Sabtu, 23 Januari 2016

Menghitung Hari..!


Begitu buruk kesan 1MDB kepada ekonomi negara..! Merintih rakyat jelata..! Merintih Gabenor Bank Negara..! 

Tapi Jho Low dan kuncu tetap bebas lepas merayakan duit yang melimpah ruah..! 

Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berharap siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dimuktamadkan sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir pada April.

"Saya berharap ia dapat dimuktamadkan pada masa itu supaya saya boleh menyerahkan rekod yang bersih kepada gabenor yang akan datang," katanya kepada saluran perniagaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, CNBC dalam satu temu bual eksklusif.

Zeti berkata siasatan dijalankan oleh pelbagai agensi ke atas pelbagai aspek syarikat pembangunan strategik itu dan bank pusat tersebut telah memuktamadkan bahagiannya.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan telah diambil dan apabila ia telah dimuktamadkan, hasilnya akan dimaklumkan.

"Bagaimanapun, sudah tentu, bukan kami sahaja pihak berkuasa penyiasatan, terdapat juga pihak lain. Dan, ia sedang dijalankan.

"Semua orang mahu perkara itu selesai supaya mata wang akan mencerminkan asas-asas kita dengan lebih baik dan kita boleh menangani isu-isu ekonomi lain yang dihadapi negara," katanya. - Bernama

Apa nasib yang menanti negara ni?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan