Rakyat tak payah keluh kesah..! tak payah merungut..!
Sebelum GST Mad Maslan kata harga barang akan turun selepas laksana GST dan semalam Mad Maslan berkata bahawa kos hidup tidak akan turun kerana ianya adalah hakikat dunia..! boleh baca di sini.
Itu kerana Mad Maslan adalah pemimpin..! Pemimpin boleh kata apa sahaja yang mereka suka..! Jadi rakyat kena terima ler..!
Siapa suruh jadi rakyat..!
KUALA TERENGGANU – Lebih sebulan lagi, masyarakat Tionghoa, akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina, namun kerisauan mulai dirasai para pengguna sekiranya barang keperluan akan naik mendadak pada musim perayaan tiba.
Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, bawang putih naik RM1 menjadi RM9 sekilogram sejak kelmarin, berbanding sebelum ini dijual RM8 sekilogram di Pasar Besar Kedai Payang.
Situasi itu, mula menimbulkan kerisauan kepada pengguna dan juga peniaga sendiri kerana dikhuatiri kemungkinan berlaku juga kenaikan barangan keperluan yang lain selepas ini.
Seorang peniaga, Rohana Yahya, 40, berkata, dua hari lalu dia masih menjual bawang putih dengan harga RM8 sekilogram, namun pembekal mula menaikkan harga menyebabkan kini ia dijual RM9 sekilogram.
“Apabila pembekal menaikkan harga, kita juga terpaksa naik. Namun ada juga kalangan peniaga yang telah menaikkan harga sejak seminggu lalu. Cuma, harapan kita pengguna tidak menyalahkan peniaga dalam situasi yang berlaku ini,” katanya semasa ditemui Sinar Harian, kelmarin.
Sementara itu, peniaga kedai makan, Azlia Ramli, 40, terkejut apabila berlaku kenaikan harga bawang putih, dan dia memaklumkan kali terakhir membeli stok bawang itu beberapa minggu lepas di sebuah pasar raya.
“Walaupun harga naik, tetap kena beli juga jika stok yang ada habis nanti. Cuma harap, tidak lagi naik dan tidak ada juga barang lain naik selepas ini,” katanya.
Sementara itu, seorang pembekal Chua, 30, menolak tanggapan kenaikan harga bawang putih disebabkan musim perayaan sebaliknya, disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
Menurutnya, bawang putih yang dibekalkan adalah diimport dari Negara China dan hanya setahun sekali mengeluarkan hasilnya.
“Bagi memastikan bekalan sentiasa ada dan mencukupi, bawang tersebut disimpan di tempat simpanan khas bagi mengelak rosak dan sebagainya. Apabila kos penyimpanan meningkat, menyebabkan harga terpaksa dinaikkan.
“Kejatuhan nilai matawang ringgit juga sedikit sebanyak mendorong berlaku kenaikan memandangkan barangan tersebut diimport. Namun, keadaan dijangka akan pulih, harga kembali stabil selepas ini,” katanya.
Menurutnya, pihaknya juga tidak boleh menaikkan harga barang keperluan sewenang-wenangnya terutama menjelang musim perayaan kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sentiasa membuat pemantauan dan pastinya skim kawalan harga musim perayaan akan dilancar.
Betul seperti dikata bahawa zaman Kerajaan tahu semua telah berakhir kerana nampaknya hari ini seperti zaman kerajaan tak reti apa apa..! Seakan sudah tidak boleh diharap..!
Nak harap siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!
Hahaha...sekarang nii kerajaan sibuk meyakinkan rakyat tentang TPPA..kononnya harga brg turun selepas kerajaan tandatangani tppa...lagi cuban bodoh kn rakyat..ProOO00ootTt
BalasPadamNak harap siapa ?
BalasPadamJawapannya senang sahaja.
Jumpa konsortium ARAB lah . Nasib baik dapat S2.6 billion . WOW.
Kalau dapat bawang putih boleh bagi percuma.
jawapan haramjadah,bagi nama lekas
PadamAda mamat kata gst menyelamat ekonomi negara...
BalasPadamNak tanya je...sape perosaknya sampai perlu selamatkan ekonomi negara?
Hehehe