Isnin, 18 Januari 2016

HOT ~ Menteri Pun Sebar Khabar Angin..!


Apalah nasib rakyat negara ni..! 

Polis nafi kenyataan Tengku Adnan

Tengku Adnan sebelum ini menamakan Bangsar, Hartamas, Publika, The Curve, Bukit Bintang,          Kuala Lumpur dan Menara KL sebagai tempat tumpuan kumpulan pengganas.
khalid-abubaka--Tengku-Adnan-Tengku-Mansor
Polis menafikan laporan mengenai beberapa lokasi menjadi "sasaran" kumpulan 
pengganas.
Ketua Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Asisten Komisioner 
Datin Asmawati Ahmad menegaskan bahawa polis tidak pernah menamakan 
lokasi khusus yang menjadi sasaran kumpulan pengganas.
"KPN hanya mengatakan bahawa polis mempertingkatkan kawalan keselamatan 
di tempat-tempat awam bagi memastikan keselamatan semua dan ia yang sedang 
dilakukan oleh pihak polis," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambahnya, polis sentiasa berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan.
Asmawati berkata, polis melihat penyebaran maklumat tidak sahih merupakan 
sesuatu yang serius kerana ia akan menimbulkan keresahan orang ramai.
"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai khabar angin seperti itu dan 
perlu henti menyebarkan berita-berita berkenaan yang boleh menimbulkan 
keresahan orang ramai, terutama yang bukan daripada sumber polis," katanya.
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Tengku Mansor 
berkata, lokasi tumpuan pelancong yang popular seperti Bangsar, Publika dan 
Bukit Bintang telah dikenal pasti sebagai kemungkinan sasaran kumpulan 
pengganas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa bagaimanapun menasihatkan 
orang ramai untuk meneruskan aktiviti harian mereka, dengan memberi 
jaminan bahawa keselamatan orang ramai dan pelancong di ibu negara 
berada dalam keadaan terkawal.
Serah kepada pihak Polis la dalam hal 
keselamatan negara..! 
Jangan buat kerja orang beb..! 
Kerja sendiri pun banyak tak selesai..!
Sementara itu pihak Polis dilaporkan...

       

Lu 
Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Nanti nampak mcm menteri tak buat kerja... jadi kenalah mendahului PDRM... tapi selalunya terlebih sudu dari kuah...

    BalasPadam
  2. standard laa tue...menteri tumpang semangkuk...bia pon menteri tue mmg mangkuk...stuju ngn AJAI62

    BalasPadam
  3. Kebas tanah pun dia selamba aja,setakat sebar kabar angin perkara kecik aja!!

    BalasPadam