Ahad, 17 Januari 2016

Ini Baru Betul Penyapu..!


Macam macam dunia ni..!

Perbuatan seorang buruh memukul isteri dengan penyapu hingga lebam seluruh badan dan retak tulang lengan kiri, mendapat balasan setimpal apabila dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.

Azman Ali, 45, dihukum selepas mengaku salah menyebabkan kecederaan kepada Nor Hayati Ismail, 47, bertempat di Kampung Baloh Kok Lanas, Ketereh, di sini, pada jam 5 petang, 20 November tahun lalu.

Dalam kejadian itu, pengadu yang berada di dapur berpaling melihat suaminya memegang batang penyapu dan memukul pengadu di bahagian kepala. Pengadu menghalang dengan tangan kiri dan cuba lari menyelamatkan diri hingga terjatuh. Suami terus memukul pengadu di pinggang dan betis kiri.

Dia kemudian menarik tangan pengadu untuk keluar dari rumah sambil pengadu pula menahan dengan kaki dan menjerit meminta bantuan. Adik ipar pengadu dan orang ramai datang membantu serta membawa pengadu ke rumah jiran.

Pengadu kemudian membuat laporan dan mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Tertuduh ditahan dan sebatang penyapu patah dirampas sebagai barang bukti kes.

Dalam perkembangan sama, tertuduh juga didenda RM1,500 atau penjara dua bulan jika gagal jelas denda kerana kegagalan mengemukakan kad pengenalan ketika diminta pihak berkuasa.

Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam awam merayu diringankan hukuman, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Kelantan, Ainun Zafirah Abd Halim memohon satu hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai agar tidak mengulangi jenayah sama.

Pasangan berkenaan dikurniakan empat anak dan tertuduh dipercayai positif dadah serta dikatakan kerap kali memukul isterinya itu.

Dadah rupanya..! Penyapu punya jantan..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Classic examples of people high or low do almost exact same thing

    ie.

    When such individual do the dirty things, others around him will be dragged down for his own filth....

    BK - Buruh Kasar can caused such hardships and calamities to his wife, kids, family....

    PM - Prime Minister with his self-made self-created shitty deals like 1MDB and 2.6 Billion + 42 Million into personal accounts (not including many more dirt-shits that has come out) is not willing to sink alone but dragging UMNO,the Stooges-line of Ministers but worst, the country and its people to the bottom of his shits...do you see the similarity???

    Only difference is one caused a lot less compared to the devastations inflicted by the man holding the pinnacle of power!!!

    Either way both are just as despicables and rotten!

    BalasPadam
  2. TAK ADIL!!! SUAMINYA PERLU DIHUKUM DENGAN DIPUKUL DENGAN PENYAPU HINGGA PECAH MUKA DAN PATAH LENGAN SETIMPAL DENGAN APA YANG DIA BUAT. 4 BULAN PENJARA UNTUK KERENAH DIA MEMBULI DAN MENAKUT2KAN ISTERI.

    BalasPadam