Sabtu, 30 Januari 2016

Pengampu At Work..!


Baru terhantuk kepala..itu sebab dah 5 bulan berlalu baru teringat..! kesian cai..!
Dedak..dedak..! burrllppp..!

Ketua Umno Tanjung Malim Khusairi Talib menafikan beliau berkata “yakin wang RM2.6b telah dibelanjakan sepenuhnya untuk Umno”, seperti disebar meluas di Internet.
“Sebenarnya apa yang saya katakan adalah tidak mustahil wang itu telah dibelanjakan untuk kempen BN menghadapi PRU13 berdasarkan sikap amanah (Datuk Seri) Najib (Razak) menunaikan tanggungjawab yang dipikul,” katanya.
Kenyataan beliau itu dimuat naik kembali ke laman pro-BN MYKMUhari ini.
Ia dibuat setelah petikan yang didakwa disalah petik itu digandingkan bersama kenyataan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali bahawa Najib memulangkan AS$620 (RM2.03 bilion) daripada AS681 (RM2.08 bilion) kepada keluarga diraja Saudi.
Kapsyen bertulis “Mana satu bohong?” juga ditulis bersama-sama kenyataan itu.
Penafian Khusairi hari ini bagaimanapun dibuat selepas kira-kira lima bulan selepas bercakap dengan pemberita melalui telefon pada 15 Ogos tahun lalu.
Amanah???
Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Mana satu bohong?

    Dua2 bohong, semata mata nak isi tembolok masing2 hasil duit haram!

    BalasPadam
  2. Kenyataan pendakwaraya swiss berkata siasatan telah "mendedahkan terdapat tanda-tanda serius dimana dana telah disalahgunakan oleh syarikat dari Malaysia . "

    - Lihat lebih lanjut di: http: //m.themalaymailonline


    Nak lari mana najib dan pencacai2 sekalian?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tun M dan empat orang lagi sahabatnys telah sediakan M2 bilion untuk mengupah media luar negara untuk menentukan kejatuhan PM Najib. media peranchis tidak kecuali.

      Padam
  3. Yang naya..TSMY kena pecat tak pasal2..
    Samada dipulangkan duit tu atau dibelanjakan Najibul..
    Apa yang TSMY tu betul lah..
    Masalahnya, cakap betul pun kena pecat..?!

    BalasPadam
  4. Ketua pendakwa Switzerland hari ini telah secara rasmi meminta kerajaan Malaysia untuk bantuan siasatan dan maklumat berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang Swiss oleh dana milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana disyaki melakukan rasuah, penyelewengan dan pengubahsuaian, berjumlah $ 4 bilion.

    Peguam Negara Michael Lauber berkata Permintaan itu adalah mengenai kemungkinan pelanggaran undang-undang Swiss berkaitan dengan rasuah, penyelewengan dan pengubahsuaian oleh Pegawai-pegawai asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah di 1MDB.

    Awal minggu ini, Peguam Negara Malaysia berkata Najib Razak dibersihkan daripada sebarang kesalahan jenayah atau rasuah, mengisytiharkan bahawa akaun $ 681,000,000 yang didepositkan ke dalam bank akaun peribadi beliau adalah hadiah daripada keluarga Diraja Arab Saudi.

    1MDB, dimana penasihat Lembaga pengarah dipengerusikan oleh Najib, telah disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia. Dana ini diselubungi kontroversi dimana lebih $ 11 billion USD dipercayai disalah urus,melakukan pengubahsuai, pecah amanah dan rasuah.

    Kenyataan Ketua pendakwa Switzerland menambah "mendedahkan Petunjuk serius terdapat salahguna dana daripada syarikat Malaysia."

    Tujuan penubuhan 1MDB adalah "untuk pelaburan dalam projek-projek demi pembangunan ekonomi dan sosial kebajikan rakyat Malaysia," tambah Ketua pendakwa Switzerland.
    Ketua pendakwa Switzerland juga berkata Jumlah disalahgunakan Disyaki adalah sekitar USD $ 4 BILLION, Sebahagian daripada wang yang terdapat dari akaun Switzerland telah di PINDAHKAN oleh bekas Pegawai Awam Malaysia dan Pegawai Awam dari Emiriyah Arab Bersatu.

    Kenyataan itu seterusnya berkata pendakwaraya Switzerland mahu bantuan undang-undang daripada pihak berkuasa Malaysia berkenaan dengan syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat, untuk cuba mengetahui dan mendapat ulasan mengenai "skala kerugian yang telah dialami ."



    Pejabat Peguam Negara Swiss telah membuka prosiding jenayah terakhir pada bulan Ogos lalu terhadap dua bekas pegawai 1MDB dan juga "orang yang tidak dikenali." Kenyataan Encik Lauber pada hari Jumaat lalu menyebut beliau telah Berbincang dengan rakan sejawatannya dari Malaysia iaitu Tan Sri Mohd Apandi Ali pada mesyuarat di Zurich pada bulan September yang lepas.

    SUMBER-SUMBER MENDAKWA HASIL PERBINCANGAN SEPTEMBER LALU DIANTARA KEDUA-DUA PEGAWAI PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG ITU MENYATAKAN, TAN SRI MOHD APANDI ALI MENGGESA DAN MEMINTA KETUA PENDAKWA SWITZERLAND UNTUK MELUPAKAN, MENUTUP KES, MEMBUANG SERTA MENINGGALKAN SIASATAN TERHADAP 1MDB DAN BERKAITAN.

    Agensi anti-rasuah Malaysia Said berkata mereka akan mendapatkan kajian semula keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara untuk membersihkan nama Najib.

    Juga 1MDB sedang disiasat oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di Hong Kong dan Amerika Syarikat.

    Sumber Reuter 29hb Januari 2015

    http://www.reuters.com/article/us-malaysia-1mdb-swiss-idUSKCN0V72QP

    BalasPadam
  5. Siasatan 1mdb dilakukan oleh BNM dan telah dimuktamadkan pada Ogos 2015. Apandi tolak saranan BNM walaupun dirayu oleh BNM tanpa sebarang alasan atau ulasan. Bila BNM cadangkan ambil tindakan, maksudnya kesalahan telah dilakukan. Tindakan tidak diambil hanya kerana pihak yang berkuasa menentukan pendakwaan tudak mahu menjalankan pendakwaan.

    Tidak hairan pihak penyiasat luar akan juga akan beroleh bukti kesalahan dilakukan. Diharap pendakwaan akan berlaku jika pihak penyiasat di sana beroleh bukti kesalahan. Mereka yang di sini keterlaluan memperbodohkan negara termasuk rakyat serta Raja2. Jika di sini mereka boleh bebas walaupun tidak bersih. Kalau mereka didapati tidak bersih oleh pihak lain, adakah mereka boleh terus bebas?

    BalasPadam