Sabtu, 16 Januari 2016

Nasib Abu Kasim Sama..!


PEMECATAN DAN PENGGANTIAN

1. The Malaysian Insider baru-baru ini melaporkan bahawa Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim mungkin diganti, berdasarkan pada “sumber”.

2. Abu Kassim mempunyai beberapa masalah kesihatan tetapi beliau sendiri berkata bahawa beliau berharap untuk bersara pada 60, umur wajib persaraan. Jelas sekali beliau tidak berfikir bahawa kesihatan beliau akan memaksa beliau untuk bersara dalam masa terdekat ini.

3. Kerajaan mempunyai prosedur tertentu untuk kakitangan yang sakit untuk bersara sebelum mencapai umur persaraan. Suatu Lembaga Perubatan perlu ditubuhkan untuk memeriksa kesihatan sesiapa yang meminta untuk bersara awal.

4. Lembaga ini akan mengeluarkan laporan perubatan yang sewajarnya mengenai keadaan kesihatan orang itu dan mengesahkan beliau adalah tidak mampu untuk bekerja.

5. Jika pelantikan pegawai itu adalah atas titah Yang di Pertuan Agong, maka sijil perakuan hendaklah dikemukakan kepada Agong untuk dipersetujui persaraan itu, dan menandatanganinya.

6. Wujud keraguan dalam kes bekas Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail sama ada prosedur ini telah diikuti. Apabila beliau dibersarakan, Perdana Menteri menyatakan bahawa ini adalah atas sebab-sebab kesihatan. Ghani sendiri menafikan ini walaupun beliau mengalami kegagalan buah pinggang. Seseorang yang menghidapi kegagalan buah pinggang boleh berfungsi untuk tempoh masa yang agak panjang. Ia bukan satu sebab untuk bersara awal.

7. Dan sekarang ini Ghani dilapor akan memulakan kerjaya sebagai seorang peguam. Jelas sekali dia berkeupayaan untuk bekerja.

8. Soalnya ialah sama ada Ketua SPRM juga akan dibersarakan awal atas sebab kesihatan? Telah diketahui bahawa SPRM telah mengemukakan laporannya kepada Peguam Negara. Peguam Negara berkata, beliau akan bertindak secara adil dan saksama. Tetapi beliau memerlukan masa kerana laporannya tebal bertimbun sehingga ketinggian beliau. Berapa banyak masa? Atau adakah Peguam Negara yang akan menentukan sama ada terdapat kes untuk hakim mengadilinya, atau beliau sendiri nanti akan menjadi hakim dan menolak kes itu sepertimana yang dilakukannya dengan laporan Bank Negara.

9. Buat masa ini terdapat defisit dari segi kepercayaan terhadap Kerajaan masa kini dan institusinya. Terdapat banyak sebab-sebab defisit ini berlaku. Dengan hanya menyatakan bahawa semua adalah baik tidak akan bawa Kerajaan ke mana-mana. Tingkah laku adalah lebih baik daripada kata-kata.

10. Penyingkiran Tan Sri Abu Kassim akan hanya meyakinkan rakyat bahawa semua yang sedang dikatakan terhadap Kerajaan adalah benar, bahawa ianya wujud semata-mata untuk mengelakkan kedaulatan undang-undang dikenakan kepada kepimpinan negara.


Amacam?

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Ini semua boleh berlaku kalau rasa dirinya tergugat jika ada bukti yg nyata..

    BalasPadam
  2. SPRM pernah diserbu PDRM. Kakitangan SPRM pun hampir ditukar ke jabatan lain. Keyakinan rakyat terhakis. Semakin ramai sudah tidak bersetuju. Warganegara hormat pemimpin negara walaupun sudah tawar hati.
    Kalau orang kata UMNO / BN akan tumbang tapi menteri kata ini semua salah Tun Mahathir.

    BalasPadam
  3. Baik BUBARKAN SAHAJA SPRM & JAWATAN PEGUAM NEGARA

    JIMAT KOS KERAJAAN 1 Billion

    BalasPadam
  4. hanya zaman pak Lah tiada peguan negara ditukarkan atau digantikan, cuba kira berapa ramai peguam negara atau KSU diganti..ditukar zaman Mahatir? pegawai kanan polis termasuk Zaman Khan berapa ramai ditukar ?

    mahatir bolehlah bersorak mengata Najib kerana dia sdh melepasi zaman , kalaulah penggunaan FB atau wasap dan blog berleluasa dizaman Mahatir sebagaimana zaman Najib ini, nescaya Mahatir tak akan mampu bertahan 22 tahun !
    kalau Mahatir tak guna ISA sebagai kubu politiknya ketika itu, sdh pasti Mahatir hanya mampu bertahan 10 tahun sebagai PM ,

    BalasPadam
  5. zaman Mahatir lagi teruk, kuku besi dan tiada yg berani bersuara , siapa berani angkat muka pasti akan dibuang atau dilucut kedudukanya, setiap perkataan Mahatir ketika itu secara langsung dianggap sebagai arahan dan wajib dilaksanakan, sapa berani melawan masuk ISA ..

    BalasPadam