Jangan khuatir...tuan akan menolong hambanya..!
Ahli Parlimen (BN-Semporna), Datuk Seri Shafie Apdal hari ini membangkitkan soalan kepada Dewan Rakyat susulan perancangan Malaysia menyertai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Menurutnya, Malaysia perlu mengambil iktibar sebaiknya terhadap kemelut ekonomi yang berlaku terhadap Jepun dan China, mutakhir ini.
"Apa akan berlaku kalau ekonomi Amerika Syarikat (AS) jatuh? Kita mesti tolong AS kerana kita sebahagian daripada mereka. Tapi apa akan berlaku kalau ekonomi Malaysia jatuh? Adakah mereka akan tolong kita?
"Ini antara yang kita perlu lihat dan pastikan supaya perdagangan ini dapat ditimbang...bukan bererti saya menolak bahawa perdagangan ini memang baik," katanya ketika mengakhiri hujahnya membahaskan usul berkaitan TPP, di sini, hari ini.
Ucapan penutup Syafie itu disambut sorakan ahli-ahli Parlimen dipercayai dari barisan pembangkang.
Pembahas seterusnya, Ahli Parlimen (Amanah-Kuala Krai), Mohd Hatta Ramli pada awal ucapannya sempat memuji ucapan penutup Syafie itu.
"Saya teruja dengan 'closing remark' daripada Semporna tadi. Memang sempurnalah. Mungkin kita boleh harap satu undi dari Semporna," katanya.
Sebelum ini, Shafie ada menyentuh soal pindaan akta yang perlu dilakukan Malaysia demi TPP.
"Saya sedar dan tahu usul ini bukan hanya membabitkan pindaan akta tetapi perubahan
struktur fundamental. Kita perlu melihat secara mendalam.
"Tidak bererti apabila saya membangkitkan persoalan-persoalan ini, saya menidakkan...saya menyokong. Tidak," katanya.
Tegasnya, kerajaan perlu memastikan rakyat sudah bersedia berdepan persaingan termasuk dari kalangan peniaga dan kerajaan-kerajaan negeri bukan hanya menumpu kepada perubahan struktur perundangan.
"Apakah langkah-langkah untuk memastikan keupayaan kita untuk memantapkan, supaya peniaga-peniaga kita bukan hanya dari segi tenaga kerja, modal tapi juga untuk pastikan mereka mempunyai akses untuk dipasarkan.
"Kita nak cakap tentang pasaran yang lebih besar. Tapi berapa pasti kita mampu menawan pasaran itu dengan adanya batasan keupayaan kita?," katanya.
Katanya, negara perlu mempunyai jaminan terhadap penyertaan ekonomi Bumiputera dan orang Melayu dalam TPP.
"Kalau tidak ada jaminan, apa akibatnya?," tanyanya.
Asalkan amerika tak kacau, heboh dan mengambil tindakan dalam isu 1MDB, SRC dan yang sewaktu dengannya maka apa jua yang diarahkan pasti akan disokong dan didokong..! Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!
uiii paluiii bajau sampulna...
BalasPadamsampai bila ikau mau jual rumpai laut???
dunia kini tampa batasan bossss
KApitalisme...ProOO00ootTt
BalasPadamCai madey mula divert citer amarikaa plaakkk
BalasPadamkunun lah madey tu dulu tak penah sign apa2 dgn amaarekaaa
takkan mamak kerala cemburu kott amaareekaa melawat najib 2x..
mcai dedak expired.. hari2 jumaat ni carilah entry yg kaw2 sket.. bg SKMM syok lawat blog kau ye caii!
Takut nampak
Padamtaktik blogger caii dedak expired nk bg nampak 'toplisted' dgn update je entry2 sampah pun sampahh laaah..janji MASYOKK..
BalasPadamBaru guruh di langit, air tempayan dah buang. Padah makan duit derma.
BalasPadamsetuju dgn anon 1202 ptg
PadamKnp ye Pemakan dedak pm mcm org. Ketakutan? Kata pm dah bersih sebersihnya... Tak percaya ke?
BalasPadamDihari yg mulia penghulu segala hari sepatutnya amalan yg baik disuburkan tetapi sebaliknya hasa dengki dan adu domba terus dicana.patutlh ade pelawat blog ini mendoakan kecelakaan kpd penulis.
BalasPadam