Politik ganas, buas dan kejam..! Bagi singa asal sahaja ada hutan maka dialah sang raja.! Walaupun hutan tak pernah buat pilihanraya namun singa tetap akan menampilkan diri sebagai raja..! Itu singa..! Raja rimba..! Selepas menamakan dirinya raja singa akan hidup dengan memangsakan rakyat hutan..! Itu sebab lembu, kerbau, kuda, rusa dan semua haiwan hutan akan menjadi 'lauk' kepada sang singa si raja hutan..!
Tak gitu?
Datuk Abu Hassan Sarif mendedahkan dipaksa menyokong kumpulan penentang yang mengatur rancangan menyingkirkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh itu berkata, beliau diburu dan dipaksa semata-mata mahu mendapatkan sokongan menolak Mukhriz dan menjatuhkan menteri besar penggal pertama itu.
"Saya amat mengenali menteri besar kita, saya lakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan Datuk Mukhriz walaupun saya tak sehebat pegawai sekeliling. Kita ada tugas dan tanggungjawab saya sebagai Adun untuk pertahankan Datuk Mukhriz.
"Saya lari, saya hilang, hampir-hampir jatuh di laut, diburu semata-mata nak dapatkan sesuatu daripada saya," kata Abu Hassan sambil menangis di hadapan orang ramai semasa program bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam malam tadi.
Abu Hassan tidak menjelaskan mengapa beliau diburu, namun sumber mendedahkan kira-kira 19 Adun sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menolak kepimpinan Mukhriz.
Adun 5 penggal itu berkata, beliau sangat sedih mengenangkan apabila seorang pemimpin yang disanjung rakyat akan digulingkan dengan begitu hina sekali.
"Saya menangis, saya tak pernah menangis depan anak dan isteri. Kita ada lelaki ada ego tapi di sini saya menangis depan anak saya, depan rakan saya menangis.
"Bagaimana orang yang ikhlas, jujur dan amanah, tidak mempunyai moral dan akhlak tidak baik, bertanggungjawab, tak amal rasuah, pemimpin yang boleh majukan masyarakat, rakyat dan negeri Kedah ini, tiba-tiba beliau akan digulingkan dalam keadaan yang amat menyedihkan, saya tidak reda," katanya.
Abu Hassan juga mendedahkan semalam Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak memanggil semua Adun Kedah bertemunya di Putrajaya.
Dalam pertemuan itu Abu Hassan berkata, beliau membuat rayuan kepada Najib supaya Mukhriz dikekalkan sehingga habis penggal.
"Beri masa, saya kata kepada PM, beri masa kepada Mukhriz, kalau nak buang dan ganti pun tunggu habis penggal.
"Biar beliau jalankan tugas dan kita nak pastikan Datuk Mukhriz memang pemimpin yang disukai rakyat dan bukan cakap kosong," katanya.
Abu Hassan turut menasihati rakan-rakannya supaya memikirkan mengenai masa depan Umno dan bukan semata-mata mengejar habuan dan jawatan.
"Jangan kita lari nak habuan dan pangkat, tapi hari ini orang lari takut hilang pangkat dan juga sekarang ini orang lari nak kejar pangkat, nak jadi exco, nak jadi menteri, nak jadi menteri besar,"
Meraja kerana memiliki kuasa..! Buatlah semahunya..! lakukanlah sekehendaknya..!
Namun semuanya akan ada penghujung..! Tunggu la..! Bila?
Lu Fikir La Sendiri!!!
Kajian terbaru menunjukkan lebih 90% rakyat negeri Kedah menyokong mukhriz!
BalasPadamAdakah pemakan2 dedak haram rakyat tak izinkan pemberian Najib tidak percaya?
Sila layari blog celah gelagar blogspot.
Sekadar kongsi...
BalasPadamBlog syedsoutsidethebox dh boleh buka...cuma mcm biasa...pastikan dibelakang guna .id ke .sg
Cai2 dan Pemakan Dedak kepanasan....
Zalim sungguh Najib Razak...menganiya org...semoga doa2 org teraniaya Tuhan cepat makbulkan...setiap yg naik pasti akan turun...tunggula masa ko Najib Razak
BalasPadamAhli UMNO sekalian teruskan 'tidur', biarkan Najib dan kuncu buat apa sahaja sesuka hati mereka tanpa ahli UMNO pedulikan pasal parti, teruskan masing-masing syok sendiri, bila Najib cakap, bersorak rianglah ramai-ramai sokong, lepas tu tepuk tangan ramai-ramai, parti nak jadi apa pun lantaklah, kerana Najib paling penting, masa depan parti nak lingkup ke, nak kalah pilihanraya ke, tak payah ambil peduli, utamakan kepentingan Najib sahajalah apa Najib nak buat, sokong saja walaupun melingkupkan parti pun, sokong juga, kerana kini dalam UMNO, Najib yang paling penting, kepentingan parti boleh buang ke longkang sahajalah.
BalasPadamTeruskan perangai bacul begini wahai ahli UMNO sekalian, 'tahniahlah' sebab sanggup biar parti kamu semua hancur kerana mengutamakan nafsu serakah pemimpin kamu semua yang mempergunakan parti demi kepentingan diri dan kuncu-kuncu serta ahli keluarga mereka sedangkan negara, rakyat dan parti dikhianati sepuas-peasnya oleh mereka ini.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Steady tok Bakar, terus istiqamah dalam perjuangan untuk agama bangsa dan Tanah air mu. Allah tetap bersama orang2 yang benar dan lurus bersabar dalam perjuangan untuk keadilan sejagat.
PadamApa yang saya dapat buat kesimpulan dari situasi sekarang ini adalah selagi Najib dan kuncu-kuncunya berkuasa dalam UMNO dan Barisan Nasional tanpa ada usaha dari ahli UMNO dan parti komponen untuk selamatkan parti, dan biarkan Najib dan kuncu berbuat sesuka hati mereka, maka Barisan Nasional akan kalah dalam PRU 14 kelak, masa itu barulah ahli UMNO dan ahli parti komponen Barisan Nasional padan muka beramai-ramai, masa tu menyesal pun dah tak guna, malahan imej parti yang hancur tu bukan mudah nak dibangunkan semula, sokongan rakyat terhadap parti bukannya mudah untuk didapatkan semula.
BalasPadamSedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Madet dahulu macam mane lu pikir lah sendiri.
BalasPadamNajib baru jerkah kau ke cai, melalak tuduh Tun Dr. Mahathir pula, sekarang Najib yang jadi Presiden UMNO, Najib yang buat taik merata-rata dalam parti dan dalam negara, apahal nak babitkan Tun Dr. Mahathir di atas kepincangan rejim Najib penyamun ini pula?
PadamNajib yang jadi dalang utama krisis UMNO di Kedah, takkan berani Bashah Boboi nak buat sidang media dan kucar kacirkan keadaan di Kedah jika bukan kerana arahan dan kebenaran Najib.
Sekarang ni Najib dan puak Bashah Boboi dah tersepit, sebab majoriti rakyat Kedah menyokong Datuk Seri Mukhriz, gelombang kebangkitan rakyat Kedah mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Mukhriz berkembang di seluruh Kedah, malahan di Kedah sekarang ni merata-rata tempat ada banner sokongan terhadap Datuk Seri Mukhriz. Solat hajat, perhimpunan menyokong kepimpinan Datuk Seri Mukhriz makin banyak, di media sosial, di kampung, di bandar, rata-rata masyarakat di Kedah menyokong Datuk Seri Mukhriz dan mengecam Najib dan Bashah Boboi serta gerombolan pengkhianat yang terlibat gerakan mengganggu kepimpinan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.
Kini Najib tersepit dan terperangkap dalam perbuatan khianatnya sendiri. Najib dah cuak, sebab kalau Najib pecat Datuk Seri Mukhriz dari jawatan Menteri Besar Kedah, maka Najib akan menyebabkan penentangan besar-besaran terhadap Barisan Nasional, dan Najib akan disalahkan bila Barisan Nasional kalah teruk di Kedah pada PRU 14 kelak.
Tapi kumpulan Bashah Boboi pula akan malu besar jika Datuk Seri Mukhriz masih Menteri Besar Kedah, mereka tentu akan desak Najib untuk pecat Datuk Seri Mukhriz, walau macam mana pun perbuatan memecat Datuk Seri Mukhriz akan dipandang sebagai suatu kejahatan yang dahsyat yang dibuat oleh Najib, Bashas Boboi dan kuncu-kuncu mereka itu, maruah mereka akan terus tercemar dan dipandang hina oleh masyarat dan mereka akan dilabel sebagai manusia gila kuasa dan pengkhianat yang tahu malu, reputasi mereka dalam masyarakat akan hancur begitu sahaja.
Malahan berdasarkan kajian oleh Jabatan Penerangan Kedah, lebih 90% rakyat Kedah menyokong kepimpinan Datuk Seri Mukhriz, itu kajian dari Jabatan Penerangan Negeri yang sentiasa membuat kajian terhadap sokongan rakyat terhadap kerajaan.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
yer la tu...anak berok tolol oiii...
PadamSinga menjadi lebih ganas kalau terluka.
BalasPadam