Isnin, 25 Januari 2016

Calon PBB BN Sarawak Perlu Buktikan..!


Selain kekuatan parti dan Ketua Menteri...calon juga perlu membuktikan bahawa mereka layak dan diyakini oleh pengundi..!

Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) daripada parti komponen utama Barisan Nasional (BN) Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) harus selalu turun padang untuk memberi perkhidmatan di kawasan masing-masing untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11.
Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem memberi nasihat ini apabila mengadakan pertemuan dengan mereka semasa mesyuarat majlis tertinggi parti yang diadakan secara tertutup di Kuching hari ini.
Menurut ketua setiausaha politiknya, Abdullah Saidol, ketua menteri juga memberitahu mereka untuk tidak bergantung semata-mata kepada parti, BN atau populariti Adenan untuk menang.
Ketika ditemui media selepas mesyuarat itu, beliau berkata Adenan  mengingatkan mereka supaya tidak memandang remeh tetapi turun padang dan terus mengukuhkan jentera kawasan mereka.
Abdullah berkata beliau, Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi Utom dan Menteri Muda Perumahan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ditugaskan untuk menjawab dan menjelaskan apa sahaja dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan  pembangkang terutama DAP terhadap parti yang memerintah.
Sementara itu, Dr Rundi berkata kerajaan negeri di bawah kepimpinan Adenan bukan sekadar berjanji tetapi turut melaksanakan projek pembangunan luar bandar untuk faedah rakyat dalam tempoh 2 tahun lepas, membabitkan sebanyak RM1 bilion.
Antara projek dijanjikan yang sedang dilaksanakan ialah pembinaan jambatan Bako, Limbang dan Long Lama, katanya. – Bernama
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan