Semalam diajukan oleh Saudara Zahid Mat Arip baca sini bahawa tindakan perlu diambil keatas Ketua Ketua Bahagian yang berkomplot mahu menggulingkan Muhkriz..!
Selaju ayat Zahid..sepantas itu juga Setiausaha Agung tampil..
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua Umno Bahagian di Kedah.
Beliau berkata Ibu Pejabat Umno telah memantau sidang media oleh ketua-ketua bahagian itu di Alor Setar semalam, yang meminta presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan perubahan ke atas kepimpinan tertinggi parti di negeri itu.
"Mereka berharap agar Presiden Umno dapat segera membuat perubahan demi kelangsungan parti dan kepentingan rakyat negeri itu," katanya dalam kenyataan di sini.
Justeru itu, tidak timbul isu di mana Setiausaha Agung Umno perlu mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua Umno Bahagian Negeri Kedah tersebut, katanya.
Dalam sidang media tersebut, hampir kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan anggota Parlimen Umno Kedah telah menyuarakan hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri. - Bernama
Diberitakan juga bahawa Ketua Ketua Bahagian beserta barisan EXCO Kerajaan negeri Kedah akan mengadakan pertemuan dengan Presiden di Ibu Kota jam 4 petang ini..! Tak tahu la apa biji butirnya lagi tapi yang jelas Mukhriz tidak dipanggil sama didalam pertemuan tersebut.
Mungkin mahu menandatangan surat..! Kalau ada Mukhriz takut tandatangan tak berapa nak 'terang'..! Kalau betul siap bertandatangan maknanya desakan Ketua Ketua Bahagian tu mungkin benar akan terjadi..! Jika berlaku maknanya Kuala Lumpur sendiri la yang sebenarnya mahukan perkara tersebut terjadi..!
Maka kata kata didalam PAU yang mahukan perdamaian..! mahukan kesatuan..! berjiwa besar..! Tak berlaku la sebenarnya..!
Semua yang disebut dan dibuihkan oleh jurucakap didalam perbahasan sambil disambut tepuk sorak perwakilan pun tidak akan dibenarkan berlaku..!
Jadi apa yang sebenarnya berlaku...???
Terang lagi bersuluh..! Kuasa ada ditangan la katakan..!
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!
Ini adalah masalah dalaman UMNO. Bukan soal Kuala Lumpur tak suka pada mana-mana pihak. Ada perkara yang kita tak tahu berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Kedah. Ini kira masih ok kerana UMNO masih buka peluang untuk menyuarakan pendapat. Kalau dalam PKR dah kena pecat terutama dalam perkara yang melibatkan pendapat yang berlawanan dengan kehendak Ketua Umumnya. Kalau dalam DAP lagilah teruk terutama kepada yang melawan kehendak anak beranak LKSiang.
BalasPadamSamada Mukhriz kena pecat, letak jawatan atau kekal akan masih ada pihak yang tetap tak puas hati dengan PM dengan alasan bagai menegak benang yang basah untuk menjustifikasikan pandangan dan persepsi sendiri yang belum tentu lagi betulnya.
Persepsi apa nya.....2.6 billion & 42 million memang dah betul pun walau najib putar seluruh alam!
PadamCreating diversion does not mean rakyat missed their attention....on the rotten core issues as mentioned! Made worst because he is PM, FM, Chairman....semua dia pakaliua tapi kerja tahap penyamun!
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata;
BalasPadam"Mereka berharap agar Presiden Umno dapat segera membuat perubahan demi kelangsungan parti dan kepentingan rakyat negeri itu,"
Terdapat sedikit kekhilafan disini, sepatutnya.....
"Mereka berharap agar Presiden Umno dapat segera membuat perubahan demi kelangsungan NAJIB dan kepentingan tembolok masing2, projek,kontrak dan habuan untuk setiap KBU yang mahukan Mukhriz meletak jawatan"
Itu yang sepatutnya.
Nasihat kepada Mukhriz...teruskan perjuangan membela nasib rakyat, lakukan yang terbaik, dalam politik perlu bertindak tegas! dengan membuang semua KBU ini!
Apa umno ingat bila tukar mukhris, umno lebih kuat? Phuii. Tukar penyangak atas dululah, baru rakyat nampak nak berubah. Tapi jibby tak fikir pasal umno. Dia hanya risau diri sendiri. Siang malam dia fikir bagaimana nak selamatkan diri dari penjara dan bawa lari semua duit berbilliun tu.
BalasPadam