Sabtu, 30 Januari 2016

Peluang AG Buktikan..!


Berani?

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mesti menjelaskan mengapa beliau tidak membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan penyata bank luar negara yang berkaitan dengan sumbangan RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Panel Penilaian Operasi SPRM, Lim Chee Wee berkata suruhanjaya itu memerlukan persetujuan Apandi dalam permohonan mereka mendapatkan bantuan undang-undang bersama (MLA) bagi memperolehi dokumen-dokumen berkaitan.
"Ini akan membantu melupuskan spekulasi cubaan untuk tutup oleh peguam negara dan derma yang didakwa itu adalah kononnya dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP)," katanya kepada Malaysiakini dalam e-mel hari ini.
Apandi pada Selasa lalu membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion dan isu SRC International.
Menurutnya, oleh kerana tidak ada kesalahan jenayah, maka tidak ada keperluan untuk membuat permintaan bagi mendapatkan MLA untuk tujuan melengkapkan siasatan.
Apandi juga memerintahkan SPRM untuk menghentikan siasatan.
Lim bagaimanapun berkata, peguam negara tidak mempunyai hak untuk membuat arahan sedemikian kerana dari segi undang-undang beliau wajib memberi persetujuan dengan permintaan mendapatkan MLA itu.
"Dari segi undang-undang, AG bersalah untuk mengarahkan SPRM untuk menutup siasatannya. Kuasanya adalah untuk mendakwa.
"SPRM berhak untuk meneruskan siasatan ke atas 1MDB dan bahawa AG mengikut undang-undang wajib memberi bantuannya bagi mereka mendapatkan MLA," katanya.
Lim yang juga adalah bekas presiden Majlis Peguam turut menggesa Apandi untuk menjelaskan mengapa beliau membebaskan Najib daripada sebarang pertuduhan.
Sebagai contoh, penasihat SPRM itu berkata Apandi perlu menjelaskan carta aliran yang dipegang beliau pada sidang akhbar Selasa lalu dan memberikan butir-butir sumbangan yang didakwa telah dipulangkan.
Lim juga mempertikaikan bahawa keputusan peguam negara itu tidak boleh dicabar.
"Keputusan peguam negara untuk mendakwa atau tidak boleh dicabar oleh mana-mana pembayar cukai di mana-mana mahkamah atau juga dipersoalkan oleh sesiapa sahaja di mana-mana ruang tamu, bilik mesyuarat, bilik lembaga, atau kedai kopi.
"AG tidak mempunyai budi bicara mutlak dalam kuasa pendakwaan. Ini adalah kedudukan undang-undang di Malaysia, Singapura dan United Kingdom," katanya.
Lim memberi jaminan kepada Apandi bahawa sekiranya beliau memegangan amanah sumpah jawatannya, beliau akan mendapat sokongan padu daripada rakyat jelata.
Dunia akhir zaman..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

11 ulasan:

  1. Hasil siasatan Swiss AG kata ada rm16.8 billion duit 1mdb yg dimasukkan ke bank swiss dari msia dan saudi. Ini duit rakyat. Kenapa dibawa lari sampai ke swiss? Masih nak kata ini derma?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Ini dia link ke laporan berita berkenaan:

      http://www.wsj.com/articles/swiss-probe-of-malaysias-1mdb-puts-falcon-bank-in-spotlight-1449124385

      http://www.wsj.com/articles/swiss-suspect-4-billion-misappropriated-by-malaysian-state-companies-1454106567

      Bila Najib nak saman WSJ ni, bukan setakat isu RM 2.6 bilion itu saja, kini dah ada isu $4 billion a.k.a RM 16.8 billion pula.

      WSJ tengah mencabar Najib, di manakah 'kependekaran' Najib yang kononnya keturunan pahlawan bugis yagn berjiwa besar sangat tu?

      Perkara ini perlu penjelasan, baru saja nak tutup isu RM 2.6 bilion dengan penipuan, ini dah terbongkar penyelewengan yang lebih besar dari pada itu pula.

      Kebenaran akan terdedah juga. Kebenaran tetap akan menang jua.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  2. Kuala Lumpur - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mempertikaikan atau mencabar keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada sebarang pertuduhan.


    Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata langkah merujuk keputusan Peguam Negara kepada Panel Penilaian Operasi SPRM merupakan prosedur operasi standard (SOP) untuk menutup mana-mana kes.


    "Demi kejelasan, kuasa menurut budi bicara Peguam Negara mencakupi semua prosiding jenayah diperuntukkan kepada beliau mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. Kuasa ini adalah bersifat mutlak tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak," katanya dalam kenyataan hari ini.


    Beliau merujuk kepada laporan media hari ini yang mendakwa bahawa kakitangan SPRM telah memberi taklimat tanpa kebenaran kepada media dan membuat pelbagai dakwaan.


    "Saya ingin menjelaskan - jika ini benar, ia tidak akan dibiarkan dan tindakan akan diambil. Saya mengarahkan supaya laporan polis dibuat supaya siasatan secara bebas dapat dijalankan mengenai perkara ini," katanya.


    Abu Kassim menegaskan bahawa pegawai SPRM mesti mendukung standard etika paling tinggi dan bertanggungjawab kepada sumpah jawatan yang mereka lafazkan.


    "Justeru, tiada apa-apa kenyataan oleh mana-mana individu harus dianggap oleh media sebagai pendirian rasmi SPRM terhadap kes-kes ini kecuali ia telah dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Strategik rasmi SPRM selepas mendapat kelulusan saya," kata beliau.


    Pada Selasa lepas, Peguam Negara membersihkan Najib daripada sebarang salah laku jenayah berkaitan isu dana RM2.6 bilion dan SRC International.


    Sumber

    - See more at: http://pahang-ku.blogspot.my/2016/01/sprm-tidak-pertikai-keputusan-peguam.html#sthash.AtQkDaT1.dpuf

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu menjawab persoalan-persoalan di bawah ini sebelum membuat keputusan tidak mendakwa suspek dan menutup kes ini:

      Adakah Najib buat permohonan kepada bank negara untuk pulangkan wang RM 2.03 bilion itu kepada keluarga diraja Arab Saudi itu melalui Bank Negara?

      Adakah Bank Negara meluluskan permohonan Najib nak pulangkan balik wang RM 2.03 bilion itu kepada keluarga diraja Arab Saudi itu.

      Sebabnya sebarang transaksi wang melibatkan RM 50 juta perlu mendapatkan kebenaran dari Bank Negara terlebih dahulu.

      Malahan pasal apa Apandi Ali pandai-pandai nak tutup kes ini sedangkan kes RM 2.6 bilion itu tidak lagi dapat diselesaikan kerana saksi di luar negara tidak dapat ditemubual lagi, malahan dokumen di luar negara tidak dapat diperolehi untuk disiasat, sebab itulah SPRM minta Peguam Negara tolong aturkan Mutual Legal Assistance (MLA) untuk mendapatkan kebenaran negara-negara terlibat bagi menemubual saksi di luar negara dan mendapatkan dokumen di luar negara untuk tujuan siasatan, tapi pasal apa Apandi Ali tolak permohonan SPRM ini dan terus suruh SPRM tutup kes ini?

      Kemudian dalam isu SRC International melibatkan wang RM 42 juta milik SRC International yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib, Peguam Negara mengabaikan proses kemasukan wang berkenaan dari SRC International ke dalam akaun peribadi Najib, apakah proses itu tidak melibatkan unsur-unsur jenayah?

      Siapakah yang mengarahkan wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib?

      Atas keputusan apakah wang itu diarahkan untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib?

      Siapakah yang memasukkan wang itu ke dalam akaun peribadi Najib?

      Untuk tujuan apakah wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib?

      Apakah SRC International dan Kementerian Kewangan sebagai induk SRC International tidak pernah tahu pasal penyaluran RM 42 juta itu ke dalam akaun Najib? Apakah selama ini tak pernah ada audit terhadap pengurusan kewangan SRC International ke?

      Sila beri hujah untuk menjawab persoalan saya ini, tak payahlan nak tuduh saya fitnah dan itu serta ini, sila jawab persoalan saya ini untuk buktikan kononnya saya fitnah dalam komen-komen saya.

      Sila beri penjelasan.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Untuk makluman Keris Berayon juga, Artikel 145 (3) mengenai kuasa Peguam Negara itu tidak bermakna bahawa Peguam Negara boleh suka-suka hati untuk mendakwa dan memberhentikan prosiding pendakwaan tanpa sebarang sebab yang munabasah. Malahan dari segi prinsip tugas dan tanggungjawab serta amanah tugas semasa seseorang Peguam Negara mengangkat sumpah memegang jawatan itu, apa yang diperbuatan menggunakan kuasa yang ada adalah untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang, keluhuran perlembagaan dan demi kepentingan agama, negara, dan rakyat.

      Oleh itu, jangan sesekali mempergunakan artikel 145 (3) untuk mengelirukan rakyat, sebab kalau Peguam Negara boleh bertindak sesuka hatinya, lebih baik tak payah ada undang-undang dan lantiklah hatta penyamun pun menjadi Peguam Negara.

      Oleh itu, kepada ahli-ahli politik seperti Azalina dan Zahid Hamidi, serta pecacai Najib seperti Keris Berayon ini, bila nak komen tu berfikirlah guna akal, bukannya kebodohan digunakan sebagai fikiran pula.

      Negara ini ada undang-undang, dan undang-undang ini berteraskan keadilan untuk negara dan rakyat, maka ikutlah apa yang sepatutnya dibuat.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  3. Hanya di malaysia apabila orang yg menyiasat akan diambil tindakan dan yg membuat jenayah dilepaskan.
    Setiap negara commonwealth hanya memberi kuasa kepada para hakim untuk menjatuhkan salah atau tidak.

    BalasPadam
  4. Aku heranlah kenapa blogger umno diam menikus tak ulas pun tentang duit hampir RM17 billiun di Swiss Bank. Simpan duit di Swiss untuk siapa? Rakyat kat Malaysia ramai yang susah....harga barang naik, tol naik, tambang naik, gst lg. Barang keperluan semua kena bayar gst. Rakyat disuruh berjimat macam2 cara bodoh.

    Yang paling aku marah tu Swiss kata itu duit public fund, duit rakyat Malaysia. Korang yang sokong perbuatan zalim ni, korang jawab nanti di padang mashar. Aku doa kat dunia lagi Allah turunkan azab untuk korang....amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabar bang...dorang tengah berusaha keras tu memikirkan idea terbaik bagi menjawab persoalan tu...ingatkan da blh rilek lepas pandi tak mau teruskan pendakwaan..tetiba org swiss plak suda mau bukak crita ...itu hari nama raja abdullah kena petik sebagai penderma..ni kali mungkin King kong kut yang bagi derma...

      nek tempoyak...oo nek tempoyak ..mana kau...prettt..troottt

      Padam
    2. Jgn terperanjat kalau keluar statement ini semua kerja TUN bersengkokol dgn pihak luar untuk menjatuhkan najib yang suci sesucinya.

      Padam
  5. Hahaha....makin ditutup makin terlondeh pekung busuk satu dunia tau betapa teruknya malaysia yg kononnya sebuah negara islam...

    busuk melepasi lautan ke monggolia..

    BalasPadam