAS..lebai lebai PAS akan terima dgn hati terbuka..percayalah.....

    BalasPadam
  4. ALLAHUAKBAR...SEGALANYA KITA BERSERAH PADA ALLAH JUA... SEBAGAI UMAT MUHAMMAD S.A.W. DI AKHIR ZAMAN NI, KITA TELAH BERUSAHA UTK PENYATUAN UMMAH DI MALAYSIA....JIKA ITU YANG PAS MAHU, KITA UMAT ISLAM YANG LAIN MENERIMA DAN REDHA KETENTUAN KEHENDAKAN ALLAH.

    BalasPadam
  5. dan next PRU bukan shj PASbaghal yg akan tenggelam mampus disebabkan kebaghalan pemimpin2 mereka... UMNOngok pun jg akan hanyut lemas dibawa air deras 1MDB... tp tak apa... pemimpin2 kedua-dua kenderaan kekayaan ini akan tetap hidup senang lenang serta mewah sampai ke anak cucu... kita rakyat marhaen ni saja yang akan terus menanggung kesusahan sampai ke mati...

    BalasPadam
  6. Setuju umno Dan pas bergabung dengan syarat Najib Dan kroni2nya tiada dalam pucuk persukutuan ini

    BalasPadam
  7. Setuju umno Dan pas bergabung kerana yang penting membela nasib rakyat dengan agenda utama adalah memperkasa,mempertabatkan alif ba ta Dan kepentingan kaum
    bumiputra.

    Malahan parti Dan organisation lain juga dijemput menyertainya asalkan tidak melibatkan parti dap Dan anwaribrahim serta sekutunya.

    Majoriti rakyat Tiada siapa inginkan Najib sebagai pemimpin, begitu juga dengan Tun mahathir.

    APA yang rakyat inginkan adalah pemimpin yang cekap mentadbir, bebas rasuah, peribadi yang bersih Dan amanah dalam memimpin rakyat serta mendokong ideologi kehendak majoriti rakyat iaitu kaum bumiputra.

    BalasPadam
  8. Betul kata Admin,Yang menggila nak nikah dgn PAS ialah Najib and the gang nya demi nak menyelamat kan tengkok mereka .Rata rata ahli umno tak bersetuju.UMNO tak perlu pada parti PAS yg sebenar nya bukan sekuat mana .Bayang kan pada pru 13 dalam keadaan di Bantu DAP mereka cuma menang 20 kerusi ,manakala umno dalam keadaan di lanyak kiri Dan kanan mampu menang 88 kerusi.Jika umno nak menang lebih besar lagi dua kepala kuman Najib Dan zahid perlu disingkir.

    BalasPadam