Jumaat, 29 Januari 2016

AG ~ Air Terus Meleleh..!


Butakan mata, pekakkan telinga, bungkamkan mulut..! Senang kerja..! Monyet pun reti buat rupanya..!

Apabila sesuatu persoalan dijawab tidak tuntas..! penuh dengan keraguan maka ianya akan terus mengundang persoalan demi persoalan..!

Akibatnya...air akan terus mengalir dan meleleh..!

Panel Penilaian Operasi (PPO) dan panel khas SPRM mahu Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberi penjelasan kepada orang ramai mengapa beliau tidak memberi tekanan untuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang juga jurucakap bagi panel khas itu berkata, ia membantu orang ramai untuk memahami sebab di sebalik keputusan Apandi.
"Kami rasa terdapat perkara tertentu mereka (orang awam) mahu tahu mengapa kes itu ditutup," kata Musa dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah, yang juga penasihat SPRM menambah, perkara itu dapat membantu menghilangkan salah faham di kalangan orang ramai.
"Beliau (Apandi) berhutang penjelasan dengan orang ramai untuk menunjukkan bahawa keputusannya tidak arbitarary atau (dibuat) dengan niat jahat," kata Noor.
Sebelum itu, Musa berkata, panel terbabit menasihatkan badan anti rasuah itu supaya melibatkan diri dengan Apandi.
"Panel mengambil perhatian terhadap keputusan baru-baru ini oleh peguam negara berkaitan dengan RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd (kes RM42 juta) yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kedua-dua panel menasihatkan SPRM untuk melibatkan diri dengan peguam negara mengenai keputusan itu," kata beliau dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan selepas pertemuan selama hampir lima jam.
Menurut kenyataan yang disertakan, PPO terdiri daripada mereka yang dilantik perdana menteri untuk meneliti laporan daripada SPRM berhubung keputusan mengenai kertas siasatan yang dibuat AG dan mengemukakan pandangan mengenai tindakan ke atas kes-kes di mana tiada pendakwaan dilakukan.
Manakala panel bebas khas ini terdiri daripada lima ahli, yang merupakan anggota tiga daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.
Panel ini ditubuhkan atas syor jawatankuasa khas mengenai rasuah dipengerusikan oleh presiden Senat Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang.
Selasa lalu, Apandi membersihkan nama perdana menteri berhubung derma RM2.6 bilion yang diterimanya dan kes berkaitan RM42 juta SRC International Sdn Bhd serta mengarahkan SPRM menutup kes tersebut.
Ditambah lagi...
Tidak ada seorang peguam negara yang berani mendakwa seorang perdana menteri, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.
Bercakap secara umum, Mohd Noor yang juga seorang pakar perlembagaan, berkata ini kerana peguam negara yang mengerakkan sebarang tindakan ke atas perdana menteri pasi akan disingkirkan terlebih dahulu.
"Tidak ada peguam negara akan dakwa perdana menteri kerana beliau boleh bertindak balas dengan menasihati Agong untuk memecat peguam negara," kata Mohd Noor pada satu sidang media di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya hari ini.
Katanya, perlembagaan telah dipinda semasa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perdana menteri dengan memastikan yang di-Pertuan Agong perlu mengikut nasihat perdana menteri.
Kenyataan Mohd Noor itu dibuat dua hari selepas Tan Sri Mohamed Apandi Ali selaku peguam negara mengumumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan didakwa berhubung siasatan kes SRC International dan isu ‘derma’ RM2.6 bilion.
Apandi berkata keputusannya tidak boleh dicabar kerana perlembagaan persekutuan memberikannya budi bicara mutlak berhubung keputusan untuk mendakwa.
Bagaimanapun, Mohd Nor yang juga adalah penasihat panel SPRM berkata secara peribadi beliau tidak bersetuju bahawa kuasa mendakwa peguam negara adalah mutlak.
"Sebagai AG kuasa anda tidak mutlak. Anda boleh membuat keputusan, tetapi anda perlu bertanggungjawab kepada orang ramai," katanya.
Bekas hakim itu berkata peguam negara juga boleh dibawa ke mahkamah jika beliau bertindak dengan niat jahat.
Bagaimanapun, Mohd Noor percaya Apandi tidak bertindak di luar batasannya dan yakin peguam negara telah mengkaji kertas siasatan SPRM dengan teliti.
Katanya, Apandi seharusnya membenarkan SPRM untuk meneruskan siasatan sehingga mereka benar-benar boleh menutup kes itu.
"Apabila beliau mengarahkan kes itu ditutup dan tidak diteruskan, peguam negara melampaui kuasanya sedikit," kata Mohd sambil menambah bahawa tugas peguam negara adalah untuk mendakwa dan bukannya menyiasat.
Nak empang macam mana lagi..! Empang dah lama pecah dah..!
Bangkai walau ditutup dengan sutera emas tetap berbau..!
Sebab tu monyet kat atas tak tutup hidung..! Kenapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

17 ulasan:

  1. Aku yakin dan pasti...ada sesuatu yang disembunyikan...segala mcm cara dilakukan untuk melindungi seseorang..faham2 sudah..ProOO00ootTt

    BalasPadam
  2. Admin apasal blog dinturtle dgn ostb xleh bukak dah,

    BalasPadam
  3. Kes melibatkan isu RM 2.6 bilion yang kononnya derma dari tok arab yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan isu RM 42 juta yang tak tahu macam mana tiba-tiba boleh masuk akaun Najib serta penggunaan berjuta-juta ringgit wang milik SRC untuk bayar kad kredit yang entah digunakan untuk perbelanjaan itu sudah menjadi kisah yang memalukan Malaysia di peringkat antarabangsa apabila Apandi Ali dengan selambanya walaupin berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Apandi Ali iaitu carta pengaliran wang itu sebenarnya mempunyai prima facie untuk mendakwa kes itu di mahkamah.

    Rakyat bukan suruh SPRM tangkap Najib dan Apandi terus memenjarakan Najib, bawa kes itu ke mahkamah, jika Najib dapat buktikan bahawa dia tak bersalah dengan mengemukakan bukti-bukti yang kukuh, maka rakyat boleh terima.

    Apa yang terjadi kini, rakyat marah sebab kes itu ada prima facie untuk dibicarakan di mahkamah, tapi Apandi Ali buang kes, manakalah pengurusan tertinggi SPRM pun seperti lembu dicucuk hidung mengikut apa yang dikatakan oleh Apandi Ali itu tanpa ada usaha untuk pertahankan hasil siasatan mereka yang mana untuk menyiasat kes itu, para penyiasat SPRM telah bersusah payah selama berbulan-bulan, diberikan bermacam-macam tekanan oleh pihak yang telibat dengan suspek kes berkenaan iaitu Najib, malahan para penyiasat berkenaan mengorbankan masa cuti hujung minggu, malahan pada hari raya pun, mereka sanggup bekerja untuk menyiasat kes ini demi mempertahankan kedaulatan undang-undang dan demi kepentingan agama dan tanah air.

    Tetapi tengoklah, bila Apandi Ali buang kes itu kerana ditabur habuan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, maka Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri hanya membiarkan perkara itu, membiarkan maruah SPRM dipijak-pijak sehina itu oleh Najib dan kuncu-kuncunya. Malahan segala jerih payah pasukan penyiasat berkenaan langsung tidak dihargai, pengorbanan mereka menyiasat kes itu hanyalah sia-sia, tidak dihargai, malahan siasatan mereka itu dibuang seperti sampah sarap sahaja walaupun nilai siasatan itu adalah untuk kepentingan agama dan negara.

    Baru tahun lepas SPRM mengadakan persidangan anti rasuah peringkat antarabangsa, maka selepas ini, apakah SPRM masih punya maruah dan harga diri untuk hadir ke persidangan anti rasuah peringkat antarabanga lagi? Apakah dengan kejadian yang memalukan ini maka SPRM masih lagi nak tayang muka kepada rakan-rakan agensi pencegahan di luar negara?

    Pihak SPRM perlu membersihkan diri mereka dari terjebak dengan persekongkolan jahat untuk mengetepikan pendakwaan terhadap kes Najib ini, kerana kes itu ada prima facie untuk dibicarakan di mahkamah, buatlah rayuan semula kepada pihak Peguam Negara.

    Maka Peguam Negara pun, patutnya bertindak demi kepentingan negara dan rakyat, bukannya menjadi barua suruhan seorang penjenayah rasuah, penyelewengan, dan salah guna kuasa seperti Najib itu.

    Bersambung...............

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambungan..............

      Sedarlah bahawa pembayar cukai membayar cukai kepada kerajaan dan wang sebahagiannya itu digunakan untuk bayar gaji Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Peguam Negara bukan untuk suruh Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Peguam Negara bersekongkol dengan perbuatan jenayah dan mengkhianati undang-undang serta mempersendakan rakyat dengan alasan bodoh untuk melepaskan suspek kes jenayah kerana suspek itu ada pangkat besar, ada jawatan besar, sedarlah bahawa duit untuk bayar gaji Najib sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri itu pun wang pembayar cukai, dan pembayar cukai berhak untuk dapatkan keadilan sekiranya Najib menyeleweng dari tugasannya dan bersikap khianat terhadap amanah yang diberikan kepadanya.

      Sedarlah wahai Ketua Pengarah SPRM dan Peguam Negara, bersikap jujurlah, takkan menyangka diri hidup menongkat langit selama-lamannya, anda berdua pun dah diusia emas, mungkin kerana perbuatan anda mengkhianati amanah negara dan rakyat dengan membebaskan Najib itu maka anda akan ditabur habuan selepas persaraan anda dengan dilantik jadi pengerusi GLC itu dan ini, atau dilantik jadi ahli lembaga pengarah mana-mana GLC, tapi Apandi Ali dah dapat habuan, jadi ahli lembaga pengarah Tabung Haji, tapi apakah berbaloi itu semua dengan maruah kamu semua yang menjadi buruk dan hina akibat persengkongkolan dengan suspek jenayah seperti Najib itu? Sedarlah, bertaubatlah, insaflah, kenangkan kepentingan tanah air dan rakyat negara ini, serta kenangkanlah maruah di sisi agama.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Apa kau meroyan ni AbuTOH..

      takde minat ler nak bace si najis mughalazoh ni mereka fitnah...

      Padam
    3. Jika saya fitnah, maka sila Tanpa Nama29 Januari 2016 5:04 PTG nyatakan di manakah yang saya fitnah?

      Jika tak mampu buktikan kau yang jenis kepala butoh, bodo piang menjadi pecacai Najib penyamun lahanat yang tak sedar diri.

      Sedarlah sekarang ni Najib masa berkuasa bolehlah dia buat sesuka hatinya, lepas tu menyorok di sebalik kuasa, lepas tertiarap dalam PRU 14 kelak, maka kau nak menyorok mana lagi, kalau lari ke luar negara pun, maruah kau dah tercemar, kau akan dikenang sebagai pengkhianat rakyat dan pengkhianat tanah air.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  4. Bagijawatan LEMBAGA PENGARAH TABUNG HAJI kpd AG tu boleh ditakrif rasuah..pemberi dan penerima boleh di siasat dan buka file penyiasatan..mmg rasuah le tu...

    BalasPadam
  5. Blogger dedak sampah expired update lagi... kah..kah.. stil alive?

    keep counting days la PutraBongok.. kah..kah..kah tutup kedai lah pasni..

    kah..kah..kah..

    AbuTOH meroyan sakan di lubuk kawan2 cai nya..

    Kasihan labur bermillion2.. last bukan Najib yang jatuh tapi anak pariah Madey yg kecundang..

    lepas ini mintak tolong iring Mukeliss isi borang PAN.. mana tau PRU14 boleh jadi Piii Emmmm... (mat sabu kata langkah mayat aku dulu... kah..kah..kah)

    DAPig and PRngok mesti suke lah dpt gunakan Mukelis utk bodohkan Melaayoo..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asyik meroyan macam orang gila sahaja tak ada gunanya, jika pertikai itu dan ini, tapi tak dapat nak buktikan di manakah blog ini fitnah, lepas tu menuduh saya fitnah, hasutan jahat bagai, apa gunanya?

      Macai Najib dah kepanasan, Najib dan kuncu-kuncunya menuju kehancuran, UMNO dan Barisan Nasional pun turut menuju kehancuran, tapi malangnya ramai ahli-ahli parti masih tak sedar diri, mereka rela parti dipergunakan oleh Najib hinggakan Najib jadikan parti sebagai harta persendirian Najib dan dipergunakan hingga lingkup pun ahli parti masih tak sedar diri, apa dah jadi dengan ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional sekarang ini, korang ni tak peduli ke apa akan jadi dengan parti korang, walaupun dipergunakan oleh Najib hingga hancur begini pun korang masih syok tak tentu hala.

      Teruskan syok membuta tuli, bila dah kalah PRU baru padan muka ramai-ramai, yang meraung sedih sebab kalah tu tak payah pujuk, bagi penendang 10 das ke muka, masa parti tengah dipelingkup tak pula nak dipertahankan, dibiarkan melingkup, bila dah kalah pilihanraya baru nak maruang tak tentu hala, tak guna pujuk orang macam tu, tambah penerajang dan penumbuk di dahi 100 das, sebab tak sedar diri dan biarkan parti hancur lepas tu nak meraung tak tentu hala pula.

      Insaflah ahli-ahli UMNO dan parti komponen Barisan Nasional sekalian, sampai bila nak biarkan ini berterusan, jika hanya saya dan beberapa orang yang sedar ambil tindakan tetapi majoriti yang lain biarkan sahaja, apa daya kami nak pertahankan parti dari dijahanamkan oleh Najib ini, kita semua perlu bersatu humban Najib keluar dari parti, heret di ke mahkamah untuk dibicarakan atas tuduhan pengkhianatan terhadap negara dan pengkhianatan terhadap parti selama ini.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Mukhriz jadi calon benas, dia tetap akan dapat undian.
      Percayalah.......sebab aku takkan undi UMNO/BN.

      Padam
    3. Maki hamun dah jadi pemakan2 DEDAK Ah Jib Gor. Dah sama dengan MACAI2 Al juburi. Tak berahlak .
      Ah Jib Gor bijak didik pemakan2 dedaknya memaki hamun.

      Padam
  6. Penjelasan Abu Bakar sangat realistik..rakyat nak tahu..
    ikut ko le cik minah..selama ni kau x undi pun UMNO menang jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, komen abu bakar sangat realistik!

      #sokong abu bakar!

      Chai paria kat atas tu jangan ingat orang yang sama plak...

      Paria kat atas tu tulis komen syok sen dri, kah3 sen dri, meroyan sorang2 pastu boleh beri komen balas sen dri angkat bakul sen dri!

      Paria punya mapley!

      Sama je ngan nek tempoyak dua2 ada sakit mental akute, kronik Dan terlampau!

      Berubatlah....seterusnya bertaubatlah, selagi masih ada masa ni!

      Padam
  7. Tan Sri Apandi Ali kena terima pendapat semua pihak. SPRM submit kertas siasatan dan pendakwaan utk dikaji kesempurnaannya oleh pihak peguam negara sebagai persediaan kepada pendakwaan.
    Biasa-biasa gitule.

    BalasPadam
  8. Abu toh Kit Siang dan pembangkan lain tu terbaik sangat kah. Lagi lah perangani biawak. Cina2 DAP tu dah berapa banyak tolong Melayu. Cuma Melayu macam Abu Toh saja yang benci lihat ada orang Melayu yang senang.

    Jika bangsa lain melingkup orang Melayu ada kah Abu Toh ambil peduli. Wahai Abu Toh bangsa Cina takkan menjatuhkah bangsa mereka sendiri.

    Abu Toh bukan semua rakyat benci Najib. Awat hang ingat dengan propaganda hang nak jatuhkan Najib boleh pengaruhi semua rakyat.

    Rakyat pun dah nampak bagaimana DAP putar beli fakta dan usaha depa menjatuhkan Institusi Ekonomi Melayu satu persatu. Dulu mereka pertikai UiTM hingga mereka dapat wujudkan Institusi Pengajian Cina.

    Tak hairanlah mereka menggunakan Melayu macam Abu Toh sebagai PENJILAT TEGAR kerana orang yang dah tak boleh dapat habuan dari Najib dan UMNO pasti meroyan macam 3 Kawan Kera.

    Hidup ! Abu Toh...

    BalasPadam
  9. Ajib kan di kenali sbgai anak rajak yg paling bangang, dh la bangang takut bini, menyamun nk bg bini shoping...
    Macainya pulak semua bangang2 ckp lah macamana pun otak dh karat, hati fh hitam dh tk dapat menerima kebenaran...

    Tahniah Abu Bakar, teruskn perjuangan!

    BalasPadam
  10. Melayu senang dengan cara merompak duit negara?
    Inai merah ni geng2 ijat lembu kondo ni geng penyamun jugak ni...
    Yang jual singapura tu melayu la ngok, bukan cina...
    Mak bapak ko ajar nk senang dgn cara rompak duit negara ke?
    Kahkahkakah...

    Dasar penyamun!!!
    Hidung bau duit...

    BalasPadam